Thursday, 14 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 06 (Agrovet 1)

Mac 2022

PERLIS & PENANG
Kangar & George Town

Bahagian 6: Perlis 5
TAMAN AGROVET PERLIS (1)

HARI KEDUA (3)

Part 15: Meninggalkan Gua Kelam

Walau tak masuk ke Gua Kelam 2, kami tetap nak tengok pintu masuk ke gua ini sebelum pergi. Jadi kami terus saja ke sana. Pintu masuk ke Gua Kelam 2 terletak lebih ke hadapan dari pintu masuk ke Gua Kelam 1.

Pintu masuk ke Gua Kelam 2 terletak di belakang bangunan ini
Gambaran Gua Kelam 2
Atas faktor keselamatan, kami diberitahu oleh petugas di kaunter tiket yang tempahan awal perlu dibuat untuk masuk ke Gua Kelam 2. Lawatan juga perlu dibuat secara berkumpulan sekurang-kurangnya 10 orang. Mungkin disebabkan tak ada sesiapa membuat tempahan untuk masuk ke Gua Kelam 2 hari ini, tak ada petugas menunggu di sini ketika itu. Topi-topi keselamatan untuk pelawat ke Gua Kelam 2 dapat dilihat tersedia di atas kaunter.

Kaunter pendaftaran untuk masuk ke Gua Kelam 2
Pintu masuk ke Gua Kelam 2 yang ditutup pada hari ini
Disebabkan kita tak boleh masuk ke Gua Kelam 2, kita tengok sajalah pemandangan dari deck pemerhatian berhampiran. Pemandangan Banjaran Nakawan dan jambatan masuk ke Gua Kelam 2 dapat dilihat dengan jelas.

Deck Pemerhatian
Pemandangan dari Deck Pemerhatian
Banjaran Nakawan
Jambatan masuk ke Gua Kelam 2
Di sini juga ada Galeri Gua Kelam di mana pengunjung boleh menyaksikan pemandangan di dalam kedua-dua Gua Kelam 1 & 2 secara virtual reality. Malangnya galeri ini juga tidak dibuka hari ini. Mungkin ia masih belum beroperasi semula selepas ditutup semasa PKP dulu.

Galeri Gua Kelam
Pintu masuk ke Galeri Gua Kelam
Dah puas melawat, barulah kami kembali ke tempat parking kenderaan untuk menunggu teksi Encik Saadon datang menjemput kami ke destinasi yang seterusnya. Disebabkan cuaca yang sangat panas, kita minum-minum dulu di sebuah gerai yang ada di sini sambil menunggu ketibaan Encik Saadon.

 Gerai di tempat parking kenderaan Gua Kelam
Berbagai makanan ringan dan minuman dijual di sini
Minum Air Asam Boi untuk menghilangkan dahaga
Ada beberapa buah gerai yang menjual makanan dan minuman di sini. Kami perhatikan kesemua gerai juga ada menjual patung-patung harimau yang semacam hidup. Kami diberitahu patung-patung harimau ini digunakan untuk menakutkan monyet terutama di ladang. Monyet takut kepada harimau. Oleh itu patung-patung ini akan diletakkan di ladang untuk memberi gambaran kepada monyet yang ada harimau di situ. Untuk perlindungan maksima, patung-patung ini juga perlu sentiasa diubah kedudukan supaya kelihatan 'hidup' kepada monyet-monyet.

Patung harimau yang digunakan untuk menakutkan monyet
Harimau ini juga mematuhi SOP dengan memakai mask

Part 16: Menuju ke Padang Besar

Perjalanan kami seterusnya adalah menuju ke Padang Besar yang terletak betul-betul di sempadan Malaysia - Thailand dan tidak begitu jauh dari Gua Kelam sebenarnya. Dalam perjalanan ke sana kami dapat melihat sebahagian kampus Universiti Malaysia Perlis (UMP). Kata Encik Saadon, kampus universiti ini bertaburan di seluruh negeri Perlis. Kerana itulah penduduk negeri Perlis gemar melawak mengatakan UMP bermaksud Universiti Merata Perlis.

Kampus Universiti Malaysia Perlis
Dalam perjalanan menuju ke Padang Besar juga ada sekatan pemeriksaan Polis. Kata Encik Saadon semenjak sempadan Malaysia - Thailand ditutup disebabkan Covid-19, cuma kenderaan tertentu sahaja diwajibkan untuk berhenti di sini. Kalau tidak, semua kenderaan yang lalu terutamanya dari arah Thailand perlu berhenti untuk pemeriksaan. Kata Encik Saadon lagi berdasarkan pengalaman beliau, walaupun penduduk Malaysia dan selatan Thailand umumnya tak dapat dibezakan dari segi paras rupa oleh orang biasa, polis-polis yang bertugas sempadan tetap dapat membezakan mereka. 

Pemeriksaan Polis Sempadan

Part 17: Taman Agrovet Perlis 1

Sebelum sampai ke Padang Besar, kami melalui sebuah kawasan padang rumput besar yang pemandangannya saling tak tumpah seperti ladang di New Zealand dulu. Cuma bezanya kalau di New Zealand dulu padang rumput sebegini penuh dengan lembu, padang rumput di Perlis ini pula penuh dengan rusa. Kata Encik Saadon, kawasan ini adalah Taman Agrovet Perlis yang boleh dilawati. Terus saja kami setuju dengan cadangan Encik Saadon untuk singgah melawat di sini dulu sebelum ke Padang Besar.

Padang rumput yang seperti ladang ternakan di New Zealand
Taman Agrovet Perlis
Pintu masuk ke Taman Agrovet Perlis
Taman Agrovet Perlis di bawah kendalian Jabatan Veterinar Perlis ini boleh dilawati dengan percuma. Tak ada tiket masuk dikenakan. Pelawat cuma diminta membuat pendaftaran sahaja untuk melawat masuk ke dalam.

Peta Taman Agrovet Perlis
Pendaftaran untuk masuk melawat ke Taman Agrovet Perlis
Suasana di dalam Taman Agrovet Perlis
Excited nampak kuda kat sana...
Kawasan untuk berehat
Walaupun tiada tiket dikenakan untuk masuk melawat, kita boleh membuat sumbangan dengan membeli makanan untuk diberi kepada haiwan-haiwan di sini. Ada 3 jenis makanan disediakan: Daun Napier, Carrot dan Sayur Kangkung. Nasihat Myself jika anda datang melawat ke Taman Agrovet ialah belilah banyak-banyak makanan yang dijual untuk diberi kepada binatang di sini. Makanan hanya dijual dekat pintu masuk dan ada banyak binatang ternakan di sini. Taman Agrovet juga sangat luas. Memang kesian bila binatang-binatang ini datang dekat-dekat kita mengharap nak mendapat makanan dan kita tak ada apa nak diberi kepada mereka.

Jualan makanan untuk haiwan
Carrot, Sayur Kangkung dan Daun Napier untuk diberi kepada haiwan ternakan
Menyesal kerana beli makanan hanya sebanyak ini ketika itu... Memang tak cukup untuk diberi kepada haiwan-haiwan yang kita jumpa.
Haiwan pertama yang kita jumpa ketika itu adalah Kuda Padi (Pony). Kebetulan kami datang ke Taman Agrovet Perlis pada waktu tengahari. Haiwan-haiwan di taman ini memang tengah lapar kerana dah masuk waktu lunch. Jadi kedatangan kita memang bagaikan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan oleh haiwan-haiwan di sana.

Kuda Padi
Bagi Daun Napier kepada Kuda Padi. 
Pertama kali kita kenal Daun Napier ini adalah sewaktu melawat ke Buffalo Park di Langkawi dulu.
Walaupun ada palet makanan yang disediakan oleh Jabatan Veterinar Perlis, Kuda Padi ini tetap memilih nak makan Daun Napier
Lahap Kuda Padi ini makan Daun Napier
Kalau tak pegang Daun Napier kuat-kuat, dengan tangan kita sekali macam nak dimakan dek kuda-kuda ini
Menikmati lunch Daun Napier
Tunggu orang lain pulak datang bagi makan...
Kemudian kita lalu dekat tepi kandang rusa. Walaupun keluarganya sedang bermalas-malas duduk-duduk berehat dalam kandang, datang seekor Anak Rusa Nani berlari-lari datang kepada kita nak minta makanan...

Kandang Rusa
Anak Rusa Nani yang berlari-lari nak minta makanan kat kita...
Comel anak rusa ini...
Suka betul Anak Rusa Nani ini dapat makan Kangkung
Bagi makan kepada Anak Rusa Nani
Sebelah kandang rusa ini ada pulak kandang Burung Merak. Merak ini tak minta makanan pada kita tapi bila dia sedar yang dia sedang diperhatikan, terus dia kembangkan ekor untuk menunjuk-nunjuk kecantikannya kat kita.

Matlamat kami sebenar adalah nak melihat padang ragut yang penuh dengan rusa yang kami lihat dari tepi jalan tadi. Untuk ke sana, kita melintas kandang keluarga Anak Rusa Nani yang datang meminta makanan kat kita tadi. Ada ramai ahli keluarga Anak Rusa Nani ini rupanya...

Keluarga Anak Rusa Nani sedang berehat dalam kandang
Emak Anak Rusa Nani
Bapak Anak Rusa Nani
Tada... Sampai kita ke padang ragut yang sangat luas itu. Di penghujung padang ragut ada disediakan sebuah platform pemerhatian untuk melihat rusa-rusa yang begitu banyak diternak di Taman Agrovet ini. Tak salah kalau dikatakan Rusa adalah Star Attraction di Taman Agrovet Perlis.

Platform Pemerhatian di tepi Padang Ragut
Pemandangan keseluruhan Padang Ragut
Pemandangan ke sebelah sana pulak Taman Agrovet Perlis. Kandang yang kelihatan dekat dengan kita itu adalah kediaman keluarga Anak Rusa Nani.
Waktu itu remang tengahari dan matahari memang tengah memancar terik. Jadi rusa-rusa yang menghuni padang ragut duduk berehat di bawah pokok yang rendang. Pemandangan ini juga benar-benar mengingatkan kami kepada pemandangan padang ragut yang kami lihat di New Zealand dulu. Ketika matahari memancar terik di New Zealand juga, lembu-lembu ternakan akan berkumpul berteduh di bawah pokok-pokok rendang seperti yang dibuat oleh rusa-rusa ini.

Lepas dah puas melihat rusa di Padang Ragut, kita kembali ke tengah Taman Agrovet untuk melihat binatang lain di sana. Ada seekor kuda besar yang kita jumpa. Nampak gayanya ia sedang diasingkan untuk diberi rawatan. Kita juga tak boleh nak memberi makan kepada kuda besar ini kerana kandangnya terasing jauh ke tengah dari pagar.

Kuda Besar
Kami rasa kuda besar ini sedang diasingkan untuk diberi rawatan
Wajah kuda besar yang handsome dari dekat
Kemudian kami bertemu dengan seekor lagi Kuda Padi. Terkejar-kejar dia datang mendapatkan kami nak meminta makanan. Mujurlah kita masih ada bekalan carrot nak diberi kepada Kuda Padi ini. Tapi kesian... bungkusan carrot itu kecik sangat. Tak puas Kuda Padi ini makan. Harap-harap adalah orang lain lalu kat sini untuk beri makanan lain kepada Kuda Padi ini. Kalau tidak, makan sajalah palet makanan yang disediakan oleh Jabatan Veterinar itu.

Seekor lagi Kuda Padi yang minta makanan pada kami
Nasib baik masih ada carrot untuk diberi kepada Kuda Padi
Kesian... sikit sangat carrot yang dapat diberi kepada Kuda Padi ini
Pedati kuda lama yang dijadikan hiasan


 Bersambung ke Bahagian 7...


No comments: