Bot berwarna pink yang berlabuh di tepi restoran ini adalah sebenarnya tempat menunggu bagi peserta-peserta yang mendaftar untuk mengikut Tour dengan company Mr Yap. Tour ini boleh diikuti secara berpakej ataupun individu. Contohnya kalau setakat nak ambil single tour nak tengok Eagle Feeding / Kelip-Kelip / Blue Tears semata-mata pun boleh. Dalam kes kami, kami mengikut ketiga-tiga tour secara pakej.
Kata Mr Yap sebelum Covid dulu, tour ini sangat sibuk setiap hari dengan pelancong-pelancong dari luar negara. Di musim Covid begini, pelanggan cuma ada mostly pada hujung minggu saja kerana pelancong-pelancong domestik cuma bercuti di hujung minggu.
Semakin senja melarut, semakin banyak Helang yang muncul. Mungkin waktu ini ikan banyak timbul kat permukaan air agaknya. Senang nak menyambar makanan. Waktu di Langkawi dulu, kami pernah diberitahu yang mata Sang Helang tajam, boleh melihat ikan yang berenang dalam air dari kedudukan 1-3 km di udara.
Lepas dah puas melihat Helang, bot membawa kami kembali ke jeti. Setibanya di jeti, penumpang yang hanya mengikut Eagle Feeding Tour turun dari bot manakala penumpang baru yang nak menyertai Firefly Tour pula menyertai kami.
|
Kembali ke jeti
|
|
Tiba kembali ke jeti
|
Part 14: Kelip-Kelip
Kelip-kelip (Firefly) adalah antara tarikan yang membuatkan Kuala Selangor menjadi terkenal. Selepas dah melihat Helang, kita lihat kelip-kelip pula. Memandangkan waktu solat Maghrib dah masuk ketika itu, kami mengambil kesempatan membuat solat Maghrib secara hormat waktu dalam bot dalam perjalanan menuju ke tempat Kelip-Kelip.
|
Perjalanan ke tempat Kelip-Kelip
|
|
Malam dah semakin pekat
|
|
Ini cahaya dari lampu bot, bukan Red Tears tau!
|
|
Pemandangan dari belakang bot
|
Kelip-Kelip di Kuala Selangor menjadikan pohon-pohon Berembang di sepanjang sungai sebagai tempat tinggal mereka. Setiap malam kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya terang bergemerlapan untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Bukan kelip-kelip betina saja yang tertarik kepada mereka, manusia macam kita pun tertarik juga.
Walaupun mata kita dapat melihat dengan terang cahaya kelip-kelip yang lip-lap lip-lap macam Pokok Krismas, sukar sekali nak mengambil gambar mereka dengan menggunakan kamera. Malah kata Mr Yap yang pandai fotografi itu pun, kalau pakai kamera canggih sekalipun sukar nak menangkap gambar kelip-kelip ini. Kata Amoi Guide pula, hanya kamera sesetengah model handphone Samsung dan Huawei saja yang boleh capture sikit-sikit gambar kelip-kelip ini. Tapi kalau sesiapa yang memakai iPhone, simpan sajalah dalam beg atau poket kerana kadar kejayaan nak capture gambar kelip-kelip ini boleh dikatakan sifar terus. Handphone Oppo kita pun sama. Ini juga memberi satu pengajaran kepada kita tentang kekuasaan ciptaan Tuhan. Walau mata kita dapat melihat kelip-kelip dengan terang, kamera yang sebenarnya dicipta dengan meniru prinsip mata kita berfungsi tetap tak boleh menandingi keupayaan mata yang dicipta oleh Allah SWT.
Disebabkan kamera kami tak canggih dan memang tak boleh nak capture gambar kelip-kelip ini, kita gunakanlah saja gambar-gambar dari internet untuk diletakkan di sini sebagai kenangan.
|
Melihat kelip-kelip dari atas bot (Gambar dari internet)
|
Jealous sungguh tengok ada orang boleh tangkap gambar kelip-kelip begini di tengah malam yang gelap itu dan letak kat internet. Memang beginilah pemandangan sebenar kelip-kelip yang dapat dilihat dari atas bot.
|
Kelip-kelip yang bernaung pada pokok Berembang (Gambar dari internet) |
|
Bot akan berhenti rapat ke tepi begini untuk membolehkan kita melihat kelip-kelip dengan lebih dekat (Gambar dari internet)
|
|
Sebiji macam lampu yang dipasang pada Pokok Krismas (Gambar dari internet)
|
|
Cahaya kelip-kelip memang terang. Dari sebelah sini sungai pun kita boleh nampak cahaya yang berkelip-kelip pada pokok di seberang sungai (Gambar dari internet)
|
Amoi Guide juga ada bermain-main dengan cahaya torchlight kat atas bot untuk memikat Kelip-Kelip naik ke bot kami. Pandai sungguh dia meniru menjadi Kelip-Kelip betina sebab ada 2-3 ekor kelip-kelip terbang masuk ke bot kami.
Walau bagaimanapun kami diingatkan supaya tak menangkap kelip-kelip ini untuk dibawa balik kerana ia adalah haiwan yang dilindungi. Kata Amoi Guide, kita boleh didenda RM 50,000 bagi setiap seekor Kelip-Kelip yang dibawa balik. Lagipun ada ke Pokok Berembang kat rumah kita untuk dijadikan kediaman Sang Kelip-Kelip?
|
Kelip-Kelip yang masuk ke dalam bot
|
Selepas itu, kami kembali sekali lagi ke Jeti untuk menurun dan mengambil penumpang baru bagi Blue Tears Tour pulak.
|
Kembali lagi ke Jeti
|
Part 15: Blue Tears
Kemudian kita kembali berlayar menuju ke Sungai Selangor untuk menyaksikan satu lagi fenomena alam yang dinamakan Blue Tears.
|
Berlayar kembali mencari Blue Tears
|
Blue Tears adalah sebenarnya tarikan alam yang baru diperkenalkan sekitar setahun yang lalu. Di suatu tempat di kuala sungai ini, airnya menjadi biru menyala bila dikocak di tengah kegelapan malam. Kejadian ini adalah disebabkan sejenis plankton yang dipanggil dinoflagellate. Plankton ini bertindak balas dengan mengeluarkan cahaya terang yang berwarna biru bila terganggu. Inilah yang dinamakan Blue Tears.
Sampai di lokasi Blue Tears yang sebenarnya dekat dengan laut, setiap kumpulan penumpang diberi kayu panjang yang dilekatkan dengan jaring kat hujung untuk mengocak-ngocak air. Penat juga weyy nak mengocak air laut yang berombak ini. Terbayang betapa sukarnya orang zaman dulu-dulu mengayuh sampan di tengah laut sebelum terciptanya enjin bot.
|
Kayu panjang yang dipasang dengan jaring kat hujung untuk mengocak air laut
|
|
Penat weyy nak mengocak air kuala sungai nak suruh Blue Tears tu keluar!
|
Bila air laut dikocak, memang keluarlah colour biru yang mengkagumkan dari laut. Sikit-sikit adalah macam iras-iras Glow Worm kat New Zealand dulu. Cuma bezanya Glow Gorm duduk kat dinding gua, Blue Tears pulak kat permukaan air. Kalau kat Kelip-Kelip tadi dah mencabar nak ambil gambar, kat Blue Tears ini lebihlah lagi. Mujurlah Mr Yap sudi berkongsi gambar yang beliau ambil dengan kami. Bolehlah juga dijadikan kenangan.
|
Blue Tears
|
|
Seronok tengok Blue Tears yang bersinar-sinar ini
|
Kami diberitahu plankton Blue Tears ini dipercayai baru berpindah ke lokasi di Sungai Selangor ini dari tempat lain. Dulu ia hanya boleh ditemui di kawasan tertentu di Perak dan Negeri Sembilan saja. Kalau kat Miri di Sarawak, ia boleh dilihat di tepi pantai di tepi laut pada masa-masa yang tertentu.
|
Meninggalkan jeti bersama Mr Yap
|
|
Ramai orang makan-makan di Restoran Seafood Bagan ini. Rasanya restoran ini pun dimiliki oleh company Mr Yap.
|
|
Lain macam sikit rupa signboard keluarnya.
|
Selepas dah melihat Blue Tears, maka tamatlah program lawatan kami ke Kuala Selangor. Walaupun singkat secara Day Trip, banyak pengalaman baru yang didapati. Tak sangka seronok rupanya bercuti ke sini. Mr Yap menghantar kami pulang ke rumah. Perjalanan pulang memakan masa kira-kira sejam lebih sedikit saja. Kami selamat tiba di rumah pada pukul 10.30 malam.
|
Kembali ke Kuala Lumpur
|
|
Kelip-Kelip di Kuala Lumpur |
CATATAN PERJALANAN KUALA SELANGOR (2020):