Monday, 17 February 2020

2012 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 12 (Bukittinggi)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 12: Bukittinggi 1
PERJALANAN KE BUKITTINGGI

HARI KETIGA (2)

Part 31: Perjalanan Ke Bukittinggi

Destinasi perjalanan kami pada hari ketiga adalah sebenarnya kembali ke kota Padang. Tapi dalam perjalanan ke sana, kita buat dulu persinggahan ke kota wisata Bukittinggi.

Perjalanan ke Bukittinggi
Meninggalkan Lembah Harau
Dalam perjalanan ketika meninggalkan Lembah Harau menuju ke Bukittinggi, kami dikejutkan dengan pemandangan kereta bomba di tepi jalan. Rupa-rupanya ada sebuah rumah di tengah sawah sedang mengalami kebakaran. Dari kejauhan, kami dapat melihat kesan rumah yang hangus terbakar. Memang kasihan mengenangkan nasib pemilik rumah. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang dipilih untuk melalui ujian ini.

Kereta bomba di tepi jalan
Pemandangan rumah yang hangus terbakar di tengah sawah
Meninggalkan Lembah Harau, kami tiba kembali ke kota Payakumbuh.

Perjalanan menghala ke Payakumbuh
Sawah Padi
Pejabat Wali Kota Payakumbuh
Sempadan Lembah Harau dan Payakumbuh
Pasar Payakumbuh
Jualan Telur
Lagi pemandangan di Pasar Payakumbuh
Poster-poster calon Pilihanraya Umum Gubernur Sumatera Barat 2020 yang bakal berlangsung
Sungai
Terusan lama yang dibina oleh Belanda
Kereta Kuda yang dipanggil Bendi
Barang-barang untuk jualan
Pemandangan di Payakumbuh
Sekolah Menengah Pertama Negeri Payakumbuh
Payakumbuh
Arah ke Bukittinggi
Dari Payakumbuh, barulah kami menghala menuju ke Bukittinggi.

Sawah padi dalam perjalanan ke Bukittinggi
Rumah di tepi sawah
Banjaran Bukit Barisan
Pinggiran kota Bukittinggi
Kami pernah mencuba makan Bika Bakar yang sedap dalam perjalanan yang terdahulu ke Sumatera Barat.
Tak berkesempatan nak menikmati Bika Bakar sekali lagi dalam perjalanan kali ini.
Kincir-kincir angin yang menarik di Green House Lezatta di Bukittinggi
Pasar Bukittinggi
Membawa anjing di tengah sawah
Bukittinggi

Part 32: Kedai Keripik & Bordir

Persinggahan pertama kami di Bukittinggi adalah sebuah kedai menjual kerepek (disebut keripik dalam Bahasa Indonesia) yang bernama Ummi Aufa Hakim.

Kedai Ummi Aufa Hakim
Kedai ini mejual pelbagai jenis kerepek
Free Sampling
Suasana di dalam kedai
Kedai ini sering dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia
Memang sedap-sedap kerepek yang dijual
Selain membeli pelbagai kerepek, kita juga boleh melihat sendiri proses penghasilan kerepek di kedai ini.

Kerepek-kerepek yang baru dimasak di Ummi Aufa Hakim
Menghiris ubi kayu untuk dijadikan kerepek
Menggoreng Kerepek
Kerepek yang sedang digoreng
Kerepek yang dah sedia untuk pembungkusan
Selain kopi, pisang salai dan kerepek, Bukittinggi juga terkenal dengan hasil sulaman. Jadi kami singgah sebentar juga ke sebuah kedai sulaman yang terletak berdekatan kedai kerepek tadi. Kedai ini bernama Ar-Royyan.

Kedai Ar-Royyan yang terletak bersebelahan dengan Ummi Aufa Hakim
Pemandangan di dalam Kedai Ar-Royyan
Sulaman untuk jualan di Kedai Ar-Royyan
Lagi hasil-hasil sulaman untuk jualan
Songkok dipanggil Peci dalam Bahasa Indonesia
Peci untuk jualan di Kedai Ar-Royyan

Part 33: Lunch Di Gon Raya Lamo

Mengikut perancangan asal, kami sepatutnya terus berkunjung ke Taman Panorama sebaik tiba di Bukittinggi. Walau bagaimanapun disebabkan ketika itu dah hampir waktu untuk makan tengahari, Pak Ino mencadangkan supaya kami makan dulu sebelum pergi ke sana. Kami okey saja dengan cadangan Pak Ino.

Bukittinggi
Rumah Makan dan Restoran Gon Raya Lamo
Gon Raya Lamo
Myself dan Husband pernah makan di sini sewaktu berkunjung ke Bukittinggi sebelum ini. Tapi ketika itu, kami datang untuk dinner. Tak nampak suasana sebenar di luar restoran ketika itu kerana hari dah malam.

Masakan Padang di Gon Raya Lamo
Suasana di dalam restoran
Pelbagai hidangan masakan Padang
Jemput makan...
Yang menarik di restoran ini ialah ada jus buah-buahan yang turut termasuk dalam pakej makanan. Boleh pilih pulak tu nak minum jus apa.

Jus Jeruk (Jus Oren)
Jus Jambu Batu
Jus Durian Belanda
Alhamdulillah... dah kenyang.
Cendol Durian juga adalah minuman yang sangat terkenal di Bukittinggi tapi kami tak berkesempatan nak mencuba.
Pemandangan dari luar Restoran Gon Raya Lamo
Penjual buah-buahan dekat Restoran Gon Raya Lamo

Part 34: Bukittinggi

Bukittinggi adalah kota peranginan terkenal di Sumatera Barat berhampiran Padang. Pada zaman kolonial Belanda, ia dikenali sebagai Fort de Kock. Indonesia telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Belanda pada 17 Ogos 1945. Walau bagaimanapun pengisytiharan ini tidak mendapat pengiktirafan dari Belanda sehingga menyebabkan pemimpin Indonesia merdeka yang bernama Soekarno dan Hatta ditangkap. Susulan itu, Pemerintahan Darurat Republik Indonesia telah ditubuhkan dan Bukittinggi menjadi ibu kota Indonesia pemerintahan itu.

Bukittinggi
Arah ke Taman Panorama
Balai Kota Bukittinggi
Pemandu Gojek
Selain terkenal dengan sejarahnya, Bukittinggi juga adalah sebuah kota wisata yang sering dikunjungi pelancong. Kalau berkunjung ke Sumatera Barat buat kali pertama, memang Myself sarankan supaya Bukittinggi dijadikan sebagai base lawatan. Banyak tempat yang boleh dilawati di sini seperti Jam Gadang, Pasa Ateh dan juga Danau Maninjau.

Kota Bukittinggi
Monumen seorang pahlawan di Bukittinggi
Satu lagi pemandangan di Bukittinggi
Rumah Sakit Umum Daerah Dr Achmad Mochtar
Bukittinggi juga terkenal dengan pengangkutan kereta kuda yang dinamakan Bendi.


  Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):