Sunday, 5 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 05 (Royal Botanic Garden)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 5: Curi-Curi Jalan 2
MRS MACQUARIE'S CHAIR & ROYAL BOTANIC GARDEN

HARI KEEMPAT (1)

Part 14: Christchurch Berdarah

Pada Hari Keempat kami di Sydney (15 Mac 2019), dunia dikejutkan dengan peristiwa tembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand oleh seorang rakyat Australia yang meragut nyawa 50 orang jemaah yang sedang menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut.

Christchurch Mosque Shooting
Ketika itu juga tersebar berita yang seorang warga Malaysia bernama Haziq hilang dalam kejadian tersebut dan berita ini memang memeranjatkan Myself serta Husband dan Abang sekeluarga di Malaysia kerana Tour Guide kami sewaktu melawat ke New Zealand dulu juga bernama Haziq dan dia sedang menuntut di Christchurch. Frantic juga kami cuba menghubungi Haziq yang kami kenali ini melalui Whatsapp untuk memastikan dia berada dalam keadaan selamat di Christchurch.

Memang lega bila kami mendapat balasan Whatsapp dari Haziq yang memberitahu dia selamat walaupun kejadian tembakan masjid itu berlaku dekat dengan rumah kediamannya di Christchurch. Namun memang menyedihkan bila Haziq yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu disahkan sebagai salah seorang dari 50 orang mangsa yang terkorban dalam serangan. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kesabaran kepada keluarga Haziq yang menjadi mangsa serangan itu. Apa yang pasti Allah telah memilih adik Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang hanya berusia 17 tahun sebagai seorang syahid yang pasti akan berbahagia di dalam syurga-Nya.

Part 15: Mrs Macquarie's Chair

Pada petang ini selepas conference tamat, kami keluar lagi berjalan-jalan exploring Sydney. Pada petang ini kami berkunjung pula ke Mrs Macquarie's Chair untuk melihat pemandangan indah Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House yang terkenal itu.

Pemandangan Sydney di remang petang
Dalam perjalanan ke Mrs Macquarie's Chair, kita melalui sebuah bangunan yang unik di pinggir laut yang dinamakan sebagai Woolloomooloo (disebut: Wulu-mulu) Finger Wharf. Kawasan ini kini terkenal sebagai sebuah tempat untuk melepak dan makan-makan di pinggir laut. Namun begitu ia bersejarah kerana di sinilah para imigran yang datang membina kehidupan baru menjejakkan kaki di bumi Australia pada masa dahulu. Kira sama sejarah dengan Ellis Island yang kat New York City di U.S tu lah.

Woolloomooloo Finger Wharf
Pemandangan dari sisi Woolloomooloo Finger Wharf
Jalan menuju ke Mrs Macquarie's Chair
New South Wales Land Registry Office
Art Gallery of New South Wales
Mrs Macquarie's Chair yang terletak di penghujung Royal Botanic Garden adalah sebuah mercu tanda yang terkenal di Sydney. Ia adalah salah sebuah vantage point yang terbaik di Sydney.

Jalan berhampiran Mrs Macquarie's Chair
Tugu di Royal Botanic Garden
Pemandangan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge dari Mrs Macquarie's Chair
Melihat panorama indah
Mrs Macquarie's Chair yang sebenar terletak di lereng tebing di mana Uber menurunkan kami tadi. Ia adalah sebuah batu di lereng bukit yang diukir oleh banduan untuk kegunaan isteri Gabenor yang bernama Elizabeth Macquarie (Mrs Macquarie) duduk-duduk sambil menikmati pemandangan indah kapal-kapal yang berlayar masuk ke Pelabuhan Sydney.  

Mengikut sejarahnya, Australia bermula sebagai sebuah penempatan banduan British pada kurun ke-18. Ketika itu, penjara-penjara di Britain sangat sesak dengan banduan yang dipenjarakan atas segala macam kesalahan termasuklah kesalahan kecil seperti mencuri sebilah gunting. Pada mulanya banduan ini dihantar ke Amerika Syarikat untuk bekerja di ladang-ladang tembakau di Virginia dan Maryland. Namun apabila Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776, sebuah penempatan baru para banduan perlu dicari dan Australia menjadi pilihan untuk penempatan tersebut.

Kumpulan pertama penduduk kulit putih yang terdiri dari 1,485 orang banduan, pengawal penjara, pegawai-pegawai kerajaan British dan keluarga mereka mendarat menggunakan 11 buah kapal di Sydney Cove pada tahun 1788. 20% penduduk Australia kini adalah berasal dari keturunan mereka.

Jalan di lereng bukit
Tangga turun ke bawah
Pengunjung-pengunjung ke Mrs Macquarie's Chair
Mrs Macquarie's Chair yang sebenar sedang ditutup ketika itu kerana ada kerja-kerja pembinaan berhampiran. Kita cuma boleh pergi ke sebuah batu besar yang berhampiran sahaja.

Mrs Macquarie's Chair yang sebenar
Batu besar berdekatan Mrs Macquarie's Chair
Teringin juga nak memanjat batu ini dan duduk posing di situ, tetapi niat terpaksa dibatalkan kerana tangga naik ke sana curam dan licin.
Pemandangan yang dilihat oleh Mrs Macquarie dulu, tapi tak adalah Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House ketika itu.
Pemandangan bandaraya Sydney dari Mrs Macquarie's Chair
Feri berlayar di Pelabuhan Sydney
Fort Denison
Fort Denison adalah sebuah kota batu yang dibina oleh tentera British di tengah-tengah Pelabuhan Sydney. Ia digunakan untuk menempatkan banduan-banduan merbahaya yang dijatuhi hukuman pengasingan (isolation) pada masa dahulu. Menurut ceritanya seorang banduan bernama Francis Morgan telah dijatuhi hukuman gantung di Fort Denison atas kesalahan membunuh. Mayatnya telah sengaja dibiarkan di sana selama 4 tahun untuk dilihat dan dijadikan pengajaran kepada banduan-banduan lain.

Melihat Fort Denison di tengah Pelabuhan Sydney

Part 15: Royal Botanic Garden

Teruja dengan pemandangan Sydney Opera House di seberang sana, kami membuat keputusan untuk berjalan ke sana. Untuk berbuat begitu, terpaksalah kita merentas sebahagian Royal Botanic Garden yang berhampiran.

Naik kembali ke atas bukit
Pintu masuk ke Royal Botanic Garden
Royal Botanic Garden sebenarnya sangat besar dan ada banyak tarikan di dalamnya. Namun kami hanya menyusuri taman ini di walking path berhampiran pinggir laut sahaja.

Royal Botanic Garden
Kehijauan
Tangga turun ke bawah
Lorong di dalam taman
Kerusi untuk berehat
Pokok masih kekal hijau walau sekarang dah masuk ke Musim Luruh
Pemandangan iconic Sydney
Royal Botanic Garden juga bersejarah kerana di sinilah antara penempatan awal penduduk kulit putih yang datang dari Britain pada masa dahulu. Seluruh kawasan ini adalah bekas sebuah ladang buah-buahan dan kebun sayuran yang masih diusahakan sehingga ke tahun 1805 sebelum dijadikan sebuah taman.

Taman ini kini telah berusia 200 tahun
Monumen
Berjogging di tepian laut
Penunjuk Arah
Burung-burung Camar
Pemandangan kotaraya Sydney dari Royal Botanic Garden
Kapal Layar
Lagi pemandangan kotaraya
Memang seronok berjalan di Royal Botanic Gardens kerana suasana di sekitarnya tenang dan aman, jauh berbeza dari suasana kesibukan kota. Sebahagian kawasan ini dikhaskan untuk kegunaan Gabenor pada masa dahulu. Malah ada sebuah tembok batu yang dibina di tengah taman ini untuk mengasingkan kawasan banduan dengan kawasan untuk Gabenor dan pegawai-pegawainya. Namun bila Mrs Macquarie's Chair siap dibina, seluruh kawasan ini telah dijadikan oleh Gabenor Lachlan Macquarie (suami Mrs Macquarie) sebagai sebuah taman awam.

Pokok Palma
Jambatan
Tasik di tengah taman
Tenang
Papan Keterangan
Kata-kata Aluan
Pentas Persembahan Terapung yang sedang dalam pembinaan
Choo Choo Train
Bunga-bungaan yang masih berkembang
Kapal berlayar di tengah laut
Close-up
Melayan Sang Burung Camar
Keindahan di tepi laut
Kita tengok lagi pemandangan di sekitar Royal Botanic Garden dalam perjalanan menuju ke Sydney Opera House...

Nampak macam pokok-pokok gurun
Kelab Hiburan di tengah laut
Pemandangan menghala ke Mrs Macquarie's Chair. Dari sanalah kami mula berjalan tadi.
Semakin menghampiri Sydney Opera House
Pokok Baobab
Burung
Pemandangan lebih dekat Pokok Baobab
Lepak-lepak di Padang Rumput
Tiba di Sydney Opera House


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):