Wednesday, 19 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 14 (Bendi)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 14: Bukittinggi 3
NAIK BENDI DI BUKITTINGGI & PASA ATEH

HARI KETIGA (4)

Part 37: Naik Bendi di Bukittinggi

Sejak awal sebelum datang ke Bukittinggi lagi, Myself memang berhajat nak membawa Kakak & Family naik kereta kuda di sini. Maklum sajalah, kereta kuda yang dipanggil Bendi ini adalah sebuah tarikan utama di Bukittinggi dan memang tak ada kereta kuda macam ini di Malaysia.

Kereta Kuda yang dipanggil Bendi di Bukittinggi
Mata kuda dipasang dengan penutup seperti ini supaya kuda tak confuse dan sentiasa nampak pemandangan ke depan saja.
Pada masa dulu, kereta kuda atau Bendi adalah kenderaan para bangsawan dan anak raja. Orang Minang memanggilnya Kudo Bendi. Pada masa penjajahan Belanda pula, Bendi menjadi pengangkutan primadona di Ranah Minangkabau. Ia hanya digunakan oleh saudagar kaya, penghulu ataupun pegawai-pegawai Belanda.

Naik Kudo Bendi
Stesen Kuda Bendi terletak di satu penjuru Dataran Jam Gadang, dekat-dekat dengan Plaza Bukittinggi. Perjalanan mengelilingi kota Bukittinggi dengan Bendi memakan masa di antara 20-30 minit. Caj yang dikenakan  adalah Rp 100,000 (RM 30) bagi sebuah Bendi. Setiap Bendi boleh membawa 2 atau 3 orang penumpang sahaja. Disebabkan kami bertujuh, khidmat 3 buah Bendi terpaksa digunakan.

Myself naik Bendi bersama Husband. Untuk keseimbangan, Husband diminta duduk di depan bersama driver. Myself pulak duduk di belakang driver. Maknanya secara matematik: Berat Myself + Driver = Berat Husband. Hahaha!!!

Jalan-jalan naik Bendi
Pemandangan di Bukittinggi sewaktu naik Bendi
Bendi dan Gojek
Suspen juga bila Bendi kita berselisih dengan kenderaan lain
Kuda Bendi kami yang bernama Ababil ini baru berusia 4 tahun. Ia adalah seekor kuda jantan dan sangat peramah. Bila bertemu dengan kuda-kuda lain, mesti dia merengus dengan kuat nak menegur. Kata pemandu Bendi kami, cuma kuda jantan saja yang digunakan untuk menarik Bendi di Bukittinggi.

Kuda Bendi juga dijaga bagaikan ahli keluarga. Mereka diberi makan pallet padi dan jagung setiap hari. Kuda kami Ababil ini memang mempunyai bulu yang cantik. Kata Pemandu Bendi, kuda yang dijaga baik akan mempunyai bulu yang cantik. Kuda-kuda Bendi di Bukittinggi ini walau bagaimanapun tidaklah sebertuah kuda yang bertugas di Neuschwanstein, Germany dulu. Mereka cuma mendapat 2 hari cuti setiap minggu. Kalau kuda di Neuschwanstein dulu, mereka bekerja cuma 4 trip sehari dan mendapat cuti panjang 2 bulan selepas 10 bulan bekerja.

Kuda Bendi kami akan merengus menegur bila bertemu dengan kuda-kuda lain
Jambatan Limpapeh
Jambatan Limpapeh ini menghubungkan Zoo Bukittinggi dengan Fort de Kock
Kata Husband yang duduk kat depan bersama Driver, Ababil juga kuat kentut sepanjang perjalanan. Mujurlah bau kentut Ababil tak sampai ke tempat kita yang duduk di bahagian belakang.
Bukittinggi juga adalah kota kelahiran seorang pejuang kemerdekaan Indonesia yang bernama Dr Muhammad Hatta atau lebih mesra dengan panggilan Bung Hatta. Beliau kemudiannya telah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Indonesia yang pertama di bawah Presiden Soekarno. Kerana itulah kita dapat melihat banyak tempat bersejarah di Bukittinggi yang mempunyai perkaitan dengan beliau.

Mural sejarah perjuangan Indonesia menentang Belanda untuk mencapai kemerdekaan
Bung Hatta dan Presiden Soekarno
Perjalanan kembali ke arah Jam Gadang
Wisma Puri Kartika
Istana Bung Hatta
Taman Monumen Proklamator Bung Hatta
Jam Gadang
Pasa Ateh
Tiba kembali ke Stesen Bendi di Bukittinggi
Turun dari Bendi
Husband bergambar dengan Ababil
Walaupun tak menyentuh Ababil secara langsung, banyak bulu Ababil yang berterbangan sepanjang jalan melekat kat seluar Husband

Part 38: Pasa Ateh

Lepas naik Bendi, kami berjalan-jalan sikit di pekan Bukittingi kerana Abang Ipar nak mencari Money Changer.

Selepas itu barulah kami pergi ke Pasa Ateh. Myself & Husband dan Kakak & Family membuat urusan masing-masing di sini. Kami cuma berjanji untuk bertemu semula di tempat menunggu van yang ditetapkan dekat Jam Gadang.

Berjalan menuju ke Pasa Ateh
Pasa Ateh Bukittinggi
Pasa Ateh (Pasar Atas) adalah sebuah tempat shopping yang popular di Bukittinggi. Seperti namanya, ia terletak di atas bukit, dekat Jam Gadang. Kedai-kedai yang terletak dekat dengan Jam Gadang adalah kedai-kedai moden yang menjual pelbagai souvenir untuk pelancong. Sesetengah kedai tu siap ada air-cond lagi.

Kedai-kedai Pasa Ateh yang terletak dekat Jam Gadang
Barangan yang dijual di sebelah sini lebih merupakan cenderamata untuk pelancong
Kalau dah namanya Pasar Atas, mestilah ada tangga di sini
Pasar tradisional yang sebenar terletak di sebelah belakang sikit. Peniaga-peniaga di sini berniaga di bawah khemah. Barang-barang yang dijual pun lebih tradisional yang mensasarkan penduduk tempatan. Di sini juga banyak dijual makanan tradisional seperti keripik, belut kering dan kulit sapi.

Pasar yang lebih tradisional terletak di sebelah belakang
Pakaian untuk jualan
Makanan-makanan tradisional
Pelbagai keripik untuk jualan
Kenangan di Pasa Ateh
Disebabkan cuaca panas ketika itu, Myself dan Husband membuat keputusan untuk berhenti minum di sebuah kafe yang bernama Waroeng Good Bener.

Waroeng Good Bener
Pemandangan di dalam Waroeng Good Bener
Iklan minuman di Waroeng Good Bener
Memilih minuman untuk dicuba
Terpengaruh dengan iklan besar yang dipamerkan di pintu masuk tadi, kami memutuskan untuk mencuba Sup Buah. No idea sebenarnya apa yang dikatakan Sup Buah ini. Bila sampai di meja, rupanya macam Ais Kacang di Malaysia. Sama tapi tak serupa langsung sebenarnya. Tapi tak menyesal beli sebab rasanya memang sedap dan menyegarkan.

Sup Buah
Thank Qyu
Tiba masa yang ditetapkan, kami berjalan kembali menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan dekat Jam Gadang. Waktu kami tiba, Kakak & Family dah sedia menunggu di sana.

Berjalan kembali ke Jam Gadang
Jam Gadang
Pokok bunga yang cantik dekat Jam Gadang
Bergambar dengan pengunjung-pengunjung local dari Persisir Selatan Sumatera
Pusat Membeli-belah Plaza Bukittinggi dekat Jam Gadang

Part 39: Meninggalkan Bukittinggi

Sedar tak sedar, percutian kami di Sumatera Barat dah hampir berakhir. Dah tiba masa bagi kami kembali ke Padang kerana kami akan pulang ke Kuala Lumpur dari sana pada pagi esok.

Memulakan perjalanan kembali ke Padang
Kesibukan petang di kota Bukittinggi
Bukittinggi
Sempadan kota Bukittinggi
Keropok Sanjai adalah antara oleh-oleh yang popular di kalangan pelancong ke Bukittinggi
Calon Gubernur Kito
Pemandu dan Penumpang Gojek
Traffic Jam
Penjual Jalanan


 Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):