September 2020
TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu
Bahagian 15: Cultural Terengganu 10
PULAU WARISAN RIVER CRUISE
HARI KEDUA (10)
Part 25: Pulau Warisan River Cruise
Bila hujan lebat turun, kami memanggil Grab untuk pulang ke hotel. Puas kami melambai, boleh pulak pemandu Grab tu tak nampak kami di depan pintu masuk ke Taman Monumen tu. Tapi inilah sesuatu yang kami perhatikan tentang Grab di Kuala Terengganu ~ tak banyak tempat yang ada Pick-Up Point yang khusus bagi Grab. Tapi tak mengapalah sebab akhirnya dia bertemu juga dengan kami setelah berpusing berkali-kali kat depan Taman Monumen tu.
|
Naik Grab pulang ke hotel
|
Kami memang frust sebab tak dapat naik River Cruise di Taman Tamadun Islam tadi. Jadi untuk menggantikannya kami bercadang nak naik Payang Water Taxi yang iklannya kami lihat di lobi hotel.
|
Iklan Bas KiTe dan Payang Water Taxi di Hotel Paya Bunga
|
Untuk kepastian tentang Payang Water Taxi, Husband menelefon nombor yang kami jumpa kat internet. Mujurlah kami call dulu, rupa-rupanya operasi Payang Water Taxi ini sedang diberhentikan sementara bagi tujuan maintenance. Staff Payang Water Taxi yang helpful itu walau bagaimanapun mencadangkan supaya kami menaiki Pulau Warisan River Cruise yang juga beroperasi dari jeti yang sama dengan mereka. Malah dia turut memberikan kami nombor telefon Pulau Warisan River Cruise kepada kami.
Bila dihubungi, petugas Pulau Warisan River Cruise mengesahkan yang mereka beroperasi pada petang itu. Walau bagaimanapun, cruise mereka tidak mempunyai waktu operasi yang khusus. Bot River Cruise akan bergerak bila ada sekurang-kurangnya 20 orang penumpang. Ketika kami menelefon, mereka memberitahu yang mereka dah ada lebih kurang 10 orang penumpang yang menunggu. Kami pun cepat-cepat Solat Jamak Zohor dan Asar di hotel, lalu bergegas naik Grab ke Jeti Pulau Warisan to join the group. Nak jugak buat River Cruise pada petang itu!
|
Tunggu Grab kat depan hotel
|
|
Dalam Grab ke Jeti Warisan
|
|
Hujan masih rintik-rintik
|
|
Jeti Warisan
|
Waktu kami tiba dah ramai orang menunggu nak memulakan Cruise. Syukurlah masih ada tiket untuk kami naik Cruise petang itu. Tiket dewasa yang dikenakan adalah RM15 seorang.
Dengan tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat. Risau juga dibuatnya sebab kami masih berlayar di tengah sungai ketika itu.
|
Hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba
|
|
Suasana di dalam bot setelah semua penumpang masuk ke dalam
|
|
Pemandangan Jambatan Angkat Terengganu dalam hujan lebat
|
|
Pemandangan menghala ke Hotel Paya Bunga
|
|
Bot besar yang berlayar dekat Jambatan Angkat
|
|
Pemandangan bot besar dengan lebih dekat
|
Kemudian hujan lebat reda sebentar. Kami pun keluarlah pulak ke bahagian depan bot untuk mengambil gambar lagi.
Bak kata orang, langit yang cerah jangan disangka takkan hujan. Sekejap kemudian, turun sekali lagi hujan yang teramat lebat dengan disertai ribut. Memang merbahaya untuk kapal-kapal kecil. Kami yang kat dalam bot besar pun naik risau dibuatnya. Syukurlah kerana ketika itu kami dah dekat sangat nak tiba balik ke Jeti Pulau Warisan.
Disebabkan hujan yang sangat lebat itu, kami semua tak dapat keluar walau bot dah sampai ke jeti. Duduklah berlindung dalam bot dengan harapan hujan akan segera reda.
|
Hujan lebat yang disertai ribut di Kuala Sungai Terengganu
|
Disebabkan tak ada tanda hujan nak reda, kami berdua membuat keputusan untuk meredah hujan keluar dari bot. Tapi tak disangka pulak yang keputusan ini menyebabkan kami dilanda perasaan cemas sepanjang hari esoknya sehingga time kami nak balik ke KL. Nak tau kenapa? Tunggu entry yang berikutnya...
|
Menunggu Grab datang menjemput.
|
Part 26: Dinner di PB Station
Syukur Alhamdulillah kerana hujan ribut petang tadi tidak berlarutan sehingga ke malam. Jadi mudahlah sikit kami nak keluar mencari dinner malam itu. Dinner kami di malam itu adalah di kawasan PB Station yang terletak di belakang hotel.
|
PB Station di belakang Hotel Paya Bunga
|
Ada beberapa buah restoran yang menarik pada pandangan kami di PB Station ini. Tilik punya tilik, akhirnya kami memilih untuk makan di restoran Naj D'Leaf Station.
|
Naj D'Leaf Station
|
Antara faktor yang menyebabkan kami memilih makan di restoran ini ialah sebab nampak macam tak ramai orang di sana. Cepat sikit dapat makanan, fikir kami. Namun sewaktu kami duduk menunggu makanan, semakin ramai pengunjung datang. Macam penarik rezeki pulak dah kami malam tu!
|
Dinner yang sedap di Naj D'Leaf Station
|
|
Puas hati dapat makan Keropok Lekor sekali lagi!
|
Selepas makan kami memilih jalan jauh untuk balik ke hotel. Maklumlah dah banyak makan malam ini, jadi kenalah excercise sikit untuk membuang lemak-lemak yang berlebihan itu. Sampai kat Hotel, terus kami beritahu kat Concierge di situ yang Restoran Naj D'Leaf di belakang hotel ini ada menjual Keropok Lekor yang ready-to-eat. Bukan apa, kot-kot nanti di masa depan ada Orang Western yang datang menginap kat Hotel ini mengidam dan tak tahu kat mana nak cari Keropok Lekor macam kami.
|
Lampu-lampu cantik berdekatan Paya Bunga Square |
|
Jalan jauh sikit untuk pulang ke hotel.
|
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):
No comments:
New comments are not allowed.