Thursday, 16 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 16 (Powerhouse Museum)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 16: Curi-Curi Jalan 4
POWERHOUSE MUSEUM

HARI KETUJUH (1)

Part 50: Powerhouse Museum

Ada sebuah Technical Visit yang sepatutnya diadakan pada pagi ini, namun ia dibatalkan oleh pihak di sebelah Australia pada saat-saat akhir. Oleh yang demikian, kami menggantikan Technical Visit ini dengan lawatan ke sebuah muzium sains yang terkenal di Sydney yang bernama Powerhouse Museum.

Powerhouse Museum
Bangunan yang menempatkan Powerhouse Museum ini adalah pada asalnya Ultimo Power Station yang merupakan sebuah loji tenaga elektrik. Ia telah ditauliah pada tahun 1899 untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan perkhidmatan tram elektrik di Sydney. Namun, selepas perkhidmatan tram Sydney ditamatkan pada tahun 1961, Ultimo Power Station turut ditutup pada tahun 1963. Bangunan ini kemudiannya diubahsuai menjadi Powerhouse Museum.

Bangunan Powerhouse Museum ini pada asalnya adalah sebuah loji tenaga elektrik.
Pintu masuk ke Powerhouse Museum
Pemandangan di dalam Powerhouse Museum

STAR WARS: IDENTITIES - THE EXHIBITION

Ada sebuah pameran Star Wars sedang berlangsung di Powerhouse Museum ketika itu. Pameran ini sebenarnya adalah pameran ilmu kemanusiaan yang menggunakan watak-watak dari filem Star Wars. Ia menarik kerana di samping mempamerkan watak-watak dan identiti-identiti dari filem Star Wars, ia mengajar kita bagaimana personaliti kita dibentuk berdasarkan pengalaman dan persekitaran menggunakan watak-watak dalam filem tersebut. Jadi kenalah tahu sikit jalan cerita Star Wars kalau nak mengikut pameran ini...

Star Wars : Identities
Sebelum masuk ke dalam pameran, kita dihidangkan dulu dengan filem pengenalan pendek mengenai Star Wars. Myself akui tak pernah tengok movie Star Wars sebelum ini, jadi beriya kita Google nak memahami jalan cerita Star Wars yang sebenarnya.

"A long time ago in a galaxy far, far away...."
Secara ringkasnya, Star Wars menceritakan tentang kejatuhan Galactic Republic dan kebangkitan Galactic Empire. Ia juga menceritakan kisah peralihan seorang pahlawan Jedi bernama Anakin Skywalker dari Light Force ke Dark Side of The Force sebagai Darth Vader.

Dalam filem pertama, Trade Federation di bawah Darth Sidious menakluk planet Naboo. Kepada orang awam, Darth Sidious dikenali sebagai Palpatine, seorang senator Galactic Republic. Palpatine seterusnya menggunakan krisis tersebut untuk meyakinkan ahli Senat untuk memilihnya menjadi Chancellor kepada Galactic Republic. 

Darth Sidious, yang merupakan seorang talam dua muka, kemudiannya mempengaruhi Senat untuk mengizinkannya menggunakan kuasa darurat untuk mengisytiharkan Attack of the Clones, yang kononnya konflik di antara Republic (yang dikawalnya sebagai Chancellor Palpatine) dengan gerakan Pemisah (Confederacy of Independent Systems yang dikawalnya sebagai Darth Sidious).

The Clones
Keterangan tentang Army of Clones
Dalam pada itu, seorang Jedi Master bernama Qui-Gon Jinn, dan pengikutnya Obi-Wan Kenobi telah menemui seorang anak muda yang bernama Anakin Skywalker, seorang pengikut The Force. Qui-Gon Jinn percaya yang Anakin adalah The Chosen One, yang diramal dapat mengembalikan keseimbangan The Force. Malangnya, Qui-Gon Jinn kemudiannya telah mati dibunuh oleh Darth Maul.

The Jedi ~ Stewards of Good
Obi-Wan Kenobi
Watak Obi-Wan Kenobi dilakonkan oleh Ewan McGregor
Walaupun menerima bantahan yang kuat dari Grand Master Jedi Yoda, Obi-Wan Kenobi telah memenuhi wasiat tuannya untuk melatih budak tersebut. Anakin membesar bersama The Force. Namun kemahirannya menyebabkan dia menjadi angkuh dan jengkel dengan latihan dari Obi-Wan Kenobi, yang membuatkan beliau merasa terkongkong.

Anakin Skywalker
Bertentangan dengan peraturan yang paling ketat dalam Kumpulan Jedi, Anakin jatuh cinta dengan Padmé Amidala, seorang ratu yang kemudiannya menjadi senator bagi Naboo. Kedua-duanya berkahwin secara rahsia kerana seorang Jedi sebenarnya dilarang berkahwin. Perkahwinan dilarang dalam Jedi kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan perasaan takutkan kehilangan, yang seterusnya mampu mendorong mereka menyertai The Dark Side of The Force. 

Perang Klon bermula di setiap pelusuk galaksi. Para Jedi memberi penentangan untuk mengembalikan keamanan Republic. Anakin dan Padmé meneruskan rahsia perkahwinan mereka tetapi tidak lama kemudian, Padmé mengandung.

Queen Amidala, Padme Amidala dan Senator Amidala.
Padme Amidala ~ A Leader Of The People
Walaupun teruja dengan berita tersebut, Anakin mula mendapat bayangan akan kematian Padmé. Kerahsiaan mereka membuatkan dia mencari pertolongan kepada pihak luar dari kumpulan Jedi untuk memastikan keselamatan Padmé. Dalam keadaan terdesak, Anakin meminta bantuan Palpatine, yang kini telah menjadi Chancellor (yang sebenarnya adalah Darth Sidious). 

Darth Sidious menggunakan peluang ini untuk menarik Anakin ke Dark Force dengan menjanjikan yang Padmé akan selamat jika Anakin menyertai Sith. Muslihatnya berjaya meyakinkan Anakin untuk meninggalkan Jedi. Titik perubahan Anakin tiba apabila dia mula campur tangan dalam perlawanan di antara Jedi Master Mace Windu dan Palpatine, dengan mencederakan tangan Mace Windu sehingga membolehkan Palpatine sendiri membunuhnya.


Watak Anakin Skywalker dilakonkan oleh Hayden Christensen
Palpatine kemudiannya mengisytiharkan Anakin sebagai Raja Sith dan memberikan beliau nama Darth Vader. Anakin (Darth Vader) diarahkan untuk memburu dan memusnahkan semua Jedi yang tinggal di dalam galaksi. Padmé melawat Anakin yang telah menjadi Raja Sith di planet lava yang bernama Mustafar. Mahaguru dan kawan lama Anakin yang masih berada di pihak Jedi, Obi-Wan Kenobi turut berada di dalam kapal angkasa Padmé. 

Obi-Wan Kenobi terkejut melihat betapa kejamnya Anakin mencekik Padmé kerana mengesyaki Padmé telah derhaka kepadanya. Akibatnya, Obi-Wan Kenobi yang sudah tiada cara lain, bertarung dengan Raja Sith yang kejam dan pernah menjadi kawan rapatnya itu. Kedua-dua pahlawan sama kuat, tetapi akhirnya Obi-Wan Kenobi dapat mengalahkan Anakin Skywalker sehingga tubuh Anakin terbakar dengan lava volkanik yang panas. Kedua-dua belah kaki Anakin serta tangannya telah dipotong oleh Obi-Wan Kenobi dengan menggunakan pedang light saber

Padmé mati sewaktu melahirkan pasangan kembar yang dinamakan Luke dan Leia. Pasangan kembar itu dipisahkan demi untuk keselamatan: Luke diberi kepada adik tiri Anakin, Owen Lars dan isterinya Beru di Tatooine; Leia kepada Senator Bail Organa dan isterinya di planet Alderaan. Obi Wan-Kenobi dan Yoda, yang merupakan Jedi yang masih tinggal, melarikan diri. Obi-Wan memilih ke Tatooine atas rasa tanggungjawab untuk memerhatikan Luke dari jauh dan Yoda ke Dagobah. Sidious (sebagai Palpatine) mengubah Galactic Republic menjadi Galactic Empire yang pertama dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja.

Princess Leia
Kisah mengenai Princess Leia
Konflik yang berlarutan menyebabkan kejatuhan Empayar Galactic ke tangan Perikatan Pemberontak. Luke Skywalker, anak kepada Anakin Skywalker (yang kini telah menjadi Darth Vader) bangkit dalam pemberontakan menentang Empire. Leia, yang kini menjadi seorang puteri dan ahli Senat Imperial bagi Alderaan dan ahli Perikatan Pemberontak, meneruskan rancangan untuk menentang Empire apabila kapalnya diserang Darth Vader. Beliau menghantar pesanan bantuan kepada Obi-Wan Kenobi melalui R2-D2.

Tusken Raiders
Luke secara tidak sengaja menerima pesanan itu lalu terus menemui Obi-Wan Kenobi. Darth Vader membawa Leia kepada Grand Moff Tarkin dan dipaksa untuk menyaksikan kemusnahan kampung halamannya oleh Death Star. 

Millenium Falcon
Kisah mengenai Millenium Falcon
Millenium Falcon adalah tempat Luke Skywalker berkumpul bersama-sama temannya untuk membuat perancangan menjatuhkan Empire
Selepas pembunuhan ibu dan bapa saudaranya oleh Stormtrooper Imperial, Luke menyertai Perikatan Pemberontakan. Dia mengembara bersama Obi-Wan Kenobi dan kakak kembarnya Leia Organa. Walau bagaimanapun dia tidak mengetahui bahawa Leia adalah kembarnya sehinggalah ke Episod VI. Turut bersama mereka adalah penyeludup bernama Han Solo, teman Han Solo yang bernama Chewbacca, dan droid C-3PO dan R2-D2. Perikatan Pemberontak akhirnya berjaya memusnahkan Death Star dan Tarkin.

Yoda
Close-up
Kisah mengenai Luke Skywalker dan Yoda
Sebelum kemusnahan Death Star, Luke Skywalker dilatih oleh Obi-Wan Kenobi. Selepas kematian Obi-Wan Kenobi di tangan Darth Vader, Luke mencari Yoda untuk meneruskan latihan Jedi. Luke yang percaya selama ini bahawa bapanya telah dikhianati dan dibunuh Darth Vader ~ seperti yang diberitahu oleh Obi-Wan Kenobi pada perjumpaan pertama mereka ~ ingin membalas dendam. Apabila Luke mengetahui hakikat sebenar yang bapanya ialah Darth Vader, dia sangat terkejut. Walau bagaimanapun, dia berjaya menghalang dirinya dari termakan pujukan Darth Vader dan Palpatine untuk menyertai Dark Force, malah berjaya membawa bapanya kembali ke Light Force. 

Darth Vader mencampak Maharaja Palpatine ke reaktor Death Star untuk menyelamatkan anaknya dari dibunuh oleh Palpatine, mengakibatkan dia sendiri tercedera. Ketika membunuh Palpatine, Anakin/Vader memenuhi Ramalan The Force, membuktikan bahawa dia adalah The Chosen One yang mengembalikan keseimbangan The Force dengan menghancurkan Sith. Sementara itu, armada Pemberontak (diketuai rakan Han Solo, Lando Calrissian) berjaya memperoleh kemenangan dengan menghancurkan Death Star kedua. Dengan kemenangan Perikatan Pemberontak, maka berakhirlah Perang Saudara Galactic dan kejatuhan Empire lalu mengembalikan Galactic Republic. Begitulah lebih kurang kisahnya...

Kedai cenderamata di penghujung pameran
Pelbagai cenderamata Star Wars ada di sini

LOCOMOTIVE NO.1

Di luar bilik pameran Star Wars, ada dipamerkan Locomotive No.1. Ia adalah lokomotif stim yang pertama digunakan untuk membawa penumpang di New South Wales. Lokomotif yang dibina oleh Robert Stephenson & Company pada tahun 1854 ini pada mulanya menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Ia kemudian telah diubahsuai untuk menggunakan bahan bakar arang batu.

Locomotive No.1
Pemandangan Locomotive No.1 dari depan
Pemandangan dari sisi

BOULTON AND WATT ENGINE

Boulton and Watt Engine yang dipamerkan di Powerhouse Museum ini juga adalah rotative steam engine tertua yang masih beroperasi di dunia. Enjin yang dibina pada tahun 1785 ini telah dibawa ke sini dari Whitbread's Brewery di London. Ia telah diberi pengiktirafan sebagai Historic Mechanical Engineering Landmark oleh American Society of Mechanical Engineers pada tahun 1986.

Boulton and Watt Engine
Pemandangan lebih dekat Boulton and Watt Engine
Keterangan mengenai Boulton and Watt Engine
Pemandangan ruang pameran Transport dari tingkat atas
Ciri-ciri bangunan sebuah loji elektrik masih dapat dilihat dalam bangunan Powerhouse Museum ini.

MARS MISSION

Ruang pameran di Powerhouse Museum ini dibina berlapis-lapis dan layout keseluruhannya agak tricky untuk difahami. Jadi kita jalan sajalah ikut suka sampai kita berjumpa satu pameran menarik mengenai Planet Mars. Ruang pameran Mars Mission ini walau bagaimanapun masih dalam pembinaan, tapi kagum jugalah tengok rupabumi planet Mars yang telah disiapkan.

Pameran Mars Mission
Rupabumi Planet Mars yang masih dalam pembinaan
Mars Lab
Model peralatan yang digunakan dalam eksplorasi Planet Mars
Tekun bekerja di Mars Lab

ECOLOGIC

Di seksyen Ecologic, kita dapat melihat pameran yang memfokuskan cabaran-cabaran yang sedang dihadapi berkaitan dengan alam sekitar, impak manusia dan kaedah serta teknologi yang digunakan dalam mengatasi permasalahan ini.

Ecologic
Satu pameran menarik ialah mengenai kesan perubahan cuaca. Bila bumi menjadi panas, air di laut mengembang dan dijangka akan naik setinggi 2 meter pada abad ini. Kesan perubahan cuaca ini akan menjadi lebih dahsyat jika kepingan ais di bumi Greenland mencair kerana ia akan menyebabkan air laut naik setinggi 7 meter.

Model kota Sydney jika aras air laut naik setinggi 10 meter. Sydney Opera House di bahagian bawah di sebelah kanan model ini akan menjadi sebuah pulau.
Model sebuah kereta yang telah dikemek untuk dikitar semula dalam Pameran Recycling. Jumlah tenaga yang digunakan untuk membuat kepingan keluli dari bahan kitarsemula cuma 1/4 tenaga yang diperlukan untuk membuat keluli dari bahan mentah.
Seronok juga melawat ke muzium ini sebab banyak kita bertemu semula dengan gambarajah-gambarajah yang kita lihat dalam buku sains di sekolah dulu. Kalau di zaman kita sekolah dulu ada muzium sains macam ini, pasti mudah kita nak hadam semua ilmu pelajaran yang ada dalam buku sains itu.

Carbon Cycle
Model eksplorasi minyak di laut dalam.
Perbandingan emissions dari pelbagai sumber di sekitar kita.
Model Stadium Water Cube yang dibina sempena Sukan Olimpik Beijing 2014. Ada keterangan di situ tentang elemen penjimatan tenaga dalam rekabentuknya.
Dah lupa model ini pasal apa. Rasanya ada kaitan dengan penggunaan panel solar kat bumbung bangunan.
Model kompleks bangunan Workplace di Pyrmont, New South Wales. Ia direka untuk mengurangkan penghasilan greenhouse gas sehingga 70% dan penggunaan air sehingga 90%.
Keterangan mengenai kaedah-kaedah penjimatan tenaga dan air dalam kompleks bangunan Workplace di Pyrmont, New South Wales
Kemudian kita tengok pula pameran mengenai penghasilan renewable energy. Pameran yang paling menarik bagi Myself adalah sistem penjanaan tenaga dari ombak di laut.

Kincir-kincir angin seperti ini banyak kita lihat sewaktu melawat ke Europe dulu.
Pameran Biopower Systems yang menjana tenaga elektrik dari ombak laut
Peralatan ini macam betul-betul dah digunakan di Australia
Kalau ombak kuat sangat, peralatan ini "ditidurkan" untuk mengelak dari mengalami kerosakan.
The Managed Water Cycle
Kitaran air minuman
Ada satu seksyen dalam Ecologic ini yang menerangkan tentang rumah sustainable. Menarik juga pameran ini sebab ia menunjukkan peralatan-peralatan yang boleh dipasang di dalam rumah kita untuk menjimatkan tenaga dan air.

Energy Rating
Kitar Semula
Kepentingan kita membuat kitarsemula
Rainwater harvesting
Penerangan tentang perkara-perkara sustainable yang boleh dibuat di laman rumah
Sistem pemanas air
Penerangan tentang heat pump hot water system
Natural gas water heater
Penerangan tentang Solar Hot Water System pada bumbung dan Natural Gas Water Heater
Solar Hot Water System yang dipasang pada bumbung
Boleh picit macam-macam butang pada model rumah ini untuk belajar lebih lanjut tentang Sustainable House.

TRANSPORTATION

Kemudian kita melawat pula ke pameran Transportation. Pelbagai kenderaan dipamerkan di sini.

Kapal layar
Workshop untuk kanak-kanak
Hansom Cab - teksi zaman dulu
Kisah Hansom Cab
Kereta Solar yang bernama Solar Resource
Solar Resource telah memenangi tempat ke-7 dari 24 buah kenderaan yang bertanding di dalam World Solar Challenge Race dari Darwin ke Adelaide pada tahun 1987.
Kenderaan-kenderaan lama yang pernah berkhidmat di Sydney
Tram yang ditarik oleh kuda
Pemandangan Tram dari sisi
Muzium Powerhouse ini sebenarnya sangat besar. Tak larat nak berjalan melawat semua benda di dalamnya. Lagipun dah sampai masa untuk kami makan tengahari. Jadi kita keluarlah dulu dari muzium ini.

Kanak-kanak sekolah yang datang melawat ke Powerhouse Museum

Part 51: Shalom Indonesian Restaurant

Dari Powerhouse Museum, kami menggunakan khidmat Uber ke restoran favourite kami di Sydney, Shalom Indonesian. Restoran ini menjadi favourite kami kerana masakannya kena dengan selera di samping harganya yang tak semahal makan di restoran lain.

Shalom Indonesian Restaurant
Ayam Bakar Shalom
Walaupun nama restoran ini "Shalom" macam nama Yahudi, ia ada Sijil Perakuan Halal.
Larangan merokok di restoran di Sydney lebih ganas dari di Malaysia ~ 4 meter. Kalau kat Malaysia cuma 3 meter.


 Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):