Thursday, 13 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 09 (Pondok Flora)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 9: Batusangkar 2
RUMAH MAKAN PONDOK FLORA & KINIKO ENTERPRISE

HARI KEDUA (4)

Part 21: Rumah Makan Pondok Flora

Selepas dah puas melawat Istano Basa Pagaruyung kami dibawa makan tengahari. Kita dibawa melintasi kota Batusangkar dalam perjalanan ke sana.

Perjalanan menuju ke tempat makan tengahari
Kita juga melintasi sebuah kawasan bersejarah yang bernama Prasasti Pagaruyung. Kami tak singgah ke sini dalam perjalanan ini, tapi Myself dan Husband pernah dibawa melawat ke Prasasti ini sewaktu lawatan dalam tahun 2015 dulu.

Prasasti Pagaruyung ini adalah sebenarnya Batu Bersurat yang membuktikan kewujudan Kerajaan Pagaruyung pada masa lalu. Walaupun Kerajaan Pagaruyung adalah sebuah Kerajaan Islam, batu bersurat ini tidak ditulis dalam tulisan Jawi atau Arab. Ia sebaliknya ditulis dalam tulisan Sanskrit. Agak sedikit mengejutkan di situ.

Prasasti Pagaruyung
Prasasti Pagaruyung ini adalah Batu Bersurat yang membuktikan kewujudan Kerajaan Pagaruyung pada masa dahulu.
Kempen Usia Ideal Menikah. Disebabkan kemiskinan dan kepayahan hidup, ramai rakyat Indonesia berkahwin pada usia yang sangat muda.
Batusangkar adalah pusat pemerintahan Kabupaten Tanah Datar di Sumatera Barat. Di waktu pemerintahan Belanda, kota ini dinamakan Fort Van der Capellan sempena sebuah kota pertahanan Belanda yang didirikan sewaktu Perang Padri.

Perang Padri bermula apabila sekumpulan Ulama (dipanggil Kaum Padri) menentang Kaum Adat yang mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam seperti berjudi, sabung ayam, menggunakan dadah dan meminum minuman keras. Kaum Adat yang terdesak meminta bantuan dari Belanda. Walau bagaimanapun, penglibatan Belanda menyebabkan keadaan menjadi rumit lalu Kaum Adat berbalik melawan Belanda dan bergabung bersama Kaum Padri. Peperangan ini walau bagaimanapun telah dimenangi oleh pihak Belanda.

Kota Batusangkar
Kantor Pos
Lapangan Cinduo Mato
Gedung Nasional Maharajo Dirajo
Bank Nagari
Masjid Taqwa
Pemandangan umum di Batusangkar
Menuju ke Payakumbuh
Sawah Padi
Makan tengahari disediakan di sebuah restoran di tengah sawah yang bernama Rumah Makan Pondok Flora. Dah tiga kali kita berkunjung ke Batusangkar, tiga kali jugalah kita makan di sini. Tapi tak kisahlah sebab makanannya sedap dan pemandangannya menarik. Kita juga akan bertemu dengan ramai orang Malaysia di sini kerana restoran ini sangat popular dengan pelancong-pelancong dari Malaysia.

Rumah Makan Pondok Flora
Penjaga Parking di Pondok Flora
Penjual Durian
Pondok Flora Restaurant
Restoran ini sangat popular dengan pelancong-pelancong dari Malaysia
Jom kita masuk ke dalam
Penjual Buah-buahan
Buah Ciku
Penjual pisau
Pengunjung-pengunjung ke Pondok Flora
Pemandangan di Pondok Flora
Meja makan yang disediakan untuk kami terletak di pondok yang di seberang sana
Hidangan untuk kami
Jemput makan...
Penuh berselera...
Sambil makan, kita boleh melihat ikan yang berenang di bawah sana...
Lepas makan, kita jalan-jalan sikit menikmati keindahan suasana sawah padi di sekitar restoran...

Pemandangan sawah padi di sini memang cantik. Udaranya pun nyaman dan segar.


Part 22: Kiniko Enterprise

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Lembah Harau. Dalam perjalanan, kita singgah sebentar untuk bersolat di Masjid Raya Salimpaung.

Perjalanan menuju ke Lembah Harau
Masih menuju ke Lembah Harau
Masjid Raya Salimpaung
Menara Masjid
Pintu masuk ke Masjid
Kemudian perjalanan diteruskan lagi. Ada tempat-tempatnya jalan yang dilalui sangat kecil dan sempit.

Macam kawasan pinggir bandar
Pertamini lagi. Tapi Pertamini yang ini nampak lebih proper dari Pertamini yang sebelum ini.
Jalan di luar bandar
Lori pick-up membawa anjing
Anjing sedang naik motor bersama tuan mereka
Macam enjoy je anjing-anjing ini naik motor
Pak Ino menawarkan kami untuk membuat persinggahan di sebuah perusahaan kopi. Kami okey saja nak singgah, lebih-lebih family Kakak yang memang penggemar kopi. Perusahaan kopi ini bernama Kiniko Enterprise. Dalam lawatan yang lepas pun Myself dan Husband pernah datang ke sini.

Kiniko Enterprise
Sudut Jualan Kiniko Enterprise
Walaupun Kiniko Enterprise adalah sebuah pusat perusahaan kopi, ia juga terkenal dengan pisang salainya. Jadi kita belilah juga beberapa paket pisang salai yang dijual di sini.

Pisang Salai yang popular di Kiniko Enterprise
Selain Pisang Salai, ada juga snack lain yang dijual di sini
PisCok (Pisang Salai Cokelat)
Husband berposing membeli Pisang Salai
Ada kopi percuma disediakan di kafe belakang kedai untuk pengunjung ke Kiniko Enterprise. Kalau nak makan makanan seperti Pisang Salai kenalah dibeli. Walau bagaimanapun, tuan kedai bermurah hati memberi kami sepiring pisang salai yang masih panas secara percuma untuk dicuba. Semoga Tuhan murahkan rezeki tuan kedai... 

Memang murah pun rezeki Tuan Kedai sebab sewaktu kami sedang menikmati pisang salai panas percuma yang diberi, tiba serombongan besar pelancong dari Malaysia dengan bas ke sini. Sakan mereka membeli-belah. Bolehlah dikatakan yang kami ini Penarik Rezeki... kan?!

Kafe di belakang kedai
Kopi percuma yang disediakan di kafe untuk pengunjung ke Kiniko Enterprise
Selain kopi ada juga Teh Daun Murbei (Mulberry Leaf Tea) disediakan percuma di sini. Sedap rasanya.
Kakak anak-beranak tengah membancuh kopi
Teh Daun Murbei dan Pisang Salai Panas
Sambil minum dan makan pisang salai, kita nikmati juga pemandangan indah di belakang Kiniko Enterprise. Kawasan ini bernama Tabek Patah.

Kolam di belakang Kiniko Enterprise
Kiniko Cafe
Pemandangan Tabek Patah di belakang Kiniko Enterprise
Pemandangan Kiniko  Cafe dari luar
Selain kopi, snack dan pisang salai, ramai juga pengunjung yang kami lihat membeli Kayu Manis. Selain dari digunakan dalam masakan, Kayu Manis ini juga digunakan sebagai aromatherapy.

Kayu Manis untuk jualan
Membungkus Kayu Manis untuk pelanggan

Part 23: Perjalanan Ke Lembah Harau

Perjalanan diteruskan semula menuju ke Lembah Harau.


Meneruskan semula perjalanan
Kutipan derma untuk pembinaan masjid
Amaran tanah runtuh
Amaran kawasan merbahaya
Banyak selekoh merbahaya di sini
Pemandangan sawah padi
Kami kemudiannya melalui sebuah lagi bandar yang bernama Payakumbuh.

Pinggir bandar Payakumbuh
Sebuah lagi pemandangan berhampiran Payakumbuh
Angkot
Pemandangan Sawah Padi
Lagi pemandangan di kawasan sawah padi
Kalau di Malaysia, Kabupaten bermaksud Daerah
Masjid An-Nur
Fakhira Stable
Kuda untuk tunggangan di Fakhira Stable
Kita tengok pemandangan di sekitar Payakumbuh yang juga merupakan kota yang kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Padang...

Payakumbuh
Lalu-lintas di Payakumbuh
Masjid Ansharullah yang terletak di atas kedai-kedai
Satu lagi pemandangan kota Payakumbuh
Poster-poster calon pilihanraya
Jambatan
Selepas meninggalkan Payakumbuh, barulah kami tiba di destinasi kami, Lembah Harau.

Kawasan Sawah Padi lagi
Hampir tiba di Lembah Harau


 Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):