Saturday, 15 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 11 (Sarasah)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 11: Lembah Harau 2
SARASAH AKA BARAYUN, SARASAH BUNTA & ABDI HOMESTAY

HARI KETIGA (1)

Part 27: Selamat Pagi, Lembah Harau

Penginapan kami di Lembah Harau yang bernama Harau Resort sebenarnya terletak di sebuah lembah yang bernama Lembah Echo. Seperti namanya, suara kita akan bergema-gema jika kita menjerit di sini. Tapi tak adalah kami nak menjerit mencuba fenomena ini semalam.

Walau bagaimanapun, kami dapat menyaksikan sendiri fenomena ini di awal pagi hari ini. Sewaktu Azan Subuh dilaungkan menerusi speaker dari masjid berhampiran, memang kedengaran bunyi azan bergema-gema di Lembah Echo. Cuaca yang sejuk juga menyebabkan kita teragak-agak nak mandi sebab sistem air panas di Rumah Gadang kami tak berfungsi ketika itu.

Suasana pagi di Harau Resort, Lembah Harau
Tebing tinggi yang terjal di Lembah Harau
Suasana pagi di Harau Resort
Pemandangan tebing tinggi dari celah pokok
Tebing tinggi ini sangat tegak dan lurus
Menikmati pemandangan tebing tinggi di Harau Resort
Sarapan pagi yang ringkas turut disediakan di Harau Resort. Tak ada pilihan ~ cuma Nasi Goreng yang sangat sedap. Penginap di Harau Resort boleh memilih untuk makan di Dewan Makan ataupun di bilik penginapan masing-masing. Kami memilih untuk makan di Dewan Makan sebab di Rumah Gadang kami tak ada meja makan dan kerusi. Malas nak makan duduk bersila atas lantai.

Dewan Makan di Harau Resort
Hidangan sarapan pagi
Menikmati sarapan pagi Nasi Goreng yang enak
Kemudian tibalah masa untuk kami check-out dan meninggalkan Harau Resort. Berkejar kami ke tempat lif buatan sendiri untuk melihat proses penghantaran bagasi ke tempat van parking di bawah sana.

Lif yang digunakan untuk mengangkut bagasi di Harau Resort
Bye-bye, Bags!
Enjin motor yang digunakan untuk menggerakkan lif
Merentas lurah turun ke bawah
Merentas sungai pulak
Selamat tiba ke bawah
Ada juga bagasi yang dibawa dengan motor turun ke bawah
Dan tibalah masa untuk tuan-tuan beg pulak turun ke bawah...

Sambil berjalan turun ke bawah mendapatkan van, kita masih berkesempatan melihat sebahagian lagi bagasi kami dibawa turun menggunakan lif. Walaupun pemasangannya simple, efficient sungguh sistem lif yang digunakan. Orang yang mereka dan memasang lif ini memang betul-betul macam MacGyver.

Lif sedang bergerak naik ke atas kembali
Pemandangan lif dan tebing tinggi
Bagasi kami yang terakhir sedang dibawa turun
Pemandangan destinasi kami selepas ini ~ Sarasah Aka Barayun dari Harau Resort
Walaupun penginapannya tak mewah, Harau Resort kami tinggalkan dengan kenangan yang tersendiri. Back To Nature la, dikatakan!


Part 28: Sarasah Aka Barayun

Lembah Harau terkenal dengan keindahan air terjunnya yang dinamakan Sarasah dalam Bahasa Minang. Maka sewaktu di sini, kami turut mengambil kesempatan untuk melawat ke beberapa buah air terjun ini. Destinasi pertama kami adalah ke Sarasah Aka Barayun yang dapat dilihat dari hotel penginapan kami semalam, Harau Resort.

Menuju ke Sarasah Aka Barayun
Indonesian Yosemite
Tiba di Sarasah Aka Barayun
Sarasah Aka Barayun (Air Terjun Akar Berayun) adalah air terjun yang tertinggi di Lembah Harau. Menurut lagenda, Sarasah Aka Barayun pada masa dahulu adalah sebahagian dari laut. Tebing batu tinggi pada air terjun dipercayai berasal dari dasar laut. Di antara dua dinding batu yang terjal, terapung sebuah akar yang terayun-ayun pada masa air pasang surut dan sewaktu ditiup angin. Dari situlah dikatakan muncul nama Sarasah Aka Barayun.

Sarasah Aka Barayun
Kata seorang photographer di tepi air terjun, rupa air terjun seperti yang kami lihat ketika itu sebenarnya tak selalu ada. Pada musim panas, yang kelihatan hanyalah air yang meleleh perlahan pada batu turun ke bawah. Disebabkan musim hujan baru bermula, hanya 3 hari lepas saja Sarasah Aka Barayun ini mula kelihatan betul-betul menjadi seperti 'Air Terjun'.

Kaki Sarasah Aka Barayun
Puncak Sarasah Aka Barayun
Tak susah nak berkunjung ke Sarasah Aka Barayun kerana ia terletak betul-betul di tepi jalan raya. Di kaki air terjun ini pula telah dibina sebuah kolam yang proper untuk kegunaan pengunjung. Ada gerai-gerai makan yang terdapat di tepi air terjun. Khidmat menyewa pelampung pun ada di sini.

Seronok kita tengok orang yang bermandi-manda di sini. Kita juga kagum dengan kegigihan mereka menahan kesejukan air di pagi-pagi begini.

Kami diberitahu pemandangan air terjun ini lebih cantik dari atas sebuah bukit berdekatan. Ada sebuah tangga disediakan untuk pengunjung naik ke sana. Kakak & Family pun pergilah ke situ, tapi sekerat jalan saja mereka dah berpatah balik sebab bertemu dengan 'Penunggu' kat tangga itu.

Tangga naik ke bukit di tepi Sarasah Aka Barayun
Sang Penunggu di tepi tangga
"Kalau berani, marilah naik ke atas!!"
Lepas dah puas menikmati pemandangan di sini, kami beredar menuju ke destinasi kami yang seterusnya ~ Sarasah Bunta.

Meninggalkan Sarasah Aka Barayun

Part 29: Sarasah Bunta

Memang tak dinafikan Lembah Harau adalah sebuah tempat yang indah dan mendamaikan untuk dikunjungi di Sumatera Barat. Tapi seperti Sawahlunto yang kami kunjungi sebelum ini, tak ramai pengunjung dari Malaysia yang tahu tentang Lembah Harau.

Harau Valley. Sesuatu yang Myself perhatikan dalam kunjungan ke Sumatera Barat kali ini ialah penggunaan Bahasa Inggeris di tempat-tempat kunjungan pelancong dah semakin banyak digunakan.
Kelapa Tunggal di tengah lembah
Ada sebuah sekolah agama persendirian yang moden di Lembah Harau. Dalam perjalanan ke Sarasah Bunta, kami bertemu dengan pelajar-pelajarnya yang sedang Merentas Desa. Mungkin sebahagian dari aktiviti Suaikenal Pelajar Baru di sekolah ini agaknya.

Merentas Desa
Pasukan yang patriotik
Sekumpulan lagi pelajar yang sedang merentas desa
Pemandangan indah di Lembah Harau
Sekolah Insan Cendekia Harau
Replika Kaabah di perkarangan Sekolah Insan Cendekia Harau untuk praktikal Ibadah Haji
Suasana di sekitar Lembah Harau memang mendamaikan. Di satu belah lembah ini adalah tebing batu yang sangat tinggi manakala di sebelah yang satu lagi adalah sawah padi yang terbentang seluas mata memandang.

Pemandangan tebing batu di sebelah sana Lembah Harau
Pemandangan sawah padi di sebelah sini pula
Tak seperti di Sarasah Aka Barayun tadi, Air Terjun Sarasah Bunta pula terletak jauh ke dalam dari jalan utama. Dari tempat parking, kita perlu berjalan masuk menerusi celah-celah kedai untuk sampai ke sana.

Pemandangan dari tempat letak kenderaan di Sarasah Bunta
Ada pasukan Pengakap Indonesia sedang membuat aktiviti di sini
Berjalan masuk ke Sarasah Bunta
Laluan masuk ke Sarasah Bunta
Pemandangan tebing batu tinggi Lembah Harau berhampiran Sarasah Bunta
Kita intip pula keindahan Sarasah Bunta. Sarasah Bunta ini dibuka pada tahun 1926 oleh seorang pegawai Belanda bernama F. Rinner bersama Tuanku Laras Datuk Kuning Nan Hitam dan Asisten Demang Datuk Kodoh Nan Hitam. Disebabkan keindahannya, pemerintah Belanda dikatakan memanggil Lembah Harau dengan gelaran Hemel Arau (Syurga Harau).

Sarasah Bunta
Puncak Sarasah Bunta
Kaki Sarasah Bunta
Berhampiran dengan Sarasah Bunta, ada beberapa buah lagi air terjun yang boleh dilawati. Mereka terdiri dari Sarasah Aie Luluij (Air Luluh), Sarasah Murai dan Sarasah Aie Angek (Air Hangat). Kesemuanya mudah dikunjungi kecuali Sarasah Aie Angek yang agak mencabar laluan nak mendapatkannya. Tapi kami tak pergilah melawat kesemuanya. Cukup sekadar melawat ke Sarasah Bunta.

Seperti juga di Sarasah Aka Barayun, terdapat sebuah kolam mandi di kaki air terjun ini. Tetapi kolam ini lebih natural kalau dibandingkan dengan yang di sana. Di pinggir kolam di Sarasah Bunta terdapat pasir sungai semulajadi dan bukan binaan konkrit seperti yang terdapat di Sarasah Aka Barayun.

Air jernih yang mengalir dan melewati dinding-dinding batu sebelum jatuh ke permukaan kolam dipercayai dapat menghilangkan jerawat dan mengekalkan awet muda. Mitos ini ada hubungannya dengan kisah para bidadari yang dikatakan turun mandi di air terjun ini bila terbentuk pelangi. Kalau dah bidadari mandi kat sini, kita pun tumpanglah juga jadi cantik macam bidadari bila membasuh muka dengan air di air terjun ini, kan?!


Part 30: Abdi Homestay

Kami memulakan perjalanan meninggalkan Lembah Harau selepas melawat Sarasah Bunta. Namun dalam perjalanan pulang atas permintaan Husband, kami membuat persinggahan sebentar di Abdi Homestay. Husband pernah menginap di sana sewaktu dia datang ke sini dulu. Pemandangan kat sana cantik, jadi Husband mencadangkan supaya kami turut melawat ke sana.

Kami parking di sini kerana laluan masuk ke Abdi Homestay tak dapat dimasuki kenderaan sebesar van kami.
Lorong masuk ke Abdi Homestay
Air Terjun berhampiran Abdi Homestay
Abdi Homestay terletak berhampiran air terjun yang pertama dilihat sebaik kita tiba di Lembah Harau. Jalan masuk ke sana walau bagaimanapun tak dapat dimasuki oleh kenderaan sebesar van kami. Jadi kami berjalan kaki saja masuk ke dalam.

Tak tahu apa nama air terjun berhampiran Abdi Homestay ini. Tapi seperti juga banyak air terjun yang lain di Lembah Harau, airnya cuma banyak di musim hujan. Kalau di musim panas, ia cuma kelihatan macam air yang meleleh kat tebing batu saja.


Seperti kata Husband, pemandangan di Abdi Homestay memang cantik. Ia terdiri dari beberapa buah chalet yang dibina di tepi sawah padi. Kalau sesiapa berkunjung ke Lembah Harau, Abdi Homestay mungkin boleh menjadi satu option penginapan.

Myself perhatikan di Sumatera Barat ini memang tak ada sistem penanaman padi yang sistematik. Di kawasan penanaman padi yang sama ada petak sawah yang baru ditanam dan ada juga petak yang sedang dituai hasilnya.

Kemudian kami menyusuri jalan yang sama keluar semula ke jalan besar di mana van menunggu. Kalau masa berjalan masuk tadi terasa Abdi Homestay ini agak jauh ke dalam, bila nak keluar pula rasa macam ia taklah jauh sangat sebenarnya.



 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):