Wednesday, 12 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 08 (Pagaruyung)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 8: Batusangkar 1
ISTANO BASA PAGARUYUNG

HARI KEDUA (4)

Part 19: Perjalanan Ke Batusangkar

Pengembaraan kami ke Sawahlunto tamat selepas melawat ke Goedang Ransoem. Meninggalkan Sawahlunto dengan kisah pahit penderitaan Orang Rantai, kami bergerak menuju ke Heartland of Minangkabau ~ Batusangkar.

Meninggalkan Goedang Ransoem
Goodbye, Sawahlunto
Pinggiran kota Sawahlunto
Restoran Larisha di mana kami dinner malam tadi.
Semakin jauh meninggalkan Sawahlunto
Kanak-kanak sekolah
Penduduk Minangkabau di Sumatera Barat sangat kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Selain pemandangan yang banyak masjid di sana, nama-nama Allah yang diletakkan di tepi jalan juga menjadi bukti kuatnya pegangan agama mereka.

Al Salam ~ Yang Maha Sejahtera
Nama-nama Allah yang diletakkan di sepanjang perjalanan
Kami disajikan dengan pemandangan sawah padi yang indah di sepanjang perjalanan dari Sawahlunto menuju ke Batusangkar. Teringat cerita Arwah Datuk Myself yang berasal dari Sumatera Utara dulu. Pada zaman pemerintahan Belanda, rakyat Indonesia tidak dibenarkan menanam padi kerana tanaman itu tidak menguntungkan kolonial Belanda. Mereka sebaliknya dipaksa menanam kopi yang dieksport oleh Belanda dengan harga yang mahal ke Eropah. Akibatnya ramai rakyat yang mengalami kebuluran.

Disebabkan perkara inilah, ramai rakyat Indonesia membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia ketika itu. Di antara mereka termasuklah Datuk dan rakan-rakannya yang menyeberang Selat Melaka menuju ke Pulau Pinang dengan hanya menggunakan rakit. Pengorbanan dan keberanian Datuk inilah yang membolehkan anak-anak dan cucu-cucunya menikmati hidup yang lebih baik di Malaysia dan bebas dari cengkaman Belanda.


Part 20: Istano Basa Pagaruyung

Perjalanan dari Sawahlunto menuju ke Batusangkar memakan masa kira-kira 2 jam. Setibanya di Batusangkar kami terus dibawa ke Istano Basa Pagaruyung.

Pintu masuk ke Istano Basa Pagaruyung
Istano Basa Pagaruyung
Istano Basa Pagaruyung yang dilihat pada hari ini adalah replika ketiga dari istana yang asal. Istana yang asal telah terbakar dalam sebuah rusuhan berdarah pada tahun 1804 di zaman Belanda. Ia telah didirikan kembali namun terbakar sekali lagi pada tahun 1966.

Bangunan istana yang dilihat pada hari ini adalah replika ketiga istana yang dibina pada tahun 2013 selepas satu kebakaran besar
Istano Basa Pagaruyung seperti juga Rumah Gadang Minangkabau yang lain dibina berbentuk seperti kapal ~ kecil di bawah dan besar di atas. Binaan yang mengembang di atas dan menguncup ke bawah ini terbukti dapat menahan gempa bumi yang sering melanda Sumatera Barat. Segala-gala komponen seperti tingkap dan dinding di dalam Rumah Gadang dibina condong ke arah luar sehingga mereka mencipta pepatah yang berbunyi: Condong Nan Indak Membawa Rabah (Condong Yang Tidak Membawa Rebah).

Bentuk atap runcing Minangkabau dipanggil Gonjong dan istana ini mempunyai 11 buah gonjong. Gonjong dikatakan berasal dari simbol 4 perkara: tanduk kerbau, pucuk rebung, kapal dan bukit. Simbol kerbau adalah kerana kerbau dianggap haiwan yang sangat erat kaitannya dengan nama Minangkabau (Menang Kerbau). Pucuk rebung pula adalah kerana rebung merupakan makanan adat. Simbol kapal adalah kerana orang Minangkabau dianggap berasal dari rombongan Iskandar Zulkarnain yang berlayar di laut dan simbol bukit berpunca dari Daerah Minangkabau yang berbukit.

Istana ini menggunakan senibina Minangkabau yang berbentuk seperti kapal dan beratap gonjong.
Peta Istano Basa Pagaruyung
Walaupun gonjong adalah ciri utama dalam senibina atap rumah Minangkabau, ia juga menjadi satu ancaman. Disebabkan binaannya yang tinggi dan runcing, gonjong menjadi penarik kilat. Pada 27 Februari 2007 sekitar jam 7.10 malam, gonjong di sebelah barat yang juga merupakan salah sebuah dari dua gonjong yang paling tinggi (30 meter) telah disambar petir sehingga menyebabkan seluruh istana terbakar. Istana baru seperti yang dilihat pada hari ini telah dibina semula dan dibuka kepada orang awam pada tahun 2013.

Maskot Minangkabau yang menyambut pengunjung di depan Istano Basa Pagaruyung
Tak ada bayaran tertentu dikenakan untuk bergambar dengan maskot-maskot ini. Cuma sumbangan seikhlas hati.
Lepas bergambar dengan maskot-maskot di depan istana, barulah kami masuk ke dalam. Seperti juga adat berkunjung ke rumah Melayu tradisional yang lain, kita dikehendaki membuka kasut. Kasut boleh disimpan dalam plastik-plastik yang disediakan dan diletakkan di tepi tangga. Tiada bayaran dikenakan untuk plastik kasut ini. Kalau murah hati, berilah sedikit sumbangan kepada tabung yang diletakkan di tangga ini.

Bangunan Istana
Kasut perlu dibuka dan disimpan dalam beg-beg plastik yang ditinggalkan di tepi tangga
Bangunan istana ini dibina tiga tingkat. Tepat di tengah ruangan yang menghadap ke pintu masuk adalah sebuah singgahsana yang dinamakan Bundo Kanduang kerana yang duduk di sana adalah Ibunda Raja. Bundo Kanduang akan duduk di sana sehari-hari untuk mengawasi setiap tetamu yang datang. Antara tugas penting Bundo Kanduang adalah memastikan bila diadakan Jamuan Diraja, setiap orang duduk di tempat yang sebenar mengikut protokol. Dia juga bertanggungjawab untuk memastikan hidangan disaji tepat pada waktunya.

Meja Informasi di pintu masuk ke dalam istana
Singgahsana Bundo Kanduang
Bahagian yang terletak di kiri dan ke kanan dari Bundo Kanduang dinamakan Anjuang. Anjuang yang berada di sebelah kanan dinamakan Anjuang Rajo Babandiang kerana di sinilah tempat Raja bersemayam.

Anjuang Rajo Babandiang
Hiasan siling di Anjuang Rajo Babandiang
Pemandangan menghala ke arah Anjuang Rajo Babandiang
Anjuang yang di sebelah kiri pula dinamakan Anjuang Perak. Ia dikhususkan untuk kegunaan Permaisuri dan perempuan-perempuan istana.

Anjuang Perak
Perhiasan siling di Anjuang Perak
Di Tingkat Satu juga terdapat pameran koleksi sisa-sisa artifak yang dapat diselamatkan dari kebakaran besar pada tahun 2007 dulu.

Pameran koleksi dari sisa-sisa kebakaran besar 2007
Keris Asli Sampono Ganjo Erah Dan Ponding Parisai Pusek
Peralatan dapur yang tersisa dari kebakaran
Dari tingkap Istano Basa Pagaruyung juga kita dapat melihat Rangkiang Patah Sembilan. Binaan Rangkiang ini digunakan sebagai tempat penyimpanan padi dan menjadi simbol kemakmuran dan kekuatan Alam Minangkabau.

Rangkiang Patah Sembilan
Pada bahagian tengah di Tingkat Satu ini terdapat 7 buah kamar tidur untuk anak raja yang sudah bernikah. Anak yang paling baru berkahwin akan tinggal di kamar yang paling kiri dan  pasangan yang lebih awal berkahwin akan berganjak ke kamar yang terletak ke sebelah kanan. Bila pasangan tiba ke bilik yang paling kanan, itu bermakna mereka perlu bersedia untuk berpindah keluar dari Rumah Gadang.

Umumnya, Rumah Gadang akan dihuni oleh 3 generasi iaitu Ibu, Nenek dan Anak. Apabila Si Anak sudah dewasa, yang lelaki akan pergi merantau dan tinggal di rumah isterinya.

Kamar-kamar untuk anak perempuan raja
Pemandangan lebih dekat kamar-kamar anak raja
Dah habis melawat di Tingkat Satu, kita naik pula ke Tingkat Dua menerusi tangga yang terletak di belakang singgahsana Bundo Kanduang.

Tangga naik ke tingkat atas
Memang tinggi dan curam tangga ini
Pemandangan menghala ke Anjuang Rajo Babandiang dari atas tangga
Pemandangan menghala ke Pintu Masuk
Tiba di Tingkat Dua
Ruang di Tingkat Dua disebut sebagai Anjuang Paranginan. Ia adalah tempat tinggal anak-anak perempuan Raja yang belum berkahwin.

Anjuang Paranginan
Tempat tidur anak-anak perempuan Raja
Pemandangan keluar ke arah depan dari Anjuang Paranginan
Kita dapat melihat sebahagian atap Istano Basa Pagaruyung dari Anjuang Paranginan ini. Atap bumbung istana ini diperbuat dari daun enau. Makin lama atap ini akan berlumut dan seterusnya dapat mengukuhkan struktur atap.

Pemandangan dari Anjuang Paranginan menghala ke arah belakang. Atap Gonjong yang kelihatan adalah bangunan dapur.
Pagaruyung
Tangga naik ke tingkat paling atas
Ruang di tingkat paling atas pula dinamakan Mahligai. Ia adalah tempat Raja dan Permaisuri bersantai. Perbincangan-perbincangan penting melibatkan hal ehwal negara juga diadakan di sini. Tak seperti tingkat-tingkat lain yang dibina mengikut kepanjangan penuh Rumah Gadang, Mahligai hanya menempati sebuah ruang kecil di bawah gonjong tengah istana.

Mahligai
Siling di Mahligai
Lepas turun ke bawah semula, kita melawat pula ke Dapur Istana. Dapur ini ditempatkan di sebuah bangunan yang berasingan dari bangunan utama istana. Terdapat sebuah laluan yang dibina untuk menghubungkan kedua-dua bangunan ini.

Jambatan yang menghubungkan bangunan utama dengan dapur istana
Pemandangan dari jambatan. Dah ada basikal untuk disewa di sini sekarang rupanya.
Bergambar di atas jambatan
Dinding di bahagian belakang istana diperbuat dari buluh. Buluh akan menjadi lebih kuat bila basah. Oleh yang demikian, buluh yang digunakan dalam pembinaan dinding istana akan direndam berhari-hari di dalam sungai sebelum digunakan.

Dinding di bahagian belakang istana yang dibuat dari buluh
Bangunan yang kelihatan di sana adalah Surau. Surau ini adalah satu-satunya bangunan yang terselamat dalam kebakaran besar pada tahun 2007 dulu.
Anjung untuk pengunjung bersantai
Dapur (disebut Dapua dalam Bahasa Minang) mempunyai dua ruangan. Ruang di sebelah kanan berfungsi sebagai tempat untuk memasak makanan manakala ruang yang di sebelah kiri pula berfungsi sebagai kediaman para dayang yang berjumlah 12 orang. Walau bagaimanapun hanya ruang Dapur sahaja yang dibuka untuk kunjungan awam.

Ruang di kanan digunakan untuk memasak makanan manakala ruang di kiri pula digunakan sebagai kediaman dayang-dayang istana
Di dapur ini kita dapat melihat berbagai peralatan memasak tradisional yang digunakan pada zaman dahulu.

Dapur untuk memasak
Tempurung Bakaki yang digunakan sebagai gelas minuman
Pasir diletakkan di tempat memasak makanan untuk memudahkan api dipadamkan selepas memasak
Karampah Karambia yang digunakan untuk memerah santan
Di bawah bangunan istana, ada disediakan tempat untuk pelawat menyewa pakaian tradisional Minang. Seronok betul Kakak dengan Anak Saudara posing-posing dengan pakaian Minang ini.

Tempat menyewa pakaian tradisional Minangkabau di bawah bangunan istana
Posing di pelamin Minangkabau
Berposing ramai-ramai dengan pakaian tradisional pengantin Minang
Biasalah kalau sewa-sewa pakaian tradisional Minang ini... bagi kita yang perempuan, mesti dipakaikan hiasan kepala seperti yang selalu dipakai pengantin perempuan dalam majlis perkahwinan. Bagi Myself, tak berapa nampak Minangkabau bila kita pakai perhiasan kepala jenis ini. Jadi Myself meminta kat penjaga pakaian supaya Kakak dan anaknya diberi memakai perhiasan kepala tradisional bernama Tanduk seperti yang pernah Myself pakai sewaktu melawat ke Minangkabau Village pada tahun 2015 dulu. Kakak pun setuju yang kalau pakai perhiasan kepala Tanduk ini kita akan nampak lebih Minang.

Posing di perkarangan istana dengan Tanduk
Husband mengajar Anak Saudara teknik menangkap gambar
Pakai Tanduk kat luar Istano Basa Pagaruyung... Barulah Minangkabau!
Bila nampak Kakak dengan Anaknya memakai perhiasan Tanduk di kepala ini, berebut-rebut orang lain terutamanya yang berasal dari Malaysia pun nak pakai begitu juga. Maklumlah, bagi kita Orang Malaysia, Tanduk adalah pakaian Minangkabau yang kita kenal. Bukan perhiasan kepala yang dicacak-cacak yang dipakai di majlis perkahwinan itu!

Maskot-maskot Minangkabau
Mereka sebenarnya adalah pelajar-pelajar sekolah yang mencari wang saku dengan berpakaian Maskot. Jadi kalau datang ke Istano Basa Pagarayung, bergambarlah dengan mereka untuk membantu mereka.
Penjual Buah Ciku
Sambil menunggu Kakak dengan anaknya menukar pakaian, Myself dan Husband berjalan-jalan di perkarangan istana sehingga sampai ke bangunan Surau. Jika anak perempuan yang belum berkahwin tinggal beramai-ramai di Anjuang Paranginan tadi, anak-anak lelaki seawal usia 7 tahun pula tinggal beramai-ramai di Surau sambil belajar Undang-undang Adat, Hukum Syarak, Sejarah, Seni Budaya dan Seni Bela Diri.

Bangunan Surau
Anak-anak lelaki seawal usia 7 tahun akan tinggal beramai-ramai di Surau
Makan tengahari beramai-ramai
Rumah Tabuah
Sawah padi di belakang Istano Basa Pagaruyung
Rumah Tabuah dan Sawah Padi
Satu lagi pemandangan sawah padi yang indah
Berjalan balik menuju ke Bangunan Utama
Di depan bangunan Istano Basa Pagaruyung ini ada perkhidmatan kenderaan seperti keretapi yang boleh disewa untuk mengelilingi istana. Kenderaan ini dinamakan Odong-Odong. Sebelum meninggalkan Istano Basa Pagaruyung ini, kami bercadang nak naik Odong-Odong.

Odong-Odong
Bergambar dengan Odong-Odong
Ada dua laluan perjalanan Odong-Odong: sekadar mengelilingi Istana (Rp 5,000 atau RM 1.50 seorang) ataupun sehingga ke kaki bukit yang dinamakan Jenjang Seribu (Rp 10,000 atau RM3 seorang). Dah alang-alang nak naik dan kosnya yang murah begitu, kami memilih perjalanan yang jauh sehingga ke Jenjang Seribu.

Wajah-wajah gembira naik Odong-Odong
Pemandu Odong-Odong
Husband duduk kat depan sekali bersama pemandu Odong-Odong
Pemandangan menghala ke belakang sewaktu naik Odong-Odong
Rangkiang Patah Sembilan
Pemandangan Istano Basa Pagaruyung dari sisi
Kolam
Pemandangan keseluruhan Kolam
Saluran air bukit
Laluan ke Jenjang Seribu
Berhenti sebentar di Jenjang Seribu
Tangga Jenjang Seribu untuk naik ke puncak bukit
Pemandangan Bukit Barisan dari bawah Jenjang Seribu
Memulakan perjalanan turun ke bawah
Tapak Perkhemahan
Pemandangan dari Odong-Odong
Rumah Beringin
Macam tempat untuk berehat beramai-ramai
Surau
Rumah Tabuah ini menempatkan tabuh yang akan dibunyikan bila berlaku peristiwa besar seperti bencana alam dan kebakaran
Kolam
Gerai-gerai makanan di perkarangan istana
Penunjuk Arah
Pemandangan istana dari seberang kolam
Sawah padi
Pemandangan bangunan Dapur dari belakang
Kolam dan Sawah Padi
Odong-Odong


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):