Januari 2020
SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi
Bahagian 5: Sawahlunto 3
MUSEUM KERETA API
HARI KEDUA (1)
Part 14: Suasana Pagi Di Parai City Garden Hotel
Hari Kedua di Sumatera Barat. Pada pagi ini, kami berada di Sawahlunto, sebuah kota Warisan UNESCO yang terkenal dengan sejarah perlombongan arang batu Ombilin Coal Mining Heritage di zaman pemerintahan Belanda.
|
Pemandangan Subuh di Sawahlunto |
Waktu Solat Subuh di Sawahlunto masuk seawal jam 5 pagi. Disebabkan ada banyak masjid di sekitar Sawahlunto, kita dapat mendengar azan bagai bersahut-sahutan dari segenap arah. Sesuatu yang Myself juga perhatikan ialah cara orang-orang di sini menyebut nama Allah yang berbunyi seakan "Auloh" ~ seperti yang selalu kita dengar dalam drama Sinetron.
|
Selamat Pagi, Sawahlunto |
|
Pemandangan pagi dari bilik penginapan kami di Parai City Garden Hotel |
|
Kabus Pagi di Sawahlunto |
Sarapan Pagi di Parai City Garden Hotel bermula pada pukul 7 pagi. Sewaktu kami berjalan menuju ke restoran, jelas kedengaran bunyi siren yang kuat. Terkejut juga kita dibuatnya sebab ingatkan itu adalah amaran gempa bumi. Maklumlah, Sumatera Barat yang terletak di atas Great Sumatran Fault memang sangat terdedah kepada ancaman gempa bumi.
|
Tangga antik di Parai City Garden Hotel |
|
Perhiasan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang dipanggil Tahun Baru Imlek di Indonesia. |
Bila kami bertanya kepada pekerja hotel, rupa-rupanya bunyi siren ini memang dibunyikan pada pukul 7 pagi setiap hari untuk mengingatkan penduduk keluar bekerja.
Bunyi siren ini adalah sebenarnya satu warisan peninggalan Belanda di Sawahlunto. Pada masa dahulu, ia memang dibunyikan oleh pemerintah Belanda pada pukul 7 pagi, 1 tengahari dan 4 petang setiap hari untuk menandakan waktu mula bekerja bagi Orang Rantai (buruh-buruh paksa) di lombong arang batu.
|
Wonderful Indonesia |
Memandangkan Parai City Garden Hotel adalah hotel yang bertaraf 3 bintang, pilihan makanan paginya agak terhad dan terdiri dari makanan tempatan. Nasi Goreng dan Kuetiau yang disediakan memang sedap. Disebabkan kami turun makan lebih awal berbanding penginap-penginap lain di hotel, tak segan-segan kami mengulang menambah makanan dalam pinggan. Buat saja macam rumah sendiri.
|
Buffet sarapan yang terhad tapi sangat sedap. |
|
Susunan sudu dan garfu yang menarik |
|
Jemput makan... |
|
Buat macam rumah sendiri... |
Part 15: Ombilin Coal Mining Heritage
Sawahlunto menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2019 atas dasar ia adalah penerima terawal pemindahan teknologi dari Eropah ke Asia. Teknologi yang dimaksudkan adalah perlombongan arang batu (dipanggil tambang batu bara dalam Bahasa Indonesia) yang diperkenalkan oleh Belanda. Belanda bukan sekadar membawa teknologi perlombongan ke sini, malah turut membina rangkaian perkhidmatan keretapi yang dianggap moden pada ketika itu untuk membawa arang batu (batu bara) dari Sawahlunto (dipanggil Ombilin oleh Belanda) ke pelabuhan Teluk Bayur (dipanggil Emmahaven oleh Belanda).
|
Peta tempat-tempat bersejarah yang mempunyai perkaitan dengan perlombongan arang batu di Sumatera Barat. |
|
Serpihan arang batu yang dijadikan perhiasan di depan Parai City Garden Hotel |
|
Pemandangan serpihan arang batu dari sebelah sini pulak. |
Selepas sarapan dan check-out dari hotel, kami dibawa ke Masjid Agung Nurul Islam untuk menyusuri sejarah loji tenaga elektrik lama Belanda di situ. Kata Pak Ino ada satu bilik di bawah bangunan masjid yang boleh dimasuki untuk melihat kesan loji lama ini.
|
Memulakan Ombilin Coal Mining Heritage Tour di Sawahlunto |
Malangnya, sewaktu tiba di perkarangan masjid, ada satu majlis Kerajaan sedang berlangsung di situ. Jadi tak dapatlah kita nak melawat ke dalamnya mengikut perancangan.
|
Masjid Agung Nurul Islam di Sawahlunto |
Disebabkan kami tak dapat nak masuk ke dalam masjid, Pak Ino terus membawa kami berjalan kaki ke Museum Kereta Api.
|
Berjalan menuju ke Museum Kereta Api |
|
Landasan keretapi lama di Sawahlunto |
|
Sungai Batang Lunto |
|
Pasar Sawahlunto |
|
Jambatan Keretapi Lama |
|
Gerai di tepi jalan |
|
Gerai Sate |
|
Pemandangan kota Sawahlunto di seberang sana |
Dalam perjalanan, kami dapat melihat penduduk tempatan membawa anjing-anjing mereka membuat dog walking. Buntang mata Anak-anak Saudara melihat pemandangan ini. Maklumlah, ini adalah pemandangan baru bagi mereka. Kalau kat Malaysia, manalah ada orang Islam memelihara anjing begini.
|
Dog Walking di pagi hari |
|
Seronok bersiar-siar di pagi-pagi |
|
Ada 2-3 ekor anjing sebenarnya sedang diikat pada tiang-tiang di sini |
|
Anjing-anjing ini sebenarnya baru lepas dimandikan oleh tuan mereka dan sedang berjemur untuk mengeringkan diri. |
Part 15: Melawat Museum Kereta Api
Stesen Kereta Api Sawahlunto yang dibangunkan pada tahun 1912 menjadi saksi
bisu sejarah perlombongan arang batu di masa lalu. Dari sini hasil bumi
arang batu Sawahlunto diangkut menuju Emmahaven (Teluk Bayur) dekat Padang dengan
menggunakan keretapi.
|
Silo di belakang Museum Kereta Api |
Lombong arang
batu di Sawahlunto terletak di dalam bukit. Serpihan-serpihan arang
batu yang dilombong diangkut menggunakan saluran yang dibina dari lombong sehingga
ke sebuah Silo yang terletak di belakang Museum Kereta Api kini.
Di bawah Silo ini dibina laluan keretapi. Bila keretapi tiba, pintu di
bahagian bawah Silo akan dibuka sehingga membolehkan arang batu masuk ke dalam gerabak keretapi
untuk diangkut ke Teluk Bayur.
|
Museum Kereta Api Sawahlunto |
|
Pemandangan bangunan stesen dari sisi |
Pembinaan landasan keretapi sepanjang 150 km ini dilaksanakan oleh Sumatra Staats Spoorwegen atau Perusahaan Kereta Api Negara Sumatera bermula dari 1891 sehingga selesai sepenuhnya pada tahun 1894. Bangunan stesen keretapi ini pula dibina pada tahun 1912. Keretapi ini mengangkut lebih 200 gerabak arang batu dan penumpang dalam 100 tahun perkhidmatannya.
|
Stesen Keretapi Sawahlunto |
Petugas yang menjaga stesen ini tidak kelihatan sewaktu kami tiba. Tapi tiada pula notis yang mengatakan muzium ini ditutup pada hari itu. Pak Ino menjangka petugas di sini mungkin sedang menyertai upacara yang berlangsung di Masjid Agung Nurul Islam. Jadi dia menyuruh kami melihat-lihat keretapi yang ada sambil dia pergi mencari petugas tersebut di masjid.
Deposit arang batu di Sawahlunto ditemui oleh seorang Belanda yang bernama WH de Greeve pada tahun 1868. Menyedari kekayaan yang bakal diperolehi dari perlombongan arang batu, Kerajaan Belanda telah melaburkan sejumlah wang 5.5 juta Gulden untuk membangunkan fasiliti Lombong Arang Batu Ombilin. Dari sini bermulalah juga sejarah perkhidmatan keretapi Sumatera Barat.
Selain di Sawahlunto, stesen keretapi turut dibina di Solok, Batubata, Padang Panjang, Kayu Tanam dan Teluk Bayur. Perjalanan keretapi arang batu dari Sawahlunto yang melalui kesemua stesen ini memakan masa kira-kira 10 jam disebabkan laluannya yang mendaki dan berkelok-kelok.
Di luar stesen keretapi ini juga, ada patung Dr Jan Willem Ijzerman yang merupakan jurutera yang bertanggungjawab dalam pembangunan keretapi Hindia Belanda (Indonesia). Dia adalah juga pengasas Institut Teknologi Bandung yang merupakan pusat pengajian teknologi dan kejuruteraan yang terkenal di Indonesia kini.
|
Jurutera Belanda yang bertanggungjawab dalam pembangunan keretapi di Hindia Belanda |
|
Dr Jan Willem Ijzerman |
|
Sejarah Dr Jan Willem Ijzerman |
Perlombongan arang batu di Sawahlunto diberhentikan pada awal tahun 2000 kerana tidak lagi memberikan pulangan ekonomi yang diharapkan. Pemberhentian aktiviti perlombongan ini juga memberi kesan kepada aktiviti perkeretapian. Kita kini dapat melihat rangka enjin dan roda keretapi yang ditinggalkan dan dibiarkan berkarat di luar bangunan stesen.
Selain enjin dan kepala keretapi wap, kita juga dapat melawat ke dalam gerabak keretapi zaman Belanda.
|
Gerabak keretapi Belanda di Stesen Sawahlunto |
|
Berposing dengan gerabak keretapi |
|
Family Photo |
|
Posing dengan Anak-anak Saudara |
|
Husband berposing di pintu keretapi |
|
Pemandangan ke dalam gerabak keretapi Kelas Ekonomi |
|
Posing dalam gerabak Kelas Ekonomi |
|
Ini pulak pemandangan Business Class dalam gerabak keretapi |
|
Posing bak Pegawai Belanda zaman dulu |
|
Tandas turut disediakan dalam gerabak Business Class |
|
Pemandangan menghala keluar dari Stesen Keretapi Sawahlunto |
Bila penjaga muzium datang, barulah kami masuk ke dalam bangunan.
|
Pintu masuk ke bangunan Museum Kereta Api |
|
Muka jam ini unik kerana angka 4 ditulis sebagai IIII dan bukan IV seperti di dalam angka Roman yang biasa. |
|
Plak perasmian Museum Kereta Api Sawahlunto |
Sebaik masuk ke dalam, kita dapat melihat model keretapi wap Belanda yang sangat menarik.
Kita juga dapat mempelajari dengan lebih lanjut sejarah keretapi di Sumatera Barat menerusi bahan-bahan yang dipamerkan. Antara bahan-bahan pameran yang dapat dilihat adalah foto-foto lama dan peralatan-peralatan yang digunakan dalam operasi keretapi ketika itu.
|
Ruang pameran di dalam muzium |
|
Kepala keretapi yang lebih moden dari keretapi wap |
|
Kepala keretapi moden ini menggunakan diesel sebagai bahan bakar |
|
Gerabak arang batu |
|
Arang batu diisi langsung ke dalam gerabak keretapi menggunakan Silo |
|
Selain mengangkut arang batu, keretapi juga digunakan untuk mengangkut simen dan minyak kelapa sawit |
|
Gerabak minyak kelapa sawit |
|
Gerabak simen |
|
Lampu lantera (lantern) yang digunakan oleh Juru Periksa Jalan untuk memeriksa landasan. Juru Periksa Jalan ini akan bertugas berjalan kaki dari tempat dia bekerja sehingga ke stesen yang berikutnya |
|
Lampu Wesel yang digunakan sebagai penunjuk arah laluan keretapi. Lampu hijau bermaksud laluan keretapi akan membelok dan lampu putih pula menandakan laluan lurus. |
|
Roda penggulung kabel |
Keretapi ini dibangunkan di zaman sebelum komunikasi telefon. Setiap pagi, satu pemakluman menggunakan Morse Code dibuat kepada semua stesen di wilayah Sumatera Barat untuk menyamakan jarum jam mereka. Mesin-mesin Morse Code ini turut dipamerkan di dalam muzium.
|
Peralatan-peralatan komunikasi yang digunakan pada zaman dulu |
|
Peralatan-peralatan yang digunakan bagi menggerakkan keretapi |
|
Peralatan-peralatan kecil yang dipamerkan dalam almari |
|
Bergambar dengan bahan-bahan sejarah keretapi |
Jam asal yang dipasang di luar stesen turut disimpan di dalam muzium. Jam ini memang besar dan seperti juga kebanyakan jam Belanda yang lain seperti Jam Gadang di Bukittinggi, nombor 4 pada muka jam ini ditulis sebagai IIII dan bukan IV mengikut angka Roman yang sebenar. Orang Belanda memang tak tahu kot yang nombor 4 dalam angka Roman ditulis sebagai IV dan bukan IIII.
|
Jam asal di Stesen Sawahlunto |
|
Inilah gambaran saiz sebenar jam ini dibanding dengan ketinggian kita |
|
Peti simpanan keselamatan |
Di sebalik kegemilangannya, pembinaan landasan keretapi ini menyimpan kisah pilu buruh-buruh paksa yang dikenali sebagai Orang Rantai. Orang-orang Rantai ini kebanyakannya terdiri dari tahanan Belanda yang berasal dari Pulau Jawa. Sewaktu bekerja, mereka tidak mendapat layanan perikemanusiaan kerana kaki mereka dipasang dengan rantai. Dari sinilah timbul nama sebagai Orang Rantai.
|
Gambar-gambar pembinaan keretapi |
|
Gambaran Pekerja Paksa dalam pembinaan landasan keretapi |
|
Pembinaan jambatan keretapi di Lembah Anai |
Keretapi di Sumatera Barat juga berteknologi tinggi kerana menggunakan rel bergerigi disebabkan lokasinya yang berada di kawasan pergunungan dengan cerun sehingga 6'. Menurut keterangan dari petugas di muzium, selain dari di sini, rel bergerigi seperti ini hanya terdapat di Switzerland.
|
Rel bergerigi yang dipasang di tengah landasan untuk membantu pergerakan keretapi mendaki cerun gunung. |
Memang seronok melawat ke Museum Kereta Api kerana banyak yang dapat kita pelajari. Tapi kami tak boleh berlama-lama di sini kerana ada lagi tempat-tempat bersejarah lain yang menarik yang ingin kami kunjungi. Kisah Orang Rantai yang diperkenalkan kepada kita di sini juga akan kita hayati lebih lanjut di sana nanti.
|
Husband bergambar bersama petugas muzium yang bernama Pak Silmastri |
Di perkarangan Museum Keretapi ini juga tersimpan sebuah kepala keretapi wap lama yang dinamakan Mak Itam. Banyak jasa Mak Itam kepada industri arang batu di Sawahlunto dahulu. Ia juga pernah digunakan sebagai keretapi wisata yang berkhidmat di antara Sawahlunto dengan Muara Kalaban. Namun sejak awal tahun 2013, Mak Itam mula "batuk" dan beberapa kali "mogok" kerana paip pembakarannya mengalami kebocoran. Mak Itam kini hanya direhatkan di dalam sebuah bangsal di tepi muzium.
|
Bangsal yang menyimpan Mak Itam |
|
Mak Itam |
|
Pemandangan Mak Itam dari belakang |
|
Gerabak keretapi lama yang disimpan bersama Mak Itam |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):