Mac 2019
NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains
Bahagian 14: Blue Mountains 5
FEATHERDALE WILDLIFE PARK
HARI KEENAM (5)
Part 46: Featherdale Wildlife Park
Salah satu tarikan kepada pengunjung ke Australia adalah haiwan-haiwan exotic yang hanya terdapat di benua itu dan tidak di benua-benua yang lain. Untuk melihat haiwan-haiwan exotic ini kami dibawa melawat ke Featherdale Wildlife Park dalam perjalanan kembali ke Sydney dari Blue Mountains.
|
Featherdale Wildlife Park |
|
Kedai Souvenir di Featherdale Wildlife Park |
|
Pintu masuk ke Featherdale Wildlife Park |
|
Menunggu Steve menguruskan pembelian tiket masuk kami |
|
Perhiasan di dinding di pintu masuk |
|
Setiap pengunjung diberikan passport yang mengandungi peta dan nama-nama haiwan yang akan dilihat |
LAUGHING KOOKABURRA
Sebaik masuk ke dalam kita bertemu dengan burung yang famous dari Australia, Laughing Kookaburra (disebut: Kuka-barra). Burung ini terkenal dengan bunyinya yang macam orang tertawa mengekek. Burung inilah juga yang diceritakan dalam lagu kanak-kanak: Kookaburra sits on the old gum tree, Merry merry King of the Bush is he...
|
Kookaburra |
KANGAROO
Selepas berjumpa dengan Kookaburra, kita bertemu pula dengan Kangaroo yang jinak. Ada juga spesis kangaroo yang kecil yang dinamakan Wallaby di sini. Tapi pada orang bukan Australian macam kita, Kangaroo dan Wallaby ni dikira macam Kangaroo sajalah. Pengunjung boleh memberi makan kepada Kangaroo pada bila-bila masa di Featherdale Wildlife Park ini. Makanan Kangaroo dijual di pintu masuk pada harga AUD 5 (RM 14) untuk 2 cawan.
|
Memberi makan Kangaroo |
|
Manjanya! |
|
Kebetulan masa kami tiba, Kangaroo ini semua tengah lapar. Mereka akan datang menghampiri pengunjung untuk meminta makanan. |
|
Anak-anak binatang Australia macam Wallaby, Kangaroo dan Koala dipanggil Joeys. |
|
Seronok sebab kali terakhir kita bagi makan kat Kangaroo macam ini adalah hampir 20 tahun dulu sewaktu melawat Perth. |
|
Bersungguh Kangaroo ni makan. |
|
Kenyang dah. Tak ucap terima kasih pun pada kita. |
|
Rumah Kangaroo |
|
Kangaroo tengah berehat di dalam rumah |
Pernah tak dengar cerita bagaimana Kangaroo mendapat nama? Begini ceritanya... Sewaktu Orang Putih mula sampai ke Australia pada masa dahulu, mereka ternampak binatang pelik yang sentiasa melompat-lompat. Kebetulan adalah Orang Aborigines lalu kat situ. Orang Putih bertanya kepada Orang Aborigines: "What is the name of that animal?" Orang Aborigines yang tak faham soalan Orang Putih menjawab: "Kan Ga Roo (I don't understand)". Orang Putih silap faham dan menyangka nama binatang itu adalah Kangaroo. Maka melekatlah nama Kangaroo pada binatang itu.
|
Ini spesis Kangaroo kecil yang dipanggil Wallaby |
|
Camouflage dengan batu |
|
Oo la la, comelnya dia! |
|
Howdy? |
Selain dari saiz mereka yang berbeza, Wallaby dengan Kangaroo boleh dibezakan berdasarkan bentuk muka. Muka Wallaby pendek sikit dan bulat manakala muka Kangaroo pula lebih muncung dan panjang.
|
Laju tau dia orang ni melompat. |
|
Kita makan dulu! |
|
Ini Wallaby sebab mukanya bulat sikit dan saiz badannya kecil. |
|
Ini Kangaroo sebab mukanya muncung dan panjang. Saiznya pun besar. |
EMU
Emu adalah burung-burung besar yang tak boleh terbang. Emu ada kepak, tapi kegunaannya adalah untuk mengipas badan di waktu panas. Satu fakta menarik mengenai Emu ialah berat purata sebiji telur Emu adalah 700 gram.
|
Emu |
|
Emu di Featherdale Wildlife Park berkongsi sangkar dengan Brush-tailed Rock-wallaby. |
AUSTRALIAN PELICAN
Australian Pelican adalah burung yang tinggal di tepi air kerana makanan utama mereka adalah ikan. Mereka menggunakan paruh yang kuat dan panjang untuk menangkap ikan. Selepas ikan ditangkap, Pelican akan "bermain-main" dulu dengan ikan tersebut untuk adjust supaya kepala ikan menghala ke tekak. Dalam posisi begitu barulah senang mereka nak menelan ikan ini!
|
Autralian Pelicans |
|
Pemandangan kurungan Australian Pelican di Featherdale Wildlife Park |
|
Demonstrasi berenang di air. |
KOALA
Selain Kangaroo, haiwan paling popular di Australia adalah Koala. Koala terkenal sebagai haiwan yang kuat tidur dan cuma aktif dalam jangka masa 4 jam sahaja sehari.
|
Kandang Koala di Featherdale Wildlife Park |
Myself dan Husband pernah melawat ke Koala Conservation Centre sewaktu melawat ke Melbourne dulu dan melihat Koala di Caversham Wildlife Park di Perth sebelum itu. Di kedua-dua tempat ini, Koalanya memang tengah tidur lena sewaktu kami datang
Walau bagaimanapun, sewaktu Myself dan rakan-rakan datang ke Featherdale Wildlife Park ini, pemandangannya berbeza kerana semua Koalanya tengah bergerak aktif. Rupa Koala juga memang lebih comel bila mereka tengah bergerak aktif.
|
Sukanya tengok Koala tengah berjaga waktu kami tiba. |
|
Dah 3 kali datang ke Australia, inilah kali pertama dapat tengok Koala tengah aktif tak tidur. |
Walaupun Koala nampak comel dan manja, pengunjung dilarang untuk memegang Koala kerana mereka boleh menggigit dan mencakar kalau merasa terancam atau terganggu. Malah kami diberitahu, Koala paling suka menyerang musuh di bahagian mata. Kata Steve, tak menjadi kesalahan untuk memegang Koala di Queensland tetapi memegang Koala tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di negeri New South Wales di mana kami berada sekarang.
|
Koala yang ini bernama Montgomery. |
|
Ada juga seekor yang tengah tidur menyorok kat belakang batang pokok. |
|
Nama Koala berasal dari perkataan Aborigines yang bermaksud "No Water" sebab Koala tak minum air. Mereka mendapat bekalan air dari daun Eucalyptus yang dimakan. |
|
Koala ada 5 jari pada kaki depan. Tiga digunakan untuk memegang dan 2 lagi berfungsi seperi ibu jari manusia. |
|
Koala jantan gemar menyerang sesama sendiri untuk berebut kawasan. Koala yang kalah selalunya akan mati dan jatuh dari atas pokok. |
Biasalah, kan... di mana-mana juga Wildlife Park di Australia, pengunjung boleh bergambar dengan Koala dengan sedikit bayaran. Kita pun tak melepaskan peluang ini kerana bukan selalu kita datang ke Australia. Bayaran yang dikenakan untuk bergambar dengan Koala adalah AUD 23 (RM 64), tapi disebabkan kami menggunakan tour package ada diskaun AUD 5 (RM 14) diberikan. Cuma perlu membayar AUD 18 (RM 50). Paling maksima 4 orang boleh bergambar dengan Koala pada satu-satu masa. Kita juga boleh memegang Koala, tapi cuma di bahagian belakang sahaja untuk mengelakkan haiwan ini dari merasa terganggu dengan kehadiran kita. Memang lembut bulu Koala ni.
|
Lentok je Koala ni. |
|
Boleh pegang begini saja kalau nak bergambar dengan Koala. |
|
Kawasan stor berhampiran kandang Koala |
|
Tengah makan daun Eucalyptus |
|
Aksi kita menangkap gambar Koala |
WOMBAT
Wombat yang berbadan besar ini adalah sebenarnya haiwan yang cuma memakan tumbuh-tumbuhan. Walaupun badannya nampak besar dan berat, Wombat mampu berlari selaju 40 km/jam.
|
Kandang Wombat |
|
Wombat |
Wombat mempunyai cara yang unik untuk mempertahankan diri. Bila dikejar musuh, Wombat akan berlari dan memasukkan kepala mereka ke dalam lubang. Cuma bahagian belakang saja yang akan terdedah kepada musuh. Disebabkan bahagian belakang badan Wombat sangat keras dan tahan lasak, musuh selalunya akan mengalah dan berlalu pergi.
|
Wombat juga adalah haiwan marsupial yang menyimpan anak dalam poket sampai anak itu besar. |
|
Wombat sedang makan rumput |
Kata Steve kepada kami, kes kemalangan jalan raya terlanggar haiwan liar memang biasa berlaku di pedalaman Australia. Tapi dalam banyak-banyak binatang, pemandu paling takut eksiden dengan Wombat. Ini adalah kerana badan Wombat yang keras ini sering memberikan kerosakan yang besar kepada kenderaan (termasuklah truck besar) kalau kita eksiden dengannya.
|
Bahagian belakang badan Wombat yang kuat dan keras |
|
Wombat yang sedang bergerak aktif |
LITTLE PENGUIN
Di Featherdale Wildlife Park yang kami lawati ini juga ada burung-burung Penguin Kecil seperti yang kami lihat di Phillips Island sewaktu melawat ke Melbourne dulu.
|
Little Penguin |
|
Keterangan mengenai Little Penguin |
Tengok penguin kat sini barulah nampak betapa cantik dan comel sebenarnya penguin ini. Maklumlah masa kat Melbourne dulu, kita cuma tengok penguin ini di tengah gelap malam. Tak nampak pun warna sebenar bulu mereka yang putih biru itu masa itu. Yang nampak, cuma mereka ini memang kiut-miut.
|
Penguin-penguin sedang beraksi |
|
Hello ! |
|
Memang cute rupa dia orang ni! |
|
Kandang Penguin |
|
Menyorok kat celah batu |
TASMANIAN DEVIL
Antara haiwan yang paling kami nak tengok di Featherdale Wildlife Park ini ialah Tasmanian Devil. Tapi malangnya Tasmanian Devil residen di Featherdale yang bernama Tyke ini sedang dipinjamkan kepada tempat lain untuk program pembiakan. Yang nampak cuma gambar Tyke sedang beraksi.
Bila kami bercerita kepada Steve yang kami tak dapat melihat Tasmanian Devil di Featherdale, selamba je Steve yang kelakar memberikan pandangannya: "Maybe he has gone to hell". Hahaha! Maklumlah kan haiwan ni "Devil".
|
Gambar Tasmanian Devil bernama Tyke yang sedang dipinjamkan ke institusi lain untuk program pembiakan. |
BUAYA
Bukan Malaysia saja yang ada buaya, Australia pun ada buaya. Tahukah anda bahawa buaya adalah reptilia yang terbesar di dunia? Walaupun buaya boleh bergerak pantas di darat dan di air, buaya tak boleh bergerak zig-zag. Jadi satu cara untuk menyelamatkan diri jika dikejar buaya adalah berlari secara zig-zag.
|
Buaya |
|
Buaya di Featherdale ini diberi nama Ngukurr. |
|
Ngukurr tengah basking. |
|
Maklumat mengenai kekuatan gigitan buaya |
DINGO
Walaupun rupa Dingo macam Anjing, Dingo sebenarnya berasal dari keturunan Serigala Asia (Asiatic Wolves). Tak seperti ibu anjing yang boleh melahirkan 2-3 ekor anak pada satu-satu masa, ibu dingo hanya boleh melahirkan seekor anak sahaja pada satu-satu masa. Dingo gemar melolong macam bunyi serigala. Disebabkan tak ada Tasmanian Devil di taman ini pada ketika itu, Dingo inilah haiwan yang paling bising di Featherdale Wildlife Park.
Pengunjung juga boleh bergambar dengan Dingo di sini. Tapi kita malaslah nak buat begitu sebab terasa yang Dingo ini sama macam anjing, tak macam serigala. Jenuh pulak rasa nak kena samak karang.
|
Bergambar dengan Dingo |
|
Dingo |
REPTILE HOUSE
Kami juga sempat masuk ke dalam Reptile House di Featherdale Wildlife Park untuk melihat reptilia-reptilia yang ada di Australia. Macam di Zoo Negara di Kuala Lumpur juga, rumah reptilia ini memang gelap.
|
Reptile House |
|
Frilled-neck Lizard |
|
Ular Woma |
|
Sudut informasi. Patutlah ular selalu menjulur lidahnya yang bercabang itu. |
|
Shingleback Lizard |
QUOKKA
Keluar dari Reptile House, kita lihat pula haiwan yang dianggap paling gembira di dunia ~ Quokka. Nak tahu kenapa Quokka dianggap sebagai The Happiest Animal In The Planet? Inilah sebabnya...
|
Kenapa Quokka dianggap haiwan paling gembira di dunia. |
|
Quokka |
|
Pusinglah sikit... naklah tengok muka yang sentiasa tersenyum tu. |
|
Muka Quokka yang tersenyum |
BLACK BREASTED BUZZARDS
Pernah tak terfikir kenapa Australia mempunyai berbagai haiwan unik yang tak ada di tempat lain di dunia? Jawapannya ialah kerana mengikut teori sains, pulau Australia satu ketika dulu hanya terpecah dari benua Antarctica dan tak pernah bersambung dengan benua Asia. Antara haiwan-haiwan unik ini termasuklah burung-burung.
|
Burung-burung unik di Australia |
|
Helang |
Salah sebuah spesis burung yang unik di Australia ialah Black-breasted Buzzards. Burung ini cerdik kerana pandai menggunakan teknologi untuk memudahkan kehidupan. Teknologi yang digunakan oleh Black-breasted Buzzards ialah menggunakan batu yang digigit pada paruhnya untuk memecahkan telur burung Emu untuk dijadikan makanan. Bijak tak dia?
|
Black-breasted Buzzard |
|
Seperti burung Helang, Black-breasted Buzzard juga dianggap sebagai burung pemangsa. |
Selain Helang dan Black-breasted Buzzards, ada juga satu spesis burung pemangsa lain yang dipamerkan ~ Black Kites.
|
Black KItes |
|
Kisah makanan untuk haiwan pemangsa |
|
Itik |
FARM ANIMALS
Haiwan-haiwan yang diternak di ladang juga dipamerkan di Featherdale. Haiwan-haiwan ini disimpan di dalam sebuah bangsal yang dibuka pada masa-masa tertentu. Mungkin sebab dah lewat petang ketika itu, bangsal ini tidak dibuka kepada pengunjung.
|
Pemandangan umum di Featherdale Wildlife Park |
|
Bangsal untuk haiwan-haiwan ladang |
|
Itik |
|
Satu lagi pemandangan bangsal dari luar |
|
Kambing Biri-biri |
|
Aksi mesra di ladang |
|
Tak boleh nak masuk ke dalam sana ketika ini. |
SOUTHERN CASSOWARY
Kita jalan terus melihat Southern Cassowary. Burung ini berjasa kepada hutan di Australia atas sebab seperti berikut...
|
Keterangan tentang jasa Southern Cassowary kepada hutan hujan di Australia. |
|
Southern Cassowary |
|
Southern Cassowary dengan lebih dekat |
FLYING FOX
Flying Fox adalah nama yang diberi kepada kelawar ini. Ia adalah antara spesis kelawar yang terbesar di dunia.
|
Flying Fox |
|
Info mengenai Flying Fox |
ECHIDNA
Haiwan unik Australia yang terakhir kita lihat di sini adalah Echidna yang sebenarnya adalah sejenis landak. Seperti landak di Malaysia, badan Echidna dipenuhi dengan duri-duri yang sebenarnya adalah rambut (keratin) yang keras.
|
Echidna |
|
Keterangan mengenai Echidna |
AUSTRALIAN BIRDS
Sebelum keluar dari Featherdale Wildlife Park, kita akan melalui sangkar-sangkar burung. Sambil lalu kita lihat dan belajar sikit tentang burung-burung ini.
|
Blue and Yellow Macaw. |
|
Pemandangan di kawasan pameran burung-burung Australia |
|
Birds of the Coastal Forest |
|
Tak tahu nama burung ni |
|
Superb Parrots |
|
Merenung jauh |
|
Cantik warna burung ini |
MENINGGALKAN FEATHERDALE
Tiba masa yang ditetapkan, kami keluar dari Featherdale Wildlife Park. Tak keterlaluan kalau Myself katakan Featherdale ini mungkin Wildlife Park yang terbaik di Australia. Walaupun haiwan yang dipamerkan tak begitu banyak dan hanya tertumpu kepada haiwan-haiwan tempatan Australia, ia memang menarik. Myself memang recommend sesiapa saja yang berkunjung ke Sydney untuk datang melawat ke sini.
|
Menuju ke pintu keluar Featherdale Wildlife Park |
|
Penunjuk arah |
|
Laluan ke Exit |
|
Kafetaria |
|
Kaunter makanan. Tak tengok pun apa yang dijual di sini. |
|
Kedai souvenir |
|
Pelbagai souvenir dijual di sini |
|
Kookaburra dan kawan-kawan |
|
Kambing Biri-biri |
|
Ohh, hujan turun lagi... |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):