Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 4: Jakarta
JAKARTA
[ Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru ]
HARI PERTAMA (4)
Part 10: Museum Bahari
Seperti kota Bangkok di Thailand, Jakarta juga mempunyai pengangkutan Tuk Tuk yang dinamakan Bajaj (disebut: Bajai). Program yang diaturkan untuk kami seterusnya adalah menaiki Bajaj dari Kota Tua menuju ke Pelabuhan Sunda Kelapa yang merupakan sebuah lagi kawasan yang bersejarah di Jakarta.
 |
| Fountain di dataran berhadapan Museum Bank Indonesia |
 |
| Bajaj |
 |
| Naik Bajaj dari Kota Tua menuju ke Pelabuhan Sunda Kelapa |
 |
| Suasana dari dalam Bajaj menuju ke Pelabuhan Sunda Kelapa |
 |
| Jambatan menyeberang terusan Belanda di Kota Tua yang dinamakan Kali Besar |
 |
| Menuju ke Museum Bahari |
Pelabuhan Sunda Kelapa adalah sebuah tempat yang sangat bersejarah kerana di sinilah asal bermula kota Jakarta. Ia adalah pelabuhan utama Kerajaan Sunda Padjajaran sejak abad ke-12. Disebabkan lokasinya yang strategik, pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan antarabangsa dengan kedatangan pedagang dari Arab, China, India dan Eropah.
Kerajaan Sunda menjalin kerjasama dengan Portugis untuk membangun sebuah kota di sekitar pelabuhan. Perkara ini kemudiannya memicu konflik dengan Kesultanan Demak. Pada 22 Jun 1527, seorang komander bernama Fatahillah dari Kesultanan Demak berhasil menawan Sunda Kelapa dari Portugis. Kemenangan ini diraikan dengan menggantikan nama pelabuhan menjadi Jayakarta yang bermaksud Kemenangan Gemilang. Tarikh ini masih diperingati sebagai Hari Ulang Tahun Jakarta. Nama Jakarta yang digunakan kini juga adalah berasal dari Jayakarta.
Untuk menyelusuri sejarah kegemilangan Pelabuhan Sunda Kelapa ini, kami membuat persinggahan di Museum Bahari (Muzium Maritim). Bangunan Museum Bahari adalah salah sebuah bekas bangunan kompleks pergudangan yang dibangunkan oleh VOC (Vereningde Indische Compagnie) atau Syarikat Hindia Timur Belanda. Bangunan yang dijadikan Museum Bahari adalah bekas Kompleks Pergudangan Barat (Westzijde Pakhuizen) VOC.
 |
| Muzium Bahari |
 |
| Sauh di hadapan pintu masuk ke Museum Bahari |
 |
| Pintu masuk ke Museum Bahari |
Museum Bahari menyimpan berbagai koleksi yang berhubungan dengan kebaharian atau kelautan Bangsa Indonesia. Di pintu masuknya tersimpan koleksi rempah yang menjadi sebab penjajahan Belanda ke atas Indonesia. Menariknya lagi terdapat perbezaan penggunaan rempah di antara orang Belanda dengan orang Indonesia ketika itu. Di Belanda, rempah-ratus digunakan untuk menghangatkan badan sementara di Indonesia ia lebih digunakan sebagai bumbu masakan. Disebabkan peti sejuk belum dicipta ketika itu, rempah turut diperlukan untuk mengawet makanan. Tidak hanya itu, rempah-ratus turut memiliki manfaat lain seperti untuk perubatan dan bahan kosmetik.
 |
| Koleksi rempah-ratus yang memicu penjajahan Belanda ke atas Indonesia di masa lampau. |
 |
| Pandangan lebih dekat koleksi rempah-ratus |
 |
| Husband berposing dengan rempah-ratus |
 |
| Plak yang menceritakan sejarah bangunan Museum Bahari yang bermula sebagai gudang simpanan rempah Belanda |
 |
| Laluan masuk ke courtyard muzium |
Museum Bahari hampir ditutup ketika kami tiba. Jadi kita cuma melawat dewan rempah di hadapan dan bahagian courtyard muzium sahaja. Rupa gudang pada bangunan muzium ini sangat jelas dilihat dari bahagian courtyard.
Ketika perdagangan berkembang pesat, Belanda memerlukan tempat untuk menyimpan komoditi seperti rempah-ratus, timah, tembaga, kopi, tekstil dan sebagainya. Lebih banyak ruang penyimpanan dibangun pada abad ke-17, sementara beberapa yang lebih tua dimodifikasi dan diperbaiki sehingga menawarkan lebih banyak ruang untuk menampung peningkatan isipadu barang dagangan yang transit di Pelabuhan Jakarta. Setelah mengalami beberapa kali perubahan fungsi, pada tahun 1976 bangunan ini dipulihara sebagai bangunan cagar budaya. Ia kemudiannya diserahkan kepada pemerintah kota Jakarta dan seterusnya diubah menjadi Museum Bahari.
 |
| Courtyard di Museum Bahari |
 |
| Ciri bangunan Belanda sangat jelas kelihatan dari sini |
 |
| Ciri bangunan gudang juga dapat dilihat dari sini |
Koleksi lain yang dapat dilihat di courtyard Museum Bahari Jakarta ini adalah Meriam VOC. Meriam ini sering digunakan dalam pertempuran dan dilengkapi dengan lambang VOC.
 |
| Meriam VOC di Museum Bahari |
 |
| Meriam ini sering digunakan dalam pertempuran pada masa dahulu |
Di tengah courtyard ini juga ada penunjuk arah kota-kota utama yang terletak di bawah pemerintahan Belanda pada masa dahulu. Salah sebuah yang menarik perhatian Myself adalah Banda Neira yang tidak pernah Myself dengar sebelum ini. Rupa-rupanya Banda Neira terletak di Kepulauan Maluku. Jika Spanish dulu menjajah Filipina bermula dari Pulau Cebu, Belanda pula menjajah Indonesia bermula dari Kepulauan Maluku yang kaya dengan rempah-ratus.
 |
| Penunjuk arah ke kota-kota jajahan Belanda pada masa dahulu |
 |
| Banda Neira adalah sebuah bandar yang terletak di Kepulauan Maluku di Indonesia |
Sebelum meninggalkan muzium, kita jenguk lagi beberapa benda yang dipamerkan di dalam muzium...
 |
| Patung Ondel Ondel yang menjadi simbol kebudayaan masyarakat Betawi |
 |
| Replika kapal nelayan |
 |
| Amanat dari Presiden Pertama Republik Indonesia yang mengharapkan Bangsa Indonesia kembali menjadi Bangsa Samudera |
 |
| Lukisan di Museum Bahari |
Satu perkara lain yang menarik perhatian kami adalah besi-besi berbentuk huruf "Y" terbalik yang banyak dilihat pada luar bangunan muzium. Fungsi besi ini adalah sebenarnya untuk mengikat rasuk (beam) kayu yang dipasang di dalam bangunan.
 |
| Besi berbentuk huruf "Y" terbalik yang dipasang di luar bangunan muzium |
 |
| Besi ini adalah sebenarnya pengikat rasuk kayu yang dipasang di dalam bangunan |
 |
| Rasuk-rasuk kayu yang dipasang pada siling di dalam bangunan. Ia diikat kepada besi berbentuk huruf "Y" tadi. |
 |
| Teknologi pembinaan Belanda pada masa dahulu dapat dilihat pada siling bangunan ini. |
Part 11: Pelabuhan Sunda Kelapa
Perjalanan dengan Bajaj diteruskan lagi menuju ke Pelabuhan Sunda Kelapa yang sebenar.
 |
| Meneruskan perjalanan dengan Bajaj menuju ke Pelabuhan Sunda Kelapa yang sebenar |
 |
| Pintu masuk ke Pelabuhan Sunda Kelapa |
 |
| Replika Kapal Pinisi di Pelabuhan Sunda Kelapa |
Pelabuhan Sunda Kelapa yang sebenar bukanlah sebuah tarikan pelancongan yang menarik di Jakarta. Terletak di muara Sungai Ciliwung yang membelah kota Jakarta, Sunda Kelapa adalah sebuah working harbour yang masih digunakan untuk memunggah barangan ke dalam kapal untuk dibawa ke pulau-pulau di seluruh Indonesia. Kebanyakan pelancong yang datang ke sini adalah mereka yang ingin melihat kapal tradisional bernama Pinisi yang banyak berlabuh di pelabuhan.
 |
| Pelabuhan Sunda Kelapa |
 |
| Pelabuhan ini sibuk dengan lori-lori kontena yang keluar masuk membawa barangan |
 |
| Barangan yang sedang dipunggah masuk ke dalam kapal |
 |
| Pekerja di pelabuhan sedang berehat |
Sunda Kelapa adalah salah sebuah dari dua pelabuhan yang terdapat di Jakarta. Pelabuhan yang sebuah lagi adalah Tanjung Priok yang dilengkapi dengan kemudahan moden bagi mengendalikan perdagangan dan urusan perkapalan antarabangsa.
 |
| Kenangan di Pelabuhan Sunda Kelapa |
 |
| Bergambar dengan kontena yang bersusun tinggi di Pelabuhan Sunda Kelapa. Semua kontena ini kosong kerana isinya telah dipindahkan ke kapal-kapal Pinisi. |
Susah juga sebenarnya nak berjalan melihat kapal-kapal Pinisi di Pelabuhan Sunda Kelapa ini kerana infrastruktur di kawasan pelabuhan tidak diselenggara dengan baik. Air bertakung di sebahagian besar jalan di tepi tempat kapal berlabuh. Bagi Myself, air yang bertakung ini jelas menunjukkan keadaan kota Jakarta yang dikatakan sedang semakin tenggelam, kesan langsung dari perubahan iklim yang melanda dunia sekarang.
 |
| Air yang bertakung di jalan raya di Pelabuhan Sunda Kelapa |
 |
| Macam rupa banjir besar keadaan air yang bertakung |
 |
| Berbasikal di dalam air banjir |
 |
| Meninggalkan Pelabuhan Sunda Kelapa |
Selepas dah puas melawat Pelabuhan Sunda Kelapa, kami menaiki Bajaj pulang ke Kota Tua. Disebabkan waktu itu rush hour orang pulang dari kerja, Bajaj kami sengaja mengambil laluan 'lorong-lorong tikus' untuk pulang ke destinasi berhampiran Taman Fatahillah.
 |
| Melalui 'lorong-lorong tikus' untuk kembali ke kawasan Taman Fatahillah |
 |
| Banyak Gojek yang diperhatikan di jalan raya |
 |
| Gambar kami di dalam Bajaj yang diambil oleh Rezha |
Sebelum berlalu pergi, Rezha menunjukkan kepada kami bangunan Stasiun Jakarta Kota yang juga merupakan sebuah bangunan lama Belanda di Kota Tua. Nama asalnya di zaman Belanda adalah Stasiun Batavia-benedenstad. Ia kini digunakan sebagai salah sebuah stesen untuk perkhidmatan keretapi di dalam bandaraya Jakarta sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan Kereta Api Indonesia (KAI) keluar dari Jakarta, kita perlu menggunakan Stasiun Gambir atau Stasiun Pasar Senen.
 |
| Stasiun Jakarta Kota |
 |
| Jakarta - Kota Kolaborasi |
 |
| Pemandangan keseluruhan Stasiun Jakarta Kota |
 |
| Berjalan meninggalkan Kota Tua Jakarta |
Part 12: Pasar Muara Baru
Program terakhir kami di Jakarta pada hari pertama ini adalah makan malam di Pasar Muara Baru.
 |
| Pemandangan sewaktu meninggalkan Kota Tua Jakarta |
Sesuatu yang perlu anda tahu kalau mengatur program untuk melawat ke Pulau Jawa ialah matahari terbit dan tenggelam jauh lebih awal di sini berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Waktu Solat Subuh di Pulau Jawa masuk sekitar pukul 4.15 pagi manakala waktu matahari terbit (Syuruk) pula adalah sekitar pukul 5.20 pagi. Waktu matahari terbenam (Maghrib) pula adalah sekitar pukul 5.45 petang. Jadi kalau berhasrat nak berjalan-jalan menikmati keindahan pemandangan, janganlah membuat program sampai pukul 7 malam seperti yang boleh dibuat di Semenanjung Malaysia.
 |
| Malam dah mula melabuh tirai |
 |
| Suasana malam di Kota Jakarta |
Rezha membawa kami dinner di Muara Baru. Seperti namanya, kawasan ini sebenarnya terletak di tepi laut tetapi disebabkan kita tiba di tengah malam gelap, tak nampaklah pemandangan laut yang berhampiran.
 |
| Tiba di Muara Baru |
Setibanya di Muara Baru, kami terus menuju ke Pasar Ikan untuk membeli seafood untuk makan malam. Kata Rezha, pasar ini sibuk di waktu malam begini kerana ikan baru saja dipunggah dari kapal nelayan. Ikan dan seafood yang dijual memang banyak dan segar.
 |
| Tangga naik ke Food Court yang terletak di atas bangunan Pasar Ikan |
Ada banyak gerai di Food Court ini. Setiap satunya menawarkan pilihan masakan mengikut cara dari berbagai wilayah di seluruh Indonesia. Memandangkan kami sedang berada di Jakarta yang merupakan kawasan asal masyarakat Betawi, Rezha membawa kami ke sebuah gerai yang menghidangkan masakan cara Betawi.
 |
| Pemandangan di Food Court |
 |
| Macam suasana Food Court di Malaysia juga |
Food Court ini kelihatan lengang pada hari itu kerana hari bekerja. Kata Rezha, suasananya sibuk dan padat kalau kita datang pada hujung minggu.
 |
| Food Court lengang pada hari ini kerana hari bekerja |
 |
| Gerai-gerai di Food Court yang menawarkan pilihan cara masakan dari berbagai wilayah di Indonesia |
 |
| Makanan yang siap dimasak dihantar kepada kami |
 |
| Scallop |
 |
| Sayur Kangkung |
 |
| Udang |
Lupa pulak nak ambil gambar Masakan Ikan sebab ikan sampai lambat... Haihh!!
Part 13: Hotel Mercure Cikini Jakarta
Selepas hari yang panjang, kami dibawa ke hotel penginapan kami Hotel Mercure Cikini Jakarta yang terletak di tengah-tengah Jakarta Pusat.
 |
| Hotel Mercure Cikini |
 |
| Registration Counter |
 |
| Rezha sedang menguruskan pendaftaran bilik kami |
 |
| Patung Ondel Ondel Betawi di Registration Counter |
 |
| Restoran di Hotel Mercure Cikini Jakarta |
Agak malang kerana bilik Smoke Free dah penuh sewaktu kami mendaftar masuk. Penghuni di bilik yang sebelum kami pula mungkin seorang perokok tegar kerana kuat sungguh bau rokok yag ditinggalkan. Terpaksalah kami meminta pihak hotel untuk "menyemprot" (menyembur) bilik dengan perfume pada malam itu untuk menghilangkan kesan rokok. Syukurlah kami cuma menginap di sini hanya untuk satu malam.
 |
| Bilik penginapan di Hotel Mercure Cikini Jakarta |
 |
| Bilik mandi |
 |
| Pemandangan malam kota Jakarta dari bilik kami |
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)