Monday, 26 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 19 (Masjid Terapung)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 19: Terengganu Instagram Tour 4
LAGUN KUALA IBAI, MASJID TERAPUNG TENGKU TENGAH ZAHARAH & PANTAI PULAU KEKABU

HARI KETIGA (4)

Part 35: Pantai Batu Burok

Dari Jambatan Angkat Terengganu, Shafik membawa kami menuju ke arah selatan. Destinasi kami seterusnya adalah Masjid Terapung yang terkenal di Kuala Terengganu.

KTCC Mall ~ Shopping Mall yang paling grand di Kuala Terengganu buat masa ini.
Bandar Kuala Terengganu
Arah ke Pantai Batu Burok
Dalam perjalanan ke Masjid Terapung, kami melalui Pantai Batu Burok. Pantai ini popular kerana kedudukannya yang hampir dengan bandar Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, kami tak singgah di sini. Hanya sekadar lalu sahaja.

Program kami pada petang ini banyak melawat ke tepi pantai. Maklumlah, kan Terengganu terkenal dengan keindahan pantai. Namun malangnya, cuaca memang macam tak mahu bersahabat dengan kami. Suram dan muram, macam nak hujan.


Part 36: Istana Badariah

Kami juga lalu di depan Istana Badariah. Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu yang ke 13 ( 1920 – 1942 ). Walau bagaimanapun, Baginda tidak sempat bersemayam di istana ini kerana Baginda mangkat terlebih awal. Namun demikian, jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini pada hari kemangkatan Baginda. Di istana inilah menjadi tempat sambutan lawatan tetamu agung / negeri diadakan.

Pintu Gerbang di depan Istana Badariah
Pintu masuk ke Istana Badariah
Arah ke Masjid Terapung

Part 37: Lagun Kuala Ibai

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah terletak di tepi Lagun Kuala Ibai. Sebelum ke masjid, Shafik membawa kami berkeliling di Taman Awam Lagun Kuala Ibai terlebih dahulu.

Pintu masuk ke Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Masjid Tengku Tengah Zaharah
Jalan masuk ke Lagun Kuala Ibai
Kita tengok suasana di Lagun Kuala Ibai di petang yang suram dan muram ini...


Part 38: Masjid Tengku Tengah Zaharah 
(Masjid Terapung)

Perasan tak yang kat Malaysia sekarang dah ada banyak masjid terapung? Masjid terapung yang original (yang pertama sekali dibina dengan menggunakan konsep ini) terletak di Kuala Ibai, Terengganu. Ia bernama Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung sehingga kini. 

Masjid ini dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Ia terletak kira-kira 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 dengan nilai RM 6.997 juta direkabentuk oleh seorang arkitek tempatan yang bernama Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Ia menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Masjid ini sebenarnya dibina di dalam sebuah tasik yang airnya dialirkan dari Lagun Kuala Ibai bersebelahan. Kata Shafik, kalau cuaca terang benderang,  bayang keseluruhan bangunan akan dibalikkan dengan begitu indah di dalam air tasik. Tapi disebabkan cuaca tak begitu cantik petang itu, tak dapatlah kami melihat keindahan yang diperkatakan itu.

Tasik ini juga sebenarnya ada banyak ikan. Tapi kami tak nampak juga ikan di dalam tasik ini. Mungkin disebabkan cuaca yang muram, ikan pun tak ada mood nak berenang dekat dengan permukaan air agaknya.

Tasik di depan masjid dengan pemandangan Lagun Kuala Ibai di kejauhan
Beriadah di tepi tasik
Laluan ke Lagun Kuala Ibai dari Masjid

Part 39: Pantai Pulau Kekabu

Shafik membawa kami menuju ke bandar Marang. Menurut perancangan kami akan dibawa ke dua buah pantai yang terkenal yang terletak ke sebelah selatan dari Kuala Terengganu: Pantai Pulau Kekabu dan Pantai Jambu Bongkok.

Perjalanan ke Marang
Masjid Sultan Ismail
Pintu masuk ke Masjid Sultan Ismail
Marang
Daulat Tuanku
Taman Rekreasi Pulau Kekabu
Kalau nak masuk ke Pantai Pulau Kekabu, kita kena melalui sebuah jambatan sempit yang cuma muat-muat untuk dilalui sebuah kenderaan yang ringan sahaja. Mujurlah kawasan pantai ini tak sesak pada masa itu. Kalau di waktu sesak, jenuh juga tu nak bergilir-gilir menggunakan jambatan.

Jambatan sempit untuk masuk ke Pantai Pulau Kekabu
Pemandangan Sungai Marang yang mengalir ke laut dari atas jambatan
Penghujung jambatan
Di penghujung jambatan, terbentang pemandangan pantai yang luas. Ahh, kalaulah mentari bersinar terang ketika ini pasti pemandangannya lebih indah lagi. Memang tak ada rezeki Myself dan Husband nak melihat Mentari Pantai Timur dalam kunjungan kami ke Terengganu ini. Kalau mencari Mentari Merah Di Ufuk Timur lagilah tak jumpa.

Ada ramai orang sedang berenang di pantai ketika itu. Kata Shafik, pantai ini memang popular sebagai tempat untuk berenang. Walaupun ada banyak pantai di Terengganu, banyak yang tak sesuai untuk bermandi-manda kerana ombak yang kuat dan adanya pusaran air yang merbahaya.

Sesuatu yang menarik di pantai ini juga ialah adanya khidmat Life Guard dari Jabatan Pertahanan Awam. Kata Shafik, jarang nak jumpa Life Guard bertugas begini di pantai-pantai di Terengganu.

Pemandangan pantai yang panjang di sini memang mengingatkan Myself kepada pemandangan di Great Ocean Road di Australia dulu. Ombak Laut China Selatan yang bergulung-gulung menghempas pantai juga sebiji macam pemandangan ombak Southern Ocean yang menghempas pantai di Australia dulu. Kebetulan cuaca pun sama juga macam sewaktu kami di sana dulu. Serious, kalau teringin nak melawat ke pantai di Australia tapi tak mampu nak terbang ke sana, datanglah melawat ke pantai di Terengganu.

Ombak yang menghempas pantai memang kuat pada ketika itu sehingga bendera amaran dipasang oleh Life Guard. Kata seorang Kakak Life Guard yang bertugas, pengunjung cuma dinasihatkan untuk berenang di kawasan yang ada bendera saja kerana terdapat air pusar di luar kawasan bendera ini.

Tiupan bayu di tepi pantai memang menyegarkan. Tapi kami tak dapat nak berlama-lama di sini kerana ada tempat-tempat lain yang ingin kami kunjungi.



  Bersambung ke Bahagian 20...
 

CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):