Januari 2020
SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi
Bahagian 13: Bukittinggi 2
TAMAN PANORAMA & JAM GADANG
HARI KETIGA (3)
Part 35: Taman Panorama
Destinasi wisata pertama kami di Bukittinggi adalah Taman Panorama yang juga terkenal kerana memiliki tarikan seperti Lubang Jepang dan Ngarai Sianok.
|
Taman Panorama |
|
Pejabat Tiket dan Pintu Masuk ke Taman Panorama |
|
Laluan masuk ke Taman Panorama |
|
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Taman Panorama |
Selepas 5 tahun Myself dan Husband tak datang ke sini, pelbagai perubahan kami perhatikan. Taman ini dah menjadi semakin cantik dan menarik. Memang nampak kesungguhan pemerintah di Kota Bukittinggi memperbaiki tarikan-tarikan pelancongan yang terdapat di kota ini.
|
Pemandangan di dalam Taman Panorama |
|
Taman Panorama dah menjadi semakin cantik dan menarik sekarang |
|
Dulu tak ada basikal ni rasanya. |
|
Damai dan menyejukkan pandangan |
|
Jalan-jalan di Taman Panorama |
MEDAN NAN BAPANEH
Ada sebuah tempat piknik yang disediakan di taman ini. Namanya Medan Nan Bapaneh (Medan Untuk Berpanas). Kagum juga kita tengok mereka boleh bagi nama begitu kepada tempat ini. Tak berselindung langsung yang kita akan terdedah kepada kepanasan matahari kalau duduk di sini.
Tapi taklah berpanas sangat kalau duduk di sini sebenarnya sebab ada banyak juga pokok besar di sekitarnya untuk berteduh. Disebabkan ketika itu dah tengahari, ramai yang dilihat duduk makan nasi bungkus di sini. Ramai juga yang mempelawa kami makan bersama, tapi tak apa sebab kami dah kenyang lunch di Restoran Gon Raya Lamo tadi.
|
Medan Nan Bapaneh |
|
Suasana di Medan Nan Bapaneh |
|
Makan Lunch Bungkus di Medan Nan Bapaneh |
|
Satu lagi pemandangan di Medan Nan Bapaneh |
|
Pemandangan menghala ke sana pulak |
LOBANG JEPANG
Seperti
Malaysia, Indonesia juga dijajah oleh Tentera Jepun sewaktu
Perang Dunia Kedua. Sewaktu mereka menjajah Indonesia, Bukittinggi dijadikan pusat pemerintahan oleh Jepun. Jepun juga telah
membina beberapa buah terowong rahsia untuk kegunaan ketenteraan dan
salah sebuah di antaranya terletak di Taman Panorama ini. Untuk
mengenang sejarah pendudukan Jepun ini, sebuah tugu tentera Jepun turut
didirikan di taman ini.
|
Tugu Tentera Jepun |
|
Pemandangan lebih dekat patung Tentera Jepun |
|
Plak perasmian Taman Panorama dan Lobang Jepang berhampiran Tugu Tentera Jepun |
Di bawah Tugu Tentera Jepun ini adalah pintu masuk ke terowong Jepun yang dinamakan sebagai Lobang Jepang.
|
Pemandangan pintu masuk ke Lobang Jepang dari tepi Tugu Tentera Jepun |
|
Tangga turun ke Lobang Jepang |
Lobang Jepang mempunyai kepanjangan keseluruhan hampir 6 km. Ia digunakan oleh tentera Jepun sebagai tempat simpanan senjata, ruang mesyuarat, penjara dan dapur. Ia dibina 40 meter ke dalam tanah. Untuk memastikan kerahsiaannya, Jepun menggunakan buruh paksa dari daerah-daerah lain di Indonesia untuk membinanya. Tahanan-tahanan yang mati pula akan dicincang dan dibuang ke dasar Ngarai Sianok yang berhampiran menerusi sebuah lubang di dalamnya.
|
Lobang Jepang |
|
Selamat Datang ke Lobang Jepang |
|
Pintu masuk ke Lobang Jepang |
Lobang
Jepang ini boleh dimasuki dan Myself dan Husband pernah masuk melawat
ke dalamnya dalam lawatan yang sebelum ini. Walau bagaimanapun, dalam
lawatan kali ini kami tak masuk ke dalam kerana ingin menjimatkan masa
untuk naik kereta kuda berkeliling Bukittinggi. Lagipun kami dah masuk
ke Lubang Mbah Soero di Sawahlunto. Pemandangan di Lobang Jepang ini pun
lebih kurang sama macam pemandangan di dalam Lubang Mbah Soero.
Terowong yang dibina atas arahan seorang Leftenan Jeneral Jepun yang bernama Watanabe ini juga mampu menahan letusan bom seberat 500 kg. Kekuatan struktur terowong ini juga terbukti sewaktu kejadian Gempa Bumi Besar pada tahun 2009 dulu. Ia tidak langsung mengalami kerosakan besar pada ketika itu.
|
Pemandangan ke dalam terowong dari Pintu Masuk |
|
Peta Lobang Jepang. Ada 21 buah terowong keseluruhan di dalamnya. Kerana itulah kita disarankan menggunakan khidmat Local Guide yang menunggu di Pintu Masuk jika ingin melawat ke dalamnya. |
|
Family Photo di depan Lobang Jepang |
NGARAI SIANOK
Sumatera
Barat sering mengalami gempa bumi. Gempa bumi ini jugalah yang
memberikan pemandangan yang cantik dan unik yang terdapat di wilayah
ini. Antaranya ialah canyon (disebut ngarai dalam Bahasa Indonesia) yang hanya terdapat di sini dan tidak di tempat lain.
Selain dari Lembah Harau yang diberi jolokan Indonesian Yosemite, di Bukittinggi pula terdapat Ngarai Sianok yang diberi jolokan The Grand Canyon of Indonesia. Pemandangan Ngarai Sianok ini dapat dilihat dengan jelas dari Taman Panorama.
|
Panorama Ngarai Sianok |
|
Ngarai Sianok |
Ada sebuah platform yang disediakan untuk pengunjung bergambar dengan berlatar belakangkan Ngarai Sianok. Bayaran Rp 5,000 (RM 1.50) seorang dikenakan untuk menggunakannya. Tapi kami tidaklah naik ke situ.
|
Platform yang disediakan untuk pengunjung bergambar dengan berlatar belakangkan Ngarai Sianok. |
|
Seram juga rasanya kalau nak berdiri bergambar kat atas platform ini. |
Ngarai Sianok yang merupakan jurang sedalam 100 meter dengan kepanjangan 15 km dan kelebaran 200 meter adalah sebahagian dari garisan gempa bumi Patahan Semangko (Great Sumatran Fault). Di zaman kolonial Belanda, jurang ini dinamakan Karbouwengat atau Kerbau Sanget kerana terdapat banyak kerbau liar yang hidup bebas di sana.
|
Pemandangan Ngarai Sianok yang juga diberi gelaran The Grand Canyon of Indonesia |
|
Sungai Batang Sianok yang mengalir di dasar jurang |
Di seberang Ngarai Sianok ada sebuah kampung yang dinamakan Perkampungan Agus Salim. Penduduk di perkampungan ini dikatakan ramai yang memiliki darah Belanda. Kampung ini juga dihubungkan dengan Bukittinggi oleh sebuah laluan yang dinamakan Janjang Koto Gadang. Disebabkan binaan laluan ini yang seperti Tembok Besar China, ia turut diberi gelaran The Great Wall of Bukittinggi.
|
Pemandangan Perkampungan Agus Salim dari Taman Panorama |
|
Janjang Koto Gadang menuju ke Perkampungan Agus Salim yang turut diberi gelaran The Great Wall of Bukittinggi. |
|
Sebahagian Patahan Semangko (Great Sumatran Fault) |
Selepas menghabiskan masa di sini, kami bergerak meninggalkan Taman Panorama untuk menuju ke Jam Gadang.
|
Keindahan pemandangan di Taman Panorama |
|
Pondok tempat rehat yang dibina mengikut senibina Minangkabau |
|
Menuju ke pintu keluar dari Taman Panorama |
|
Gerai-gerai berdekatan dengan Pintu Keluar |
|
Husband menunjukkan arah ke kedai lukisan di Taman Panorama |
Part 36: Jam Gadang
Kunjungan ke Bukittinggi memang tak lengkap kalau tak berkunjung ke Jam Gadang. Dalam perjalanan ke sana, kami melintasi Hotel The Hills yang pernah menjadi penginapan kami dulu. Hotel ini kini telah bertukar menjadi Hotel Novotel.
|
Hotel Novotel Bukittinggi |
|
Hotel ini bernama The Hills sewaktu kami menginap di sini dulu |
Jam Gadang yang juga diberi jolokan The Big Ben of Bukittinggi adalah sebuah jam yang dibina di zaman Belanda dulu. Memang tak salah gelaran yang diberi kerana mekanisma yang digunakan untuk menggerakkan jam ini adalah serupa dengan mekanisma yang menggerakkan jam Big Ben di London. Malah dikatakan hanya kedua-dua jam ini sahaja di dunia yang dibina dengan mekanisma tersebut. Dengan ketinggian 4 tingkat, Jam Gadang adalah binaan yang tertinggi di Bukittinggi. Malah sehingga kini ada peraturan yang menetapkan supaya tidak ada bangunan di Bukittinggi yang boleh dibina melebihi ketinggian Jam Gadang.
|
Dataran Jam Gadang di Bukittinggi |
|
Jam Gadang |
|
Pemandangan Jam Gadang dengan lebih dekat |
Jam Gadang dibina pada tahun 1926 sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Controleur Fort de Kock (nama lama Bukittinggi di zaman pemerintahan Belanda) yang bernama Rookmaker. Batu asas pembinaannya pun telah diletakkan oleh anak lelaki sulung Rookmaker yang ketika itu hanya berusia 6 tahun.
Sewaktu dibina, rupa Jam Gadang tidaklah seperti sekarang. Ketika di zaman Belanda, atap Jam Gadang berbentuk bulat. Di zaman Jepun pula, atap Jam Gadang dibuat berbentuk pagoda dan setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, atap Jam Gadang diubah seperti bumbung Minangkabau sehingga sekarang.
|
Atap Minangkabau pada Jam Gadang dibina selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. Nombor 4 pada jam ini juga ditulis sebagai IIII dan bukan IV. |
|
Rupa Jam Gadang di tiga zaman: Belanda (kiri), Jepun (tengah) dan sekarang (kanan) |
Dataran Jam Gadang di Bukittinggi ini juga dah kelihatan berbeza dengan sewaktu kunjungan kami ke sini pada tahun 2015 dulu. Seperti Taman Panorama tadi, ia juga dah semakin cantik dan menarik. Kalau datang ke sini pada hujung minggu seperti kedatangan kami yang dulu itu, ada banyak aktiviti menarik seperti senaman beramai-ramai mengikut irama Dangdut di sini. Namun disebabkan kami datang pada hari weekday kali ini, tak adalah aktiviti yang meriah begitu walaupun pengunjung ke sini tetap ramai.
|
Dataran Jam Gadang dah menjadi semakin cantik dan menarik sekarang |
|
Landskap yang cantik di Dataran Jam Gadang |
|
Plaza Bukittinggi berdekatan Jam Gadang |
|
Kenangan di Jam Gadang |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):