Tuesday, 20 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 16 (Instagram Tour 1)

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Lumpur

Bahagian 16: Terengganu Instagram Tour 1
FAUZI NASI KERABU, DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN & MASJID KRISTAL

HARI KETIGA (1)

Part 27: Fauzi Nasi Kerabu

Hahahaha!! Jangan ingat kami tak bercuti macam Orang Putih sewaktu melawat ke Kuala Terengganu. Demi nak melihat Terengganu dari kaca mata Orang Putih, kami menempah sebuah pakej dari Klook yang bertemakan Terengganu Instagram Tour pada Hari Ketiga.

Hari Ketiga ini juga kami lalui dengan penuh suspen kerana Husband dah mula merasa sakit tekak akibat meredah hujan keluar dari bot cruise petang semalam. Lebih merisaukan takut kalau Husband demam dan tak dibenarkan pulak naik flight balik ke KL esok. Kalau ini berlaku, takkan Myself kena balik ke KL seorang-seorang dulu dan Husband balik kemudian pulak? Maka sejak malam tadi Husband dah mula menelan Panadol dan makan Fisherman's Friend. Memang mencabar betul pergi travel di musim Covid begini!

Pakej Full Day Tour kami hari ini bermula awal kerana kami akan breakfast ikut cara local. Seawal pukul 7.30 pagi, Tour Guide kami yang bernama Shafik datang menjemput di Hotel Paya Bunga. Pelik juga Shafik kerana kami menempah pakej melalui Klook. Maklumlah jarang Orang Melayu nak tempah pakej begini. Selalunya customer Shafik yang menempah pakej begini adalah Orang Putih. Malah customer Shafik sebelum kami adalah seorang Mamat dari Germany yang bekerja di Kuala Lumpur. 

Shafik adalah seorang pengusaha pelancongan yang berjaya di Terengganu. Pengalaman travel Shafik sendiri pun boleh tahan juga kerana dia banyak mengembara keluar negara secara Couchsurfing. Selain itu dia juga pernah bekerja di Canada. Selain mengendalikan tour dengan Klook, dia juga memiliki Homestay dan banyak tour service yang lain. Ini kad Shafik kalau ada sesiapa yang berminat nak menggunakan servis beliau...

Suasana di awal pagi Jumaat di Kuala Terengganu
Shafik membawa kami bersarapan di sebuah restoran popular di Kuala Terengganu yang bernama Fauzi Nasi Kerabu. Memang jelas yang restoran ini sangat popular kerana walau di awal pagi begitu, dah ramai customer beratur nak membeli makanan.

Fauzi Nasi Kerabu
Suasana di Fauzi Nasi Kerabu
Satu lagi suasana di Fauzi Nasi Kerabu
Selain Nasi Kerabu, banyak makanan yang tak pernah kami lihat dijual di sini. Maklumlah, we are Western People, okay? Not used to all these Terengganu Food. Macam mana nak order Nasi Kerabu kat sini pun terpinga-pinga. Mujurlah ada Shafik membantu untuk memilih apa yang nak dimakan. Kalau tidak, mesti dah kena sumpah seranah dengan orang-orang lain yang tengah queue panjang kat belakang tu.

Jujur Myself katakan, ini bukanlah kali pertama Myself makan Nasi Kerabu dan Nasi Kerabu memang tak termasuk dalam list makanan favourite Myself. Tapi Nasi Kerabu di Kedai Fauzi ini memang sedap. Buat kali pertama dalam hidup, Myself cukup enjoy makan Nasi Kerabu kat sini.

Sambil makan, Shafik bercerita kepada kami tentang perbezaan Nasi Kerabu di Kelantan dan Terengganu. Kalau di Kelantan, Nasi Kerabu dimakan dengan pelbagai lauk macam kita makan Nasi Campur. Tapi di Terengganu, Nasi Kerabu dimakan secara set seperti Ayam, Daging dan of course, Ikan.

Myself pilih Set Nasi Kerabu Ayam tapi Husband nak cuba style pure Terengganu ~ makan dengan Ikan.
Shafik juga memberitahu Fauzi Nasi Kerabu ini tersenarai sebagai salah sebuah street food terbaik di dunia. Bila Myself check kat internet, memang betul yang Fauzi Nasi Kerabu ini termasuk dalam senarai Top 50 World Best Street Food Congress terbaru yang telah diadakan pada tahun 2017 di Manila, Philippines. Hanya 3 restoran di Malaysia yang tersenarai ~ sebuah restoran Mamak (Line Clear Nasi Kandar ~ No. 9) dan sebuah restoran Cina (Siam Rd Cha Kway Teow ~ No. 14) yang kedua-duanya di Penang serta Fauzi Nasi Kerabu di Kuala Terengganu. Fauzi Nasi Kerabu ini adalah satu-satunya restoran Makanan Melayu yang termasuk dalam senarai tersebut dan berada pada kedudukan No. 23. Memang hebat sebab dalam berjuta-juta kedai street food di seluruh dunia, Fauzi Nasi Kerabu boleh berada pada kedudukan No. 23!!

Penghargaan yang diterima oleh Fauzi Nasi Kerabu kerana tersenarai dalam Top 50 World Best Street Food Congress.
Inilah Teh Hijau Peng Jebok yang popular di kedai ini. Kita belajar sikit cakap Terengganu ~ Peng bermaksud 'Ais' dan Jebok pulak bermaksud 'Berbuih-buih'.
Walaupun Fauzi Nasi Kerabu adalah restoran yang sangat popular, ia sangat mengambil berat tentang SOP Covid. Seperti juga cerita yang pernah kami dengar dari pemandu-pemandu Grab kami semalam, Shafik juga memberitahu kami yang Kuala Terengganu sesak luar biasa dengan pengunjung sewaktu weekend yang panjang sempena cuti Hari Kebangsaan yang lalu. Walaupun potensi pelanggan sangat ramai ketika itu, pengurusan Fauzi Nasi Kerabu membuat keputusan tidak membuka perniagaan mereka pada hari-hari tertentu pada weekend tersebut kerana bimbangkan kesesakan yang tidak terkawal dan menjadi punca penularan Covid. Tabik spring kita kepada pengurusan kedai ini.

Pesanan dari Fauzi Nasi Kerabu kepada pelanggan. Ini juga menjadi bukti betapa ramainya pelanggan di Fauzi Nasi Kerabu setiap hari.
Dan sewaktu kami meninggalkan Fauzi Nasi Kerabu, barisan customer yang datang dah melingkar-lingkar. Kereta kami yang parking kat tepi sebelah kedai pun dah kena block dengan barisan ini. Wheww!! Serious, tak pernah Myself lihat barisan pengunjung restoran yang sepanjang ini di mana-mana. 

Barisan pengunjung yang semakin melingkar-lingkar

Part 28: Dewan Tunku Abdul Rahman

Selepas bersarapan di Fauzi Nasi Kerabu, Shafik memberitahu dia nak membawa kami ke Dewan Tunku Abdul Rahman. Tempat apa tu? Tak pernah tahu pun pasal tempat ini kat Kuala Terengganu.

Dataran Alamanda
Bangunan Kerajaan
Banyak betul Pintu Gerbang yang ada di Kuala Terengganu ini
Bila sampai ke Dewan Tunku Abdul Rahman, tak nampak pun apa yang special pada tempat ini. Bila Shafik pusing ke tepi dewan barulah terserlah keistimewaannya.
 
Dewan Tunku Abdul Rahman
Rupa-rupanya kat sinilah letaknya mural wajah tujuh Perdana Menteri Malaysia yang viral tu! Mural ini mengambil ilham dari ukiran arca 4 presiden Amerika Syarikat yang dipahat pada permukaan gunung Mount Rushmore di USA sana. Cuma di sini, wajah PM-PM ini dilukis pada dinding.

Mural potret 7 orang Perdana Menteri Malaysia yang diabadikan pada dinding Dewan Tunku Abdul Rahman
Dinding ini dipilih untuk diletakkan mural tersebut kerana ia adalah dinding yang paling lama di Kuala Terengganu yang dah berusia 47 tahun sekarang. Potret Perdana Menteri yang diabadikan adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi PM yang ke-4, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi PM yang ke-7. Menariknya, mural ini disiapkan dalam tempoh 28 hari sahaja.

Tujuh Perdana Menteri yang diabadikan
Tunku Abdul Rahman adalah satu-satunya Perdana Menteri yang dipotretkan memakai busana Melayu yang dipakai sewaktu beliau mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Dari maklumat yang Myself baca, salah seorang pelukis mural ini adalah juga cucu kepada Tunku Abdul Rahman.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad (PM Ke-4)
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad (PM Ke-7)

Part 29: Masjid Kristal

Dari Dewan Tunku Abdul Rahman, Shafik membawa kami melawat ke Masjid Kristal.

Parking kereta automatik
Masjid Kristal terletak di sebelah sana Taman Tamadun Islam. Jadi kita lalu sekali lagi Taman Tamadun Islam yang telah kita lawati semalam.

Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam
Masjid Kristal

TAMAN IBN AL-BAYTAR

Di depan Masjid Kristal ada sebuah taman berciri Islam yang dinamakan sebagai Taman Ibn Al-Baytar. Seperti taman bercirikan Islam yang lain, taman ini dibuat dalam sukuan-sukuan segiempat dan banyak elemen-elemen geometri.

Keterangan tentang Taman Ibn Al-Baytar
Mengambil gambar di Taman Ibn Al-Baytar
Pemandangan di Taman Ibn Al-Baytar
Satu lagi pemandangan di Taman Ibn Al-Baytar
Di tengah taman turut dibina sebuah pavilion yang juga menerapkan ciri-ciri senibina Islam.

Pavilion di tengah taman
Pemandangan di dalam pavilion
Taman yang bercirikan Islam mestilah juga mempunyai ciri-ciri air kerana syurga di dalam Islam digambarkan sebagai taman yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Kata Shafik, kolam di taman ini dibuat seperti taman di Alhambra di Spain. Betullah tu agaknya kerana kami belum berpeluang sampai ke sana.

Sejak belajar teknik mengambil gambar menggunakan bayang di air di Alor Setar dulu, Husband memang pantang nampak bayang dalam air. Mesti nak cuba ambil gambar.

Kita pun tak lepaskan peluang bergambar kat depan Masjid Kristal di sini.


MASJID KRISTAL

Masjid Kristal yang dibina dari besi dan kaca, menyajikan lapisan seperti kristal yang menciptakan kesan indah di setiap waktu yang berbeza dalam sehari. Pembinaannya memakan masa 2 tahun bermula dari 2006 sehingga 2008. Ia dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 8 Februari 2008. Ia boleh menampung kira-kira 1,500 orang jemaah pada sesuatu waktu. Dibina di pinggir Sungai Terengganu, masjid indah ini menjadi tarikan utama pelancong untuk berkunjung ke Terengganu.

Tarikan utama Masjid Kristal terletak pada kubahnya. Ia mempunyai sebuah kubah besar dan lebih dari 5 buah kubah kecil sekelilingnya, serta 4 buah menara. Kubah-kubah dan menara ini dibuat dari kaca dan besi. Kalau dilihat dari luar, kubah-kubah tersebut kelihatan seperti bongkahan kristal raksasa yang memantulkan cahaya matahari. Tapi matahari tak begitu nak bersinar sepanjang masa kami berada di Kuala Terengganu.

Pemandangan Masjid Kristal di bawah mentari yang tak begitu nak bersinar.
Sayangnya Masjid Kristal sedang ditutup kepada pelawat buat masa ini kerana kerja-kerja pembaikan kebocoran pada kubahnya sedang dilaksanakan. Myself dapat merasakan betapa sukarnya kerja-kerja pembaikan yang sedang berlangsung kerana masjid ini bukanlah binaan yang biasa. Bila bangunan dibina dengan kaedah yang tidak conventional, pasti akan timbul banyak masalah-masalah yang tidak dijangka.

Sesuatu yang pasti ialah komponen-komponen kaca yang terdapat pada bangunan ini akan dilekatkan dengan perekat-perekat yang special. Tak seperti simen dan konkrit, perekat-perekat ini mesti akan merekah dan kehausan bila terkena elemen seperti air hujan dan juga kepanasan matahari. Tapi Myself yakin dengan kemajuan teknologi sekarang, pasti dah ada perekat yang lebih mampu menahan elemen-elemen ini terutama dengan keadaan cuaca di Malaysia. Walau apapun, Myself berharap pembaikan ini dapat diselesaikan supaya Masjid Kristal ini dapat dibuka kembali untuk pengunjung beribadah dan berziarah di dalamnya.

Kubah Masjid Kristal
Notis tentang kerja-kerja pembaikan masjid
Kerja-kerja pembaikan yang sedang dilaksanakan
Kata Shafik, bahagian bawah masjid ini juga mengalami kerosakan kerana sering dilanggar balak-balak hanyut dari Tasik Kenyir dalam Musim Tengkujuh.
Terima Kasih
Meninggalkan Taman Tamadun Islam


 Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN KUALA TERENGGANU (2020):