Friday, 3 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 03 (Entertainment Quarter)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 3: Business Trip
ENTERTAINMENT QUARTER

HARI KETIGA & KEEMPAT

Part 7: Suasana Pagi Di Sydney

Hari Ketiga dan Keempat di Sydney dipenuhi dengan aktiviti conference. Memang boring kalau nak bercerita tentang hal kerja dalam blog, tapi kenalah juga cerita sikit untuk memori. Untuk mengelakkan boring tentang kerja, kita lebihkan cerita tentang tempat di mana conference ini diadakan.

Tapi sebelum kita bergerak menuju ke tempat conference, apa kata kita nikmati dulu suasana pagi Sydney dari Holiday Inn Potts Point...

G'day, Sydney!
Feri menyeberang Pelabuhan Sydney
Kawasan kediaman berhampiran Holiday Inn Potts Point
Pemandangan di Restoran Sirocco, Holiday Inn Potts Point
Sarapan pagi yang tipikal di Holiday Inn Potts Point
Disebabkan masih awal lagi, kita berjalan-jalan sikit melihat suasana dekat hotel. Holiday Inn Potts Point ini terletak di sebatang jalan yang bernama Victoria Street. Setentang dengan hotel ini adalah Stesen Keretapi Kings Cross. Buat masa ini, kita takkan masuk lagi ke Stesen Kings Cross, cuma lihat-lihat dari luar saja...

Holiday Inn Potts Point
Stesen Keretapi Kings Cross yang terletak betul-betul setentang dengan Holiday Inn Potts Point.
Suasana di Victoria Street dekat hotel
Ada banyak bangunan-bangunan lama begini di sekitar Victoria Street
Satu lagi pemandangan pintu masuk ke Stesen Keretapi Kings Cross
Berjalan balik menuju ke hotel
Pintu masuk ke Kings Cross Station yang terletak betul-betul di sebelah Holiday Inn Potts Point.

Part 8: Hordern Pavilion & Royal Hall of Industries

Conference yang kami hadiri Sydney Build 2019 diadakan di Hordern Pavilion dan Royal Hall of Industries. Kalau tengok dalam peta sebelum kami sampai ke Sydney, memang nampak tempat ini macam ulu sangat kedudukannya di kawasan Moore Park dekat bucu Sydney.

Royal Hall of Industries
Tempat Parking Kereta Bertingkat (kanan) di seberang Hordern Pavilion dan Royal Hall of Industries.
Penanda Arah
Pejabat Tiket
Pintu masuk ke Hordern Pavilion
Pintu masuk ke Royal Hall of Industries
Hiburan selingan di depan Royal Hall of Industries
Artist At Work
Kagum melihat dia menyiapkan lukisan pemandangan Sydney ini cuma dalam tempoh 2 hari sepanjang conference diadakan.

Part 9: Entertainment Quarter

Di seberang Hordern Pavilion dan Royal Hall of Industries ini ada sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Entertainment Quarter. Ada pelbagai kedai, restoran, panggung wayang dan function centre di sini. Jom kita tengok suasana di awal pagi di sini sebelum kita masuk ke conference...

Entertainment Quarter
Stadium Club
Outdoor Gym di Stadium Club
Convenience Store
Lorong menghala ke Tempat Parking Kereta
Bavarian Restaurant
Lorong menghala ke stadium
Lagi pemandangan di lorong yang menghala ke stadium
Lorong di depan Masala Indian Restaurant
Panggung Wayang IMAX
Entertainment Centre ini juga adalah sebuah pusat sukan kerana di sinilah letaknya Sydney Cricket Grounds. Di belakang Sydney Cricket Grounds ini pula terdapat studio perfileman Fox Studios Australia.

Sydney Cricket & Sports Ground (kiri) dan bangunan Fox Studios Australia (kanan).
Pemandangan menghala ke arah restoran dari Sydney Cricket Grounds
Fox Studios Australia
Pemandangan menghala ke Masala Indian Restaurant
Satu-satunya restoran yang mempunyai makanan Halal di sini ialah Masala Indian Kitchen Restaurant. Di sinilah kami lunch sewaktu menghadiri conference.

Masala Indian Kitchen Restaurant
Pemandangan Bar di Masala Kitchen
Ruang makan di restoran
Hidangan Plain Nan dan Kari untuk lunch


 Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):