Thursday, 6 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 04 (Sawahlunto 2)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 4: Sawahlunto 2
JALAN-JALAN SAWAHLUNTO 2

HARI PERTAMA (4)

Part 12: Pusat Bandar Sawahlunto

Disebabkan Sawahlunto dikelilingi bukit-bukit yang tinggi, ada banyak tangga dibina di sekeliling bukit. Dari Museum Kereta Api, kami turun sebuah tangga menuju ke pusat bandar.

Pintu sebuah tangga untuk turun ke pusat bandar
Ruang Bermain Ramah Anak Selat Karimata
Tangga turun ke bawah
Pusat bandar Sawahlunto
Lorong di celah kedai
Bayang-bayang Tourists
Berjalan-jalan di pusat bandar
Tidak seperti kota-kota lain di Sumatera Barat yang sebahagian besar penduduknya terdiri dari Orang Minangkabau, penduduk Sawahlunto terdiri dari pelbagai keturunan. Malah terdapat sebahagian besar penduduknya yang berketurunan Jawa kerana di zaman pemerintahan Belanda, ramai Orang Jawa yang dibawa ke Sawahlunto untuk dijadikan buruh paksa bekerja di lombong arang batu. Terdapat juga orang berketurunan Cina yang datang ke Sawahlunto untuk berniaga.

Rumah Pek Sin Kek
Rumah Pek Sin Kek ini adalah rumah kediaman keluarga Cina yang bernama Pek Sin Kek
Keterangan mengenai Rumah Pek Sin Kek
Rumah Pek Sin Kek ini tidak dibuka untuk kunjungan awam
Dah puas berjalan, kami bertemu dengan sebuah bakeri. Bila melihat ada kek, roti dan pastri yang dijual di sini, kami berhenti minum petang. Air Mineral diberi gratis (percuma) kepada semua pengunjung yang duduk makan di bakeri ini sendiri.

Bakeri Diana Cake
Kek, Pastri dan Roti yang dijual di bakeri Diana Cake
Ban Nanas yang sedap
Petugas di Diana Cake
Makan Milk Tart yang sedap di Diana Cake. Air minuman diberi percuma kepada pelanggan yang makan di sini
Lepas minum petang, kami berjalan lagi exploring Sawahlunto. Kali ini kita bertemu pula dengan Ombilin Hotel. Didirikan pada tahun 1918, hotel ini menjadi penginapan pemerintah dan jurutera Belanda yang terlibat dengan kegiatan perlombongan arang batu ketika itu. Bangunan hotel ini kini tidak diduduki kerana sedang diperbaiki dan diubahsuai.

Hotel Ombilin
Hotel ini menjadi tempat penginapan Pegawai Kerajaan dan Jurutera Belanda yang terlibat dengan aktiviti perlombongan arang batu dulu.
Keterangan tentang Hotel Ombilin
Bangunan hotel ini sedang diperbaiki dan diubahsuai
Di seberang Hotel Ombilin ada sebuah kedai cenderamata. Tapi cenderamata yang dijual macam tak begitu menarik pada pandangan mata kami.

Kedai Souvenir di seberang Hotel Ombilin
Pusat Penjualan Oleh-Oleh dan Souvenir
Pintu masuk ke kedai cenderamata
Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto didirikan pada tahun 1910 dengan nama Gluck Auf. Ia berfungsi sebagai tempat pegawai-pegawai perlombongan Belanda berkumpul dan berhibur.

Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto
Sewaktu didirikan pada tahun 1910, bangunan ini dikenali sebagai Gluck Auf
Pintu antik di Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto
Pemandangan dari dalam bangunan
Gereja St Barbara di Sawahlunto didirikan sebagai pusat ibadat pegawai Belanda dan keluarga mereka pada masa dahulu. Ia kini masih digunakan oleh penganut agama Katolik di Sawahlunto.

Gereja St Barbara
Papan keterangan tentang Gereja St Barbara
Pemandangan Gereja St Barbara dari hadapan
Asrama Susteran St Barbara di sebelah gereja pula menjadi tempat tinggal biarawati yang berkhidmat di Gereja St Barbara. Tak pasti sama ada asrama ini masih lagi digunakan sekarang.

Asrama Susteran St Barbara
Pintu masuk ke asrama
Pemandangan tingkat atas Asrama Susteran St Barbara
Tidak jauh di belakang gereja juga ada sebuah bangunan yang digunakan sebagai Sekolah St Lucia. Sekolah ini dibuka pada tahun 1920 untuk anak-anak pegawai Belanda.

Sekolah St Lucia
Pintu masuk ke Sekolah St Lucia
Papan keterangan mengenai Sekolah St Lucia
Kota Sawahlunto tidak besar, tapi penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah. Selepas melawat sekitar Gereja St Barbara, kami berjalan pulang ke hotel.

Berjalan pulang ke hotel
SMP 1 Sawahlunto
Monumen di tengah kota
Menyusuri Sungai Batang Lunto
Gerai menjual makanan di tepi sungai
Gerai Sate
Sate Ayam dan Kambing Madura
Berjalan di depan gerai
Tangga balik ke hotel
Mendaki tangga pulang ke hotel

Part 13: Makan Malam di Restoran Lashira

Matahari terbenam di Sumatera Barat sekitar pukul 6.30 petang. Selepas masuk waktu Maghrib, kami diminta menunggu di depan hotel pada pukul 7 malam untuk keluar makan malam. Disebabkan Myself dan Husband turun awal, kita nikmati dulu pemandangan malam di sekitar Parai Garden City Hotel.

Tepat pukul 7 malam, kami bergerak menuju ke tempat makan malam. Makan Malam disediakan di Restoran Lashira yang terletak macam di pinggir bandar Sawahlunto. Menu yang disediakan adalah goreng-gorengan. Myself memilih untuk makan Nasi Goreng Special dengan Jus Mango yang sedap malam ini.

Pergi makan malam
Restoran Lashira di pinggir bandar
Kami memilih makan bersila malam ini
Memilih menu makan malam
Mango Juice dan Ice Lemon Tea
Nasi Goreng Special yang enak untuk makan malam
Selepas hari yang panjang, tibalah masa untuk kami bermalam di hotel. Sebelum melelapkan mata, kita nikmati dulu pemandangan malam yang indah di kota Sawahlunto.

Menikmati pemandangan malam kota Sawahlunto
Selamat Malam, Sawahlunto.


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):