Monday, 6 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 06 (Sydney Opera House)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 6: Curi-Curi Jalan 3
SYDNEY OPERA HOUSE & CIRCULAR QUAY

HARI KEEMPAT (2)

Part 16: Sydney Opera House

Walau sesiapa tiba ke Sydney, pasti tak akan melepaskan peluang untuk melawat ke ikonnya yang paling terkenal ~ Sydney Opera House. Bangunan terkenal ini terletak betul-betul di sempadan antara Royal Botanic Garden dan Circular Quay (disebut: Circular Key).

Sydney Opera House
Pemandangan menghala ke Royal Botanic Garden dari Sydney Opera House
Ombak yang menghempas pantai berhampiran Sydney Opera House
Sydney Opera House direka oleh Jorn Utzon yang memenangi pertandingan rekabentuk antarabangsa pembinaannya pada tahun 1956. Jorn Utzon yang berbangsa Danish tak pernah berkunjung ke Sydney sewaktu mengemukakan rekaannya. Dia hanya menggunakan pengalamannya sebagai seorang pelayar untuk menggambarkan suasana dan keadaan di Pelabuhan Sydney dalam rekaannya.

Bergambar dengan Sydney Opera House
Walau dah berusia hampir 70 tahun, ia masih menjadi tarikan pelancongan yang paling popular di Sydney.
Apa benda yang nak digigit pun tak tahu.
Pembinaan Sydney Opera House dimulakan pada tahun 1959. Namun perbalahan timbul dengan Kerajaan Australia yang memerintah sehingga Utzon meletak jawatan dan meninggalkan Australia. Pembinaannya diambilalih oleh sekumpulan arkitek tempatan dan disiapkan 10 tahun kemudian dengan kos 14 kali ganda berbanding kos pembinaan asal.

Pemandangan bumbung Sydney Opera House dengan berlatar belakangkan Sydney Harbour Bridge.
Sydney Opera House adalah juga salah sebuah venue seni persembahan yang paling aktif di dunia.
Walau dah hampir berusia 70 tahun, senibina Sydney Opera House tetap kelihatan moden. Lebih menarik bila kita mendapat tahu yang rekabentuk bumbungnya yang unik ini diilhamkan oleh Jorn Utzon sewaktu dia memotong buah limau.

Bumbung Sydney Opera House yang unik ini diilhamkan oleh Jorn Utzon sewaktu dia memotong buah limau.
Sumber ilham bumbung Sydney Opera House dari potongan buah limau (Gambar dari internet).
Sydney Opera House dirasmikan oleh Ratu British, Queen Elizabeth II pada 20 Oktober 1973. Utzon juga telah dianugerahkan Pingat Emas oleh Royal Institute of Architects Australia, tetapi disebabkan dia merajuk dengan Kerajaan Australia yang tidak memberi sokongan kepadanya dulu, dia enggan hadir untuk menerima anugerah tersebut.

Satu lagi fakta yang menarik tentang Sydney Opera House ialah di sinilah Arnold Schwarzenegger memenangi gelaran Mr Olympianya yang terakhir sebelum bersara pada tahun 1980.

Restoran Bennelong yang terletak di bahagian depan Sydney Opera House ini adalah salah sebuah restoran mewah yang popular di Australia.
Pemandangan Sydney Harbour Bridge dapat dilihat dengan jelas dari Sydney Opera House. Jambatan sepanjang 1,149 meter yang siap dibina pada tahun 1932 ini menghubungkan pusat bandar Sydney dengan kawasan-kawasan kediaman di utara bandar ini.

Mendaki Harbour Bridge adalah juga satu aktiviti yang popular di Sydney. Pendakian memakan masa 3 jam 30 minit dan boleh dibuat dalam sebarang keadaan cuaca, 365 hari setahun bermula dari pukul 3.15 pagi. Sampai di puncak sana, pendaki akan dibawa menyeberang ke seberang sana jambatan sebelum turun ke bawah semula. Kos untuk membuat Bridge Climb ini adalah di antara AUD 263-403 (RM 736-1,128) seorang mengikut pakej pendakian yang dipilih.

Selain sihat tubuh badan, pendaki  perlu melalui ujian pernafasan untuk memastikan mereka tidak berada dalam keadaan mabuk. Nak naik ke atas pun kena sehelai sepinggang, tak boleh bawa apa-apa pun naik ke atas sana termasuklah klip rambut, jam tangan, GoPro dan sebagainya sebab walaupun benda-benda ini nampak kecil, kalau terjatuh dari ketinggian 134 meter dari atas puncak jambatan, impaknya masih membahayakan pengguna jambatan di bawah sana.

Pemandangan Harbour Bridge dari Sydney Opera House
Boleh nampak orang-orang sedang mendaki jambatan dari sini
Close-up sikit

Part 17: Circular Quay

Selepas dah puas bersantai di Sydney Opera House, kita berjalan pula menyusuri tepian laut menuju ke Circular Quay. Selain menjadi tempat tumpuan pelancong, Circular Quay juga sibuk kerana ia adalah salah sebuah terminal feri yang berulang-alik menyeberang Sydney Harbour.

Berjalan menuju ke Circular Quay
Mentari dah mula nak terbenam
Pemandangan Sydney Harbour Bridge dari arah sebelah sini
Masih menuju ke Circular Quay
Circular Quay adalah sebuah kawasan pelancong. Jadi ada banyak tarikan yang disasarkan kepada pelancong dan pengunjung seperti persembahan muzik percuma.

Outdoor Cafetaria di Circular Quay
Pendaki-pendaki yang dah hampir sampai ke puncak Harbour Bridge
Hiburan Petang
Sedap suara penyanyi perempuan ini menyanyikan lagu Lady Gaga.
Overseas Passenger Terminal ini adalah tempat kapal-kapal cruise berlabuh.
Feri yang berulang-alik di Sydney Harbour
Pemandangan menghala ke Sydney Opera House
Kami sebenarnya tak ada agenda khusus di Circular Quay. Jadi kita habiskan saja masa sepanjang petang menikmati pemandangan dan suasana di sini.

Opera Quays
Suasana di Opera Quays
Pokok-pokok Palma
Bot Cruise berlabuh di jeti
Fantasea Catalina
Kita nikmati lagi pemandangan dan suasana di sini...


Part 18: Naik Sydney Train Balik Ke Kings Cross

Dari Circular Quay, kami bercadang menggunakan perkhidmatan keretapi balik ke Kings Cross kerana Stesen Kings Cross terletak betul-betul di sebelah hotel. Oleh yang demikian, kami terus berjalan menuju ke Stesen Keretapi Circular Quay.

Kalau berminat boleh juga membuat Whale Watching dari Circular Quay
Stesen Keretapi Circular Quay
Salah sebuah terminal feri di Circular Quay
Jadual Feri di Circular Quay
Stesen Keretapi Circular Quay terletak di kawasan Terminal Feri. Walaupun ada 4 laluan keretapi di Sydney, hanya 2 laluan sahaja yang berkhidmat ke sini. Mula-mula memang pening sikit nak memahami sistem keretapi ni, tapi bila dah faham, memang mudah nak menggunakannya.

Circular Quay Station
Kalau bercadang nak menjadikan tren dan feri sebagai pengangkutan utama di Sydney, bolehlah beli Opal Card untuk kemudahan dan diskaun. Tapi bagi kami yang tak bercadang berbuat begitu, kami hanya membeli tiket Single Trip. Tiket keretapi dan juga feri boleh dibeli dari mesin-mesin yang terdapat di stesen dan terminal. Harga tiket sehala dari Circular Quay ke Kings Cross adalah AUD 4.40 (RM 12) seorang.

Mesin tiket untuk menaiki tren dan feri
Tiket SIngle Trip dari Circular Quay ke Kings Cross
Laluan masuk ke platform tren
Keretapi Sydney Trains yang memberi perkhidmatan di sekitar bandar Sydney ini adalah tren dua tingkat yang selesa. Perkhidmatannya juga sangat kerap pada waktu puncak.

Sydney Trains
Menunggu keretapi di platform stesen
Pemandangan keretapi Sydney Trains
Pemandangan di dalam keretapi
Tempat bersandar pada tempat duduk di dalam keretapi ini boleh dipusing sendiri secara manual ke mana-mana arah yang diingini ~ nak mengadap ke depan ataupun ke belakang.
Nama stesen persinggahan yang seterusnya juga dipaparkan dengan jelas dalam tren.
Pemandangan di Stesen Wynyard dari dalam tren
Tren baru Waratah Series
Stesen seterusnya ~ Town Hall
Tak ada tren yang memberi perkhidmatan direct dari Circular Quay ke Kings Cross. Jadi terpaksalah kami membuat pertukaran tren di Stesen Town Hall.

Membuat pertukaran tren di Stesen Town Hall
Aduh, jauhnya ke bawah nak mendapatkan platform yang seterusnya!
Kena naik Tren T4 pula nak menuju ke Kings Cross. Tren ini menuju ke Bondi Junction.
Tren ke Kings Cross dah tiba
Pemandangan di dalam tren
Tiba di Stesen Kings Cross
Escalator naik ke atas
Way Out
Kiosk Sushi di Stesen Kings Cross

Part 19: Dinner Di The Sambal

Malam itu, kami keluar lagi menggunakan perkhidmatan Uber menuju ke pusat bandar untuk makan malam. Restoran pilihan malam ini ialah sebuah lagi restoran Indonesia yang bernama The Sambal.

Menunggu Uber di depan hotel
Menuju ke pusat bandar
Suasana malam di kota Sydney
The Sambal
Restoran The Sambal menyediakan masakan Indonesia
Suasana di dalam restoran The Sambal


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):