Saturday, 4 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 04 (Paddy's Market)

Mac 2014

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 4: Curi-Curi Jalan 1
PADDY'S MARKET & SYDNEY TOWER

HARI KETIGA

Part 10: Shalom Indonesian Restaurant

Dah sampai ke Sydney, kami cubalah juga mencuri-curi masa untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik di sini. Maklumlah ini kali pertama bagi kami berempat tiba di Sydney. Malah ini adalah juga kali pertama bagi beberapa orang di antara kami berkunjung ke Australia.

Sydney
Selepas menghadiri conference pada Hari Ketiga, kami pulang dulu ke hotel untuk bersolat. Selepas itu barulah kami keluar lagi ke pusat bandar Sydney untuk mencari makan tengahari. Restoran pilihan kami adalah Shalom Indonesian Restaurant sekali lagi.

Shalom Indonesian Restaurant
Pemandangan dari luar Shalom Indonesian Restaurant
Disebabkan kami tiba agak lewat, restoran Shalom agak lengang kerana Lunch Hour dah berlalu. Tak seperti semalam, bolehlah kita duduk-duduk makan tengahari dengan tenang di dalamnya.

Suasana di dalam Shalom Indonesian Restaurant
Satu lagi suasana di dalam Shalom Indonesian Restaurant
Jemput makan...

Part 11: Paddy's Market

Disebabkan rakan-rakan teringin nak explore Sydney tapi blank tak tahu mana nak pergi, Myself menawarkan diri menjadi Tourist Guide yang tak bertauliah. Memandangkan mereka nak mencari souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia, kita bawalah mereka ke Paddy's Market. Kami naik Uber ke sana dari Shalom Indonesian Restaurant. Tapi rupa-rupanya Paddy's Market ini terletak hanya 400 meter dari situ, di hujung jalan yang sama dengan Restoran Shalom.

Paddy's Market
Jika anda pernah berkunjung ke Australia, konsep dan suasana di Paddy's Market ini sama saja seperti pasar cenderamata lain seperti Fremantle's Market di Perth dan Queen Victoria's Market di Melbourne.

Tram di luar Paddy's Market
Tram di Sydney walau bagaimanapun, tidaklah percuma seperti di Melbourne.
Sebelum masuk ke dalam, kita tinjau-tinjau dulu suasana di sekitar Paddy's Market.

Ada banyak pintu masuk ke dalam Paddy's Market ini
Paddy's Market ditutup setiap hari Isnin dan Selasa
Artis jalanan di luar Paddy's Market
Sekarang kita masuk ke dalam Paddy's Market. Rasa teruja tak nak datang ke Paddy's Market lepas tengok gambar-gambar ni? For info, ada juga peniaga-peniaga di Paddy's Market ini yang beragama Islam. Kalau di Queen Victoria's Market dulu Myself berjumpa dengan ramai pembantu jualan yang berasal dari Indonesia, kat Paddy's Market pula ada ramai pembantu jualan yang berasal dari Malaysia. Kebanyakan mereka adalah penuntut di kolej-kolej persendirian di sini yang bekerja secara part-time.

Pelancong dan peniaga dari seluruh dunia dapat dilihat di Paddy's Market. Kat satu kedai tu, Myself dan rakan bertemu dengan seorang penjual berbangsa Cina. Tak tanya pulak dia sebenarnya berasal dari mana, tapi dari gayanya mungkin dia berasal dari Malaysia ataupun Singapore. Bukan main lagi dia mengutuk cuaca kat Malaysia dan Singapore. Sticky katanya, berbanding cuaca di Sydney. 

Lepas itu kita berjumpa pula dengan seorang pelancong wanita berketurunan Cina dari Canada. Dia sebenarnya berasal dari Malaysia dan dah tinggal di Canada selama 45 tahun. Tapi Myself kagum sebab dia masih boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dengan agak fasih walau dah 45 tahun tinggal di Canada.

Lepas dah shopping lebih kurang, kita berdiri menunggu rakan-rakan di luar bangunan Paddy's Market. Lama jugalah kena menunggu kat sini sebab ada antara rakan-rakan yang macam dah tak mahu keluar-keluar dari Paddy's Market ni masa tu.

Cuaca memang suram sepanjang masa kami di Sydney
Pengunjung-pengunjung di luar Paddy's Market
Lagi pemandangan di luar Paddy's Market
Macam-macam souvenir ada di Paddy's Market ~ dari yang Made in Australia sampailah yang Made In China. Cuma kalau nak datang ke sini, kenalah rancang perjalanan betul-betul sebab Paddy's Market ditutup setiap hari Isnin dan Selasa. Waktu perniagaannya pulak dari pukul 10 pagi - 6 petang. Kami tiba di sini agak lewat petang. Pukul 5.30 petang macam itu, dah banyak kedai mula nak ditutup sebab peraturan di Australia agak tegas. Denda akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang berniaga lebih dari waktu yang dibenarkan.

Restoran Masakan Nyonya Malaysia di seberang Paddy's Market
Paddy's Market ni rasanya lebih besar dari Queen Victoria's Market di Melbourne
Kalau tak perhati betul-betul, memang senang nak miss Paddy's Market ni sebab signboardnya kecil sangat dan bangunannya nampak lebih kurang sama dengan bangunan-bangunan lain di sekitar.
Kenangan di depan Paddy's Market

Part 12: Sydney Tower

Selepas melawat Paddy's Market, kita melawat pula ke Sydney Tower. Menara yang dibuka pada tahun 1981 ini adalah menara yang kedua tertinggi di Hemisfera Selatan selepas Skytower di Auckland, New Zealand.

Satu ciri menarik pada senibina menara ini ialah ia menggunakan 56 buah kabel sokongan di luar binaannya. Setiap kabel ini adalah seberat 7 ton dan jika disambung dari hujung ke hujung, kepanjangannya meliputi jarak dari Sydney ke New Zealand.

Sydney Tower
Pintu masuk ke Sydney Tower ini terletak di dalam sebuah shopping mall mewah yang dinamakan Westfield Sydney. Laluan masuk ke menara ini dalam bangunan Westfield Sydney pun tak direct. Terpusing-pusing jugaklah kami di dalam shopping mall ini nak mendapatkannya.

Westfield Shopping Mall
Ada banyak butik mewah di dalam Westfield Shopping Mall
Escalator naik ke pintu masuk Sydney Tower
Pemandangan ke bawah dari escalator
Lagi butik-butik mewah yang ditemui dalam perjalanan menuju ke pintu masuk Sydney Tower.
Akhirnya selepas berpusing-pusing dalam Westfield Sydney Shopping Mall barulah kita sampai ke pintu masuk Sydney Tower. Harga tiket masuk ke menara ini ialah AUD 29 (RM 81.20). Walau bagaimanapun kami mendapat tiket murah AUD 23.50 (RM 65.80) menggunakan kupon voucher dari sebuah Sydney Guidebook yang kami ambil sewaktu tiba di Kingsford Smith Airport semalam.

Kaunter tiket Sydney Tower
Beratur nak membeli tiket
Sebelum naik ke atas menara, kita dipaksa dulu menonton sebuah movie 4D pendek mengenai pemandangan indah di sekitar Sydney.

Model Sydney Tower
Bergaya dengan Spek 4D di luar teater di kaki Sydney Tower
Keterangan tentang Movie 4D di pintu masuk ke Sydney Tower
Welcome To The Sydney Tower Eye 4D Cinema...
Menikmati keindahan bumi di sekitar Sydney dari perspektif seekor Burung Cockatoo dalam Movie 4D.
Selepas selesai menonton Movie 4D barulah kita dibenarkan naik ke Observation Level yang terletak 250 meter dari aras laut. Ada 3 buah lif disediakan untuk pengunjung naik ke atas. Tapi lifnya agak sempit dan hanya boleh memuatkan kira-kira 10 orang penumpang sahaja pada satu-satu masa.

Beratur nak naik lif
Lif
Ada indicator dekat lif yang menunjukkan kedudukan sebenar di mana lif sedang berada.
Pemandangan di dalam lif
Ruang pemerhatian di Sydney Tower ini dinamakan sebagai Sydney Tower Eye. Ia dibina berbentuk bulat untuk membolehkan pengunjung menikmati sepenuhnya pemandangan 360' kota Sydney.

Sydney Tower Eye
Pengunjung-pengunjung ke Sydney Tower Eye
Pemandangan Hyde Park dari Sydney Tower Eye. Memorial yang kelihatan di bawah sana ialah Anzac Memorial.
Pemandangan Central Business District (Sydney CBD)
Pemandangan menghala ke Darling Harbour
Bangunan yang berkubah hijau di bawah sana ialah Queen Victoria Building
Darling Harbor dinamakan sempena Lieutenant-General Ralph Darling yang merupakan Gabenor New South Wales dari tahun 1825-1831.
Kenangan di Sydney Tower
Australian National Maritime Museum di Darling Harbour.
Suasana melawat ke Sydney Tower Eye ini macam lebih kurang sama dengan suasana sewaktu melawat ke Skytower di Auckland dulu. Cuma kat sini tak adalah orang membuat Bungy Jumping. Dulu ada aktiviti Skywalk di sini, tetapi aktiviti ini telah diberhentikan selepas dua kejadian pengunjung membunuh diri dari menara ini sewaktu membuat Skywalk pada tahun lepas (2018). Mereka dikatakan telah membuka dengan sengaja peralatan keselamatan sewaktu membuat Skywalk dan terjun ke bawah dari atas Sydney Tower.

Suasana di Sydney Tower Eye
Tempat berselfie dengan pemandangan tanpa halangan turut disediakan di Sydney Tower Eye.
Hujan
Pemandangan menghala ke Woolloomooloo Finger Wharf
Bangunan yang paling depan dan disinari cahaya lampu berdekatan dengan taman di sebelah kanan sana ialah Australian Museum
Pemandangan Sydney CBD menjelang senja
Kaunter penerangan di Sydney Tower Eye
Hujan dah turun semakin lebat
Beratur menunggu lif nak turun ke bawah
Lif untuk turun ke bawah
Pemandangan di dalam lif
Menunggu Uber untuk balik ke hotel

Part 13: Darling Harbour Fireworks

Hujan lebat turun di Sydney pada malam itu dengan sedikit bunyi guruh. Di sebalik bunyi guruh di langit, kedengaran juga bunyi macam guruh, tapi agak kuat dan kerap di luar sana. Bila kita menjenguk ke luar tingkap bilik hotel, rupa-rupanya ada pertunjukan Fireworks.

Myself memang bercita-cita nak menonton pertunjukan Fireworks yang menurut pembacaan diadakan pada setiap Hari Sabtu di Darling Harbour, Sydney. Memang dah merancang pun nak mengajak kawan-kawan ke Darling Harbour pada hari Sabtu untuk menonton Fireworks ini. Tak sangkalah pulak yang sebenarnya Fireworks ini boleh dilihat dari bilik penginapan kami saja di Holiday Inn Potts Point.

Pertunjukan Fireworks ini memang menarik. Cuma Myself musykil kenapa ia diadakan pada malam Khamis seperti itu dan bukan pada malam Sabtu. Tertunggu-tunggu juga kalau ada satu lagi persembahan Fireworks pada malam Sabtu selepas itu, tapi tak ada. Walau apapun, bersyukur kerana tak menyangka dapat melihat pertunjukan Fireworks ini seperti yang dicita-citakan.



Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):