Mac 2022
PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town
Bahagian 5: Perlis 4
GUA KELAM (2)
HARI KEDUA (2)
Part 13: Gua Kelam (2)
Gua Kelam adalah antara destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Perlis. Bagi kami berdua, tempat ini sangat menarik untuk dilawati. Di depan pintu masuk ke dalam gua ada info menarik tentang negeri Perlis. Disebabkan kita jarang sampai ke negeri Perlis, mari kita baca dulu info yang ada di sana.
|
Banyak info di sana |
|
Peta Negeri Perlis |
|
Geotapak Gua Kelam |
|
Kaunter tiket di depan pintu masuk ke gua tetapi ia ditutup hari ini. Kena beli tiket di kaunter depan tadi. |
|
Maklumat tiket masuk ke Gua Kelam |
|
Jom jalan masuk ke sana... |
|
Pintu gua |
|
Posing dulu kat depan pintu gua |
|
Arahan untuk pengunjung |
|
Tempat rehat di pintu gua |
Satu masa dahulu, Gua Kelam terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah yang menghasilkan bijih bermutu tinggi. Gua ini juga pernah menjadi jalan penghubung penduduk Wang Kelian (kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran bandar Satun, Thailand) dengan pekan Kaki Bukit.
|
Gua Kelam |
|
Laluan pejalan kaki dari kayu yang dibina untuk kemudahan meneroka Gua Kelam |
|
Pemandangan ke dalam Gua Kelam |
|
Baru berjalan 20 meter sampai sini |
Tak sukar nak meneroka Gua Kelam kerana di dalam gua ini terdapat laluan pejalan kaki yang dibina dari kayu sepanjang 370 meter. Selepas melawat ke Gua Niah di Sarawak yang mencabar bulan lepas, terasa berjalan meneroka Gua Kelam ini sangat mudah. Sap sap sui, je! Walaupun bernama Gua Kelam, ia tidaklah kelam sangat di dalamnya kerana dipasang dengan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Gua Niah di Sarawak jauh lebih kelam dari Gua Kelam.
Sewaktu melawat ke gua, kami dapat melihat kelawar yang tidur bergantungan pada dinding gua. Hairan juga sebab kelawar ini tidur cukup tenang, macam tak terganggu pun dengan sinaran lampu neon merah dalam ruang gua di mana mereka sedang tidur.
|
Di ruang inilah kami melihat kelawar yang sedang tidur bergantungan |
|
Susah nak menangkap gambar kelawar yang bergantungan ini |
|
Kelawar yang tidur melekat pada dinding gua |
|
Satu lagi percubaan nak menangkap gambar kelawar |
|
Meninggalkan Sang Kelawar |
Lampu-lampu neon cantik yang dipasang di dalam gua ini juga mengingatkan kami kepada pengalaman melawat Silver Cave di Guilin, China dulu. Cuma Gua Kelam ini jauh lebih kecil dari Silver Cave.
Suatu yang unik tentang Gua Kelam ini juga ialah laluan pejalan kaki ini dibina di atas sebatang anak sungai yang mengalir di dalam gua ini menuju ke Sungai Perlis. Macam Sungai Waitomo di Glow Worm Cave di New Zealand dulu. Bayangkan saja yang lampu neon biru pada dinding gua sebagai sinaran semulajadi yang dikeluarkan oleh Glow Worm!
Bunyi deruan air anak sungai ini mungkin mendamaikan atau menyeramkan bagi sesetengah orang. Bagi Myself, ia menimbulkan suasana yang unik sewaktu meneroka ke dalam gua ini.
Laluan kayu pejalan kaki di dalam gua ini dibina tergantung dan dilekatkan kepada dinding gua. Walaupun binaannya kukuh, ia tetap bergoyang-goyang bila orang lalu di atasnya. Ada kalanya timbul rasa suspen juga takut jambatan runtuh dan kita terjatuh ke dalam sungai di dalam gua.
|
Pemandangan sungai dalam gua |
|
Ada beberapa platform sisi yang dibina pada pejalan kaki ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan sekitar dengan tidak mengganggu laluan orang lain. |
|
Pemandangan yang mengkagumkan di dalam gua |
|
Syukurlah ada ramai juga pengunjung di dalam gua hari ini. Seram juga rasanya kalau cuma kami berdua saja yang ada di sini. |
|
Aktiviti popular di Gua Kelam ~ posing-posing dalam gua. |
|
Jom jalan lagi ke depan... |
Di satu lokasi di dalam gua kita dapat melihat formasi empangan batuan semulajadi yang dinamakan sebagai Gour Pools. Ia kelihatan seperti Cotton Castle yang terkenal di Pamukkale, Turki. Kami belum pernah sampai ke Pamukkale lagi. Melihat Gour Pools ini mungkin satu petanda yang kami akan sampai ke Pamukkale tak lama lagi! Hahaha!
|
Gour Pools |
|
Tak sangka kat Perlis pun ada Mini Cotton Castle macam kat Pamukkale di Turkey |
|
Keterangan tentang Gour Pools |
|
Membaca keterangan tentang Gour Pools |
Gua Kelam dinamakan sedemikian sempena keadaan dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Mengikut fakta sejarah pula, nama Gua Kelam diberikan oleh pelombong-pelombong bijih timah yang bekerja di gua ini dulu.
Walaupun aktiviti perlombongan bijih timah pernah dijalankan di sini, kesan-kesan perlombongan tidak dapat dilihat di Gua Kelam 1 ini. Kalau nak tengok kesan sejarah perlombongan ini kenalah melawat Gua Kelam 2 yang lebih mencabar di sebelah.
|
Pemandangan di dalam gua |
|
Platform Gour Pools |
|
Pemandangan Gour Pools dari belakang |
|
Pintu di penghujung gua yang terletak tidak begitu jauh dari Gour Pools |
|
Sungai di dalam gua |
|
Posing sebelum keluar dari gua |
|
Suasana di luar pintu gua |
|
Posing selepas keluar gua |
|
Cave of Darkness |
Part 14: Secret Garden @ Gua Kelam
Selepas meneroka ke dalam Gua Kelam 1, kami tiba di pintu gua di seberang bukit. Di sini ada Secret Garden dengan pemandangan sungai dan juga pokok-pokok menghijau yang menarik. Udaranya juga sangat nyaman.
|
Pintu keluar dari Gua Kelam 1 |
|
Ucapan tahniah selepas meneroka gua |
|
Secret Garden di penghujung gua |
Tiba di Secret Garden di penghujung sebelah sana Gua Kelam memang bagaikan kita tiba di sebuah dunia yang lain. Taman ini yang terletak di sebalik bukit memang menyegarkan tanpa sebarang bentuk pencemaran kerana ia benar-benar secluded dari jalan raya dan aktiviti pembangunan.
|
Peta aktiviti di sebalik Gua Kelam 1 |
|
Selamat keluar dari gua... |
|
Tamat lawatan ke Gua Kelam |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN PERLIS & PENANG (2022):
No comments:
New comments are not allowed.