Mac 2019
NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains
Bahagian 12: Blue Mountains 3
SCENIC RAILWAY & LEURA CASCADES
HARI KEENAM (3)
Part 40: Scenic Railway
Scenic Railway adalah salah sebuah tarikan utama pengunjung ke Blue Mountains. Keretapi ini adalah keretapi penumpang paling curam di dunia, bergerak pada sudut 52 darjah menuruni tebing gunung Blue Mountains sedalam 206 meter.
|
Scenic Railway |
Selepas hiking ke Katoomba Falls, kami kembali ke stesen Scenic Railway. Tren ini berlepas setiap 10 minit. Disebabkan ketika itu tren baru saja bergerak naik, terpaksalah kita menunggu sebentar untuk tren yang seterusnya.
|
Kisah tentang sejarah perlombongan arang batu di Blue Mountains |
|
Pemandangan di Stesen Bawah Scenic Railway |
|
Tiga tarikan semulajadi di Blue Mountains: The Three Sisters, Orphan Rock dan Jamison Valley. |
|
Couple Czech menikmati pemandangan Jamison Valley |
|
Mencari Mount Solitary... |
|
Menunggu Scenic Railway tiba |
|
Pemandangan di penghujung Stesen Bawah Scenic Railway |
|
Hah! Dah datang pun! |
|
Scenic Railway dah tiba |
|
Penumpang-penumpang sedang keluar dari Scenic Railway |
Selepas semua penumpang dah keluar di sebelah sana, barulah penumpang baru seperti kami dibenarkan masuk. Excited wehh tengok pintu Scenic Railway ini dibuka ke atas dan bukan ke tepi macam biasa. Terasa macam kita nak masuk ke sebuah kenderaan yang futuristik.
|
Pemandangan ke dalam tren Scenic Railway |
|
Untuk keriangan yang maksima, boleh adjust sendiri kedudukan kerusi: Terlentang ke belakang, Original ataupun Terjunam ke Depan. |
|
Pintu tren sedang terbuka ke atas. |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
|
Pemandangan dari dalam tren |
|
Tren mula bergerak |
Kami bertiga duduk sebaris dan tak adjust apa-apa pun kedudukan kerusi kami. Pasrah terima seadanya. Mula-mula memanglah tak rasa apa, selain seronok. Bila tren mula mendaki tebing gunung yang curam barulah kami sedar yang kerusi kami sebenarnya dalam posisi menjunam ke depan (Cliffhanger). Dahsyat wohh dia punya feeling masa tu! Memang terpaksa berpegang menahan pada pemegang kat depan kerusi tu. Macam betul-betul nak tercampak ke bawah!
|
Hujan masih turun ketika ini. |
|
Pemandangan junaman sewaktu tren mendaki tebing |
|
Kena pegang begini takut tercampak ke bawah |
|
Ketika ini tren hampir memasuki sebuah terowong dalam perjalanan naik ke atas |
|
Satu lagi pemandangan di dalam tren |
|
Keluar dari tren di Scenic World |
Memang seronok naik Scenic Railway. Malangnya kami tak cukup masa nak mengulang naik tren ini turun ke bawah dan naik semula ke atas. Jealous juga dengar cerita couple dari Czech Republic tu yang mereka berulang-ulang kali turun naik Scenic Railway ni. Memanglah mereka banyak masa sebab mereka tak hike ke Katoomba Falls macam kami tadi.
|
Scenic Railway yang begitu menyeronokkan. |
|
Pemandangan Scenic Railway dari stesen atas. |
Selepas menaiki Scenic Railway ini, kami terus berjalan keluar kerana Steve menunggu kami di sana. Tapi sempat juga singgah di kedai souvenir di Scenic World ini, tengok-tengok dan membeli souvenir yang dijual.
|
Kedai souvenir di Scenic World |
|
Kafetaria di Scenic World |
|
Berjalan ke tempat parking. |
|
Pemandangan di depan Scenic World |
|
Van kami menunggu di sana. |
Part 41: Leura Cascades
Destinasi kami seterusnya ialah sebuah air terjun yang bernama Leura Cascades. Sewaktu keluar dari tempat parking di Scenic World, Steve menunjukkan kepada kami seekor burung Kookaburra yang sedang bertenggek di atas pagar.
|
Kookaburra (disebut: Kuka-barra) |
Leura Cascades ini terletak tidak jauh dari Scenic World.
|
Leura Cascades Picnic Area |
|
Steve menunjukkan sebuah Gum Tree kepada kami. |
|
Berjalan menuju ke Leura Cascades |
|
Walking Path |
|
Mengintai Leura Cascades dari celah pokok |
Tak susah nak berjalan menuju ke Leura Cascades. Hanya perlu berjalan menuruni beberapa anak tangga dan mengikut laluan yang disediakan. Tak sampai pun 5 minit kemudian, terbentanglah air terjun Leura Cascades yang sangat cantik di depan mata.
|
Leura Cascades |
Kita tengok pemandangan cantik di sekitar Leura Cascades ini...
Part 42: Duke & Duchess of York Lookout
Lawatan ke Leura Cascades ini diteruskan pula ke Duke & Duchess of York Lookout yang terletak lebih dalam lagi. Nak ke sana ada sebuah walking trail yang baik dan selamat dari Leura Cascades.
|
Menyusuri sungai ke Duke & Duchess of York Lookout |
|
Walking Trail ke Duke & Duchess of York Lookout |
|
Pokok paku-pakis yang ditemui dalam perjalanan |
|
Pemandangan sungai dan pokok paku-pakis |
|
Masih berjalan di Walking Trail |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan kawasan air terjun |
Duke & Duchess of York Lookout adalah salah sebuah dari beberapa platform yang dibina di Blue Mountains untuk menikmati keindahan kawasan pergunungan di sekitar. Ia dinamakan Duke & Duchess of York Lookout sempena lawatan pasangan diraja British ke sini pada tahun 1927. Duke & Duchess of York ini kemudiannya telah ditabal sebagai Raja dan Ratu Inggeris dengan gelaran King George VI dan Queen Elizabeth. Mereka adalah ibu dan bapa kepada pemerintah Inggeris sekarang, Queen Elizabeth II.
|
Duke & Duchess of York Lookout |
|
Pemandangan di Duke & Duchess of York Lookout |
|
Pemandangan ke bawah tebing batu dari Duke & Duchess of York Lookout |
|
Pemandangan Cableway yang kita naiki tadi dari Duke & Duchess of York Lookout |
|
Jamison Valley |
Pemandangan istimewa di sini adalah pemandangan Skyway yang juga kami naiki tadi melintasi Jamison Valley. Di sini juga couple dari England yang bersama di dalam group kami membuat pose kelakar ~ yang lelaki tu sibuk nak posing macam nak makan Skyway tu masuk ke mulutnya. Ingat tau peristiwa ini, sebab ada cerita kelakar nanti Myself nak cerita.
|
Melihat Skyway yang lalu dari Duke & Duchess of York Lookout |
|
Ramainya orang kat dalam Skyway ni! |
|
Steve memberi penerangan tentang pemandangan-pemandangan yang dapat kami lihat dari sini. |
Selepas spend beberapa ketika di Duke & Duchess of York Lookout kami kembali mendapatkan van. Kami melalui semula walking trail tadi dan melintas Leura Cascades kembali.
|
Mengikut Steve berjalan kembali mendapatkan van. |
|
Mengintai Leura Cascades dari walking trail |
|
Walaupun sekarang dah musim luruh, daun pokok-pokok di sini tak gugur sebab mereka semua ni pokok evergreen, kata Steve. |
|
Sungai |
|
Pokok paku dan aliran sungai |
|
Leura Cascades |
|
Tiba kembali ke Leura Cascades Picnic Ground |
Part 43: Lunch Di Leura
Dari Leura Cascades, Steve membawa kami kembali ke bandar Leura untuk makan tengahari. Sebaik tiba di Leura, Steve menunjukkan kepada kami arah untuk menuju ke restoran vegetarian dan restoran India kepada kami. Mungkin ada makanan Halal di situ, kata Steve.
Walaupun kami tak pernah memberitahu apa-apa kepada Steve, dia tahu yang kami beragama Islam dan memerlukan makanan Halal. Malah sewaktu kami bersua buat pertama kali sewaktu dia menjemput kami di hotel pagi tadi pun dia dah dapat mengagak yang kami berasal dari Malaysia ataupun Indonesia. Dia juga tahu yang bulan Ramadan akan tiba tak lama lagi dan umat Islam perlu berpuasa pada masa itu.
|
Kedai-kedai di bandar Leura |
|
Lagi pemandangan di bandar Leura |
|
Katoomba Vintage Emporium |
|
The Old City Bank |
|
Jalan utama di bandar Leura |
Myself perhatikan mudah juga sebenarnya kalau kita memilih nak datang sendiri melawat ke Blue Mountains ini tanpa mengambil tour package. Naik saja keretapi dari Sydney ke Leura. Tak jauh dari Stesen Keretapi Leura ini ada perhentian utama Blue Mountain Explorer yang merupakan bas hop-on hop-off yang melalui semua tarikan pelancongan utama di sini.
|
Perhentian bas hop-on hop-off Blue Mountain Explorer |
|
Stesen Keretapi Leura |
|
Sebuah kedai souvenir di Leura |
Kami
memilih untuk makan tengahari di sebuah restoran India yang kami nampak
sebaik tiba di Leura awal pagi tadi. Tapi terpaksalah berjalan jauh
sikit dalam hujan untuk mendapatkannya kerana ia terletak macam kat
hujung jalan dari tempat Steve memberhentikan van.
|
Restoran Makanan Itali di Leura |
|
Hujan masih turun lagi |
|
Penghujung jalan utama di Leura |
|
Jalan-jalan cari makan |
|
Ada banyak restoran di jalan utama ini kerana Leura adalah sebuah bandar pelancongan |
|
The Wayzgoose Cafe |
|
Masih menyusuri jalan utama Leura |
|
Pejabat Pos |
Restoran India di Leura ini bernama di Tamarin Restaurant. Lega bila mendapati yang restoran ini memang menjual makanan Halal selepas berjalan jauh dalam hujan dari seberang sana. Myself makan Chicken Biryani Rice di sini.
Sesuatu yang menarik ialah restoran ini terletak di bawah sebuah hotel kecil yang bernama Leisure Inn Spires. Kalau ada pelancong Muslim yang mencari penginapan untuk bermalam di Blue Mountains, mungkin hotel ini boleh menjadi satu pilihan.
|
Tamarin Restaurant yang terletak di bawah Leisure Inn Spires di Leura |
|
Suasana di dalam Tamarin Restaurant |
|
Satu lagi pemandangan di dalam Tamarin Restaurant |
|
Kaunter di dalam Tamarin Restaurant |
Lepas makan tengahari, kita berjalan balik ke hujung jalan utama Leura untuk mendapatkan kembali Steve yang menunggu dengan van kami di sana.
|
Berjalan balik ke hujung jalan utama untuk mendapatkan van |
|
Bandar Leura |
|
Candy Store yang popular di Leura |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):