Wednesday, 5 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 03 (Sawahlunto 1)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 3: Sawahlunto 1
JALAN-JALAN SAWAHLUNTO 1

HARI PERTAMA (3)

Part 8: Parai City Garden Hotel @ Sawahlunto

Kami tiba di Sawahlunto pada pukul 3.30 petang. Sawahlunto adalah sebuah kota bersejarah yang terkenal sebagai kota tambang batu bara (perlombongan arang batu) di zaman pemerintahan Belanda. Sebaik tiba di sini, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Parai City Garden Hotel.

Tiba di Sawahlunto
Pemandangan pertama kota Sawahlunto
Jambatan lama peninggalan Belanda di Sawahlunto
Pusat bandar Sawahlunto
Bangunan-bangunan lama zaman Belanda yang masih kekal di Sawahlunto
Tempat-tempat menarik di Sawahlunto yang akan kami lawati pada esok hari
Satu lagi pemandangan di pusat bandar Sawahlunto
Sawahlunto menerima pengiktirafan sebagai sebuah kota UNESCO World Heritage pada tahun 2019. Sehubungan dengan pengiktirafan ini, semua bangunan warisan Belanda di tapak bersejarah perlu dikekalkan dan tidak boleh dibuat pengubahsuaian sesuka hati, termasuklah juga bangunan hotel penginapan kami.

Laluan masuk ke Parai City Garden Hotel
Parai City Garden Hotel yang juga termasuk dalam senarai bangunan bersejarah di Sawahlunto
Tangga naik ke lobi hotel ini sama seperti di Hotel Jetwings St Andrews yang pernah menjadi penginapan kami di Nuwara Eliya di Sri Lanka dulu.
Pemandangan di perkarangan Parai City Garden Hotel yang masih tebal dengan ciri warisan Belanda
Kaunter Reception di Parai City Garden Hotel
Petugas di Reception Counter
Berehat di lobi hotel
Welcome Drink
Menikmati Welcome Drink
Bangunan hotel ini setinggi 3 tingkat dan kami mendapat bilik penginapan yang terletak di Tingkat 3. Disebabkan hotel ini adalah sebuah bangunan warisan Belanda, pemasangan lif tidak dibenarkan di dalam bangunan. Jadi terpaksalah kami menapak memanjat tangga naik ke atas. Mujurlah bagasi kami diuruskan oleh pihak hotel untuk dibawa ke bilik penginapan.

Bagasi diangkut oleh pekerja hotel naik ke atas.
Tangga antik menuju ke bilik penginapan
Walaupun bangunan hotel ini antik, fasiliti yang disediakan adalah moden dan selesa. Namun disebabkan hotel ini hanya menyediakan bilik penginapan dan tiada fasiliti lain seperti kolam renang atau spa, ia hanya mendapat pengiktirafan sebagai hotel 3 bintang.

Bilik penginapan di Parai City Garden Hotel
Bilik air yang dilengkapi dengan kemudahan shower
Kemudahan Teh dan Kopi percuma di dalam bilik
Walaupun bilik kami adalah Non Smoking Room, ternyata penginap yang sebelum kami mencuri merokok di dalam bilik. Kuat sungguh bau rokok yang ditinggalkan. Terpaksalah pekerja hotel menyembur pewangi untuk menghilangkan bau rokok ini.

Menikmati pemandangan kota Sawahlunto dari bilik penginapan
Pemandangan dari bilik penginapan
Bangunan restoran Parai City Garden Hotel yang dibina di zaman Belanda
Satu lagi pemandangan dari bilik penginapan

Part 9: Jalan-Jalan Sawahlunto (1)

Program petang ini cuma Free & Easy, jadi Myself dan Husband mengambil kesempatan untuk exploring Sawahlunto.

Parai City Garden Hotel
Pusat bandar Sawahlunto terletak di sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukit yang tinggi. Hotel kami juga terletak di atas bukit. Ada sebuah tangga yang disediakan dari hotel untuk turun ke pusat bandar.

Tangga turun dari hotel ke pusat bandar Sawahlunto
Bergambar di tepi tangga
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Pintu keluar tangga di bahagian bawah
Mural pada bukit di bawah tangga
Kantor Pos
Murid-murid sekolah sedang pulang ke rumah
Sungai Batang Lunto yang membelah di tengah kota Sawahlunto
Satu lagi pemandangan sungai Batang Lunto
Sebuah taman di tengah kota
Patung Katak
Ukiran berhampiran patung katak
Seperti juga di kota-kota lain di Indonesia, ada tugu yang dibina di Sawahlunto untuk memperingati tokoh-tokoh pejuang tempatan. Salah sebuah tugu ini dibina untuk memperingati Mohammad Yamin, seorang Pahlawan Nasional Indonesia yang dilahirkan di Sawahlunto.

Tugu M. Yamin
Pemandangan Tugu M. Yamin dari sisi
M. Yamin adalah seorang Pahlawan Nasional Indonesia yang dilahirkan di Sawahlunto
Sawahlunto
Berdekatan dengan Tugu M. Yamin pula, ada didirikan Tugu Imam Bonjol. Beliau adalah seorang pemimpin terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera. Imam Bonjol telah ditangkap oleh Belanda dan diasingkan ke Manado di Sulawesi Utara sehingga meninggal dunia di sana.

Tugu Imam Bonjol
Imam Bonjol adalah seorang pemimpin dakwah yang terkenal di Sumatera

Part 10: Masjid Agung Nurul Islam

Sebuah mercu tanda yang sangat menarik perhatian kami di Sawahlunto adalah menara Masjid Agung Nurul Islam yang mempunyai ketinggian yang luar biasa.

Menara Masjid Agung Nurul Islam yang mempunyai ketinggian yang luar biasa.
Kemuncak Menara Masjid
Masjid Agung Nurul Islam
Landasan keretapi lama di depan Masjid Agung Nurul Islam
Landasan keretapi ini digunakan oleh penjajah Belanda pada zaman dahulu untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan Teluk Bayur (ketika itu dikenali sebagai Emmahaven) berhampiran Padang.
Bangunan Masjid Agung Nurul Islam di Sawahlunto ini unik kerana ia adalah bangunan Belanda. Ia bermula sebagai sebuah loji penjana elektrik berkuasa wap (pusat pembangkit listrik tenaga uap). Di zaman Revolusi Indonesia, ia berfungsi sebagai gudang simpanan senjata sebelum diubah menjadi masjid selepas Indonesia mencapai kemerdekaan.

Bangunan masjid ini bermula sebagai sebuah loji tenaga elektrik berkuasa wap
Pintu Masuk Utama Masjid
Kesan peninggalan loji tenaga elektrik ini masih dapat dilihat di perkarangan masjid. Sebuah turbin elektrik lama masih disimpan di perkarangan masjid sebagai bahan bersejarah.

Turbin elektrik lama di perkarangan masjid
Pemandangan turbin lama dari sisi
Pemandangan turbin lama dari satu sudut lagi
Menara masjid yang mempunyai ketinggian 85 meter ini juga adalah bekas serombong asap loji penjana elektrik ini. Kerana itulah ia memiliki ketinggian yang luar biasa bagi sebuah menara masjid.

Menara masjid yang merupakan bekas serombong asap loji penjana elektrik
Ada papan keterangan di sana
Sejarah Bangunan Masjid Agung Nurul Islam

Part 11: Museum Kereta Api

Selepas melawat Masjid Agung Nurul Islam, kita berjalan pula menuju ke Museum Kereta Api. Senang saja nak mencari muzium ini dari Masjid Agung Nurul Islam. Ikut saja landasan keretapi lama di situ.

Posing dekat jambatan keretapi lama
Pemandangan landasan di atas jambatan keretapi lama
Macam tak selamat je rasanya nak cross atas jambatan ini
Selain bangunan-bangunan lama, landasan keretapi lama ini juga kini menjadi artifak sejarah yang dilindungi bila Sawahlunto menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site. Adalah menjadi kesalahan merosakkan landasan ini dengan apa-apa cara termasuk mencuri batang besi dan kayu di laluan keretapi ini.

Disebabkan rasa tak selamat nak cross ikut jambatan keretapi, kita cross sajalah Sungai Batang Lunto menggunakan jambatan jalan raya.
Sungai Batang Lunto
Memancing di tepi sungai
Pemandangan Pasar Sawahlunto dari atas jambatan
Menunaikan kewajipan kepada Allah SWT
Satu lagi pemandangan Sungai Batang Lunto dari atas jambatan
Berjalan menuju ke Museum Kereta Api
Pemandangan kota Sawahlunto di seberang sana
Bangunan Belanda lama berhampiran pasar
Satu pemandangan yang biasa di sini tetapi janggal bagi orang Malaysia adalah melihat orang-orang di sini yang beragama Islam memelihara anjing. Anjing-anjing ini sebenarnya dipelihara untuk memburu babi hutan yang sering merosakkan sawah ladang yang terletak di pinggir hutan. Malah kami diberitahu ada PBB di Sumatera Barat. PBB ini walau bagaimanapun bukanlah bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti yang biasa kita dengar. PBB di sini sebaliknya bermaksud Persatuan Buru Babi. Malah ada juga sebuah pertubuhan lain bernama POBB di sini yang bermaksud Persatuan Olahraga Buru Babi.

Kami diberitahu babi hutan adalah ancaman besar kepada petani di Sumatera Barat kerana seekor ibu babi boleh melahirkan sehingga 13 ekor anak dalam satu kelahiran. Oleh yang demikian, memburu babi hutan menjadi aktiviti rekreasi yang popular. Babi yang dibunuh walau bagaimanapun hanya ditanam atau dijual kepada orang yang memakan daging babi. Oleh kerana wang hasil jualan babi adalah hasil yang haram, ia tidak digunakan untuk memberi makan ahli keluarga. Ia sebaliknya hanya digunakan untuk kebajikan anjing yang dibela seperti membeli makanan dan perubatan mereka.

Pemandangan menghala ke Masjid Agung Nurul Islam
Gerabak keretapi lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah restoran
Pemandangan dekat gerabak keretapi lama
Satu lagi pemandangan gerabak keretapi lama yang digunakan sekarang sebagai sebuah restoran
Kami hanya melihat Museum Kereta Api dari luar memandangkan kami mempunyai program lawatan khusus ke sini pada pagi esok.



Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):