Mac 2019
NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains
Bahagian 10: Blue Mountains 1
ECHO POINT & THE THREE SISTERS
HARI KEENAM (1)
Part 34: Perjalanan Ke Blue Mountains
Hari ini kami bangun awal kerana kami dah menempah satu Small Group Tour ke Blue Mountains dan pick-up dari hotel penginapan kami, Holiday Inn Potts Point adalah pada pukul 7 pagi. Sambil menunggu pick-up sempat membaca headline suratkhabar yang masih memberi liputan tentang peristiwa Serangan Masjid di Christchurch.
|
Headline suratkhabar Sunday Telegraph di Australia |
Perjalanan ke Blue Mountains ini Myself tempah menggunakan Viator. Ini adalah kali pertama Myself menggunakan khidmat Viator. Bagi rakan-rakan pulak, mereka tak tahu pun kewujudan Viator. Maka keluarlah pelbagai persoalan seperti macam mana kita tahu siapa yang akan menjemput kita? Cuak juga bila tak siapa pun muncul pada pukul 7 pagi seperti yang ditulis dalam Booking Confirmation. Otak pun dah mula memikirkan Plan B kalau tak ada sesiapa menjemput.
Lega rasanya bila pada pukul 7.05 pagi, seorang lelaki kulit putih tiba-tiba datang dan memanggil nama kita. Dia yang bernama Steve adalah Tour Guide dari agen Viator, Adventure Tour yang datang menjemput kami. Cuaca walau bagaimanapun tidak bersahabat bukan saja pagi itu, bahkan sepanjang hari kerana hujan turun dengan renyai dan kadang-kala lebat.
|
Memulakan perjalanan ke Blue Mountains |
|
Cuaca kurang bersahabat dengan kami kerana hujan turun sepanjang hari. |
Selepas menjemput kami, Steve menjemput pula satu couple muda dari England yang menginap di Hotel Vibes di tengah bandar Sydney dan satu couple lagi yang telah separuh usia dari Czech Republic yang menginap di sebuah hotel di Circular Quay. Pick-up point yang ditetapkan bagi couple dari Czech ini adalah di depan Sir Stamford Hotel. Disebabkan kami tiba agak awal, terpaksalah menunggu sebentar kerana couple ini tak sampai lagi ke situ ketika itu.
|
Menjemput peserta-peserta tour ke Blue Mountains. |
Van kami mengalami sedikit masalah teknikal pagi itu. Jadi selepas menjemput semua peserta tour, Steve memohon maaf kerana terpaksa membawa kami ke sebuah bengkel untuk menukar kenderaan lain ke Blue Mountains. Bengkel ini terletak di pinggir Sydney dan kami melalui beberapa kawasan banjir sewaktu menuju ke sana.
New South Wales ketika itu memang sedang mengalami musim hujan. Berita di TV sentiasa saja menyiarkan berita banjir dan hujan lebat terutama di bahagian utara Sydney. Tak sangka pula yang kami juga dapat melihat sendiri banjir yang melanda New South Wales ini seperti yang ditunjukkan di dalam TV itu.
|
Banjir di utara Sydney |
|
Meredah banjir di utara Sydney |
|
Van yang mengalami masalah teknikal. |
|
Suasana dalam bengkel. Kemas dan teratur. |
|
Lukisan menarik pada dinding bengkel |
Lepas menukar van, kami meneruskan perjalanan ke Blue Mountains. Oleh kerana Blue Mountains adalah sebenarnya tanah milik orang asli Australia yang dipanggil Aborigines, Steve bercerita tentang sejarah Australia dari kaca mata mereka. Orang Aborigines telah lama tinggal di Australia sebelum kedatangan orang kulit putih. Tidak seperti orang kulit putih yang gemar mengumpul harta, orang Aborigines menganggap segala-gala yang ada di bumi milik bersama. Mereka percaya bumi berasal dari Mimpi (Dreaming). Oleh itu, mereka juga mempunyai kisah dongeng tentang kejadian-kejadian di bumi yang dinamakan Dream Time Stories.
Walaupun orang Eropah yang pertama tiba di Australia adalah orang Belanda, mereka tidak membuat penempatan di sana. Entah bagaimana, pelayar orang Belanda ini telah terlepas tanah besar Australia yang besar bagak itu. Mereka sebaliknya mendarat di Tasmania sebelum menuju ke New Zealand. Oleh kerana mereka hanya menemui Tasmania dan menyangka itulah benua Australia, mereka tidak berminat untuk membuat penempatan di sana.
|
Hujan lebat sepanjang perjalanan ke Blue Mountains |
Bangsa Eropah yang pertama membuat penempatan di Australia sebaliknya adalah orang British selepas tanah besar Australia ditemui oleh Captain James Cook. Tidak lama kemudian, British membina sebuah penempatan banduan di kawasan Sydney bagi menggantikan penempatan banduan di Amerika. British tak boleh lagi menghantar pesalah-pesalah menjalani hukuman dengan bekerja di ladang-ladang tembakau di pantai timur Amerika selepas negara tersebut mengisytiharkan kemerdekaan dari British.
Kedatangan British tidak disenangi oleh penduduk Aborigines kerana British mengambil tanah dan menjadikannya hakmilik mereka, sesuatu yang sangat bertentangan dengan adat Aborigines yang berkongsi tanah, sumber dan segala-galanya. Penduduk kulit putih juga membawa pelbagai penyakit seperti chickenpox, smallpox, typhoid, measles dan influenza yang tidak pernah mereka hidapi sebelum ini.
Semakin hari British semakin meluaskan kuasa mereka di Australia sehingga menyebabkan orang Aborigines semakin tertekan. Sehingga kini, hari ulangtahun pendudukan British di Australia yang disambut sebagai Australia Day pada 26 Januari setiap tahun dianggap sebagai Invasion Day oleh orang Aborigines.
|
Taman Tema Wet n' Wild dalam perjalanan ke Blue Mountains |
|
Arah ke Blue Mountains |
|
Makin lebat pulak hujan yang turun. |
Blue Mountains kepada Sydney bolehlah diibaratkan sebagai Genting Highlands kepada Kuala Lumpur. Disebabkan kedudukannya yang hanya 1 jam 30 minit pemanduan dari Sydney, ia menjadi tumpuan penduduk kota beriadah dan menghabiskan cuti di hujung minggu. Malah dah ramai kata Steve, orang-orang yang bekerja di Sydney yang menjadikan Blue Mountains kediaman mereka dan berulang-alik dari sana setiap hari.
|
Sungai Nepean yang memisahkan Sydney dengan Blue Mountains. |
|
Lebuhraya ke Blue Mountains |
Dalam perjalanan ke Blue Mountains kami singgah di Blue Mountains Information Centre di Glenbrook untuk menggunakan tandas. Banyak cenderamata dan info tentang Blue Mountains boleh didapati di sini. Tapi lupa pulak nak ambil gambar Information Centre ini dari luar. Maklumlah beriya berlari nak menyelamatkan diri dari hujan!
|
Blue Mountains Information Centre di Glenbrook |
Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke bandar Leura. Bandar ini adalah salah sebuah pusat persinggahan bagi pengunjung ke Blue Mountains.
|
Tiba di Leura |
|
Bandar Leura |
Part 35: Echo Point
Persinggahan pertama kami adalah di sebuah Lookout Point yang dah lupa namanya. Sepatutnya dari sini kami dapat melihat Blue Mountains yang kebiruan, tapi malangnya disebabkan hari hujan, hanya kabus yang kelihatan.
Blue Mountains memang berwarna biru kerana pergunungan ini dipenuhi dengan pokok Eucalyptus (yang juga dikenali sebagai Gum Tree). Daun pokok ini mengeluarkan gas dan gas inilah yang sebenarnya berwarna biru bila terkena cahaya matahari.
Selain dari menjadi makanan beruang Koala, daun pokok Eucalyptus ini terkenal kerana sering menyebabkan kebakaran hutan di Australia. Pada hari yang panas, puntung rokok yang dinyalakan dekat daun pokok ini (yang mengeluarkan gas) pun sangat mudah memercikkan api. Malah sewaktu melawat ke Great Ocean Road di Melbourne dulu, kami pernah diberitahu yang satu kebakaran hutan yang besar pernah terjadi di sana bila kilat menyambar gas pada daun Eucalyptus ini.
|
Tak nampak Blue Mountains yang kebiruan kerana diliputi kabus. |
Steve juga memberitahu, penduduk kulit putih yang awal datang ke Australia dulu sangat simple minded. Mereka akan menamakan tempat mengikut apa yang mereka lihat. Disebabkan pergunungan ini kelihatan biru, maka ia terus dinamakan sebagai Blue Mountains. Bila mereka melihat padang pasir yang besar di tengah Australia, terus saja padang pasir itu dinamakan sebagai Great Australian Desert. Perkhidmatan keretapi dari Adelaide ke Darwin dinamakan The Ghan kerana landasannya dibina oleh orang Afghanistan dengan bantuan unta mereka. Begitulah seterusnya... Kata Steve, unta-unta yang digunakan dalam pembinaan The Ghan dilepaskan di padang pasir Australia selepas tamat berkhidmat dan menjadi unta liar di sana sehingga kini.
|
Echo Point |
Kami seterusnya dibawa ke Echo Point untuk melawat formasi gunung terkenal di Blue Mountains ini yang dinamakan sebagai Three Sisters. Tapi disebabkan hari masih hujan dan cuaca agak dingin, kami membuat keputusan untuk masuk dulu ke dalam kafe di sini sehingga hujan reda.
|
Kafe di Echo Point |
|
Jom masuk ke dalam... |
|
Pemandangan di dalam kafe |
|
Suasana di dalam kafe |
Memang nikmat dapat minum Hot Chocolate sambil makan Raisin Bread di sini. Kafe ini ada outdoor seating tapi disebabkan cuaca hujan ketika itu tak ada sesiapa pun duduk di luar.
|
Outdoor seating di Cafe Echo Point. |
|
Satu lagi pemandangan outdoor seating di Cafe Echo Point. |
|
Pemandangan Jamison Valley dekat Three Sisters dari outdoor seating di Cafe Echo Point. |
Part 36: Three Sisters
Selepas minum Hot Chocolate dan hujan dah sedikit reda, barulah kami melangkah ke Echo Point Lookout yang berhampiran.
|
Echo Point |
|
Berjalan menuju ke Echo Point Lookout |
|
Hujan renyai tetap diredah demi nak melihat Three Sisters |
Bagai bermimpi bila akhirnya Myself dapat melihat sendiri formasi batuan yang dinamakan sebagai Three Sisters ini. Maklumlah selama ini kita cuma melihat Three Sisters ini dalam buku dan TV saja. Jujur Myself katakan, tak pernah bermimpi yang kita akan diizinkan Tuhan sampai ke sini. Syukur Alhamdulillah. Cuma bila di sini teringat jugalah kat Husband yang tak dapat ikut bersama. Kalau dia ada pasti dia suka sangat sebab tempat ini sangat scenic.
|
Platform pemerhatian Three Sisters |
|
Three Sisters |
Ada beberapa versi cerita Dream Time Aborigines yang dikaitkan dengan Three Sisters. Versi yang paling popular adalah tentang 3 orang saudara perempuan dari suku Katoomba bernama Meehni, Wimlah dan Gunnedoo yang tinggal di Jamison Valley.
Ketiga-tiga mereka bercinta dengan 3 saudara lelaki dari suku Nepean, namun mereka tak dapat berkahwin disebabkan adat. Oleh kerana mereka tidak berpuas hati tak dapat berkahwin dengan saudara-saudara perempuan ini, saudara-saudara lelaki ini merancang untuk menculik Meehni, Wimlah dan Gunnedoo.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, seorang dukun suku Katoomba telah menukarkan Meehni, Wimlah dan Gunnedoo menjadi batu sementara sehingga perang tamat. Malangnya dukun ini terbunuh dalam peperangan tersebut menyebabkan ketiga-tiga saudara perempuan ini tak dapat ditukar kembali kepada bentuk asal mereka. Menurut ceritanya ramai dukun yang mencuba untuk menukar kembali Meehni, Wimlah dan Gunnedoo menjadi manusia, tapi tak seorang pun berjaya sehinggalah ke hari ini.
|
Pemandangan Three Sisters dan Jamison Valley yang diliputi kabus. |
|
Four Sisters. Sibuk kita nak jadi Sister yang keempat. |
Kata Steve, kami sangat bernasib baik kerana Three Sisters jelas kelihatan walau cuaca hujan dan berkabus. Sehari sebelum itu, pengunjung yang dibawa syarikatnya memang tak nampak apa-apa sebab Three Sisters dilindungi kabus tebal.
|
Pemandangan Scenic World di seberang sana |
|
Gunung batu di Jamison Valley |
|
Pemandangan Cableway sedang menuruni Jamison Valley |
|
Pemandangan indah di Jamison Valley |
|
Pemandangan menghala ke kafetaria |
|
Papan keterangan |
Kita tengok lagi pemandangan indah Three Sisters dan Jamison Valley ini bila kabus dah semakin kurang...
Tiba masa yang ditetapkan kami kembali ke depan kafe di mana Steve telah menunggu nak membawa kami ke Scenic World.
|
Pemandangan di sekitar platform pemerhatian Echo World |
|
Lagi pemandangan di sekitar platform pemerhatian Echo World |
|
Batu kesenian Orang Aborigines |
|
Batu-batu perhiasan dalam perjalanan balik ke Kafe |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):