Mac 2019
NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains
Bahagian 15: Blue Mountains 6
SYDNEY OLYMPIC PARK & PARRAMATTA RIVER CRUISE
HARI KEENAM (6)
Part 47: Sydney Olympic Park
Dari Featherdale Wildlife Park, kami dibawa ke Sydney Olympic Park. Di sinilah Sukan Olimpik Millenium, Sydney Olympics 2000 diadakan.
|
Menuju ke Sydney Olympic Park |
|
Car Park |
Sydney Olympics 2000 dianggap sebagai Sukan Olimpik yang paling berjaya sehingga kini. Sebanyak AUD 7 billion dilaburkan untuk persiapan sukan ini dan secara keseluruhan kota Sydney mendapat pulangan AUD 50 billion dari penganjuran sukan tersebut.
|
Spotless Stadium |
|
Qudos Bank Arena |
Seperti juga venue sukan besar yang lain, Sydney Olympic Park kini jarang digunakan. Ia hanya menjadi satu tarikan kepada pelancong untuk mengenang kembali kegemilangan sukan tersebut kini.
|
Stadium Olimpik utama yang kini dikenali sebagai ANZ Stadium |
|
Bangunan di sebelah ANZ Stadium |
|
Kereta futuristik di depan ANZ Stadium |
Satu pemandangan yang kita tak boleh miss di Olympic Park ini ialah menara-menara tenaga solar yang dinamakan Towers of Power. Menara-menara ini menjana tenaga elektrik ke seluruh Sydney Olympic Park sewaktu temasya sukan berlangsung sehingga sekarang.
|
Towers of Power |
|
Keterangan mengenai Tower of Powers |
|
CO2 reduction hari ini: 792,270 kg |
|
Showground |
|
Stesen Keretapi Olympic Park |
Taman di sekitar Olympic Park ini dinamakan sebagai Cathy Freeman Park, sempena seorang atlit Australia dari keturunan Aborigines yang bertanding dalam sukan olimpik tersebut. Cathy Freeman bukan sahaja diberi penghormatan untuk menyalakan Olympic Cauldron dalam Sydney Olympics 2000, malah dia turut memenangi Pingat Emas dalam acara 400 meter.
|
Cathy Freeman Park |
|
Pemandangan lebih dekat Olympic Cauldron yang dinyalakan oleh Cathy Freeman sebagai penghormatan kepada masyarakat Aborigines Australia. |
|
Pemandangan ANZ Stadium dari seberang Cathy Freeman Park |
|
Spotless Stadium |
|
Martin and Angus Stand |
|
Sydney Showground |
|
Meninggalkan Sydney Olympic Park |
|
Ucapan "Hello" dalam pelbagai bahasa dunia |
Part 48: Fantasea Parramatta River Cruise
Parramatta River Cruise kembali ke Sydney turut termasuk di dalam pakej perjalanan kami. Selepas melawat Sydney Olympic Park, Steve menghantar kami ke jeti Sydney Olympic Park. Di sinilah kami berpisah dengan Steve kerana khidmatnya sebagai tour guide kami berakhir di sini.
|
Arah ke Parramatta |
Memang seronok melancong ke Blue Mountains bersama Steve kerana dia seorang yang kelakar dan informatif. Steve sebenarnya berasal dari Rotorua di New Zealand. Seronok betul dia bila Myself memberitahu yang Myself baru melawat Rotorua sebulan yang lalu. Macam-macam dia bertanya tentang tempat yang Myself lawati di Rotorua. Kata Steve, dia masih pulang ke Rotorua setiap 3 bulan untuk melawat ibunya di sebuah Nursing Home di sana.
|
Jeti Cruise di Sydney Olympic Park |
|
Beratur nak naik Cruise |
|
Sydney Olympic Park |
|
Ramai pelancong dari India yang naik cruise bersama kami |
|
Tiket Fantasea Cruising Sydney |
|
Masih beratur dalam barisan |
|
Dah sampai ke bot. |
|
Pemandangan di dalam bot Cruise |
|
Pemandangan Jeti Sydney Olympic Park dari Sungai Parramatta |
|
Sungai Parramatta |
|
John Whitton Bridge |
Perjalanan Cruise dari Sydney Olympic Park ke Circular Quay memakan masa 1 jam 15 minit. Perjalanan Cruise adalah melalui kawasan-kawasan perumahan di sepanjang Sungai Parramatta.
|
Meadowbank |
|
Jeti Meadowbank |
|
Captain Cook Cruises |
|
Ryde Bridge |
|
Kissing Point |
|
Bot-bot mewah di Kissing Point |
|
Lagi pemandangan bot-bot mewah di Kissing Point |
|
Perumahan mewah di Kissing Point |
|
Jeti Kissing Point |
|
Kapal-kapal Layar |
|
Meninggalkan Kissing Point |
Sungai Parramatta yang sepanjang 30 km adalah sungai yang mengalir ke Pelabuhan Sydney. Dalam Bahasa Aborigine, "Parramatta" bermaksud "Place Where Eels Sleep" yang merujuk kepada hulu sungai.
Cuaca masih tidak bersahabat dengan kami di penghujung perjalanan pulang ke Sydney ini. Langit mendung dan hujan yang turun mencurah sedikit menghambarkan pengalaman cruise ini.
Selepas melalui kawasan-kawasan perumahan mewah di sepanjang Sungai Parramatta, cruise kami tiba di Sydney. Memang satu pengalaman yang mengujakan bila bot lalu di bawah Sydney Harbour Bridge. Pemandangan Sydney Opera House juga tak pernah menjemukan.
|
Kawasan perumahan di pinggir bandar Sydney |
|
Kota Sydney mula menjengah |
|
Bot Cruise |
|
Luna Park |
|
Lalu di bawah Sydney Harbour Bridge |
|
Sydney Harbour Bridge |
|
Pemandangan Luna Park di dalam hujan lebat |
|
Fort Denison |
|
Sydney Opera House. Hujan dah reda ketika ini. |
|
Tiba di Circular Quay |
|
Pemandangan Sydney Harbour Bridge dari Circular Quay |
|
Turun dari bot |
|
Jeti bot cruise di Circular Quay |
Part 49: Kembali Ke Kings Cross
Keluar dari bot cruise, kami terus melangkah menuju ke Stesen Keretapi Circular Quay untuk pulang ke Kings Cross. Terperanjat kami kerana dikejar oleh couple dari Czech Republic tadi dari belakang untuk mengucapkan goodbye. Baik sungguh mereka berdua. Kata couple ini mereka akan tinggal di Sydney sehari lagi sebelum pergi ke Uluru dan Cairns. Selepas itu barulah mereka akan pulang ke Prague melalui Shanghai. Kata mereka, penerbangan direct terdekat untuk ke Prague dari Australia adalah melalui Shanghai. Jauh sungguh perjalanan mereka nak datang ke Australia.
|
Perjalanan menuju ke Stesen Keretapi |
Disebabkan Hari Minggu, perkhidmatan keretapi agak terhad. Ada beberapa platform di Circular Quay yang ditutup. Kami juga tak dapat menggunakan laluan keretapi yang digunakan sebelum ini untuk pulang ke Kings Cross. Kalau sebelum ini kami perlu membuat pertukaran keretapi di Town Hall, pada hari ini kami terpaksa membuat pertukaran keretapi di Stesen Central untuk pulang ke Kings Cross.
|
Hari ini kami terpaksa menggunakan keretapi T3 ke Lidcombe untuk pulang ke Kings Cross |
|
Menunggu tren di Circular Quay |
|
Pemandangan di dalam keretapi |
|
Meninggalkan Circular Quay |
|
Membuat pertukaran tren di Stesen Central |
|
Lif untuk turun ke Platform 24 |
|
Menunggu tren di Stesen Central |
|
Naik tren ke Bondi Junction di Stesen Central untuk ke Kings Cross |
|
Video iklan St. George Bank yang menarik di dinding platform keretapi di Central |
|
Tiba di Stesen Kings Cross |
|
Pintu keluar ke Darlinghurst Road di Kings Cross Station |
Selepas perjalanan yang sangat panjang hari ini, kami membuat keputusan untuk terus membeli dinner di sebuah kedai kebab sebelum pulang ke hotel.
|
Jalan-jalan cari makan di Darlinghurst Road di Kings Cross |
|
Five Star Kebab |
|
Pemandangan kedai Five Star Kebab. Cuma take-away saja di sini, tak ada tempat untuk dine-in. |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):