Friday, 17 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 17 (Taronga Zoo)

Mac 2017

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 17: Curi-Curi Jalan 5
TARONGA ZOO

HARI KETUJUH (2)

Part 52: Naik Feri Ke Taronga Zoo

Sewaktu kami pergi ke Blue Mountains semalam, ada salah seorang di antara kami tak dapat turut serta kerana tuntutan kerja. Disebabkan kesian dia masih tak ada gambar dengan Kangaroo walau dah sampai ke Australia, kami bawalah dia ke Taronga Zoo di petang terakhir kami di Sydney ini. Jadi selepas makan di Shalom Indonesian Restaurant, khidmat Uber digunakan sekali lagi untuk membawa kami ke Circular Quay.

Stesen Keretapi dan Feri Circular Quay
Pintu masuk ke Stesen Keretapi Circular Quay
Circular Quay memang pusat tumpuan pelancong kerana di sini ada banyak perkhidmatan untuk mereka, termasuklah sebuah booth yang menjual tiket masuk ke Taronga Zoo.

Kaunter Tiket Taronga Zoo di Circular Quay
Tapi nak ke Taronga Zoo dari Circular Quay, kita kenalah naik feri ke seberang. Tiket feri dijual di mesin-mesin tiket di sekitar Circular Quay. Mesin tiket ini sama dengan mesin yang menjual tiket Sydney Trains yang selalu kami gunakan untuk balik ke Kings Cross.

Terminal Feri
Selain feri awam, Terminal Feri ini juga digunakan oleh Feri Cruise.
Pemandangan di Terminal Feri
Menunggu Feri tiba
Feri Awam ke Taronga Zoo
Feri-feri ini berlepas mengikut waktu yang tertentu. Pintu masuk ke feri hanya akan dibuka bila hampir waktu berlepas.
Masuk ke dalam Feri
Pemandangan dari tempat duduk di luar Feri
Di samping digunakan oleh penduduk tempatan, feri-feri di Sydney juga banyak digunakan oleh pelancong. Jadi feri-feri ini bukan hanya menyediakan tempat duduk di dalam, malah ada kerusi di luar dan juga di tingkat atas untuk membolehkan kita menikmati pemandangan Pelabuhan Sydney. Kami memilih duduk di kerusi luar.

Pemandangan dari tempat duduk di luar Feri
Meninggalkan Terminal Feri Circular Quay
Petugas Feri
Pemandangan Central Business District (Sydney CBD) dari laut
Circular Quay
Ada sebuah kapal besar bernama Carnival Legend sedang berlabuh di Circular Quay ketika itu. Pelabuhan Sydney memang sentiasa menjadi persinggahan kapal-kapal Cruise. Selain di Circular Quay, kami juga pernah melihat kapal-kapal besar berlabuh di Darling Harbour dan Woolloomooloo.

Perjalanan dengan Feri ke Taronga Zoo turut melintasi Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House.

Sydney Harbour Bridge
Pemandangan Sydney Opera House dari tepi
Kapal Cruise
Luna Park
Tapak Luna Park ini dulu adalah tempat simpanan besi dan bahan-bahan binaan sewaktu Sydney Harbour Bridge sedang dalam pembinaan.
Pemandangan Sydney Opera House dari laut
Fort Denison
Sebuah lagi kapal cruise yang sedang berlabuh di Sydney
Menikmati pemandangan Pelabuhan Sydney
Menuju ke Taronga Zoo
Bot cruise dan sebuah kapal mewah
Jeti Taronga Zoo

Part 53: Taronga Zoo

Perjalanan menyeberang Pelabuhan Sydney menuju ke Taronga Zoo tak lama, hanya sekitar 15-20 minit saja.

Tiba di Jeti
Jeti Taronga Zoo
Berjalan keluar dari Jeti
Pintu masuk ke Taronga Zoo tidak terletak betul-betul di depan jeti. Dari sini ada 3 cara nak ke sana: berjalan kaki, naik bas atau naik cable car.

Pemandangan dekat jeti
Oleh kerana tiket masuk kami ke Zoo dipakejkan bersekali dengan cable car, maka kita naik sajalah kereta kabel ke pintu masuk Taronga Zoo.

Stesen Cable Car Taronga Zoo
Welcome To Taronga Zoo
Tangga naik ke Stesen Kabel
Cable Car ke Taronga Zoo
Cable Car membawa kita ke Pintu Taronga Zoo yang terletak di atas sebuah bukit. Pemandangan Sydney dari Cable Car ini memang cantik.

Pemandangan dari Cable Car
Pemandangan Sydney di seberang sana
Melintas kandang Gajah
Aduh, hujan lagi!
Pintu Masuk ke Taronga Zoo
Pemandangan zoo dari dalam Cable Car
Dah tiba ke Stesen Taronga Zoo
Taronga Zoo ini sama macam zoo lain di dunia. Tapi selepas dah melawat ke Featherdale Wildlife Park di Blue Mountains semalam, Myself rasa melawat ke sana lebih menarik. Since kita dah sampai kat sini, tengok sajalah gambar binatang-binatang yang dapat dilihat di dalam zoo ini...

Pintu masuk ke Taronga Zoo
Pintu Keluar dan Kedai Souvenir
Tangga turun ke kawasan pameran haiwan
Cable Car melintas atas kepala
Kawasan Taronga Zoo ini memang besar dan berbukit-bukit. Kebetulan ketika itu, sebahagian zoo sedang ditutup untuk pembinaan kawasan pameran haiwan-haiwan dari Savannah Africa. Pembinaan ini juga menyebabkan peta yang diberi kepada pengunjung menjadi haru-biru. Tersesat-sesat kita terpusing-pusing kat dalam zoo ni.

Pemandangan dalam zoo
Goodfellow's Tree Kangaroo yang boleh memanjat pokok.
Kolam
Wild Ropes di Taronga Zoo. Kena beli tiket asing kalau nak naik atas Wild Ropes ini.
Pintu masuk ke pameran Australian Nightlife
Antara haiwan yang dilihat dalam pameran Australian Nightlife.
Koala tengah tidur
Wallaby di sebalik batu
Beza Wallaby dengan Kangaroo
Hello!
Merenung masa depan
Sampai ke hari ini Myself masih belum dapat melihat Kangaroo yang membawa anak dalam poket. Kena datang ke Australia lagilah nampaknya ni sebab nak tengok Kangaroo bawak anak dalam poket.
Info tentang Lompatan Kangaroo
Emu
Melihat Burung Emu
Cakkk!!
Koala Walkabout
Seperti di Featherdale Wildlife Park semalam, Koala di Taronga Zoo juga aktif pada petang itu. Seperti yang pernah Myself ceritakan dulu, ini kali ketiga Myself datang ke Australia tengok Koala. Dalam dua lawatan sebelum ini, memang Sang Koala asyik tidur dan tak pedulikan orang yang datang melawat. Kalaulah ini kali pertama Myself datang ke Australia melihat Koala, mesti sukar Myself nak percaya yang Koala ini asyik tidur sehingga 20 jam sehari bila kita tengok mereka aktif begitu.

Memang kena ada banyak stamina kalau nak berjalan di dalam Taronga Zoo. Kawasannya yang besar dan berbukit-bukit ini memang memerlukan kudrat untuk diexplore.

Jom ke sana. Macam ada pemandangan yang cantik di situ.
Pemandangan indah Sydney dari Taronga Zoo
Pemandangan di dalam Reptile House di Taronga Zoo
Ular
Landskap moden di Taronga Zoo
Bangunan berkubah ini adalah pintu masuk asal ke Taronga Zoo pada masa dahulu.
Zirafah
Pasangan Zirafah di Taronga Zoo
Backyard To Bush
Mengintai Sang Gajah
Ibu dan anak gajah di Taronga Zoo
Entah bagaimana, Myself dan rakan-rakan terpisah sewaktu melawat Taronga Zoo disebabkan peta yang tak reliable itu. Mulanya kami bercadang nak berkumpul balik kat Pintu Keluar dekat Stesen Cable Car tadi. Tapi jalan punya jalan, terus tersampai kat Jeti Feri. Kita berkumpul balik kat sini sajalah sebab memang kita kena naik feri pun balik ke Sydney.

Terminal Feri Taronga Zoo
Pemandangan lebih dekat Terminal Feri
Memang terasa bangunan Terminal Feri ini bergoyang-goyang dipukul ombak kerana ia dibina terapung di atas pontoon.

Part 54: Kembali ke Circular Quay

Kami kembali ke Sydney menggunakan khidmat feri. Personally bagi Myself, lawatan ke Taronga Zoo ini kurang menarik. Kalau anda datang ke Sydney dan nak memilih antara Taronga Zoo dan Featherdale Wildlife Park, pilihlah Featherdale Wildlife Park walaupun hanya haiwan-haiwan Australia saja yang dipamerkan di sana.

Pemandangan di dalam feri
Penumpang-penumpang sedang masuk ke dalam Feri
Kami memilih duduk di bahagian dalam feri kerana hujan di luar sana
Pemandangan Sydney Harbour Bridge dari dalam Feri
Circular Quay Wharf
Berjalan keluar dari Terminal Feri
Pemandangan Stesen Keretapi dan Terminal Feri Circular Quay dari luar
Ada projek pembinaan besar sedang dibuat di sini
Lime Bike yang macam Lime Scooter di Auckland dulu. Kadar penggunaannya ialah AUD 0.80 (RM 2.40) seminit.
Tak seperti hari-hari yang sebelumnya di mana kami menggunakan perkhidmatan tren, kami menggunakan khidmat Uber untuk balik ke hotel pada petang ini.

Pemandangan lewat petang dari bilik penginapan di Holiday Inn Potts Point
Pemandangan menghala ke Sydney Tower
Kami hanya keluar membeli dinner secara bungkus di Kings Cross pada malam itu. Disebabkan dah muak makan Kebab, Myself memilih makanan India dari restoran Masala Place pada malam itu.

Jalan-jalan Cari Makan di Kings Cross
Indian Dinner malam ini ~ Plain Nan, Chicken Curry dan Aloo Bhaji.

 Bersambung ke Bahagian 18... 


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):