Mac 2022
PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town
Bahagian 10: Penang 1
PERJALANAN KE PENANG & MAKAN-MAKAN GEORGE TOWN
HARI KETIGA
Part 22: Hari Terakhir Di Perlis
Hari Ketiga kami berada di Perlis adalah Hari Isnin di mana Myself perlu menghadiri mesyuarat berkaitan kerja di Kangar. Disebabkan Hotel Sri Garden tidak menyediakan breakfast untuk penginapnya, kami terpaksa mencari breakfast di luar. Kami bercadang mencari breakfast di D'Danish Corner sekali lagi.
Oleh kerana Myself perlu bergerak ke tempat meeting seawal pukul 8.30 pagi, kami keluar lebih awal ke D'Danish Corner berbanding semalam.
|
Suasana awal pagi Isnin di Kangar |
|
Masjid Alwi |
Seperti yang diberitahu kepada kami, D'Danish Corner memang mula berniaga pada awal pagi. Tapi sesuatu yang membuatkan kami kaget ialah tak ada meja makan disediakan di sini pada pagi ini. Rupa-rupanya pelanggan cuma boleh dine-in di D'Danish pada hari minggu saja.
|
Breakfast di D'Danish Corner lagi |
Mengikut perancangan awal, kami nak breakfast di D'Danish dan selepas itu Myself akan mengambil Grab dari situ terus ke tempat meeting. Tapi disebabkan tak ada tempat makan disediakan, kami terpaksa membawa makanan yang dibeli balik ke hotel. Hassle juga rupanya menginap di hotel yang tak menyediakan breakfast untuk penginap pagi-pagi begini! Syukurlah hotel cuma terletak 10 minit berjalan kaki dari situ.
Sambil Myself menghadiri meeting, Husband sempat berjalan-jalan lagi di bandar Kangar. Dia berkunjung ke Taman Rekreasi Tasik Melati dan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Kata Husband, kedua-dua tempat ini sangat menarik untuk dilawati. Kalau nak tengok apa yang ada di sana, bacalah nanti di blog Husband: Agar Aku Tidak Lupa. Tapi tak tahulah bila entry ini akan keluar... Silap-silap tahun depan baru boleh baca. Hahaha!!
|
Taman Rekreasi Tasik Melati |
|
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen |
|
Gua Cenderawasih di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen |
Bagi Myself pula selepas meeting tamat, kami diraikan dengan makan tengahari di sebuah restoran menarik yang bernama Anjung Keli. |
Restoran Anjung Keli |
|
Satu lagi pemandangan di Restoran Anjung Keli |
|
Makanan yang disediakan di Restoran Anjung Keli adalah makanan kampung yang sangat sedap. |
Part 23: Perjalanan Ke Pulau Pinang
Pada petang itu, kami perlu bertolak ke Pulau Pinang kerana Myself perlu menghadiri satu lagi mesyuarat yang diaturkan oleh pejabat di sana pada petang esok. Untuk memudahkan urusan, kami menempah khidmat teksi Encik Saadon untuk membawa kami ke Pulau Pinang. Perjalanan dengan teksi dari Kangar ke Pulau Pinang memakan masa 2 jam. Kami bertolak dari Hotel Sri Garden pada pukul 2.30 petang.
|
Bergerak menuju ke Pulau Pinang |
|
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis |
Encik Saadon membawa kami pada peringkat awal perjalanan dari Kangar menuju ke Alor Setar menerusi laluan kampung. Pemandangan sepanjang perjalanan adalah sawah padi yang terbentang meluas.
Sambil melintasi kawasan sawah padi, Encik Saadon bercerita kepada kami tentang proses penanaman padi di sekitar Kedah/Perlis. Kata Encik Saadon, dengan kemajuan dalam bidang pertanian sekarang, padi yang ditanam dapat dituai sehingga 3-4 kali setahun. Teknologi moden seperti drone turut digunakan untuk membantu pesawah melaksanakan tugas seperti menyembur racun serangga.
Kami juga cukup excited dapat melihat Gunung Keriang berhampiran Alor Setar. Teringat perjalanan kami ke kaki Gunung Keriang ini dulu untuk melawat Muzium Padi. Pemandangan keindahan Gunung Keriang ini juga dapat kami lihat dari Menara Alor Setar ketika itu.
|
Gunung Keriang berhampiran Alor Setar |
|
Kenangan melawat ke Alor Setar menjelma di fikiran bila melihat pemandangan Gunung Keriang |
|
Sebahagian bandar Alor Setar |
Pada peringkat kedua perjalanan dari Alor Setar sehingga ke Pulau Pinang, barulah kami menggunakan Lebuhraya PLUS.
|
Plaza Tol Alor Setar |
|
Perjalanan ke George Town di Pulau Pinang masih 117 km dari sini |
|
Pemandangan sawah padi sewaktu melintas Negeri Kedah |
|
Perjalanan menuju ke Pulau Pinang |
|
Lebuhraya PLUS |
|
Kawasan Rehat di Lebuhraya PLUS |
|
Dah sampai di Seberang Perai |
|
Maklumat trafik di Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua Pulau Pinang |
Ada 2 jambatan yang menghubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang sekarang. Kalau datang dari sebelah utara seperti kami, jambatan yang lebih dekat untuk digunakan adalah Jambatan Pertama.
|
Lobi Hotel |
|
The Royale Ballroom |
|
Lift Lobby |
|
Hiasan berciri antik di dalam lif |
|
Koridoor menuju ke bilik penginapan |
Selepas 3 Hari 2 Malam menginap di bilik Hotel Sri Garden yang sempit di Kangar, memang rasa heaven sangat dapat menginap dalam bilik yang luas begini.
|
Bilik penginapan kami di Hotel Royale Chulan Penang |
|
Meja kerja |
|
Bilik air |
|
Pemandangan ke luar dari bilik kami |
|
Feri iconic Pulau Pinang yang terkenal itu dah tak ada lagi sekarang. Ia telah digantikan dengan bot penumpang seperti ini yang berulang-alik di antara George Town dan Butterworth. |
Part 25: Jeruk Madu Pak Ali
Bila diberitahu dulu yang kami kena pergi ke Penang, terus saja kami teringat kepada Jeruk Madu Pak Ali. Maka selepas dah settle down, kami naik Grab ke tengah bandar George Town menuju ke kedai Jeruk Madu Pak Ali.
|
Naik Grab ke Kedai Jeruk Pak Ali |
|
Kedai-kedai warisan di bandaraya George Town |
|
Kedai Jeruk Madu Pak Ali |
|
Gerai makan di sebelah kedai Jeruk Madu Pak Ali |
Kalau anda datang ke Penang, memang Myself recommend untuk beli Jeruk Madu Pak Ali ini. Jeruk yang dijual memang sedap dan rasa asidnya tidak kuat seperti kebanyakan jeruk lain.
|
Pemandangan di dalam Kedai Jeruk Madu Pak Ali |
|
Pelbagai jeruk buah-buahan dijual di sini |
|
Stok yang baru saja diletakkan di atas rak |
Part 26: Teochew Chendul
Lepas membeli Jeruk Madu Pak Ali, kami pergi mencari Teochew Chendul yang popular itu pulak. Teochew Chendul dijual di atas gerai beroda di tepi jalan sahaja tetapi popularitinya menyebabkan ia mendapat marking di dalam Google Map.
|
Berjalan mencari Teochew Chendul |
|
Gerai Teochew Chendul |
Walau dijual atas gerai, ada sebuah restoran yang simple disediakan tidak jauh dari gerai Teochew Chendul ini untuk pelanggan duduk menikmati Chendul yang sedap ini. Teochew Chendul ini juga dah banyak franchise di serata tempat di seluruh negara, tetapi di sinilah gerai asalnya.
|
Gerai Teochew Chendul |
|
Kata seorang rakan yang memang orang Penang sejati, Laksa Teochew Chendul ini juga sangat sedap tapi kami tak mencubanya. |
|
Suasana di dalam restoran Teochew Chendul |
|
Kalau terus duduk order chendul dari dalam gerai ini sendiri pun boleh sebenarnya. |
|
Teochew Chendul |
|
Pemandangan sebelum meninggalkan Teochew Chendul |
Part 27: Dinner Di Padang Kota
Dari Teochew Chendul, kami menaiki Grab lagi ke Padang Kota untuk dinner pulak. Hasrat di hati nak makan di restoran yang sama di sana sewaktu lawatan kami ke Penang pada tahun 2018 dulu.
|
Naik Grab ke Padang Kota |
|
Mahkamah |
|
Dewan Sri Pinang |
Kami cuma mengiyakan bila pemandu Grab bertanya sama ada kami nak pergi ke Food Court di Padang Kota Lama. Ingatkan itu adalah tempat yang pernah kami pergi dulu. Rupa-rupanya salah tempat...
|
Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama |
|
Aiseyy... silap tempat! |
Food Court yang ingin kami kunjungi sebenarnya berada di seberang sana dari situ. Maka berjalanlah kami merentas Padang Kota menuju ke sana.
|
Berjalan kaki balik ke hotel |
|
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang |
|
Queen Victoria Diamond Jubilee Clocktower yang dibina untuk meraikan Jubli Intan pemerintahan Ratu Inggeris, Queen Victoria. |
|
Bangunan Hotel Royale Chulan juga sebenarnya sebiji macam senibina bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ini |
|
Lorong pejalan kaki menuju ke Hotel Royale Chulan |
|
Tiba di Royale Chulan Hotel |
|
Selamat Malam, Pulau Pinang |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN PERLIS & PENANG (2022):
No comments:
New comments are not allowed.