Friday, 31 July 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 30 (Kirstenbosch)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 30: South Africa
CAPE TOWN [Kirstenbosch National Botanical Garden]

HARI KELAPAN (5)

Part 67: Kirstenbosch National Botanical Garden

Kirsternbosch National Botanical Garden yang dibuka pada tahun 1913 terletak di kaki Table Mountain di Cape Town. Ia telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site bersama Table Mountain pada tahun 2004. Kedua-duanya dimasukkan ke dalam senarai UNESCO World Heritage Site sebagai Cape Floristic Region.

Tiba di Kirstenbosch National Botanical Garden
Tempat letak kereta di Kirstenbosch
Gate 1 di Kirstenbosch National Botanical Garden
Kirstenbosch National Botanical Garden mempunyai 3 pintu masuk dan kami masuk menerusi Visitor Centre di Gate 1.

Visitor Centre di Gate 1, Kirstenbosch National Botanical Garden
Suasana di Visitor Centre di Gate 1
Tour Guide kami yang bernama Jeremy
Keterangan mengenai Cape Floristic Region sebagai UNESCO World Heritage Site
Ada sebuah pameran mengenai bunga Protea di Visitor Centre ini. Sejenis Protea yang dinamakan King Protea adalah bunga kebangsaan South Africa. Protea adalah bunga yang banyak tumbuh di celah-celah Fynbos, sejenis semak samun yang tumbuh melata di sekitar kawasan Cape. Spesies Protea yang dipamerkan pada hari ini walau bagaimanapun, adalah Blyde Protea.

Pameran bunga Protea
Spesies yang dipamerkan pada hari ini adalah Blyde Protea
Blyde Protea
Bunga Protea mendapat nama sempena Proteus, seorang dewa Greek yang boleh bertukar-tukar bentuk. Nama ini sangat kena dengan bunga Protea kerana ia mempunyai lebih 1,500 jenis yang terdiri dari berbagai bentuk dan saiz. Walaupun bunga Protea cantik, bunga ini bersama benih dan manisannya beracun kepada manusia dan kebanyakan haiwan. Oleh itu, bunga Protea hanya boleh dilihat-lihat sahaja dan bukan untuk disentuh atau dihidu.

Bunga Blyde Protea yang mekar berkembang
Bunga Protea yang cantik
Dipandang boleh, dipegang jangan kerana Protea adalah tumbuhan beracun
Kami tak nampak pulak bunga King Protea yang menjadi bunga kebangsaan South Africa sewaktu melawat ke Kirstenbosch National Botanical Garden. Oleh itu, kita gunakan gambar dari internet untuk menunjukkan King Protea ini.
  
King Protea yang merupakan bunga kebangsaan South Africa
[Gambar dari internet]
Selepas dah puas melihat bunga Protea, kita berjalan masuk ke dalam...

Berkumpul sebelum masuk ke taman
Mengikut Jeremy masuk ke taman
Courtyard di Gate 1
Berjalan menuju ke arah taman
Kena scan tiket di sini untuk masuk ke dalam taman
Jeremy menunjukkan tiket kami yang disimpan di dalam handphone kepada petugas di pintu masuk
Welcome to Kirstenbosch
Dah nampak taman di depan sana
Tapak Kirstenbosch pada asalnya dimiliki oleh seorang Perdana Menteri Cape Colony yang bernama Cecil Rhodes. Dia telah menyerahkan tapak ini kepada kerajaan South Africa yang memerintah pada tahun 1902. Rhodes adalah seorang tokoh yang disanjung dalam sejarah British, tetapi bukanlah seorang yang disenangi dalam sejarah Afrika. Ini adalah kerana Rhodes telah menumpuk kekayaan dari monopoli perlombongan berlian De Beers dan pertanian buah-buahan. Dia juga adalah ahli politik yang bertanggungjawab memperkenalkan akta untuk mengusir penduduk kulit hitam dari tanah yang mereka miliki. 
 
Rhodes dikatakan bersifat sombong dan seperti ahli-ahli politik British Imperial lain yang seangkatan dengannya, dia percaya bahawa bangsa Anglo-Saxon memang ditakdirkan untuk memerintah dunia. Di sebalik itu semua, Rhodes tetap berjasa kepada Kirstenbosch National Botanical Garden dengan menyumbang penanaman pokok kayu barus (camphor) yang diimport dari Hong Kong. Pokok-pokok ini ditanam di laluan yang sering digunakan beliau untuk menunggang kuda.

Camphor Avenue di Kirstenbosch
Pokok-pokok Camphor di sini dibawa dari Hong Kong oleh Cecil Rhodes
Pemandangan Main Lawn di Kirstenbosch
Kirstenbosch berbeza dengan kebanyakan Botanical Garden utama yang lain di dunia seperti Kew Gardens di England kerana ia tidak menanam pelbagai tumbuhan yang dikumpul dari serata dunia. Kirstenbosch National Botanical Gardens sebaliknya hanya menanam tanaman yang indigenous kepada South Africa.

Kirstenbosch boleh berbuat begitu kerana Fynbos Biome (Cape Floral Kingdom) sangat kaya dengan berbagai tumbuhan. Hampir 70% daripada 8,000 spesies tumbuhan yang hidup di Western Cape tidak ditemui di tempat-tempat lain di dunia. Bayangkan kalau Kew Gardens di England cuma menanam spesies tumbuhan yang indigenous kepada England semata-mata tanpa tumbuhan lain yang dibawa dari serata dunia, memang nampak kosonglah pemandangan di dalam Kew Gardens kerana bilangan spesies tumbuhan tempatan di England tidaklah sebanyak spesies tumbuhan di South Africa. 😂

Pemandangan Kirstenbosch National Botanical Gardens dengan berlatar belakangkan pemandangan Table Mountain.
Pemandangan Table Mountain di belakang Kirstenbosch
Mengikut Jeremy ke Main Lawn
Penunjuk arah
Semua tumbuhan yang ditanam di Kirstenbosch adalah tanaman indigenous kepada Wilayah Western Cape di South Africa
Suasana indah di Kirstenbosch
Sebelum memberikan kami free time, Jeremy menunjukkan kepada kami Nelson Mandela Flower. Bunga ini adalah sejenis spesies bunga Bird of Paradise berwarna kuning yang dikacuk secara saintifik selama 20 tahun oleh pasukan penyelidik di Kirstenbosch. Ia dinamakan Nelson Mandela Flower sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri Berkulit Hitam South Africa yang lantang menentang Apartheid ini.

Nelson Mandela adalah juga seorang yang minat berkebun. Selepas bersara dari politik, dia menghabiskan masa berkebun di sekitar rumah kediamannya. Malah sewaktu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri South Africa, Mandela pasti akan meluangkan masa melawat ke Kirstenbosch jika berada di Cape Town kerana taman ini mengingatkannya kepada kebun kecil yang pernah diusahakan beliau sewaktu menjalani hukuman penjara di Robben Island.

Nelson Mandela Flower
Nelson Mandela Flower adalah sebenarnya sejenis spesies bunga Bird of Paradise
Pandangan Nelson Mandela Flower dengan lebih dekat
Plak peringatan lawatan Nelson Mandela ke Kirstenbosch
Kirstenbosch National Botanical Garden mempunyai keluasan yang sangat besar. Memang kita tidak dapat melawat keseluruhan taman dalam jangka masa sejam yang diberikan kepada kami. Oleh itu, Myself akan bercerita tentang apa yang kami sempat lihat dalam tempoh tersebut sahaja.

Mentari memancar terik pada petang ini di Kirstenbosch
Pelbagai tumbuhan yang ditanam di Kirstenbosch
 Laluan menuju ke kaki Table Mountain
Ada sebuah kolam kecil yang dinamakan Lily Pond di tengah-tengah Main Lawn di Kirstenbosch. Pemandangan kolam ini mengingatkan Myself dan Husband kepada kolam di Royal Botanical Garden yang pernah kami lawati di Melbourne, Australia dulu.

Lily Pond di tengah Main Lawn
Pandangan lebih dekat Lily Pond
Ada pemandangan beberapa ekor itik yang sedang berehat dan berenang di dalam kolam ketika itu.
 
Itik di tepi kolam
Berenang di dalam kolam
Bermain air di dalam kolam
Pemandangan Visitor Centre di Gate 1 dari Main Lawn
Satu lagi pemandangan menghala ke Gate 1 dan Lily Pond
Kita singgah sebentar melawat ke Fynbos Walk di Kirstenbosch ini. Seperti namanya, ada banyak tumbuhan Fynbos yang ditanam di sini. Fynbos adalah tumbuhan seperti semak-samun yang hanya ditemui di kawasan Western Cape di sekitar Cape Town. 

Fynbos Walk
Jom kita berjalan di sini...
Keterangan mengenai bunga Vygies yang sepatutnya menghiasi Fynbos di sini. Namun disebabkan sekarang musim Autumn, tak ada bunga Vygies yang berkembang ketika itu.
Sebahagian spesies bunga Fynbos yang berkembang di musim Autumn
Pelawat-pelawat ke Kirstenbosch
Kemudian kita dapat melihat tumbuhan Krantz Aloe. Tumbuhan ini sering ditanam sebagai pagar hidup di sekitar kraal (kandang lembu tradisional Afrika). Bunga Krantz Aloe ini sangat cantik. Seperti pokok Aloe yang lain, Krantz Aloe juga memiliki banyak nilai perubatan. Gel pada daunnya misalnya, boleh digunakan untuk merawat luka dan kelecuran kulit dari kebakaran. 

Bunga Krantz Aloe
Keterangan tentang Krantz Aloe
Krantz Aloe banyak memiliki nilai perubatan
Pokok Krantz Aloe juga banyak ditanam sebagai pagar hidup di sekitar kandang lembu tradisional di Afrika
Kawasan lapang di tepi Fynbos Walk ini sering digunakan untuk persembahan konsert pada musim panas
Pemandangan Krantz Aloe dengan berlatar belakangkan Table Mountain
Pemandangan menghala ke Gate 1
Kita berjalan lagi sehingga tiba di Otter Pond. Di tepi kolam ini ada ukiran hiasan Cape Clawless Otter. Menurut keterangan yang diberi, satu ketika dulu ada banyak otter yang menghuni anak-anak sungai di sekitar Table Mountain termasuk di dalam Kirstenbosch sendiri. Walau bagaimanapun, mereka dah jarang sangat dapat dilihat sekarang.

Otter Pond
Pandangan lebih dekat Otter Pond
Ukiran Cape Clawless Otter di dalam Otter Pond
Sinaran mentari petang di Kirstenbosch
Suasana petang di Kirstenbosch
Suasana yang tenang dan damai
Satu pemandangan menarik yang dapat kita lihat dari Kirstenbosch National Botanical Gardens adalah bahagian belakang Table Mountain yang dinamakan sebagai Lion's Rump. Bentuk gunung ini betul-betul kelihatan macam bahagian belakang seekor singa yang sedang menghendap nak menerkam mangsa. 'Kepala singa' ini cukup mudah dikenali kerana mempunyai sepasang telinga yang seperti Mickey Mouse.

Pemandangan Lion's Rump dari Kirstenbosch. Ada sebuah laluan pendakian ke Table Mountain dari sini.
Pemandangan gunung ini seakan-akan pemandangan dari belakang seekor singa yang sedang menghendap nak menerkam mangsa
Useful Plants Garden di Kirstenbosch National Botanical Garden mempamerkan pelbagai tumbuhan African yang digunakan bagi tujuan perubatan, makanan, kraf dan mencelup warna. Antara tumbuhan yang dipamerkan adalah African Wormwood yang digunakan untuk mengubati batuk, selsema, kembung perut, senak perut dan juga mengubati penyakit cacing. Sour Fig digunakan untuk mengubat sakit tekak, ulcer mulut, luka terbakar dan melecur dan juga mengubat sengatan serangga. Cape Honeysuckle pula digunakan untuk menahan sakit, mengubat demam dan menghilangkan imsonia.

Useful Plants Garden
Daun Imphepho yang digunakan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan
Pokok Star Flower
Mengikut kepercayaan orang Basutho, cara untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan menitiskan darah kepada ubi pokok ini dan menanamnya di dalam tanah.
Nursery Stream
Nursery Stream
Lagi pemandangan Nursery Stream
Gate 2 Kirstenbosch National Botanical Garden
Kita singgah sekejap di Gate 2 Kirstenbosch Botanical Garden ini untuk menumpang menggunakan toilet. Toilet di sini bersih dan tidak mengenakan sebarang bayaran.

Pemandangan di Gate 2 Kirstenbosch National Botanical Garden
Ukiran yang menarik di Gate 2
Di Gate 2 ini juga ada sebuah pameran kecil mengenai Fynbos. Ada banyak bunga Protea yang dipamerkan di sini.

Pameran mengenai Fynbos di Gate 2
Mari kita pergi tengok dekat-dekat sikit...
Bunga-bunga Fynbos yang cantik
Penunjuk arah
Ingat lagi tak kisah yang Myself ceritakan dalam entry mengenai Bo-Kaap bagaimana ketua VOC Belanda yang bernama Jan van Riebeeck menanam pokok Bitter Almond Hedge untuk memisahkan kawasan penduduk berkulit putih dengan kawasan penduduk berkulit hitam di Cape Town? Sebahagian pokok ini masih lagi wujud di kawasan Kirstenbosch ini. Ia dipelihara sebagai bahan tinggalan sejarah dan dinamakan sebagai Van Rieebeck's Hedge.

Van Riebeeck's Hedge
Pokok-pokok Bitter Almond Hedge yang ditanam oleh Jan van Riebeeck untuk mengasingkan penempatan kulit putih dan kulit hitam di Cape Town
Kerusi rehat dekat Van Riebeeck's Hedge
Guinea Fowl
Kehadiran Guinea Fowl ini membantu pihak taman dengan memakan serangga yang boleh memusnahkan tanaman
Pandangan dekat Guinea Fowl
Garden of Extinction memaparkan 1,500 tumbuhan South African yang sedang berdepan dengan ancaman kepupusan dan usaha yang sedang dibuat untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi.

Garden of Extinction
Pokok Erica ini adalah salah satu spesies tanaman yang berdepan dengan kepupusan
Usaha yang sedang dibuat untuk memastikan tumbuhan Erica tidak pupus
Bunga Erica
Berjalan lagi di Kirstenbosch
Water-wise Garden mengajar kita cara untuk menjimatkan penggunaan air menggunakan tumbuhan yang tertentu. Di South Africa, hujan turun dengan lebat di musim dingin dan musim panasnya pula sangat kering. Oleh yang demikian, bekalan air tanah yang terhad perlu digunakan dengan sebaiknya. Disebabkan perkara inilah Water-wise Garden ditanam di Kirstenbosch.

Water-wise Garden
Tanaman berhampiran Water-wise Garden
Tak pasti sama ada tumbuhan ini juga dikategorikan sebagai water-wise
Sculpture Garden memaparkan ukiran tradisional kaum Shona dari Zimbabwe. Menurut keterangan yang diberi, ukiran ini diperkenalkan pada tahun 1997 sebagai sebahagian dari pameran sementara di Kirstenbosch. Namun ia kemudiannya dikekalkan di taman ini disebabkan popularitinya.

Ukiran tradisi kaum Shona dari Zimbabwe
Berjalan mengelilingi taman
Pokok-pokok yang tumbuh subur
Bunga-bunga cantik di Kirstenbosch
Kita juga dapat melihat pohon seperti pokok palma yang dinamakan Cycads di Kirstenbosch Garden. Ada cerita yang mengatakan beberapa ketika dahulu, terdapat percubaan untuk mencuri benih pokok ini dari Kirstenbosch Garden untuk dijual di pasar gelap. Pokok ini juga pernah hampir pupus di suatu ketika dahulu. Namun demikian, ia dapat diselamatkan dengan usaha berterusan dari Kirstenbosch National Botanical Gardens.

Pokok Cycads
Ada Taman Cycads yang lebih besar di kaki Table Mountain di belakang sana tetapi kami tidak pergi ke situ
Tiba masa yang ditetapkan, kami menamatkan lawatan ke Kirstenbosch National Botanical Garden dan kembali ke tempat berkumpul yang ditetapkan di Gate 1.
 
Menamatkan lawatan ke Kirstenbosch National Botanical Garden
Ada ukiran petai yang dibuat dari batu di sana
Menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan
Pokok-pokok Bonsai
Bas Hop-On Hop-Off yang membuat persinggahan di Kirstenbosch National Botanical Garden
 

 Bersambung ke Bahagian 31...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):