Friday, 21 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 16 (Padang - KL)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 16: Going Home
TERBANG KE KUALA LUMPUR

HARI KEEMPAT

Part 45: Hari Terakhir Di Padang

Percutian kami ke Sumatera Barat berakhir pada hari ini. Selepas bersarapan di Pangeran City Hotel, kami akan dibawa ke Bandar Udara Internasional Minangkabau untuk penerbangan pulang.

Pemandangan pagi kota Padang dari bilik hotel
Lobi Pangeran City Hotel
Sarapan pagi disediakan secara buffet di Pangeran City Hotel. Dari sejak mula tiba di Padang empat hari yang lalu sehinggalah waktu pulang ke Kuala Lumpur hari ini, semua masakan Padang yang kami nikmati memang tidak mengecewakan.

Restoran di Pangeran City Hotel
Makanan Indonesia dalam buffet sarapan pagi
Menikmati Sarapan Pagi
Suasana di restoran
Akhirnya tibalah masa untuk kami memulakan perjalanan pulang. Tepat pukul 8 pagi, kami melangkah meninggalkan Pangeran City Hotel untuk dibawa menuju ke Airport.

Bersedia untuk pulang
Pemandangan berdekatan Pangeran City Hotel
Bangunan moden di kota Padang
Polis Tentera Indonesia
Museum Adityawarman
Rumah Tradisional Minangkabau di perkarangan muzium
Dalam perjalanan ke Airport, kami melintasi Pantai Padang sekali lagi. Ada ramai orang sedang beriadah di tepi pantai pagi itu. Kami diberitahu, pejabat-pejabat Kerajaan ditutup pada hari Sabtu di Indonesia tetapi hari Sabtu adalah hari persekolahan di negara ini.

Kita tengok lagi gambar-gambar pemandangan kota Padang yang sempat dirakamkan dalam perjalanan menuju ke airport.

Gedung Pertemuan Polda Sumbar
Grand Basko Mall
Basko Hotel di Grand Basko Mall
Landasan Keretapi
Gojek
Perjalanan menuju ke lapangan terbang
Universitas Negeri Padang
Sungai dan jambatan
Bukit Barisan
Ucapan tahniah sempena perkahwinan
Pasar
Pintu Gerbang

Part 46: Bandar Udara Minangkabau

Bandar Udara Internasional Minangkabau terletak 23 km dari kota Padang. Seperti juga bangunan-bangunan lain di Sumatera Barat, senibina bangunan terminal di lapangan terbang ini juga menggunakan ciri-ciri binaan Minangkabau.

Pintu masuk ke Bandar Udara Internasional Minangkabau
Bangunan Terminal
Seperti juga di kebanyakan airport lain di Indonesia, hanya penumpang bertiket sahaja dibenarkan masuk ke dalam bangunan terminal.
Suasana agak sibuk di luar airport ketika itu kerana ada Jemaah Umrah yang akan berlepas ke Tanah Suci
Kaunter Air Asia masih belum dibuka ketika kami tiba. Terpaksalah kita menunggu sebentar. Myself perhatikan Airport Minangkabau agak sibuk pada pagi itu kerana ada satu kumpulan Umrah yang akan menaiki pesawat Air Asia bersama kami ke Kuala Lumpur. Mereka akan transit di KLIA sebelum berlepas ke Tanah Suci. Mudah-mudahan perjalanan mereka selamat dan diberkati dan semoga mendapat ibadah Umrah yang mabrur.

Kaunter Air Asia
Menunggu kaunter Air Asia dibuka
Check-in
Airport Minangkabau ini pun Myself rasa dah semakin hebat berbanding kunjungan kami yang dulu. Sesuatu yang berbeza sekarang juga ialah kita dah tak perlu lagi membayar Airport Tax untuk keluar dari Indonesia. Bayaran Airport Tax sekarang dah dimasukkan sekali ke dalam tiket penerbangan. Patutlah tiket kapal terbang ke Indonesia dah mahal sekarang berbanding dengan zaman dulu!

Pintu Perlepasan terletak di atas sana
Suasana di Minangkabau International Airport
Jemaah-jemaah Umrah
Keberangkatan Internasional
Polo
Pemandangan di Pintu Keberangkatan
Satu lagi pemandangan di Pintu Keberangkatan
Pemandangan dari Pintu Keberangkatan
Bukit Barisan

Part 47: Pulang Ke Kuala Lumpur

Penerbangan pulang kami Air Asia AK 407 dijadualkan berlepas dari Padang pada pukul 11.50 pagi.

Pesawat Garuda di Bandar Udara Minangkabau
Pesawat Air Asia yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur
Pesawat kami tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi. Sebaik selepas semua penumpang dari Kuala Lumpur turun, semua penumpang yang nak ke Kuala Lumpur pula dipanggil masuk ke dalam pesawat menerusi Airbridge. Walau bagaimanapun, bila sampai dekat pintu pesawat, penumpang-penumpang yang duduk dekat ekor kapal terbang seperti kami diminta turun tangga ke bawah dan masuk ke dalam kapal terbang melalui pintu belakang pulak.

Kena turun ke bawah dan masuk ikut pintu belakang pulak
Berjalan menuju ke pintu belakang
Hebat UPM boleh letak iklan kat badan kapal terbang macam ini
Sampai ke pintu belakang
Naik tangga belakang pulak...
Selamat masuk ke dalam pesawat
Macam Fullhouse juga pesawat ini
Tengah semua penumpang duduk dan bersedia untuk berlepas, tiba-tiba ada pulak bau kuat yang sangat tidak menyenangkan masuk ke dalam pesawat. Semua penumpang tertanya-tanya apakah baunya itu.

Menahan bau yang sangat tak menyenangkan dalam pesawat
Disebabkan baunya yang sangat teruk, kakak passenger yang duduk di sebelah kami bangun menyiasat. Dia pergi bertanya kepada krew Air Asia di belakang pesawat. Rupa-rupanya itu bau kumbahan najis tengah dipam keluar dari tandas pesawat. Patutlah teruk sangat baunya. Nasiblah, sebab kita naik Air Asia! Kalau kita naik Malaysia Airlines, mesti dia orang tak benarkan penumpang naik ke pesawat selagi kerja-kerja begini tak diselesaikan.

Selepas kerja-kerja mengepam tandas selesai dan semua penumpang dah masuk ke dalam, pesawat kami membuat push back untuk bergerak ke runway. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi, awal 20 minit dari jadual perlepasan yang sebenar.

Bergerak menuju ke runway
Semoga kita bertemu lagi, Bandar Udara Internasional Minangkabau.
Ketika ini, dunia sedang dikejutkan dengan ancaman penyakit Coronavirus Covid-19 yang sedang menular hebat. Penyakit ini bermula di negara China dan sedang merebak dengan pantas ke serata dunia. Kerana itulah kita melihat semua anak kapal Air Asia memakai face mask semasa bertugas. Kita yang naik kapal terbang ini pun risau juga. Maklumlah kita tak tahu tahap kesihatan sebenar semua penumpang yang berada di dalam pesawat. Kalau ada seorang sahaja yang terkena penyakit ini, pasti satu kapal terbang akan kena kuarantin. 

Teringat pulak... bila travel dengan Kakak & Family, memang pengalamannya akan berdepan dengan ancaman penyakit begini. Masa travel dengan Kakak & Family ke Shanghai pada tahun 2009 dulu, kami berdepan dengan ancaman SARS. Masa itu kalau diikutkan perjalanan kami lebih berisiko kerana kami memang pergi ke China yang juga merupakan tempat asal penyakit SARS. Bersyukur kerana Allah memberi perlindungan kepada kami dari terkena penyakit-penyakit begitu.

Demonstrasi keselamatan dari anak-anak kapal yang memakai face mask
Selamat Tinggal!
Selamat berlepas ke Kuala Lumpur
Kolam penternakan ikan
Sawah padi
Seperti waktu terbang ke Padang, perjalanan pulang ini juga memakan masa kira-kira sejam. Syukur Alhamdulillah kerana penerbangan kami lancar selicin sutera pulang ke Kuala Lumpur.

Pemandangan indah Sumatera Barat dari udara
Kawasan penempatan
Sungai
Terbang membelah awan
Semakin tinggi membelah awan
Sajian penerbangan
Kami juga tak membeli sajian penerbangan dalam penerbangan pulang ini. Maklum sajalah, penerbangannya singkat. Takut tercekik nak cepat-cepat menghabiskan makanan sebelum membuat pendaratan. Tapi tergoda juga perut dengan bau makanan kakak passenger yang duduk di sebelah kami kerana waktu itu sebenarnya dah memang waktu makan tengahari.

Selamat pulang ke Malaysia
Pemandangan Port Dickson dari udara
Terbang merentas Port Dickson
Menghampiri KLIA
Semakin dekat...
Disebabkan kesibukan KLIA, selalunya pesawat terpaksa berlegar-legar dulu di udara sebelum mendapat kebenaran mendarat. Tapi kami cukup bernasib baik pada hari itu kerana pesawat kami terus saja mendapat kebenaran mendarat bila tiba di KLIA. Tak perlu nak berlegar-legar dulu macam kebiasaannya.

Membuat penerbangan turun
Tiba di KLIA
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 1.30 petang. Terbang dari Padang pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 1.30 petang. Macam dah terbang 2 jam pulak. Ini adalah kerana waktu di Malaysia sejam lebih awal berbanding waktu di Padang. Walau apa pun, setinggi kesyukuran sekali lagi kepada Allah SWT kerana kami dah selamat tiba di tanah air.

Selamat mendarat
Terima kasih, Air Asia!
Pesawat Air Asia yang tersangkut kat bangunan
Menuju ke KLIA 2
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):

CATATAN PERJALANAN LAIN (SUMATERA BARAT):