Januari 2020
SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi
Bahagian 2: Padang - Sawahlunto
SITINJAU LAUIK, ALAHAN PANJANG, DANAU DIATEH & SOLOK
HARI PERTAMA (2)
Part 4: Sitinjau Lauik
Sitinjau Lauik (Si Tinjau Laut) adalah nama yang diberi kepada jalan raya utama sepanjang 15 km yang menghubungkan Kota Padang ke Solok. Kami menggunakan laluan ini menuju ke Sawahlunto dari Padang.
|
Pemandangan di Sitinjau Lauik |
|
Sebahagian besar jalan di Sitinjau Lauik dibina dari konkrit |
|
Viaduct lama yang dibina oleh penjajah Belanda pada tahun 1910 untuk mengangkut air dari bukit bagi kegunaan kilang simen. |
Jalan raya di Sitinjau Lauik bengkang-bengkok mendaki gunung. Kalau dilihat di Internet, Sitinjau Lauik sering dilabel sebagai jalan yang paling merbahaya di Indonesia kerana kemalangan kerap berlaku di sini, terutama yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat. Selain itu, cerun-cerun tinggi di kiri kanan jalan memberi ancaman tanah runtuh terutama di musim hujan seperti ketika kami di sana.
|
Sitinjau Lauik |
|
Laluan Sitinjau Lauik sangat sibuk dengan kenderaan |
Hutan di sekitar Sitinjau Lauik adalah hutan simpan (disebut Cagar Alam di Indonesia). Ia dinamakan Tahura Bung Hatta, sempena nama Timbalan Presiden Indonesia pertama yang berkhidmat di bawah Presiden Soekarno dulu. Bung Hatta (nama sebenarnya Dr. Mohammad Hatta) adalah anak jati Sumatera Barat. Perkataan Tahura pula adalah singkatan kepada Taman Hutan Raya. Kan Bahasa Indonesia ada banyak perkataan-perkataan short form begini... Salah satunya yang baru Myself pelajari ialah Curhat yang didengari di radio Indonesia. Ia bermaksud Curahan Hati.
|
Tahura Bung Hatta |
|
Kenderaan-kenderaan berat yang menggunakan Sitinjau Lauik |
Kami perhatikan memang banyak kenderaan berat yang menggunakan Sitinjau Lauik. Pada selekoh-selekoh tajam, lori-lori besar ini perlu mengambil angle yang lebih besar dengan masuk ke lorong yang bersebelahan. Di sinilah kita dapat melihat jasa Pak Ogah ~ pemuda-pemuda yang bertugas membantu menahan kenderaan dari arah bertentangan untuk membantu melicinkan perjalanan lori. Selalunya pemandu-pemandu akan mencampakkan sejumlah wang ke atas jalan untuk dikutip oleh para Pak Ogah sebagai sumbangan ke atas khidmat bakti mereka.
|
Selekoh tajam yang merbahaya di Sitinjau Lauik |
|
Pak-Pak Ogah yang berkhidmat membantu melicinkan laluan kenderaan di Sitinjau Lauik |
|
Jalan bengkang-bengkok di Sitinjau Lauik |
|
Perhentian Panorama di Sitinjau Lauik |
Kami membuat satu perhentian di sebuah kawasan yang dinamakan Panorama di Sitinjau Lauik. Kawasan ini adalah sebenarnya sebuah selekoh lama yang mempunyai beberapa buah kedai makan.
|
Panorama di Sitinjau Lauik |
|
Kedai-kedai di Panorama |
|
Platform pemerhatian untuk menikmati pemandangan di Sitinjau Lauik |
|
Pemandangan sebuah selekoh di Sitinjau Lauik dari Panorama |
Sitinjau Lauik sebenarnya mendapat nama begitu kerana di beberapa tempat di laluan ini seperti di sini, kita dapat melihat keindahan kota Padang dan Lautan Hindi. Namun disebabkan matahari tak berapa nak bersinar pada pagi itu, ini sajalah pemandangan yang dapat kami lihat...
|
Pemandangan ke arah kota Padang dan Lautan Hindi |
|
Kilang Simen di Padang dapat dilihat dengan jelas dari sini |
|
Satu lagi pemandangan pinggiran kota Padang |
|
Kuari simen dekat kota Padang |
Namun begitu pemandangan hutan yang kehijauan di sekitar memang sangat menyegarkan.
Ada juga kemudahan tandas yang disediakan di sini. Tapi nak menggunakannya kenalah membayar Rp 2,000 (RM 0.60). Air di tandas di sini menggunakan air gunung. Sejukkk sangatt!!
Disebabkan kita breakfast terlalu awal macam makan sahur kat KLIA 2 pagi tadi dan waktu makan tengahari masih lama lagi, kita makanlah Lemang (disebut Lamang) di sini. Tapi Lemang di sini taklah seperti Lemang di Malaysia yang dimakan dengan Rendang. Lemang di sini dimakan dengan kelapa macam Pulut Panggang di Malaysia. Malah sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan Minang dalam lawatan tahun 2015 dulu, Lemang ini dimakan dengan pisang.
|
Snek-snek tradisional Minangkabau |
|
Lemang (Lamang) |
|
Lemang berinti kelapa |
|
Kenangan di Sitinjau Lauik |
Part 5: Ladang Teh di Alahan Panjang
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke kota Solok. Selain hutan rimba, pemandangan di sekitar disajikan dengan sawah-sawah padi.
|
Kawasan tanah runtuh |
|
Lori-lori besar |
|
Cara pemanduan di sini macam pemanduan di Jalan Persekutuan menuju ke Kuala Lumpur dulu kala ~ di zaman sebelum adanya Lebuhraya PLUS di Malaysia. |
|
Selamat Jalan dari Kota Padang |
|
Selamat Datang ke Kabupaten Solok |
|
Solok Nan Indah |
|
Penghujung Sitinjau Lauik |
|
Pemandangan di Solok |
|
Masjid Baburrahman |
|
Kawasan pertanian di pinggir gunung |
|
Sawah padi |
|
Perkampungan di pinggir sawah |
Tiba di perbukitan yang lebih tinggi, pemandangan sawah padi digantikan pula dengan pemandangan ladang-ladang teh. Pemandangan di sini saling tak tumpah seperti pemandangan ladang-ladang teh di Sri Lanka dulu. Cuma bezanya bak kata Husband, tak adalah nama-nama Orang Putih yang tertera dengan begitu besar pada ladang-ladang teh di sini.
|
Pemandangan ladang teh dah muncul di sini |
|
Hujan gerimis dah mula turun |
|
Pemandangan di kawasan penanaman teh |
|
Ladang-ladang teh |
|
Masjid di tengah ladang |
|
Pemandangan yang sebiji macam di Sri Lanka dulu |
|
Ladang teh nan indah |
|
Membuat persinggahan di tepi ladang teh |
Kami membuat persinggahan di tepi sebuah ladang teh di Alahan Panjang. Kata Tourist Guide kami, teh-teh yang bermutu tinggi dari ladang ini kesemuanya dieksport ke luar negara. Cuma teh-teh yang kurang mutunya sahaja yang dijual di pasaran tempatan.
Pemandangan dan cuaca di sini sangat menyegarkan. Syukur kerana hujan gerimis yang turun juga tidak mengganggu kami menikmati pemandangan dan suasana sekitar.
|
Pokok Bunga Trumpet |
|
Bunga Trumpet ini sebenarnya adalah sejenis pokok yang beracun |
|
Penjual Strawberry |
|
Buah Strawberry |
|
Penjual Kacang Tanah |
Part 6: Danau Diateh
Destinasi yang seterusnya ialah Danau Diateh (Danau Di Atas). Bersama dengan Danau Dibawah, Danau Diateh membentuk sebahagian dari Danau Kembar. Walaupun namanya Danau Kembar, kedua-duanya terletak berjauhan. Tak mungkin nak melihat kedua-duanya serentak di satu tempat dalam laluan kami.
|
Menuju Danau Diateh |
|
Kutipan derma untuk pembangunan masjid |
|
Tanaman sayuran |
|
Lagi pertanian tanaman sayuran |
Danau Diateh adalah sebuah danau tektonik. Ia mempunyai kedalaman air maksima sehingga 47 meter. Danau ini tidak saja menjadi tarikan pelancongan, malah turut digunakan sebagai sumber pengairan untuk kawasan pertanian di sekitarnya.
|
Danau Diateh |
|
Pemandangan Danau Diateh yang diliputi kabus |
|
Satu lagi pemandangan Danau Diateh |
|
Kanak-kanak sekolah |
|
Kawasan pertanian di pinggir Danau Diateh |
Kami dibawa ke Kawasan Wisata Danau Kembar untuk menikmati pemandangan Danau Diateh dengan lebih dekat. Walaupun namanya Wisata Danau Kembar, cuma ada Danau Diateh di sini. Ada juga pelbagai kemudahan yang disediakan di sini tapi sayangnya, semuanya nampak terbiar.
|
Kawasan wisata Danau Kembar |
|
Laluan masuk menuju ke Danau Diateh |
|
Mengikut Pak Ino ke tepi danau |
|
Kemudahan-kemudahan di kawasan wisata yang nampak terbiar |
Memang tak dinafikan yang pemandangan di pinggir Danau Diateh memang mempunyai keindahan yang tersendiri. Tapi kalau nak dikatakan macam di Switzerland seperti yang digembar-gemburkan dalam internet, Myself rasa tak sampailah ke situ sebab upkeep di sekitar tasik agak menyedihkan. Tapi ada jugalah satu atau dua sudut yang boleh disamakan dengan Tasik Mondsee di Austria yang pernah kami lihat dulu.
Inilah sudut pandang yang Myself rasa setanding dengan Tasik Mondsee di Austria dulu...
|
Pemandangan di seberang danau yang ini memang seperti di Tasik Mondsee di Austria |
|
Close-up sikit |
|
Ladang bawang yang cantik di tepi danau |
|
Close-up sikit |
Kata Husband, dia pernah melihat pemandangan Danau Diateh yang lebih cantik dari sebuah masjid berdekatan dulu. Jadi selepas meninggalkan Kawasan Wisata Danau Kembar, kami singgah ke situ pulak.
|
Kata Husband, pemandangan Danau Diateh dari Masjid Ummi di sana tu lebih cantik. Jadi kita ke sana pulak. |
|
Masjid Ummi di pinggir Danau Diateh |
|
Pemandangan Danau Diateh dari Masjid Ummi |
|
Dari sini barulah betul-betul nampak pemandangan bak Switzerland seperti yang dikata. |
|
Memancing di pinggir danau |
|
Pangkalan bot di pinggir danau |
|
Penjual kacang rebus di tepi masjid |
|
Abang Ipar sedang membeli kacang rebus |
|
Kacang rebus yang sedap |
Part 7: Rumah Makan Salero Kampuang @ Solok
Hujan turun dengan lebat sewaktu kami meninggalkan Danau Diateh menuju ke kota Solok untuk makan tengahari.
|
Hujan lebat yang turun sewaktu kami meninggalkan Danau Diateh |
|
Kebun Sayur |
|
Kawasan pasar |
|
Jualan Durian |
|
Pertamini |
|
Hujan semakin lebat |
|
Tiba di Solok |
|
Arah ke Sawahlunto |
Syukurlah hujan dah berhenti sewaktu kami tiba di kota Solok. Terus kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran Masakan Padang yang bernama Salero Kampuang.
|
Pemandangan di kota Solok |
|
Rumah Makan Salero Kampuang |
|
Jom masuk ke dalam... |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Satu lagi pemandangan di dalam restoran |
Ini adalah kali pertama bagi Kakak & Family menikmati suasana authentic makanan Padang. Terperanjat mereka bila dihidangkan dengan hampir 20 jenis lauk di atas meja. Memang begitulah cara makan di restoran Padang. Walaupun berjenis-jenis lauk yang dihidangkan, hanya makanan yang disentuh sahaja yang perlu dibayar.
|
Masakan Padang yang dihidangkan di Rumah Makan Salero Kampuang |
Lepas makan kami singgah pula di Masjid Ashriyah Saok Laweh yang berdekatan untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.
|
Masjid Ashriyah Saok Laweh |
|
Pemandangan di dalam masjid |
|
Mihrab |
|
Satu lagi pemandangan di dalam masjid |
|
Meneruskan perjalanan ke Sawahlunto |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):