Mac 2022
PERLIS & PENANG
Kangar & George Town
Bahagian 11: Penang 2
TAMAN BOTANI PULAU PINANG (1)
HARI KEEMPAT (1)
Part 28: Breakfast Di Royale Chulan Hotel
Royale Chulan Hotel Penang terletak di dalam sebuah bangunan lama di Weld Quay yang pada masa dulu adalah sebuah gudang milik Syarikat Boustead. Suasana kolonial di dalam hotel ini memang terasa di mana-mana.
Pemandangan awal bagi dari bilik penginapan kami |
Bagi memulakan aktiviti hari ini, kita bersarapan dulu di restoran hotel ini yang betul-betul nampak macam gudang simpanan barang-barang pada zaman British dulu.
Boustead Heritage Tunnel |
Masa berjalan menuju ke restoran, kita nikmati senibina bangunan hotel. Kita akan dapat melihat bahawa Royale Chulan Hotel adalah sebenarnya terdiri dari beberapa buah bangunan gudang lama yang diubahsuai dan disambung-sambung menjadi sebuah bangunan besar. Kagum juga kita melihat kebijaksanaan arkitek yang membuat ubahsuai ini. Walau bangunan ini telah dimodenkan, suasana lamanya tidak hilang.
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke restoran |
Sri Tanjung Cafe |
Suasana di dalam Sri Tanjung Cafe |
Bagai bersarapan dalam bangunan gudang pelabuhan lama. |
Suka kita tengok deko di restoran ini |
Kaunter buffet makanan |
Egg Station |
Typical Malaysian Food |
Selamat Bersarapan! |
Tangga antik di restoran ini dinamakan Granite Step kerana 3 anak tangga yang paling bawah dibina dari batu granit. |
Part 29: Taman Botani Pulau Pinang (1)
Kami berhasrat nak explore tempat-tempat di Pulau Pinang yang tak sempat kami lawati dalam trip yang lalu pagi ini. Sayangnya kami tak punya banyak masa terluang kerana Myself perlu menghadiri event ofis yang bermula pada pukul 12 tengahari. Riki punya riki, kami dapati ada satu tarikan popular Pulau Pinang yang dibuka awal-awal pagi yang merupakan Taman Botani Pulau Pinang. Maka ke sanalah destinasi lawatan kami pada pagi ini.
Naik Grab ke Taman Botani |
Perjalanan ke Taman Botani |
Dengan menggunakan khidmat Grab, kami menuju ke Taman Botani Pulau Pinang. Walaupun ketika itu masih awal pagi, dah ada ramai pengunjung di sana. Kata pemandu Grab, taman ini adalah tempat rekreasi yang popular di kalangan warga Penang dan kalau di hujung minggu, akan ada lebih ramai lagi orang di sana.
Tiba di Taman Botani |
Khemah untuk pendaftaran masuk ke Taman Botani |
Taman Botani Pulau Pinang yang boleh dilawati secara percuma ini ditubuhkan pada tahun 1884. Ia adalah satu warisan peninggalan British di Pulau Pinang kerana ia pada asalnya dibina sebagai cawangan Taman Botani Singapura. Kegunaannya adalah sebagai tapak kajian untuk penyelidik-penyelidik British mencari tanaman-tanaman tempatan yang boleh memberi manfaat ekonomi kepada Britain.
Melalui taman botani seperti inilah sebenarnya British menemui tanaman-tanaman yang boleh memberi hasil kekayaan kepada mereka seperti pokok getah. Manfaat pokok getah walau bagaimanapun tidaklah ditemui oleh British di Taman Botani Pulau Pinang. Ia sebaliknya ditemui melalui hasil kajian yang dilaksanakan di Taman Botani Kew Gardens di England. Biji benihnya yang pertama dibawa masuk ke Kew Gardens oleh British dari Brazil.
Bila British menjajah Malaysia dulu, mereka mendapati cuaca di negara kita sesuai untuk tanaman getah. Oleh itu mereka memulakan usaha untuk menanam pokok getah secara besar-besaran di Malaysia. Pokok getah yang pertama telah ditanam oleh British di Kuala Kangsar, Perak. Kaedah menoreh pokok getah yang efektif pula telah ditemui melalui penyelidikan yang dijalankan oleh British di Taman Botani Singapura. Begitulah secara ringkas bagaimana Taman-taman Botani boleh memberi manfaat kepada sesebuah negara.
FORMAL GARDEN
Taman Botani Pulau Pinang terdiri dari beberapa buah taman kecil. Taman pertama yang kami kunjungi adalah Formal Garden yang menyerupai sebuah taman awam di Britain. Sewaktu zaman kolonial British dulu, ia sering digunakan untuk tea party dan majlis-majlis rasmi yang lain.
Seperti yang pernah kami pelajari di Hamilton Gardens di New Zealand dulu, English Gardens dipenuhi dengan pohon-pohon rimbun yang bertujuan memberi suasana nature kepada pengunjung. Ia sangat berbeza dengan French Gardens di mana pokok-pokok bunga dan hiasan ditanam mengikut corak-corak geometri yang tertentu.
Kolam dengan pancutan air di tengah-tengah taman adalah satu ciri yang biasa ditemui di dalam English Formal Garden. Kolam-kolam ini biasanya kecil berbanding dengan kolam-kolam air besar yang sering terdapat di dalam French Garden. Maklum sajalah, orang Inggeris dengan orang Perancis memang saling bermusuhan pada zaman dahulu sampaikan ciri-ciri pada taman bunga pun perlu berlawanan antara satu sama lain.
FRAGRANT GARDEN
Bersebelahan Formal Garden, ada Fragrant Garden. Seperti namanya, taman ini ditanami dengan tumbuh-tumbuhan yang beraroma harum. Waktu kami di sana tak adalah ketara sangat bau-bauan dari tumbuhan yang ada. Tapi ada Myself terbaca yang pokok-pokok beraroma ini paling kuat mengeluarkan bau pada sebelah petang dan bukan pada waktu pagi begini.
Bayangkan... Memang suspen kan kalau lalu kat tepi pokok begini dan tiba-tiba terbau haruman yang menerpa. Teringat kat filem Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin yang popular sangat pada satu masa dulu.
Di sini juga ada sebuah Taman Jepun tapi suasana Jepunnya tidaklah gah sangat bagi Myself. Yang menghidupkan suasana Jepunnya hanyalah sebuah jambatan yang dibina merentasi sebatang anak sungai.
Pintu masuk ke Taman Jepun |
Walaupun suasana Jepunnya tidak begitu gah sangat, tak dinafikan suasana di sini sangat damai. Teringat pulak dah lama kita tak pergi ke Jepun. Bilalah agaknya kami boleh berkunjung ke Negara Matahari Terbit ini lagi?
RUMAH PAKU PAKIS
Rumah Paku Pakis dipenuhi dengan pelbagai spesis pokok paku pakis. Suasana di sini macam Mini Cameron Highlands. Cuma cuacanya saja yang panas tak macam di Cameron Highlands.
Di Rumah Paku Pakis ini Husband sempat berbual dengan penjaganya. Kata Pakcik ini, dia akan bersara tak lama lagi. Antara faktor yang menyebabkan dia merasa tidak sabar untuk bersara ialah sikap staff-staff muda di pejabatnya yang memilih kerja. Biasalah tu, Pakcik... itu memang masalah universal yang dihadapi di mana-mana tempat kerja. Tak macam generasi kita yang lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri, generasi muda sekarang jarang nak bersikap demikian.
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN PERLIS & PENANG (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] - Departure (Kuala Lumpur - Alor Setar - Kangar)
- Bhg. 02 [Hari 1] - Perlis 1 (Pasar Terapung)
- Bhg. 03 [Hari 1] - Perlis 2 (Kuala Perlis)
- Bhg. 04 [Hari 2] - Perlis 3 (Gua Kelam 1)
- Bhg. 05 [Hari 2] - Perlis 4 (Gua Kelam 2)
- Bhg. 06 [Hari 2] - Perlis 5 (Taman Agrovet Perlis 1)
- Bhg. 07 [Hari 2] - Perlis 6 (Taman Agrovet Perlis 2)
- Bhg. 08 [Hari 2] - Perlis 7 (Padang Besar)
- Bhg. 09 [Hari 2] - Perlis 8 (Dataran Empangan Timah Tasoh & Bandar Kangar)
- Bhg. 10 [Hari 3] - Penang 1 (Perjalanan Ke Pulau Pinang & Makan-makan George Town)
- Bhg. 11 [Hari 4] - Penang 2 (Taman Botani Pulau Pinang 1)
- Bhg. 12 [Hari 4] - Penang 3 (Taman Botani Pulau Pinang 2)
- Bhg. 13 [Hari 4] - Pulang (Butterworth - KL Sentral)
No comments:
New comments are not allowed.