Wednesday, 8 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 08 (Sydney Fish Market)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 8: Big Bus 2
SYDNEY FISH MARKET

HARI KELIMA (2)

Part 25: Bondi Beach Walk (2)

Kita teruskan lagi Bondi Beach Walk kita menuju ke sebuah lookout point yang dinamakan Mackenzies Point.

Ombak biru yang menghempas batu di laluan ini mengimbau kembali kenangan sewaktu kita melawat ke Huka Falls di New Zealand sebulan yang lalu.

Akhirnya kita sampai ke Mackenzies Point. Pemandangan Laut Pasifik dan Bondi Beach dengan tiupan angin yang kuat di sini sangat menyegarkan, walaupun cuaca yang mendung macam nak hujan sedikit merisaukan.

Selepas menikmati pemandangan seketika di Mackenzies Point, kami melangkah kembali ke Bondi Beach. Tak bolehlah nak berlama-lama sangat di sini sebab ada lagi tempat lain yang ingin kami kunjungi.

Ada orang buat Helicopter Tour di sana
Bila tiba kembali ke Bondi Icebergs, kita singgah sekejap melihat Lifesavers Monument. Menurut ceritanya pada 6 Februari 1938, Bondi sedang dikunjungi 35,000 pelawat. Dengan tak semena-mena Pantai Bondi dihempas 3 badai ombak besar yang menarik ramai pengunjung sehingga ke tengah laut.

Kembali ke Bondi Icebergs Club
Pengunjung-pengunjung ke Bondi Icebergs Club
Secara kebetulan, Pantai Bondi ketika itu sedang menganjurkan satu pertandingan surfing di kalangan Lifesavers. Lifesavers inilah yang bertindak menyelamatkan 100 orang yang hanyut ke tengah laut. 30 nyawa berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan kecemasan. Hanya 5 nyawa sahaja yang gagal diselamatkan dalam peristiwa itu yang dinamakan sebagai Black Sunday.

Monumen untuk Lifesavers berhampiran Bondi Icebergs Club
Kisah mengenai Black Sunday
Mural
Pemandangan Bondi Beach
Pemandangan pekan Bondi Beach
Ooops, dah kena saman! Mesti parking lebih masa ni.
Laluan di tepi pantai
Wakaf untuk berehat
Bas Awam ke Bandar Sydney
Kotak Recycling yang menggunakan tenaga solar untuk memampatkan sampah di dalamnya. Kotak ini mampu menampung kuantiti bahan recycling 5 kali ganda berbanding kotak recycling yang biasa.
Panel Solar di bahagian atas kotak recycling
Big Bus Sydney di seberang jalan
Pemandangan ke arah pantai dari atas Big Bus
Big Bus Sydney (Blue Route)
Pemandangan pekan Bondi Beach dari atas bas
Menunggu bas bergerak.
Pemandangan sewaktu bas bergerak

Part 26: Kembali Ke Hyde Park

Dari Bondi Beach, Big Bus membawa kami kembali ke kota Sydney melalui sebuah kawasan kediaman yang dinamakan Dover Heights. Di puncak sebuah bukit di sini, pemandu memberhentikan bas selama 2 minit untuk membolehkan penumpang menikmati pemandangan indah kota Sydney.

Dover Heights
Kawasan perumahan di Dover Heights
Dudley Page Reserve di Dover Heights
Pemandangan indah kota Sydney dari Dover Heights
Satu lagi pemandangan indah kota Sydney dari Dover Heights
Dover Heights
Rumah kediaman di Dover Heights
Menuju kembali ke kota Sydney
Cuaca semakin suram sewaktu kami kembali ke Sydney. Syukurlah hujan tidak turun sewaktu kami membuat Beach Walk di Bondi Beach tadi.

Hotel Rose Bay
Rose Bay
Woollahra Library
Kembali ke kota Sydney
Terowong
Keluar dari terowong
Sydney Tower
Big Bus Blue Route turut membuat laluan di hadapan Central Railway Station. Stesen inilah yang perlu dicari kalau nak menaiki keretapi ke bandar-bandar lain di luar Sydney. Rupa bangunannya yang klasik ini mengingatkan Myself kepada St. Pancras Station di London.

Central Railway Station
Bangunan yang nampak moden dan unik di depan sana adalah Central Park Mall.
Bangunan berhampiran Central Railway Station
Salah sebuah pintu masuk ke Central Railway Station yang sangat besar ini
Menara jam di Central Railway Station
Gambar-gambar suasana di kota Sydney pada masa dahulu
Kami turun dari bas sekali lagi di Hyde Park. Dari sini kita akan membuat pertukaran ke Red Route (City Route) semula.

Hyde Park. Walau asyik berulang-alik ke sini, tak sempat pun nak berjalan-jalan di dalam taman ini.
Big Bus Sydney (Red Route)
Big Bus Sydney

Part 27: Menuju Ke Sydney Fish Market

Perjalanan dengan Big Bus Sydney (Red Route) melalui Kings Cross sekali lagi.

Menuju ke Kings Cross
Billboard Coca Cola yang menjadi mercu tanda di Kings Cross
Darlinghurst Road, Kings Cross
Perhentian Big Bus di Kings Cross adalah di hadapan Crest Hotel Chemist ini.
Suasana di jalan utama Kings Cross, Darlinghurst Road
Salah sebuah kelab hiburan yang terdapat di Kings Cross
El Alamein Fountain
Poster calon-calon pilihanraya banyak kelihatan ketika itu kerana Pilihanraya New South Wales akan diadakan pada minggu berikutnya. Pilihanraya Umum seluruh Australia pula akan diadakan pada bulan Mei 2019.
Masih pemandangan di Kings Cross
Dari Kings Cross, kita bergerak pula ke arah Woolloomooloo. Selain terkenal dengan bangunan Woolloomooloo Finger Wharf, kawasan ini juga terkenal sebagai tempat kapal-kapal Tentera Laut Australia berlabuh.

Menghampiri Woolloomooloo
Kapal Tentera Laut Australia yang sedang berlabuh di Woolloomooloo
Lagi pemandangan kapal Tentera Laut Australia yang sedang berlabuh di Woolloomooloo.
Woolloomooloo Finger Wharf ini telah banyak melalui percubaan untuk merobohkannya bagi digantikan dengan pembangunan baru.
Perhentian Big Bus di depan Woolloomooloo Finger Wharf
Pintu masuk ke Woolloomooloo Finger Wharf
Dari Woolloomooloo, kita bergerak ke arah Macquarie Street. Ada banyak bangunan lama yang cantik dan bersejarah di jalan ini. Satu fakta yang menarik mengenai bangunan-bangunan ini ialah kesemuanya direkabentuk oleh seorang arkitek banduan yang bernama Francis Greenway. Francis Greenway telah ditangkap di Britain atas kesalahan pemalsuan dokumen sebelum dihantar menjalani hukuman di Australia. Disebabkan jasanya yang besar dalam merekabentuk banyak bangunan di Sydney, Francis Greenway mendapat penghormatan sebagai satu-satunya banduan yang wajahnya diabadikan pada wang kertas Australia.

Lagi pemandangan Sydney Tower
Ada banyak terowong dekat-dekat dengan Pelabuhan Sydney
Pemandangan di dalam terowong
Patung King Edward
Macquarie Street
Bangunan lama yang telah dijadikan Hotel Intercontinental ini satu ketika dulu adalah Treasury Building.
Satu lagi pemandangan bangunan Hotel Intercontinental
Sir Stamford Hotel

Part 28: Sydney City Centre

Big Bus seterusnya masuk ke kawasan Pelabuhan Sydney yang terkenal dengan dua buah ikonnya: Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House.

Sydney Harbour Bridge
Sydney Opera House
Parking berhampiran Sydney Opera House
Tanah perkuburan lama
Patung King Edward VII. Baginda adalah anak sulung kepada Ratu Inggeris Queen Victoria.
Sydney Conservatorium of Music
State Library of New South Wales
Ruang Membaca di State Library of New South Wales
St Mary's Cathedral ini adalah gereja Roman Katholik yang terbesar di Australia
Hyde Park
Bangunan Griffith's Teas
Kata seorang pemandu Uber kami, Surry Hill adalah sebuah kawasan yang ramai diduduki oleh komuniti Muslim di Sydney.
Melintasi Central Railway Station sekali lagi
Di belakang Central Railway Station, kami dapat melihat bangunan Central Park yang merupakan salah sebuah bangunan hijau yang terkenal di Sydney. Ia menempatkan kondominium dan pusat membeli-belah di dalamnya.

Central Park Building
Pokok-pokok yang dibiarkan tumbuh menjalar pada bangunan ini mengingatkan Myself kepada bangunan Hundertwasserhaus yang pernah dilihat di Vienna dulu.
Satu lagi pemandangan Central Park Building
Pintu masuk ke Central Park Mall

Part 29: Sydney Fish Market

Kita masih dalam perjalanan menuju ke Sydney Fish Market...

Menuju ke Sydney Fish Market
Thomas Street
Powerhouse Museum
Kampus University of Technology, Sydney. Mengikut maklumat yang diberi dalam Big Bus, aktor Hugh Jackman pernah belajar di sini.
Masih menuju ke Sydney Fish Market
Bendera Australia di atas Anzac Bridge yang dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung ke atas peristiwa Serangan Masjid di Christchurch, New Zealand.
Big Bus tidak berhenti betul-betul berhampiran Sydney Fish Market. Ia sebaliknya menurunkan kami di Harris Street. Dari sana kami berjalan kaki ke arah yang ditunjukkan kepada kami oleh pemandu Big Bus yang berasal dari Indonesia.

Perhentian Big Bus untuk Fish Market di Harris Street
Bangunan-bangunan lama di kawasan ini semuanya mempunyai railing besi begini pada balkoni masing-masing.
Berjalan menuju ke Sydney Fish Market
Seperti namanya, Sydney Fish Market adalah sebuah pasar ikan dan makanan laut. Selain menjual ikan dan makanan laut segar, ia juga terkenal dengan restoran-restoran makanan laut. Tujuan kami datang ke sini adalah sebenarnya untuk makan tengahari.

Sydney Fish Market
Suasana di Sydney Fish Market
Pintu masuk ke Sydney Fish Market
Sebuah kedai makanan laut di Sydney Fish Market
Walaupun hari ketika itu dah petang, masih ada ramai pengunjung ke sini. Sebahagian besarnya adalah pelancong seperti kami yang nak menikmati makanan laut yang segar.

Pemandangan di dalam Sydney Fish Market
Sushi
Berbagai ikan dan makanan laut dijual di sini. Semuanya boleh dibeli dan dimasak terus di gerai-gerai jualannya sendiri.

Ikan dan makanan laut segar untuk jualan di Sydney Fish Market
Berbagai pilihan makanan laut
Gerai Lobster
Disebabkan tak kuasa nak beratur panjang, kami memilih untuk membeli makanan laut yang dah siap dimasak dan dimakan di meja-meja makan di tepi laut di luar bangunan pasar.

Makanan laut yang siap dimasak dan sedia untuk take-away.
Ruang makan di luar bangunan pasar
Fish & Chips & Calamari yang sangat menyelerakan.
Memang seronok dan menyelerakan makan makanan laut di ruang makan di luar ini. Cuma yang tersiksa sedikit ialah ada banyak burung camar yang mengintai nak mencuri makanan kita. Teringat kat pengalaman "berperang" dengan Burung Cockatoo yang mencuri Lamington dari tangan Husband sewaktu melawat ke Dandenong di Melbourne dulu.

Burung-burung Camar yang mengintai peluang nak mencuri makanan
Memang ada seekor dua burung yang terlebih brutal nak mencuri makanan kita
Jumpa buah manggis di Sydney Fish Market


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):