Saturday, 11 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 11 (Scenic World)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 11: Blue Mountains 2
SCENIC WORLD

HARI KEENAM (2)

Part 37: Skyway

Selain Three Sisters di Echo Point, satu lagi tarikan yang wajib dikunjungi di Blue Mountains adalah Scenic World. Di sini ada dua buah kereta kabel (Skyway dan Cableway) dan Scenic Railway yang boleh dinaiki untuk menikmati pemandangan indah Blue Mountains.

Harga pakej bagi menaiki ketiga-tiga tarikan ini adalah AUD 43 (RM 120) seorang. Tetapi disebabkan kami datang ke Blue Mountains menggunakan khidmat travel agent, kami mendapat harga pakej diskaun AUD 39 (RM 109) seorang.

Gelang tiket untuk menaiki tarikan-tarikan di Scenic World
Steve tak membawa kami terus ke Scenic World. Sebaliknya dia membawa kami ke Skyway East Station untuk membolehkan kami menaiki kabel Skyway ke Scenic World.

Skyway East Station
Selamat datang ke Skyway East Station
Mekanisma untuk menggerakkan Skyway
Berjalan menuju ke Skyway
Maklumat tentang Skyway
Orang yang belum ada tiket pun boleh naik Skyway ini sampai ke Scenic World. Tiket boleh dibeli bila sampai ke Scenic World.

Kalau tak ada tiket boleh dibeli di Scenic World
Peta laluan Skyway (Kuning), Cableway (Biru), Bush Walk (Hijau) dan Scenic Railway (Merah).
Pemandangan di dalam Skyway
Satu lagi pemandangan di dalam Skyway
Staff yang bertugas di dalam Skyway akan menunjukkan kepada kita pemandangan-pemandangan menarik sewaktu kita melaluinya. Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat dari Skyway adalah air terjun Katoomba Falls.

 Katoomba Falls
Air terjun Katoomba Falls bertingkat-tingkat
Katoomba bermaksud Crushing dalam bahasa Aborigines
Pemandangan Three Sisters dan Jamison Valley juga boleh dlihat dari Skyway ini.

Pemandangan Three Sisters di dalam hujan
Pemandangan menghala ke Jamison Valley
Tiba di Scenic World
Keluar di Scenic World
Steve tak naik Skyway bersama kami. Selepas menghantar kami ke Skyway tadi, dia terus memandu van ke Scenic World dan bertemu dengan kami di sana saja.

Part 38: Cableway

Selepas naik Skyway, kita naik pula sebuah lagi kereta kabel yang dipanggil Cableway. Tak seperti Skyway yang menyeberang Jamison Valley secara mendatar, Cableway pula membawa kita turun dari tebing gunung ke dasar lembah.

Sekarang kita naik pula Cableway yang laluan biru dalam peta ini.
Kafe di Scenic World. Maafkan kualiti gambar yang kurang memuaskan sebab kamera dah mula buat problem. Dah kena consider beli kamera baru nampaknya ni!
Berjalan mendapatkan Cableway
Kedai souvenir di Scenic World
Terus berjalan mendapatkan Cableway
Mekanisme yang menggerakkan Cableway
Oleh kerana perjalanannya menuruni gunung, kereta kabel yang dinamakan Cableway ini dibina bertingkat-tingkat di dalamnya. Tak seperti ketika kami naik Skyway tadi, Steve turut ikut bersama kami naik Cableway ini.

Cableway
Pemandangan dalam Cableway
Steve
Hujan masih turun di luar sana
Pemandangan Three Sisters di dalam hujan
Tebing gunung berhampiran Three Sisters
Pemandangan Jamison Valley dari Cableway
Pemandangan di dalam Cableway yang bertingkat-tingkat. Ada seorang Guide yang bertugas dalam Cableway memberi penerangan tentang tempat-tempat yang dilihat.
Katoomba Falls
Tiba di stesen bawah
Sedang keluar dari Cableway

Part 39: Bush Walk

Dari stesen bawah Cableway, sebenarnya ada laluan singkat berjalan kaki selama 10 minit ke satu lagi tarikan yang dinamakan Scenic Railway. Walau bagaimanapun, laluan ini ditutup kerana ada pokok tumbang disebabkan hujan ribut semalam.

Oleh yang demikian, penumpang yang nak berjalan kaki mendapatkan Stesen Bawah Scenic Railway dari Stesen Bawah Cableway ini perlu menggunakan laluan Bush Walk sejauh 30 minit perjalanan. Kalau tak mahu berjalan, boleh naik semula Cableway balik ke Scenic World dan turun semula ke Jamison Valley menggunakan Scenic Railway dari  sana. Bila dah beli tiket Scenic World macam kami, tak ada had berapa kali nak naik Skyway, Cableway dan Scenic Railway ini. Boleh naik berulang-ulang kali sesuka hati sepanjang hari.

Memandangkan kami bertiga saja yang Melayu dalam group kami dan yang lain semua Orang Putih yang memang suka hiking, kita join sajalah mereka buat Bush Walk mengikut cadangan Steve. Buktikan yang Orang Melayu juga boleh buat Bush Walking. Haha!

Memulakan Bush Walk di dalam hujan
Selamat datang
Papan keterangan tentang Hutan Hujan (Rainforest) yang sedang dilalui
Boleh baca keterangan di sini.
Kata Steve, dia sengaja mengatur supaya kami turun ke bawah dengan Cableway dan naik semula ke Scenic World dengan keretapi Scenic Railway untuk mengurangkan kesesakan. Selalunya orang yang sampai ke Scenic World akan berebut nak naik keretapi Scenic Railway turun ke bawah, jadi memang kena beratur panjang kalau nak naik Scenic Railway dari Scenic World.

Suasana ketika membuat Bush Walking
Bush Walking di dalam hujan
Platform kayu disediakan sebagai laluan pengunjung membuat Bush Walking untuk mengelakkan mereka dari memijak akar pokok dan melemahkannya sehingga menyebabkan pokok boleh tumbang. Bagus juga begitu kerana tak seperti di New Zealand dulu yang serba selamat, ada ular dan binatang berbisa di Australia ni!

Disebabkan tapak kasut kita licin, terpaksalah Myself melangkah dengan terlebih berhati-hati sewaktu membuat Bush Walking di dalam hujan seperti itu. Nasib baiklah couple dari Republic Czech yang dah separuh usia dalam group kami ni berjalan lagi slow. Jadi taklah terasa orang lain asyik menunggu kita.

Ada pondok-pondok rehat begini disediakan dalam Bush Walking Trail ini.
Paku-pakis
Suasana di pondok rehat
Mengikut Steve menyambung perjalanan
Bergambar dengan kawan-kawan di depan Warming Hut. Cuba gunakan imaginasi sikit tengok bayang akar pokok dalam tingkap kat belakang tu... Nampak macam rupa apa? Hahaha! Dahlah betul-betul kat belakang Myself tu.
Keselamatan sangat dititik beratkan di Australia. Di kawasan-kawasan tertentu yang sangat licin pada platform Bush Walking ini, permaidani turut diletakkan untuk membantu pejalan kaki.

Jauh juga berjalan kaki membuat Bush Walking ni, tapi taklah terasa sangat sebab cuaca hujan dan nyaman sejuk ketika itu.
Permaidani yang diletakkan untuk membantu pejalan-pejalan kaki di kawasan yang licin dan merbahaya.
Keterangan tentang Pokok Gum yang banyak terdapat di hutan ini.
Pokok Ribbon Gum
Sebahagian besar pokok di dalam hutan di Blue Mountains ini terdiri dari Pokok Gum. Daun Pokok Gum yang sebenarnya beracun ini adalah makanan favourite Beruang Koala yang boleh memproses racun tersebut di dalam badan mereka. Tetapi akibatnya, Beruang Koala menjadi lemah dan tidak aktif sehingga menyebabkan mereka tidur selama 20 jam sehari. Suspen juga bila diberitahu yang daun Pokok Gum ni beracun. Maklumlah kita pernah minum Bush Billy Tea yang direndam dengan Daun Gum masa di Melbourne dulu. Mujur kita tak jadi macam Koala Bear!

Teruskan lagi berjalan... Kalau penat boleh duduk, tapi kerusinya basah kena hujan.
Laluan Bush Walk ini juga melalui sebuah lombong arang batu lama. Ada patung dibina di sini untuk menunjukkan cara lampau bagaimana arang batu yang dilombong dibawa keluar menggunakan kereta kuda. Bila zaman dah moden sikit, keretapi digunakan untuk membawa pekerja turun ke lombong arang batu. Selain dari membawa pelombong arang batu, keretapi ini juga digunakan oleh pengunjung yang datang bersiar-siar ke Blue Mountains pada hujung minggu. Keretapi arang batu inilah sebenarnya yang memberi ilham kepada Scenic Railway yang menjadi antara tarikan pengunjung ke Blue Mountains hari ini.

Kenangan silam...
Beginilah cara arang batu dikeluarkan dari Blue Mountains pada masa dulu.
Sejarah perlombongan arang batu dan Scenic Railway
Lombong arang batu lama
Arang batu
Pintu masuk ke lombong arang batu.
Landasan keretapi arang batu lama
Air terjun kecil
Tak ada tanda pun yang hujan ni nak berhenti...
Scenic Railway yang asal
Fakta tentang Scenic Railway yang asal
Di sebelah Scenic Railway yang asal ini, kita dapat melihat landasan Scenic Railway moden yang digunakan hari ini. Memang mengujakan menengok keretapi paling curam di dunia ini lalu.

Landasan Scenic Railway moden
Scenic Railway yang moden lalu. Cuba tengok Mamat yang duduk kat seat paling depan tu tutup mata sebab gayat.
Di hujung Bush Walking Trail ini kami sepatutnya naik Scenic Railway balik ke Scenic World. Tapi atas cadangan Steve, Myself dan rakan-rakan membuat lencongan dulu nak melihat Katoomba Falls yang bertingkat-tingkat yang kami lihat dari Skyway tadi.

Laluan ke Katoomba Falls
Menyesal juga ikut kawan-kawan pergi ke Katoomba Falls ini sebab laluannya sangat becak dan licin dalam cuaca hujan begitu. Macam kamera yang dah mula buat hal, kasut kita pun dah tak boleh lagi diharap untuk membuat perjalanan begini. Tapi dah berjalan jauh sampai begini, teruskanlah juga pelan-pelan. Tapi tak berani juga nak turun sampai kat tepi air terjun di bawah sana. Jadilah kita cuma mengambil gambar dari jauh saja.

Sungai Katoomba Falls
Dalam perjalanan ke Katoomba Falls ini, Myself terserempak dengan beberapa lelaki dan perempuan Mat Salleh berjogging di walking trail ini. Pakai shorts dan sleeveless saja dia orang ni semua, walaupun dalam hujan dan cuaca agak sejuk begitu. Geli juga tengok pacat melekat kat kaki mereka. Dalam berjalan slow-slow ketinggalan dengan kawan-kawan di belakang itu, liar je mata kita tengok ke kiri kanan di atas tanah tu, takut kita pun kena gigit dengan pacat juga.

Setakat ini saja Myself mampu nak berjalan menuju ke Katoomba Falls
Berjalan balik ke Scenic Railway


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):