Thursday 9 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 09 (The Rocks)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 9: Big Bus 3
THE ROCKS

HARI KELIMA (3)

Part 30: Darling Harbour

Selepas lunch di Sydney Fish Market, kami berjalan kembali ke Harris Street untuk mendapatkan Big Bus.

Anzac Bridge
Menyeberang jalan untuk kembali ke Harris Street
Perhentian Big Bus di Harris Street untuk Sydney Fish Market
Ada satu pengalaman mengusik jiwa ketika itu. Sedang Myself dan rakan-rakan menunggu Big Bus, kami dihampiri oleh seorang Pakcik Mat Salleh. Suspen juga mengapa dia nak datang dekat begitu. Rupa-rupanya dia hanya nak menyampaikan isi hatinya: "I'm so sorry for what happened in Christchurch". Terkedu dan terharu kami dibuatnya. Mungkin dia dapat mengenali kami sebagai orang Islam kerana Myself dan seorang rakan memakai tudung kepala. Peristiwa ini juga menginsafkan Myself bahawa walau ke mana kita pergi, pasti ada manusia yang baik dan ada juga yang sebaliknya.

Tidak dinafikan yang Australia dan New Zealand memang bagaikan saudara kembar. Kejadian Serangan Masjid di Christchurch memang mendapat perhatian yang sangat besar di Australia dan ramai masyarakat Australia yang berkulit putih mengutuk kejadian tersebut. TV Australia juga tak berhenti-henti menyiarkan berita mengenai kejadian itu, lebih-lebih lagi sebab penembak yang bertanggungjawab dalam serangan itu berasal dari sebuah bandar bernama Grafton yang terletak dekat dengan Sydney.

Sebenarnya ketika itu ada juga cerita di TV mengenai seorang rakyat Australia berketurunan Asia Barat yang ditangkap menyertai militan ISIS di Syria. Tapi entah mengapa Brenton Tarrant yang berkulit putih dan membuat serangan masjid di Christchurch lebih mendapat liputan di TV Australia sebagai pengganas berbanding dengan Mamat ini.

Pemandangan di Harris Street
Big Bus dah tiba
Menyambung perjalanan dengan Big Bus
Dari Sydney Fish Market, Big Bus meneruskan perjalanan menuju ke Darling Harbour.

Kapal Cruise besar sedang berlabuh di Darling Harbour
Darling Harbour
Pemandangan di Darling Harbour
Lagi pemandangan di Darling Harbour
Taman berdekatan Darling Harbour
Darling Harbour adalah sebuah lagi kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Sydney kerana di sinilah letaknya Sea Life Sydney Aquarium dan Australian National Maritime Museum. Sea Life Sydney Aquarium popular kerana di sinilah tempat asal ikan Nemo dalam filem animasi terkenal Finding Nemo.

Kompleks Star Casino di Darling Harbour
Australian National Maritime Museum
Pengunjung-pengunjung ke Darling Harbour
Pyrmont Bridge Hotel
Pintu masuk ke Australian National Maritime Museum
Australian National Maritime Museum
Hotel Novotel Darling Harbour
Pintu masuk ke Harbourside Festival Marketplace di Darling Harbour
Pemandangan berhampiran Darling Harbour
Perhentian Big Bus di Darling Harbour
Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya sentiasa tersedia di mana saja di Sydney
Masih mengelilingi Darling Harbour
Kompleks International Convention Centre di Darling Harbour
Novotel Darling Harbour dan Harbourside Festival Marketplace di depannya mengintai di celah bangunan.
Perhentian Big Bus untuk Sea Life Sydney Aquarium
Pemandangan berhampiran Sea Life Sydney Aquarium di Darling Harbour
Bendera Australia
Sea Life Sydney Aquarium ~ rumah asal Ikan Nemo dalam filem Finding Nemo.
Bendera Australia gergasi di Darling Harbour ini juga berkibar separuh tiang hari ini sebagai tanda berkabung atas kejadian Serangan Masjid di Christchurch, New Zealand.

Part 31: Sydney Harbour Bridge

Dari Darling Harbour, persinggahan seterusnya adalah The Rocks. Tapi sebelum tiba ke The Rocks, Big Bus membawa kami ke Sydney Harbour Bridge.

Bangunan-bangunan bersejarah berhampiran The Rocks
Gabungan bangunan lama dan bangunan baru berhampiran The Rocks
Barrangaroo ~ kawasan baru yang sedang dibangunkan berhampiran The Rocks
Stesen Keretapi Barrangaroo sedang dibina di sini.
The Rocks
Sydney Harbour Bridge yang merupakan sebuah lagi mercu tanda kota Sydney siap dibina pada tahun 1932 sewaktu dunia sedang dilanda kemelesetan ekonomi. Jambatan yang mengambil masa pembinaan 8 tahun ini juga digelar "Coathanger" disebabkan bentuknya yang seperti penyangkut baju. Kos pembinaannya yang berbentuk pinjaman sebanyak 6.25 juta Australian Pound langsai dibayar pada tahun 1988. Oleh yang demikian, kutipan tol penggunaan jambatan ini sekarang akan digunakan untuk membiayai pembinaan sebuah terowong merentasi Pelabuhan Sydney.

Sydney Harbour Bridge
Kami tak berkesempatan nak lalu di atas jambatan ini sewaktu di Sydney
Jambatan ini dibina menggunakan 1,400 orang pekerja. 16 orang pekerja terbunuh dalam kemalangan sewaktu pembinaannya.
Kita sentiasa dapat melihat orang-orang yang membuat Bridge Climb di jambatan ini.
Sibuk mengambil gambar jambatan
Pylon penyokong jambatan
Pemandangan lebih dekat struktur keluli yang digunakan dalam pembinaan jambatan.
Ives Step di bawah jambatan
Kawasan di seberang jambatan sana dinamakan North Shore
Wedding Photography di bawah jambatan
Tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu
Feri Captain Cook Cruises
Sydney Opera House
Feri-feri awam di Pelabuhan Sydney

Part 32: The Rocks

The Rocks adalah sebuah kawasan bersejarah di Sydney kerana di sinilah penduduk kulit putih yang pertama dari Britain memulakan penempatan di Australia. Kumpulan penduduk yang pertama ini terdiri dari banduan, tentera dan pegawai-pegawai Kerajaan British yang tiba menggunakan 11 buah kapal di bawah pimpinan Captain Arthur Philips.

The Rocks adalah kawasan penempatan pertama orang kulit putih di Australia
Bangunan-bangunan bersejarah di The Rocks ini dibina menggunakan tenaga banduan yang dibawa dari Britain
Pemandangan bangunan-bangunan lama di The Rocks
Hickson Road
Persinggahan kami di sini adalah sebuah weekend market yang dinamakan The Rocks Markets. Pasar ini dibuka pada setiap hari Jumaat jam 9 pagi - 3 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi - 5 petang.

The Rocks Markets
Papan tanda The Rocks Markets
Suasana di The Rocks Markets
Jom kita ke sana...
Banyak cenderamata dijual di The Rocks Markets tapi semuanya nampak terlalu artsy dan kurang menarik pada pandangan mata ini.

Berjalan di The Rocks bagaikan berjalan merentas masa. Semua bangunan yang terdapat di sini masih terdiri dari bangunan asal yang dibina menggunakan tenaga banduan. Sebelum kedatangan orang kulit putih, kawasan ini didiami oleh penduduk asli Australia dari suku Cadigal dan dinamakan sebagai Tallawoladah.


Dekat-dekat pukul 5 petang, semua peniaga mula mengemaskan gerai masing-masing kerana waktu perniagaan hampir tamat.

Pihak berkuasa sedang membuka semula jalan untuk kegunaan trafik
Sedang berjalan-jalan di The Rocks, terserempak pula dengan The Rocks Centre yang juga merupakan sebuah pusat jualan cenderamata di dalam sebuah bangunan. Rambang mata dibuatnya sebab cenderamata yang dijual sangat menarik dan lebih sesuai dengan citarasa kita.

The Rocks Centre
Kedai-kedai cenderamata yang menarik di dalam The Rocks Centre

Part 33: Kembali Ke Kings Cross

Memandangkan Big Bus Red Route memang lalu dekat dengan hotel kami di Kings Cross, kami mengambil keputusan untuk menggunakan Big Bus ini saja pulang ke hotel. Lagi pula hujan renyai dah mula turun ketika itu.

Menunggu Big Bus di perhentian The Rocks
Bangunan EY ini juga adalah sebuah bangunan hijau di Sydney.
Hujan yang renyai tiba-tiba menjadi lebat. Mujurlah kami dah awal-awal memilih duduk di tingkat bawah bas yang bertutup. Kesian tengok penumpang-penumpang yang memilih duduk di tingkat atas bertempiaran turun ke bawah nak mengelakkan hujan.

Hujan lebat dalam perjalanan pulang ke Kings Cross
Tiba kembali ke Kings Cross
Disebabkan letih dah berjalan hampir seharian hari ini, kami terus singgah di sebuah Kedai Kebab berhampiran untuk membeli Dinner. Bungkus dan makan di bilik sajalah malam ini kerana nak berehat. Esok pagi kami akan membuat satu lagi perjalanan seharian ke Blue Mountains pula.

Jalan-jalan cari Dinner
Kedai Kebab di Kings Cross
Pemandangan dalam Kedai Kebab
Antara pilihan makanan untuk Dinner
Falafel dan Salad

 Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):