September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
Bahagian 8: Cultural Terengganu 3
KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU (2)
HARI KEDUA (3)
Part 17: Kampung Budaya Terengganu (2)
JETI MUZIUM
Selepas melawat Galeri Pelayaran dan Perdagangan, kami berjalan menuju ke Jeti Muzium pula.
|
Tarikan-tarikan di Kampung Budaya Terengganu |
|
Kedai Kopi Tradisional
|
|
Kerusi untuk berehat
|
|
Cuba uji kebolehan kita membaca Tulisan Jawi pada kerusi ini...
|
|
Perahu Besar, Galeri Pelayaran dan Perdagangan dan Kedai Kopi yang ditinggalkan di belakang
|
Dalam perjalanan ke Jeti, ada beberapa buah kandang yang menempatkan beberapa ekor haiwan peliharaan tipikal penduduk tradisional dahulu.
|
Kandang haiwan peliharaan
|
|
Landak
|
|
Burung
|
|
Ayam
|
|
Mengambil gambar haiwan peliharaan |
Pemandangan di sekitar Kampung Budaya Terengganu ini juga tenang dan mendamaikan. Suasana desa yang permai benar-benar terasa di sini.
Kami kemudian tiba di Jeti Muzium. Jeti ini rasanya cuma digunakan pada masa-masa yang tertentu. Ada juga kelihatan alat pengukur aras air yang dipasang di sini untuk amaran awal banjir.
|
Jeti Muzium
|
|
Sungai Terengganu
|
|
Pengukur aras air sungai
|
Kita masuk ke dalam jeti untuk melihat pemandangan dan suasana di sekitar...
DAERAH KEMAMAN
Dekat Jeti Muzium ini, ada pameran khusus mengenai Daerah Kemaman. Kemaman adalah daerah yang paling ke selatan di Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Pahang. Ia juga terkenal dengan hasil petroleum.
|
Daerah Kemaman
|
Dari semenjak tiba di Terengganu, kami cukup teringin nak makan Keropok Lekor. Puas kami meninjau semalam, tak ada sebuah pun kafe/restoran yang menjual Keropok Lekor yang ready untuk dimakan di kawasan Bandar KT. Kata staff kat Hotel Paya Bunga, kedai yang menjual Keropok Lekor dah siap masak memang tak ada kat tengah bandar. Kenapa tak ada orang nak buka Kafe Keropok Lekor kat tengah Bandar KT ye? Kalau ada mesti popular dengan pengunjung yang datang dari luar Terengganu seperti kami, terutama yang datang atas urusan kerja dan stay sekejap-sekejap saja kat KT.
Disebabkan perkara ini jugalah kami cukup happy bila bertemu dengan kedai yang menjual Keropok Lekor yang dah siap digoreng di sini. Tercapai juga cita-cita nak makan Keropok Lekor di Terengganu, yeay!!
|
Gerai menjual Keropok Lekor
|
|
Tak sabar Husband nak membeli Keropok Lekor yang dah siap dimasak
|
|
Duduk menikmati Keropok Lekor
|
RUMAH NELAYAN TRADISIONAL
Senibina rumah rakyat marhaen juga dipertontonkan kepada pengunjung di Kampung Budaya Terengganu. Dekat pameran Daerah Kemaman ini, turut dibina replika sebuah Rumah Nelayan Tradisional.
|
Rumah Nelayan Tradisional
|
|
Suasana di sekitar Rumah Nelayan
|
Secara umumnya, penduduk yang memilih untuk bekerja sebagai nelayan di laut bukanlah penduduk yang mewah. Kehidupan mereka yang simple dapat dilihat dari rekabentuk rumah mereka yang juga dibina dari bahan-bahan semulajadi yang mudah ditemui di kawasan sekitar.
Tapi setelah melawat ke Galeri Perikanan ini, ia membuka mata kita tentang ilmu pengetahuan yang sebenarnya diperlukan untuk menjadi nelayan dan pelaut yang berjaya. Mungkin ilmu yang diperlukan untuk menjadi nelayan tidak diajar secara formal di sekolah, namun kajian dan pemerhatian yang mendalam kepada alam sekitar adalah salah satu faktor untuk menjadi nelayan yang berjaya.
|
Pameran tentang Perangkap Ikan
|
|
Bubu.
|
|
Penghujung Bubu selalunya akan dipasang dengan injap yang membolehkan ikan masuk ke dalam tetapi tak dapat keluar.
|
|
Pelbagai jenis Perangkap Ikan |
|
Bintol Ketam
|
|
Umpan akan diletakkan ke dalam Bintol Ketam di dalam laut untuk memerangkap ketam masuk ke dalamnya.
|
|
Pelbagai bentuk aktiviti perikanan
|
Peralatan-peralatan yang digunakan oleh kaum nelayan turut ditunjukkan kepada pengunjung ke galeri ini.
|
Peralatan-peralatan yang digunakan oleh nelayan
|
|
Cepu Tembaga (kiri) dan Cepu Kayu
|
|
Tetuan yang digunakan untuk memanggil isyarat
|
|
Beginilah cara Tetuan digunakan
|
|
Kotak Kelaut untuk menyimpan barangan
|
Nelayan juga sering mempamerkan kesenian pada bot dan sampan mereka. Figura-figura Wayang Kulit sering digunakan sebagai hiasan. Antara figura ini termasuklah Bangau, Caping, Sangga dan Okok.
|
Perahu dan Bot Nelayan
|
|
Pameran Dekorasi Perahu
|
|
Elemen-elemen Wayang Kulit yang sering digunakan dalam dekorasi perahu
|
|
Contoh ukiran dekorasi pada perahu
|
|
Elemen-elemen Wayang Kulit yang sering digunakan
|
|
Lagi contoh ukiran dekorasi pada perahu
|
|
Figura-figura Wayang Kulit yang digunakan dalam hiasan perahu
|
|
Okok
|
|
Bangau Sekuci (Atas) dan Bangau Bedak (Tengah)
|
|
Bangau Payang
|
Lepas dah belajar pasal dekorasi pada bot nelayan, kita belajar pula tentang pukat yang digunakan untuk menangkap ikan.
|
Keterangan tentang pelbagai jenis pukat |
|
Pelbagai jenis pukat
|
|
Pukat Jerut Bilis dan Jala
|
Aktiviti perikanan tidak hanya dilaksanakan di tengah laut. Ia juga dilaksanakan di kawasan paya dengan menggunakan peralatan-peralatan yang bersesuaian dengan keadaan di paya tersebut. Antara peralatan yang sering digunakan adalah Serkup bagi menangkap Ikan Haruan dan Keli.
|
Menangkap ikan di paya
|
|
Serkup adalah alat yang digunakan untuk menangkap Ikan Haruan dan Ikan Keli di kawasan paya
|
Kata pepatah Melayu: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga. Jadi kalau nak mengail di laut, kenalah tahu mata kail yang perlu diguna. Selepas dah sampai ke galeri ini, barulah Myself tahu betapa banyaknya jenis mata kail yang ada untuk menangkap ikan.
|
Kail Mengail
|
|
Serek Tradisional
|
|
Bermacam jenis kail
|
|
Baru kita tahu rupa peralatan yang digunakan untuk Mencandat Sotong tu.
|
Nak ke tengah laut, kenalah berdayung sampan. Dayung pun ada banyak jenis sebenarnya. Berdayung di lautan bukanlah tugas yang mudah. Teringat pengalaman betapa penatnya mengocak air sewaktu mencari Blue Tears di Kuala Selangor hari itu.
|
Berbagai jenis dayung
|
Galeri Perikanan ini tidaklah besar sangat tapi penuh dengan informasi. Sebelum melangkah keluar, kita tengok pulak pameran tentang bot dan perahu nelayan.
|
Pameran tentang bot dan perahu nelayan
|
|
Bot Pukat Jerut
|
|
Bot Pukat Tunda
|
|
Bot Pukat Hanyut
|
|
Nelayan
|
|
Lagu Anak Pelaut
|
Bersambung ke Bahagian 9...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):