September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
Bahagian 9: Cultural Terengganu 4
KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU (3)
HARI KEDUA (4)
Part 18: Kampung Budaya Terengganu (3)
AKUARIA
Dalam entry ini, kita masih bercerita tentang Kampung Budaya Terengganu. Selepas keluar dari Galeri Perikanan kita melawat pula ke Akuarium kecil yang dinamakan sebagai Akuaria.
|
Akuaria
|
Ada berbagai ikan tempatan yang dipamerkan di Akuaria ini tapi tak banyak keterangan pasal ikan-ikan yang ada.
RUMAH-RUMAH TRADISIONAL
Tak semua penduduk tradisi Terengganu tinggal di di tepi pantai. Ada juga yang memilih tinggal jauh di daratan. Bagi yang memilih tinggal di daratan, dah pasti pekerjaan utama mereka adalah sebagai petani dan pesawah.
|
Pameran rumah-rumah tradisional Terengganu
|
Satu seksyen di Kampung Budaya Terengganu didedikasikan kepada senibina rumah-rumah Melayu Tradisional Terengganu. Secara umum, senibina rumah-rumah ini tak banyak berbeza dengan senibina rumah-rumah Melayu Tradisional di negeri-negeri lain di Malaysia. Sebahagian dari rumah-rumah ini adalah rumah-rumah bersejarah yang dibawa dari seluruh negeri Terengganu. Kesemua rumah-rumah ini boleh dimasuki dan ada aktiviti-aktiviti tradisional seperti urut yang boleh disertai oleh pengunjung di dalamnya. Kami walau bagaimanapun cuma melihat dari luar saja sebab nak menjimatkan masa.
RUMAH BUJANG BERSERAMBI (RUMAH TELE)
Rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik dibina pada tahun 1888M semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Ia pernah menjadi tempat persinggahan sementara King Chulalongkorn (King Rama V) dari Thailand dan pembesar-pembesarnya yang datang melawat Terengganu pada tahun 1888. King Chulalongkorn ni memang rajin melawat ke negara-negara jiran. Waktu melawat ke Alor Setar dulu pun ada istana lama yang menjadi persinggahan baginda sewaktu melawat ke Negeri Kedah.
Rumah Bujang Berserambi ini juga dikenali sebagai Rumah Tele. Bangunan utama Muzium Negeri Terengganu juga dibina dengan mengambil ilham dari Rumah Tele ini.
|
Keterangan tentang Rumah Tele |
Rumah ini menarik perhatian kami kerana tangganya dibina dalam dua arah seperti Rumah Panggung Minahasa yang pernah kami lihat di Sulawesi dulu. Orang Melayu walau di mana juga memang serumpun. Jadi mesti ada persamaan di dalam setiap aspek kehidupan kita.
|
Tangga Rumah Tele dibina dalam dua arah
|
|
Ada sedikit persamaan dengan Rumah Panggung Minahasa yang pernah kami lihat di Sulawesi dulu.
|
|
Alat tenunan tradisional di bawah rumah
|
|
Pemandangan Rumah Tele dari arah belakang
|
|
Tandas Awam di Kampung Budaya Terengganu
|
RUMAH LIMAS BELANDA / POTONG BELANDA
Rumah Limas Belanda ini juga dibina di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ia adalah kediaman anakanda baginda Tengku Ngah Aisyah Hajjah.
|
Pokok Labu Kayu
|
|
Buah Labu Kayu
|
|
Baloh Padi yang digunakan untuk menyimpan padi
|
RUMAH BUJANG BERSERAMBI SELASAR
Perasan tak banyak rumah tradisional Terengganu ini dipanggil Rumah Bujang. Mula-mula Myself tertanya-tanya juga apa maksud Rumah Bujang ni? Rupa-rupanya Rumah Bujang bermaksud Rumah Sebuah-sebuah yang dalam English disebut sebagai Single House.
Sebuah lagi Rumah Bujang yang dilihat adalah Rumah Bujang Berserambi Selasar. Menurut keterangannya pemilik rumah ini adalah seorang Guru Agama yang bernama Syeikh Abdul Kadir Kolam. Ia dibina secara gotong-royong oleh anak-anak murid Syeikh untuk membolehkan mereka belajar agama di situ.
Keunikan rumah ini terletak pada ruang selasarnya yang berfungsi sebagai ruang untuk mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan lain-lain aktiviti yang melibatkan kaum lelaki. Sebahagian dinding rumah ini dihiasi dengan ukiran dan lubang-lubang angin.
|
Rumah Bujang Berserambi Selasar
|
|
Pemandangan dari depan
|
|
Keterangan tentang Rumah Bujang Berserambi Selasar
|
|
Pandangan dari sisi
|
|
Ruang Serambi Selasar yang digunakan untuk mengaji dan aktiviti-aktiviti seperti menjahit pukat dan jala
|
|
Pandangan dari sudut lain
|
|
Berposing sambil menjaga penjarakan fizikal
|
|
Tempat favourite untuk bergambar
|
Kami diberitahu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ada persembahan kebudayaan diadakan di Kampung Budaya Terengganu pada jam 3 petang. Seronok juga kalau dapat melihat persembahan pencak silat, main gasing dan sebagainya tu. Disebabkan kami berkunjung ke sini pada hari Khamis dan dah ada program lain nak dibuat esok, tak dapatlah kami nak melihat persembahan kebudayaan ini.
|
Gelanggang Permainan Teng-Teng
|
|
Permainan favourite kita kat sekolah rendah dulu. Selalu main dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa semasa di Sekolah Convent.
|
|
Gambar-gambar kenangan Daerah Jerteh di Terengganu pada masa dulu. |
RUMAH LIMAS BUNGKUS (ISTANA TENGKU LONG)
Rumah Limas Bungkus ini juga dikenali sebagai Istana Tengku Long kerana ia pernah didiami oleh Tengku Long Bin Tengku Ngah yang merupakan seorang pembesar di Daerah Besut. Ia dibina oleh seorang Tukang Rumah yang didatangkan dari Pahang yang bernama Cik Hat. Seperti juga bangunan-bangunan istana lama yang lain, keistimewaan rumah ini terletak pada kesenian ukiran kayunya.
|
Istana Tengku Long
|
|
Tiang di bawah Istana Tengku Long
|
|
Keterangan tentang Istana Tengku Long
|
|
Ukiran-ukiran yang menjadi perhiasan pada tingkap istana
|
|
Tangga naik ke istana
|
|
Pemandangan tangga dari sudut lain
|
|
Arah ke Istana Tengku Long
|
Selepas melawat Istana Tengku Long, maka berakhirlah lawatan kami ke Kampung Budaya Terengganu. Bagi Myself, tempat ini sangat menarik untuk dilawati. Harap-harap pihak Muzium Negeri Terengganu akan berusaha menjaga dan menyelenggara tarikan ini dengan baik supaya ia akan terus menjadi tarikan istimewa pengunjung ke Terengganu.
|
Kampung Budaya Terengganu
|
|
Kami keluar ikut jambatan ini
|
Kat hujung kampung ini, ada gerai-gerai yang menjual makanan dan kraf-kraf tradisional Terengganu. Bangunannya pun dibuat macam pusat jualan di kampung-kampung tradisional pada zaman dulu. Ala, macam yang selalu kita tengok dalam cerita-cerita klasik P.Ramlee kat TV tu...
|
Gerai-gerai Tradisional
|
|
Meja dan tempat duduk makan pun dibuat dari buluh
|
|
Ada juga sebuah pentas persembahan di sini
|
|
Gerai-gerai jualan |
|
Kenangan di Kampung Budaya Terengganu
|
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):