Mac 2019
NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains
Bahagian 2: Jalan-Jalan Sydney
SYDNEY CITY CENTRE
HARI KEDUA
Part 3: Jalan-Jalan Cari Makan
Kami menempah 4 buah bilik penginapan di Holiday Inn Potts Point, Sydney. Namun disebabkan kami tiba awal, hanya 2 buah bilik sahaja yang telah sedia. Oleh yang demikian, kami meninggalkan bagasi di bilik-bilik yang telah sedia lalu berjalan menghala ke pusat bandar Sydney untuk mencari makan tengahari.
|
Holiday Inn Potts Point |
|
Berjalan menuju ke pusat bandar |
Kami merancang untuk makan tengahari di sebuah restoran Indonesia yang kami temui dalam Google Map. Untuk membolehkan kami melihat-lihat pemandangan sekitar, kami memilih untuk berjalan kaki saja ke sana. Memang excited bila dapat melihat landmark-landmark Sydney yang terkenal sambil berjalan kaki ke sana.
|
Sydney Tower |
|
St Mary's Cathedral |
|
Australian Museum |
|
Martin Place |
|
Hyde Park |
|
Memorial di Hyde Park |
|
Sydney Town Hall |
|
Queen Victoria Building yang klasik ini adalah sebenarnya sebuah shopping centre. |
|
Patung Queen Victoria di depan Queen Victoria Building |
|
Satu lagi pemandangan Sydney Town Hall |
Kami sebenarnya bercadang nak makan di Shalom Indonesian Restaurant. Tapi disebabkan ketika itu Lunch Hour, restoran ini sangat sesak dengan pengunjung.
|
Shalom Indonesian Restaurant |
Disebabkan kami gagal mendapat tempat duduk di dalam Shalom Indonesian Restaurant, kami beralih ke Restoran Mamak yang menghidangkan masakan Malaysia yang terletak tidak begitu jauh dari situ.
|
Pancutan air menarik yang ditemui dalam perjalanan menuju ke Restoran Mamak |
Seperti namanya, Mamak menjual makanan-makanan yang boleh ditemui di restoran-restoran Mamak di Malaysia. Tapi pelik sikit melihat pekerja yang menebar roti canai di sini berketurunan Cina. Makanan yang dijual di Restoran Mamak ini rasanya biasa-biasa saja. Patutlah pengunjungnya tak seramai pengunjung ke Restoran Shalom tadi.
|
Restoran Mamak |
|
Buku Menu Restoran Mamak |
|
Pemandangan di dalam Restoran Mamak |
Part 4: Holiday Inn Potts Point, Sydney
Selepas makan di Restoran Mamak, kami menggunakan khidmat Uber untuk balik ke Holiday Inn Potts Point. Hotel ini terletak di sebuah kawasan yang bernama Kings Cross di Sydney. Kings Cross sebenarnya terkenal dengan nightlife. Ada banyak Kelab dan Adult Shop di sini.
Perarakan Mardi Gras oleh kumpulan LBGT juga diadakan di kawasan ini pada bulan Mac setiap tahun. Walaupun kami berada di sini pada bulan Mac, syukurlah kami tak terserempak dengan perarakan ini. Tapi bila berjalan di sekitar Kings Cross, memang boleh dilihat pasangan-pasangan LBGT ini (terutamanya yang lelaki) berjalan berpegangan tangan dengan mesra walaupun bilangan mereka hanya segelintir sahaja.
|
Holiday Inn Potts Point |
|
Satu lagi pemandangan Holiday Inn Potts Point |
|
Kaunter pendaftaran di Holiday Inn Potts Point |
|
Holiday Inn Potts Point juga banyak dihuni oleh krew penerbangan syarikat Etihad dan Virgin Airlines. |
|
Lobi di Holiday Inn Potts Point |
|
Sebuah lagi pemandangan lobi Holiday Inn Potts Point |
|
Business Centre kecil di Holiday Inn Potts Point |
Jika ditolak ke tepi kedudukannya yang terletak di kawasan maksiat Kings Cross, Holiday Inn Potts Point memang selesa dan selamat. Ada kettle dan tea making facilities disediakan di setiap bilik. Internet juga percuma dan laju. Paling best, kami mendapat bilik yang menghadap pemandangan Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House.
|
Bilik penginapan di Holiday Inn Potts Point |
|
Satu lagi pemandangan bilik penginapan di Holiday Inn Potts Point |
|
Meja yang selesa untuk bekerja di bilik |
|
Welcome drink yang langsung tak diusik sampai time balik. Hahaha! |
|
Bilik mandi yang selesa, cuma air panas dan air sejuknya kena mix sendiri. |
|
Pemandangan dari tingkap di bilik penginapan. |
|
Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House |
|
Pemandangan Sydney Tower juga boleh dilihat dari bilik penginapan. |
Part 6: Jalan-Jalan Cari Dinner
Malam itu, kami mencari dinner hanya di sekitar kawasan Kings Cross berdekatan dengan hotel. Ada beberapa buah kedai kebab dan kedai makanan India yang kami temui di sini. Tapi kedai makannya kecil-kecil saja, cuma take away. Hanya sebuah dua saja yang ada meja untuk dine-in di dalamnya.
|
Suasana malam di Kings Cross |
|
Satu lagi suasana malam di Kings Cross |
Satu mercu tanda menarik yang terdapat di Kings Cross ialah El Alamein Fountain. Ia dibina untuk memperingati tentera Australia yang berjuang di dalam Battle of El Alamein di Egypt sewaktu Perang Dunia Kedua.
|
El Alamein Fountain |
|
Pemandangan lebih dekat El Alamein Fountain |
Dinner kami malam itu adalah di sebuah restoran India yang bernama Tandoori Taj. Restoran ini terletak berhampiran El Alamein Fountain.
|
Tandoori Taj Restaurant |
|
Kaunter makanan di Tandoori Taj Restaurant |
|
Menu makanan yang dijual di Tandoori Taj |
|
Tikka Masala Chicken Roll untuk dinner. |
Lepas makan kami pulang ke hotel. Tapi dalam perjalanan pulang ini, kita singgah sekejap di Pasaraya Metro untuk membeli Maggi, kudapan, jus dan juga buah-buahan. Seronok tengok Mi Maggi export version yang ditemui di New Zealand dulu juga ada di sini.
|
Pemandangan malam Kings Cross dalam perjalanan pulang ke hotel |
|
Ada banyak kelab hiburan malam di Kings Cross |
|
Thai Massage House dan Kedai Tattoo |
|
Singgah sekejap di pasaraya Metro |
|
Pemandangan Malam dari bilik hotel |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):