Januari 2020
SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi
Bahagian 7: Sawahlunto 5
GOEDANG RANSOEM
HARI KEDUA (3)
Part 18: Goedang Ransoem
Dari Lubang Mbah Soero, kami berjalan lagi menuju ke sebuah lagi muzium yang menarik di Sawahlunto ~ Goedang Ransoem. Goedang Ransoem adalah kompleks bangunan bekas dapur umum penyediaan makanan untuk pekerja lombong arang batu Sawahlunto di masa dahulu. Ransoem adalah perkataan Belanda yang bermaksud bekalan.
|
Berjalan menuju ke Goedang Ransoem |
|
Museum Goedang Ransoem Sawahlunto |
|
Muzium ini adalah bekas dapur umum yang menyediakan makanan untuk pekerja lombong arang batu di zaman kolonial Belanda |
|
Pejabat Tiket Goedang Ransoem |
|
Pemandangan umum di Goedang Ransoem |
|
Lagi suasana di Goedang Ransoem |
|
Penunjuk Arah |
Ada banyak bangunan dalam kompleks Museum Goedang Ransoem. Kami memulakan lawatan dengan berkunjung ke Dapur Umum.
|
Bangunan Dapur Umum |
|
Pintu masuk ke Dapur Umum |
|
Galeri Dapur Umum |
Mula-mula, kita saksikan dulu sebuah video pendek yang menarik mengenai sejarah Sawahlunto.
|
Ruang Tayangan Video |
|
Video ringkas mengenai Sawahlunto |
|
Sejarah Goedang Ransoem |
DAPUR UMUM
Kemudian barulah kita melawat ke Dapur Umum yang sebenar. Sebelum itu, seperti juga di Museum Kereta Api dan Lubang Mbah Soero, kita sign dulu Buku Pelawat untuk membuktikan yang kita juga pernah datang melawat ke sini.
|
Sign dulu Buku Pelawat |
|
Welcome To Museum Goedang Ransoem |
|
Petugas Muzium yang juga menjadi Guide kami melawat ke Goedang Ransoem |
Sebagai permulaan, kita lihat dulu model Kota Sawahlunto. Kota ini berada di sebuah daerah yang bagaikan "Kuali" dikelilingi perbukitan sehingga seperti ceruk bumi layaknya. Dah pandai pulak kita omong-omong dalam Bahasa Indonesia tentang Sawahlunto ni...
Bagi Myself, Sawahlunto adalah sebuah kota bersejarah yang sangat menarik untuk dilawati, tetapi entah mengapa ia bagaikan tak pernah dipromosikan kepada rakyat Malaysia sebagai destinasi percutian di Sumatera Barat seperti Padang dan Bukittinggi. Kita sendiri pun dapat tahu mengenai Sawahlunto secara tak sengaja sewaktu surfing-surfing kat Internet.
|
Model kota Sawahlunto |
|
Model Museum Goedang Ransoem |
Dah namanya Dapur Umum, mestilah ada banyak peralatan memasak di sini. Tapi disebabkan Goedang Ransoem dibina pada kurun ke-19, semua peralatan yang ada antik-antik belaka. Walaupun antik mengikut standard masa kini, ia adalah peralatan yang termoden di zaman itu.
|
Mengintai ke dalam dapur |
Pada dinding dapur, masih terlekat sebuah kompresor yang berfungsi sebagai penyalur wap panas dari steam generator ke tungku memasak. Ia adalah sebuah kompresor buatan Jerman yang dihasilkan pada tahun 1894.
|
Kompresor penyalur wap ke tungku-tungku memasak |
|
Pemandangan lebih dekat peralatan kompresor buatan Jerman |
Ada beberapa buah periuk raksasa yang dapat kita lihat di Goedang Ransoem. Ia dibuat dari keluli di bahagian luar dan nikel di bahagian dalamnya. Menurut rekod sejarah, Dapur Umum ini memasak 65 pikul (3,900 kg) beras setiap hari.
|
Periuk memasak |
Dapur ini memang bersih dan tidak mempunyai kesan abu pembakaran kerana menggunakan wap panas sebagai bahan bakar. Di bawah ruang memasak terdapat ruang bawah tanah dengan paip cerobong yang mengalirkan wap panas untuk kegunaan 20 buah tungku. Wap panas ini berasal dari air panas yang direbus di sebuah bangunan lain di luar sana dan dialirkan ke dalam dapur.
|
Bandingkan saiz periuk dengan orang yang datang melawat |
|
Pemandangan lebih dekat periuk yang digunakan untuk memasak nasi |
|
Paip-paip wap panas yang digunakan sebagai bahan bakar |
Meski pun makanan yang dimasak banyak, ia tidak menjamin setiap pekerja mendapat bekalan yang mencukupi. Kerap terjadi ketidak adilan dalam pemberian makanan dan akibatnya sering berlaku perebutan, pencurian makanan dan pergaduhan di kalangan pekerja untuk mendapatkan makanan.
|
Uniform Mandur di Dapur Umum |
Tukang masak di Dapur Umum terdiri dari orang-orang tempatan. Disebabkan kemiskinan dan kesusahan hidup, ramai kanak-kanak yang datang membantu membuat kerja-kerja di Dapur ini demi mendapatkan upah sesuap nasi. Mereka selalunya diberi kerja ringan seperti memotong bawang dan mengupas ubi.
|
Kisah mengenai kanak-kanak yang datang membantu demi mendapatkan upah sesuap nasi. |
|
Dapur Umum dan Anak-anak |
|
Bakul yang digunakan untuk membawa bahan mentah ke Dapur Umum |
|
Dapur Umum juga membekal makanan kepada hospital. Bekas-bekas ini digunakan untuk membawa air panas ke hospital. |
|
Keterangan tentang peralatan yang digunakan di Dapur Umum |
|
Uniform Koki (Tukang Masak) di Dapur Umum |
Lupa pulak nak cerita, periuk-periuk raksasa juga dipasang dengan pemegang rantai untuk kemudahan mengangkat dari tempat wap selepas makanan siap dimasak.
|
Rantai dipasang pada periuk untuk kemudahan mengangkat dari tungku panas |
|
Senduk ini dipanggil Centong |
|
Pemandangan ke dalam periuk |
|
Keterangan tentang periuk yang digunakan |
Selain dari periuk-periuk besar yang digunakan untuk memasak nasi dan sayur, ada juga kuali-kuali besar yang digunakan untuk menggoreng makanan. Perumpamaan Telinga Kuali tidak terpakai di sini kerana kuali-kuali di sini memang tak ada telinga.
|
Kuali untuk menggoreng |
|
Pemandangan lebih dekat peralatan kuali |
|
Keterangan tentang Tungku Penggorengan |
Di penjuru dapur, ada pameran tentang beberapa bahan bersejarah lain yang berkaitan dengan dapur ini.
|
Pameran bahan-bahan sejarah berkait dengan Dapur Umum |
|
Pameran Suis Lampu dan Pam Air |
|
Keterangan tentang Pam Air |
|
Keterangan tentang Suis Lampu |
|
Jubin Lantai |
|
Keterangan tentang Jubin Lantai yang dipasang di Dapur Umum |
Makanan yang disediakan di Dapur Umum diangkut ke tempat kerja pekerja-pekerja lombong dengan menggunakan trak. Makanan yang disediakan akan ditimbang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam trak.
|
Bekas untuk mengangkut makanan ke tempat pekerja lombong |
|
Keterangan tentang bekas makanan |
|
Suasana kerja di Dapur Umum |
|
Periuk untuk memasak Air dan Sayuran |
|
Periuk besar ini dibina berlapis-lapis di dalamnya |
|
Peralatan dapur |
|
Bekas makan dan minuman yang digunakan pada zaman itu |
|
Keterangan tentang Peralatan Nyadong |
Di Goedang Ransoem ini, kita juga dapat melihat contoh menu makanan yang disediakan untuk Pekerja Tambang (Pekerja Lombong), Orang Rantai, Orang Kawalan dan Pesakit Hospital. Makanan yang disediakan terdiri dari nasi, daging, ikan masin, sayur sawi dan kobis. Makanan ini diberi setiap waktu tengahari dan malam. Sarapan pagi pula adalah sejenis makanan tempatan yang dibungkus dengan daun pisang yang diberikan setiap jam 10 pagi. Minumannya pula adalah teh. Menu ini dianggap terbaik oleh kolonial Belanda kerana mereka memerlukan pekerja-pekerja yang produktif di lombong arang batu.
|
Pameran makanan di Goedang Ransoem |
|
Bahan-bahan makanan mentah |
|
Hidangan Nasi, Sayur dan Ikan Masin |
|
Hidangan Nasi, Sayur dan Daging |
|
Hidangan Nasi, Sayur dan Telur Rebus |
|
Makanan-makanan yang disediakan |
|
Roti pun ada. Mesti untuk sajian kepada pegawai-pegawai Belanda |
Satu pameran yang menyentuh hati di sini adalah tentang batu nisan di perkuburan Orang Rantai. Seperti yang kita tahu Orang-orang Rantai adalah tahanan penjara Belanda yang dijadikan buruh paksa di lombong arang batu. Kaki mereka diikat rantai sepanjang masa untuk memastikan mereka tidak melarikan diri.
Orang-orang Rantai ini tak pernah ditanya dan direkodkan nama mereka oleh Belanda. Bila dijadikan Orang Rantai, mereka cuma diberikan tatoo nombor pada badan. Ramai yang mati dan ditinggalkan di lombong-lombong arang batu. Sedikit yang bernasib baik pula akan dikebumikan di perkuburan Orang Rantai di mana batu-batu nisan mereka hanya ditandakan dengan nombor tersebut. Disebabkan tak ada rekod nama, kita tak tahu siapa sebenarnya yang dikebumikan di perkuburan ini.
|
Batu nisan perkuburan Orang Rantai |
|
Orang Rantai hanya diberi nombor dan tidak direkodkan nama sehinggalah ke saat mereka meninggal dunia |
|
Kisah mengenai batu nisan Orang Rantai |
|
Gambar lama tentera Belanda sedang mengawasi Orang Rantai membina terowong keretapi. |
Kekejaman Belanda inilah yang mendorong rakyat Indonesia bangkit menentang. Di Sawahlunto, gerakan menentang Belanda berpusat di sebuah bunker di tingkat bawah tanah Masjid Agung Nurul Islam yang ketika itu masih merupakan sebuah loji penjana tenaga elektrik yang ditinggalkan oleh Belanda. Peluru dan amunisi ini ditemui sewaktu bunker dibongkar pada tahun 2005 dan dibawa ke Museum Goedang Ransoem untuk disimpan sebagai bukti perjuangan rakyat Indonesia dalam menentang penjajahan Belanda.
|
Peluru dan Amunisi yang digunakan oleh Pejuang Kemerdekaan Indonesia |
|
Bukti perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda |
|
Keterangan tentang amunisi yang dipamerkan |
Peralatan terakhir yang kami lihat di Dapur Umum adalah Lesung Injak yang dibuat dari kayu. Peralatan ini sama saja dengan lesung yang biasa kita lihat di Malaysia sewaktu kecil dulu. Seperti juga di negara kita, ia digunakan bagi menumbuk beras untuk dijadikan tepung. Di Indonesia, lesung ini turut digunakan untuk menumbuk rempah-ratus dan ubat-ubatan tradisional.
|
Kukur Kelapa |
|
Lesung Injak |
|
Pemandangan sebelum meninggalkan Dapur Umum |
POWER STOOM
Goedang Rasoem sebenarnya terdiri dari beberapa buah bangunan seperti Dapur Umum, Power Stoom, Pabrik Es (Loji Membuat Ais) dan gudang-gudang simpanan makanan. Salah sebuah bangunan yang dulu membentuk sebahagian dari Goedang Ransoem ~ Rumah Pemotongan Hewan masih berfungsi sebagai Rumah Sembelihan sehingga ke hari ini.
|
Peta Kompleks Gudang Ransoem |
|
Bangunan-bangunan di belakang Dapur Umum dari kiri ke kanan ~ Power Stoom dan Pabrik Es |
Seperti
yang kita lihat di Dapur Umum tadi, kerja-kerja memasak dibuat
menggunakan kuasa wap. Oleh yang demikian, kita melawat pula ke Power
Stoom ~ tempat di mana wap panas ini dihasilkan.
|
Power Stoom |
Power Stoom yang terletak di belakang Dapur Umum terdiri dari tiga unit steam generator buatan tahun 1894. Air dari bukit dialirkan ke sini dan dimasak menggunakan bahan bakar arang batu di dalam dandang. Wap yang terhasil dialirkan menerusi sebuah saluran bawah tanah ke kompresor yang dipasang di dalam bangunan dapur untuk kegunaan tungku memasak.
|
Steam Generator berukuran raksasa di Power Stoom |
|
Naik ke bangunan Power Stoom |
|
Tinggi juga Power Stoom ini |
Walau mungkin nampak dah ketinggalan zaman sekarang, Power Stoom ini adalah peralatan yang cukup moden di zaman Kolonial Belanda dulu.
|
Pada masa dulu ada paip yang menyalurkan air ke dalam dandang di sini. |
|
Melihat ke dalam dandang |
|
Pemandangan ke dalam dandang |
|
Steam Generator ketiga yang dibina berasingan |
Di sebelah Steam Generator ini ada dibina sebuah cerobong untuk membuang asap yang terhasil dari proses pembakaran arang batu. Ada juga sebuah saluran dari tungku tempat penggorengan (yang juga menggunakan bahan bakar arang batu) yang disambung ke sini. Ketinggian cerobong setinggi 25 meter ini menjadi bukti yang pihak Belanda masih menjaga kebajikan pekerja di sini pada ketika itu. Cuma kebajikan Orang Rantai sahaja yang tidak dijaga kerana mereka dianggap penjenayah oleh Belanda.
|
Pemandangan cerobong asap dari atas bangunan Power Stoom |
|
Pemandangan Cerobong Asap dari bawah |
|
Cerobong Asap ini mempunyai ketinggian 25 meter |
PUSAT INFORMASI SAHABAT ANAK
Kota Sawahlunto adalah kota kembar Melaka Bandaraya Bersejarah di Malaysia. Oleh yang demikian, ada sebuah Galeri Melaka turut didirikan dalam bangunan yang dulunya merupakan Pabrik Es (Kilang Ais). Tapi disebabkan kita dah tahu banyak tentang Melaka, tidaklah kami masuk melawat ke situ.
|
Bangunan di sebelah kiri yang dulunya merupakan Kilang Ais kini menempatkan Galeri Melaka. |
|
Galeri Melaka |
|
Pusat Informasi Sahabat Anak (PISA) |
Bangunan yang dulunya merupakan Gudang Simpanan Beras Belanda kini diubahsuai menjadi sebuah muzium sains yang dinamakan Pusat Informasi Sahabat Anak. Muzium ini menarik terutama bagi kanak-kanak pada usia sekolah rendah.
|
Pemandangan dalam PISA |
|
Harp Tanpa Dawai |
|
Lorong Cahaya yang memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang konsep Motion Sensor. |
|
Permainan yang menarik ~ cuba lalukan gelung tanpa menyentuh wayar besi. Bunyi akan terhasil jika gelung menyentuh wayar besi. |
|
Permainan Matematik Hanoi Tower |
|
Tornado Vortex |
|
Melihat bagaimana Tornado Vortex terhasil |
|
TV 3-D |
|
Alat demonstrasi elektrik statik yang terkenal ~ Janakuasa Van de Graaf. Cuba sentuh kalau nak tengok rambut kita tegak berdiri. |
|
Solar Cell |
|
Optical Illusion ~ Kat mana badan dia? |
|
Alat untuk mencuba Centrifugal Force |
|
Jadual Berkala yang dipelajari dalam kelas Kimia dulu |
|
Cermin 1000 Bayang |
|
Model lokomotif keretapi di luar PISA |
|
Pemandangan model lokomotif keretapi dari sisi |
GALERI ETNOGRAFI
Galeri terakhir di Goedang Ransoem yang kami lawati adalah Galeri Etnografi yang memperkenalkan kepada kita elemen-elemen kebudayaan Minangkabau. Galeri ini ditempatkan di dalam sebuah bangunan yang dulunya merupakan Stor Bahan Makanan Mentah untuk kegunaan Dapur Umum.
|
Gudang Simpanan Bahan Mentah yang kini menjadi Galeri Etnografi |
|
Galeri Etnografi |
Sebaik masuk ke Galeri Etnografi, kita diperkenalkan dengan kain Songket Silungkang.
|
Sejarah Songket Silungkang |
|
Kain Songket Silungkang |
|
Alat tenunan tradisional |
Kita juga diperkenalkan dengan pelbagai motif dan filosofi yang digunakan dalam tenunan Songket Silungkang.
|
Pelbagai Motif dan Filosopi dalam tenunan Songket Silungkang |
|
Burung Dalam Rimba |
|
Tampuk Manggis |
|
Motif yang berasaskan tumbuhan: Kaluak Paku dan Saik Galamai |
|
Itik Pulang Petang |
|
Dua lagi motif yang diilhamkan dari tumbuhan: Pucuk Jagung dan Belah Kacang |
|
Kesenian tenunan Songket Silungkang dikatakan berasal dari Thailand dan India |
|
Songket Silungkang dinamakan sedemikian kerana kerajinan tenunannya berpusat di sebuah tempat yang bernama Silungkang |
Di galeri ini kita juga dapat melihat sebuah model persiapan perkahwinan masyarakat Minangkabau.
|
Persiapan perkahwinan Minangkabau |
|
Pakaian-pakaian tradisional Minangkabau |
|
Pelamin |
|
Seronok bermain Caklempong |
|
Pengantin akan bersanding dari pagi sampai ke Maghrib dalam adat perkahwinan Minangkabau. |
|
Meninggalkan Goedang Ransoem |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):