Wednesday, 1 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 01 (KL - Sydney)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 1: The Arrival
PERJALANAN KETIGA KE AUSTRALIA

Part 1: Business Trip Lagi Ke Australia

Belum pun hilang rasa penat berkunjung ke New Zealand pada awal bulan Februari 2019 yang lepas, Myself terpilih pula untuk membuat Business Trip menyertai sebuah Conference & Technical Visit di Sydney, Australia pada pertengahan bulan Mac 2019. Macam berkampung pulak dah kita di Hemisfera Selatan pada awal tahun ini.

Pada mulanya Myself bercadang nak mengajak Husband ikut bersama ke Sydney, tapi bila diriki-riki, tiket penerbangan dari KL ke Sydney sangat mahal. Disebabkan perjalanan ini agak short notice dan poket kami pun belum begitu pulih selepas balik dari New Zealand, Husband membuat keputusan untuk tidak ikut bersama. Lagipun selepas berkunjung ke Melbourne dan New Zealand, macam dah boleh diagak apa suasana yang ada di Sydney sana.

Australia, Aku Datang Lagi...

HARI PERTAMA

Part 2: Dari KL Terbang Ke Sydney

Disebabkan cuma Myself yang datang dari Kuala Lumpur, kita sajalah yang check-in seorang diri di KLIA. Tiga rakan lain yang turut bersama dalam trip ini check-in terus ke Sydney dari bandar tempat kerja mereka masing-masing di Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu. Kami cuma bertemu di luar Pintu Perlepasan di KLIA.


Check-in di KLIA
Bangunan satelit KLIA
Berjalan menuju ke pintu perlepasan
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Maklumat penerbangan ke Sydney
Seperti perjalanan Business Trip ke Melbourne dulu, perjalanan ke Sydney dibuat menggunakan Malaysia Airlines. Nombor penerbangannya MH 123, senang sungguh nak diingat. Pesawat ini dijadual berlepas dari KLIA ke Kingsford Smith International Airport di Sydney, Australia pada pukul 11.35 malam.

Pemandangan di dalam pesawat
SIM Card percuma untuk data roaming diberi kepada semua penumpang
Safety Briefing
Walaupun hujan renyai turun pada malam itu, penerbangan kami tetap berlepas dari Kuala Lumpur ke Sydney pada pukul 11.35 malam mengikut jadual. Penerbangan ke Sydney mengambil masa 7 jam 50 minit.

Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney
Berlepas meninggalkan tanah air menuju ke Sydney
Macam biasa, sajian penerbangan dihidangkan kepada penumpang sejam selepas pesawat terbang di udara. Memandangkan hari dah lewat malam ketika itu, sajian yang diberikan adalah Supper: Roti Bagel berisi keju dan tomato yang agak keras.

Terbang merentas Sumatera
Sajian penerbangan
Roti Bagel keras berisi keju dan tomato
Alhamdulillah, penerbangan ke Sydney malam itu agak lancar. Hanya sedikit-sedikit saja gegaran yang dialami. Namun penerbangan malam seperti ini biasalah, agak merengsakan bagi Myself kerana kita jenis yang susah nak melelapkan mata dalam pesawat.

Melepasi Pulau Jawa dan Bali di Indonesia
Merentas Laut Hindi menuju ke Australia
Lampu pesawat dimalapkan di sepanjang penerbangan
Sedang menuju ke Australia
Seperti yang diperhatikan dalam penerbangan ke Melbourne sebelum ini, lebih 4 jam diperlukan untuk terbang merentas bumi Australia menuju ke Sydney. Disebabkan cuaca agak baik pagi itu, dapatlah kita melihat pemandangan Great Australian Desert di bawah sana.

Tiba di bumi Australia
Merentas Great Australian Desert berhampiran bandar Alice Springs
Pemandangan sewaktu merentas Great Australian Desert
Fajar menyinsing di bumi Australia
Tasik Garam di tengah gurun
Pemandangan dalam pesawat selepas matahari terbit
Sarapan pagi dihidangkan kira-kira 2 jam sebelum kami mendarat di Sydney. Ada pilihan Nasi Lemak dan Omelette. Well, memandangkan yang kita nak pergi ke negeri Orang Putih, kenalah pilih makan Omelette. Tak kelas la kalau pilih makan Nasi Lemak bila dah sampai di Australia!

Sajian sarapan pagi
Pilihan Omelette untuk breakfast.
Masih terbang merentas gurun nampaknya di luar sana.
Terbang menghala ke kota Sydney
Awan agak tebal sewaktu pesawat kami menghampiri Kingsford Smith International Airport di Sydney. Tapi disebabkan kapten pesawat sangat cekap, penerbangan turun sangat smooth walaupun terpaksa melalui celah-celah awan yang tebal.

Hampir tiba ke Sydney
Membelah awan untuk membuat penerbangan turun
Pemandangan pertama negeri New South Wales di Australia
Sedang membuat penerbangan turun ke Sydney
Kawasan pinggir bandar Sydney
Sungai Parramatta
Macam pemandangan sewaktu nak mendarat di Auckland dulu
Jaluran landasan keretapi
Membuat pendaratan di Kingsford Smith Airport, Sydney
Gedung Ikea di tepi airport
Selamat mendarat di Kingsford Smith International Airport, Sydney
Kingsford Smith International Airport, Sydney
Pemandangan kota Sydney dari runway di Lapangan Terbang
Menunggu giliran untuk terbang
Teringat pulak kat New Zealand bila ternampak Air New Zealand ni.
Pesawat kami selamat mendarat di Sydney pada pukul 10.30 pagi seperti yang dijadualkan. Sydney dan Kuala Lumpur mempunyai perbezaan waktu 3 jam di mana waktu di Sydney lebih awal berbanding Kuala Lumpur. Disebabkan Australia sangat besar, negara ini mempunyai 5 zon waktu. Sydney dengan Gold Coast berbeza waktu 1 jam (lebih lewat 1 jam di Gold Coast). Perth pula 3 jam lewat dari Sydney (sama zon waktu dengan Malaysia) manakala Melbourne dan Sydney berada dalam zon waktu yang sama. Ketika itu juga, Sydney baru memasuki Musim Luruh dengan suhunya sangat nyaman sekitar 20'C. 

Seperti juga di negara-negara 4 musim yang lain, Musim Luruh adalah juga musim hujan di Sydney. Hujan turun hampir setiap hari sewaktu kami berada di sana. Waktu matahari terbit dan terbenam ketika itu juga lebih kurang sama dengan di Kuala Lumpur. Matahari terbit pada pukul 6.45 pagi dan terbenam pada pukul 7.30 malam.


Perhentian teksi di Kingsford Smith Airport
Dari Kingsford Smith Airport, kami menaiki teksi menuju ke hotel penginapan kami Holiday Inn Potts Point yang terletak di kawasan Kings Cross. Perjalanan dengan teksi ke sana memakan masa kira-kira setengah jam.

Menghampiri kawasan Kings Cross di mana letaknya hotel penginapan kami
Tambang teksi dari Airport ke Hotel adalah AUD 54.65 (RM 153)
Pemandangan kawasan Kings Cross berhampiran hotel kami.
Kagum melihat teksi airport ini ada ramp untuk kemudahan mengangkut bagasi masuk ke dalam teksi.
Holiday Inn Potts Point, Sydney
Membawa bagasi masuk ke dalam hotel
Pintu masuk ke hotel
Ruang menunggu di lobi hotel


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):