Mac 2019
NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains
Bahagian 7: Big Bus 1
BONDI BEACH
HARI KELIMA (1)
Part 20: Big Bus Sydney
Pada Weekend dalam siri Business Trip kami ke Sydney, Myself yang menjadi Tour Guide tak bertauliah kepada rakan-rakan, mengambil inisiatif mengajak rakan-rakan untuk exploring bandar Sydney menggunakan bas Hop On Hop Off. Mereka OK je nak ikut, maka menjadilah trip ini.
Kami bercadang nak memulakan Big Bus Tour kami dari Circular Quay. Selepas sarapan pagi, kami terus menaiki Sydney Train dari Kings Cross ke Circular Quay.
|
Stesen Kings Cross |
|
Naik tren ke Circular Quay. Duduk kat tingkat bawah pulak kali ini. |
|
Cuaca agak mendung pada hari ini. |
|
Tiba di Stesen Circular Quay |
|
Pemandangan dari Stesen Circular Quay |
|
Terminal Feri di Circular Quay |
Kami membeli tiket Big Bus dari sebuah kiosk di tepi Terminal Feri di Circular Quay. Harga tiket bagi perjalanan biasa 24 jam adalah AUD 55 (RM 154) seorang. Sewaktu membeli tiket ini kami bertemu dengan pasangan Pakcik dan Makcik dari Johor Bahru yang juga sedang berurusan di Kiosk ini. Mereka dah seminggu tinggal di Sydney dan menginap di sebuah Airbnb yang berhampiran. Disebabkan kagum melihat semangat pasangan ini travel dalam usia begitu, terus kawan-kawan pun berazam nak travel bersama pasangan masing-masing begitu bila dah bersara nanti. Kedua Pakcik dan Makcik ini bercadang nak naik feri melawat ke Taronga Zoo.
|
Berjalan nak mendapatkan Big Bus |
|
Kumpulan pelancong sedang mendengar penerangan dari Tourist Guide mereka di First Fleet Park berhampiran Circular Quay. |
|
Ada banyak pembinaan sedang berlangsung di sekitar Circular Quay ketika itu. |
Perhentian Big Bus di Circular Quay terletak di George Street yang berhampiran. Oleh kerana Circular Quay memang kawasan tumpuan pelancong, ramai penumpang yang naik Big Bus di sini.
|
Perhentian Big Bus di George Street, Circular Quay |
|
Petugas Big Bus yang suka makan Laksa. Ada sebuah kedai Laksa Malaysia yang sedap dekat York Street berhampiran, katanya kepada kami. Restoran ini bernama Ipoh On York. |
Ada
dua laluan Big Bus di Sydney: Red Route yang merupakan City Route dan
Blue Route yang merupakan Beach Route. Hanya Red Route saja yang melalui
Circular Quay.
|
Peta Laluan Big Bus Sydney |
Disebabkan destinasi pertama kami hari ini adalah Bondi Beach, kami perlu membuat pertukaran bas di Hyde Park.
|
Naik Big Bus menuju ke Hyde Park |
|
Pemandangan di kawasan bersejarah Sydney |
|
Kerja-kerja pembinaan |
|
Menuju ke pusat bandar Sydney |
|
Museum of Sydney |
|
Sydney Tower |
|
Lorong Bas di Sydney |
|
Persimpangan dekat Hyde Park |
|
Hyde Park |
Kami membuat pertukaran dari Red Route ke Blue Route di Hyde Park.
|
Perhentian Big Bus di Hyde Park |
|
Australian Museum yang terletak di seberang perhentian Big Bus di Hyde Park |
|
Nampak macam pintu masuk ke Australian Museum ini terletak di tingkat atas. |
|
Menunggu Big Bus |
|
Big Bus Blue Route dah tiba |
Part 21: Kings Cross
Laluan Blue Route menuju ke pantai melalui kawasan Kings Cross berhampiran hotel kami. Sambil bas melalui Kings Cross kita dengar penerangan dari dalam Audio.
|
Naik Big Bus menuju ke Bondi |
|
Papan tanda berhampiran Kings Cross |
Nama asal Kings Cross adalah Queens Cross, sempena jubli intan pemerintahan Queen Victoria. Walau bagaimanapun, disebabkan ramai orang keliru dengan Queen's Square yang terletak di King Street, namanya telah ditukar kepada Kings Cross. Sejak dulu lagi, Kings Cross terkenal sebagai sebuah pusat hiburan di Sydney.
|
Billboard Coca Cola yang menjadi mercu tanda Kings Cross |
Mercu tanda terkenal di Kings Cross adalah sebuah billboard iklan Coca Cola yang dapat dilihat dari depan hotel penginapan kami, Holiday Inn Potts Point. Billboard yang dipasang pada tahun 1974 ini adalah papan iklan yang terbesar di Hemisfera Selatan.
|
Pemandangan di Darlinghurst Street, jalan utama di Kings Cross |
|
St Vincent's Hospital adalah hospital swasta yang terbesar di Sydney |
Penduduk British yang awal tiba di Australia sangat rindu kepada kampung halaman mereka. Kerana itulah jalan-jalan dan kawasan penempatan mereka di Sydney menggunakan nama-nama tempat di Britain.
|
Paddington |
|
Powell's Building di Paddington |
|
Paddington Town Hall |
|
Imperial Hotel |
Dalam perjalanan ke Bondi Beach, kita juga melalui Oxford Street. Seperti Oxford Street di London, Oxford Street di Sydney juga adalah sebuah pusat membeli-belah. Selain dari itu, Oxford Street ini juga terkenal sebagai laluan perarakan Sydney Gay & Lesbian Mardi Gras yang diadakan setiap tahun.
|
Oxford Street |
|
Selain terkenal sebagai pusat membeli-belah, Oxford Street adalah juga laluan bagi perarakan Sydney Gay & Lesbian Mardi Gras. |
|
Kedai-kedai di Oxford Street |
|
Kedai-kedai di Oxford Street ini walau bagaimanapun adalah kedai-kedai biasa dan bukan kedai-kedai mewah seperti di Oxford Street, London. |
|
St Benedict's Church |
|
Centennial Park |
|
Pintu masuk ke Centennial Park |
Part 22: Bondi Junction
Akhirnya kita tiba di Bondi Junction. Ia adalah sebuah kawasan kediaman dan komersil berhampiran Bondi Beach.
|
Bondi Junction |
|
Pemandangan di Bondi Junction |
|
Pemandangan menghala ke laut di Bondi Junction |
|
Shopping Mall di Bondi Junction |
|
Lagi suasana di Bondi Junction |
|
Arah ke Bondi Beach |
|
Kriket |
Part 23: Bondi Beach
Destinasi kami pada pagi ini adalah sebuah pantai yang terkenal di Sydney, Bondi Beach (disebut: Bon-dai Beach).
|
Menghampiri Bondi Beach |
|
Bondi Beach |
|
Perhentian Big Bus di Bondi Beach |
|
Menyeberang jalan menuju ke pantai |
|
Tempat letak kereta |
Bondi Beach terkenal sebagai sebuah pusat surfing yang terbaik di Australia. Ramai orang tengah bermain surfing di sini ketika itu. Tapi Myself rasa ombaknya taklah kuat sangat pagi itu. Ombak kat Bali lebih bergulung dari di sini ketika itu. Cuaca pun suram dan mendung, macam nak hujan.
Part 24: Bondi Beach Walk (1)
Selain melihat orang membuat surfing, kami juga membuat Beach Walk. Kami memilih laluan yang menghala ke Bronte Beach.
Antara landmark yang pasti sukar untuk kita miss di Bondi Beach adalah kelab renang Bondi Icebergs. Sesuatu yang menarik tentang kelab renang ini ialah untuk mengekalkan keahlian selama 4 tahun, setiap ahli perlu berenang pada hari Ahad sebanyak 50 minggu setahun tanpa mengira keadaan cuaca.
Walaupun Bondi Icebergs ini mempunyai keahliannya sendiri, kolam renangnya tetap terbuka untuk kegunaan awam. Tak seperti kolam-kolam renang lain, ia menggunakan air laut.
Lepas dah tengok sekejap orang-orang yang berenang di kolam Bondi Icebergs, kita sambung lagi Beach Walk kita...
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):