Januari 2020
SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi
Bahagian 10: Lembah Harau 1
LEMBAH HARAU
Part 24: Lembah Harau
Selepas berkereta terus dari Payakumbuh, akhirnya kita sampai ke Lembah Harau.
|
Laluan Ke Lembah Harau |
|
Selamat Datang Ke Lembah Harau |
Lembah Harau yang terkenal dengan tebing batuannya yang unik adalah sebuah Geopark Nasional di Indonesia. Usaha juga sedang dibuat oleh Kerajaan Indonesia untuk mengangkat Lembah Harau sebagai sebuah UNESCO Geopark seperti Langkawi di Malaysia.
|
Lembah Harau |
|
Sawah padi di Lembah Harau |
|
Cantik |
|
Laluan masuk ke kampung |
|
Tebing-tebing tinggi yang menyumbang kepada keunikan Lembah Harau |
|
Tebing batu tinggi yang mengkagumkan di Lembah Harau |
Memandangkan Lembah Harau adalah sebuah Geopark, ada tiket masuk Rp 5,000 (RM 1.50) seorang dikenakan kepada pengunjung.
Lembah Harau adalah kemegahan Tanah Minang. Lembah ini mempunyai tebing batu tegak setinggi 100 meter seperti yang terdapat di Yosemite National Park di California, USA. Kerana itulah Lembah Harau digelar sebagai Yosemite Indonesia.
Tak siapa tahu bagaimana tebing unik ini terjadi. Namun satu kajian saintifik yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jerman telah menemui beberapa fosil haiwan laut di sini. Ia membuktikan bahawa lembah ini pernah berada di dasar laut pada satu ketika dulu.
Harau dikatakan berasal dari perkataan parau atau serak. Konon ceritanya penduduk yang mendiami kawasan Bukit Jambu sering menghadapi masalah banjir dan tanah runtuh sehingga menyebabkan suasana kelam-kabut dan panik. Mereka sering menjerit seperti terkena histeria dan suara mereka kedengaran parau atau serak. Dengan ciri-ciri suara ramai yang serak itu maka kawasan itu disebut Orau dan kemudian bertukar menjadi arau dan seterusnya menjadi Harau. Itulah kononnya asal-usul nama Lembah Harau.
Part 25: Harau Resort
Setiba di Lembah Harau, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Harau Resort. Resort ini terletak di sebuah tempat di Lembah Harau yang bernama Lembah Echo. Dikatakan suara kita akan bergema-gema kalau kita menjerit di sini. Tapi tak adalah pulak kami nak mencuba.
Van yang membawa kami berhenti di tepi sebatang sungai kecil. Dari sini, tak nampaklah pulak di mana resortnya. Rupa-rupanya ia terletak di atas bukit di seberang sungai.
|
Van kami berhenti di tepi jambatan |
|
Jambatan menyeberang sungai |
|
Laluan masuk ke resort selepas menyeberang jambatan |
|
Jauh juga kena jalan ni! |
|
Pemandangan dari laluan masuk ke resort |
|
Pemandangan Air Terjun Sarasah Aka Barayun dari laluan masuk ke Harau Resort |
|
Tebing tinggi di Lembah Harau |
Harau Resort bukanlah sebuah resort mewah. Ia terdiri dari beberapa buah cottage yang berbagai saiz. Konsep resortnya Alami (Nature). Ada khidmat Wifi percuma tetapi kenalah duduk kat taman atau sudut-sudut tertentu kalau nak menggunakannya.
|
Pintu masuk sebenar ke Harau Resort |
|
Harau Resort |
|
Laluan masuk ke resort dari seberang sungai |
Kami sekeluarga diberikan Rumah Gadang yang merupakan cottage
yang terbesar di sini. Bangunan Rumah Gadang ini dua tingkat.
|
Rumah Gadang di Harau Resort |
|
Pemandangan di Harau Resort |
|
Cottage-cottage lain di Harau Resort |
|
Pemandangan di sebuah cottage lain di Harau Resort |
Kami berjalan sehelai sepinggang sahaja dari van masuk ke resort. Bagasi kami diuruskan oleh pihak resort untuk dibawa ke cottage penginapan. Mereka mempunyai cara yang unik untuk mengangkut bagasi penginap dari tempat letak kenderaan ke sini sebenarnya ~ menggunakan lif buatan sendiri yang unik.
Sewaktu kami menyedari kewujudan lif buatan sendiri ini, bagasi kami semua dah selamat sampai ke resort. Tak dapatlah melihat bagaimana beg diangkut menggunakan lif ini. Jadi kami berazam bersungguh-sungguh nak melihat pagi esok sewaktu check-out bagaimana beg kami diangkut ke tempat parking pulak.
|
Lif buatan sendiri yang digunakan untuk mengangkut bagasi penginap ke resort dari tempat parking kenderaan |
|
Bagasi naik wheel barrow pulak |
|
Bagasi dibawa ke Rumah Gadang |
|
Pemandangan mendamaikan di Harau Resort |
|
Suasana Alami di Harau Resort |
|
Terpaksa duduk di corner-corner begini nak mendapatkan Wifi |
Ada ruang
tamu dan 2 buah bilik air di tingkat bawah. Pemakaian kasut cuma
dibenarkan di tingkat bawah saja. Di tingkat atas yang berlantai papan
pula ada 4 buah bilik tidur untuk kegunaan kami bertujuh. Disebabkan
konsep resort ini yang Alami, nyamuk yang menggigit memang adalah di sini. Sebaik kami masuk ke
dalam Rumah Gadang, terus kita tutup ketat pintu dan tingkap sebab ada sekumpulan kera tengah happy-happy duduk bergayut pada sebatang pokok di luar cottage. Risau juga kalau kera-kera ini masuk ke dalam rumah dan mencuri kasut kita.
|
Pintu masuk ke Rumah Gadang |
|
Ruang Tamu di Tingkat Bawah. Terpaksa tutup tingkap-tingkap di Tingkat Bawah takut kera masuk ke dalam rumah |
|
Ada dua bilik air disediakan di Tingkat Bawah |
|
Pemandangan di Tingkat Atas. Ada 4 buah bilik tidur disediakan di sini. |
|
Tangga masuk ke bilik |
|
Tangga turun ke Tingkat Bawah |
|
Bilik tidur kami |
|
Seperti Rumah-Rumah Gadang lain, bangunan Rumah Gadang ini juga dibina condong ke arah luar |
|
Tangga ke balkoni |
|
Ruang Rehat di balkoni |
|
Bersantai di balkoni |
|
Satu lagi pemandangan di balkoni |
|
Pintu masuk ke dalam dari balkoni |
|
Pemandangan dari balkoni |
|
Tebing gunung batu kapur |
|
Rumah Gadang yang lebih kecil |
Part 26: Dinner Di Lembah Harau
Seperti semalam, kami keluar untuk dinner pada pukul 7 malam.
|
Bersedia nak keluar makan malam |
|
Pemandangan malam di Lembah Harau |
|
Penginap-penginap lain di Harau Resort. Resort ini memang Full House sewaktu kami menginap di sini. |
Tak banyak pilihan tempat makan yang ada di Lembah Harau, jadi kami memilih untuk makan Makanan Padang saja. Pak Ino membawa kami ke Rumah Makan Mis Munin.
|
Rumah Makan Mis Munin |
|
Selamat Datang Ke Rumah Makan Mis Munin |
|
Hidangan Masakan Padang di Mis Munin |
|
Suasana di Rumah Makan Mis Munin |
|
Hebat melihat pekerja di Rumah Makan Mis Munin mengangkut hidangan banyak sebegini sekali harung. |
|
Pemilik Rumah Makan Mis Munin sedang melayan kami. Seperti di restoran-restoran Padang lain yang kami kunjungi, masakan di sini juga memang sedap. |
Selepas makan, kami meminta Pak Ino membawa kami ke kedai untuk membeli insect repellant. Maklum sajalah, ada banyak nyamuk di Harau Resort. Kalau tak pakai insect repellant, susah pulak nak tidur nanti. Kalau nak beli dan bakar ubat nyamuk yang biasa tu pulak, takut terbakar nanti Rumah Gadang kami yang dibina dari kayu di Harau Resort tu.
|
Mencari Insect Repellant |
|
JKS Mart |
|
Pintu masuk ke JKS Mart |
|
Gerai Kerak Telur di depan JKS Mart |
|
Penjual Kerak Telur |
|
Kerak Telur |
Selepas itu barulah kami kembali ke Harau Resort. Kedinginan malam dah mula terasa ketika ini. Gigil-gigil kita mandi dan gosok gigi malam itu sebab paip air panasnya tak berfungsi pulak.
|
Kembali ke Harau Resort |
|
Pemandangan Rumah Gadang kami di malam hari |
|
Kunci pintu masuk ke Rumah Gadang ini pun tricky sikit nak bukak |
|
Selamat Malam, Lembah Harau. |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):