Saturday, 16 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 07 (Agrovet 2)

Mac 2022

PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town

Bahagian 7: Perlis 6
TAMAN AGROVET PERLIS (2)

HARI KEDUA (4)

Part 18: Taman Agrovet Perlis 2

Kami bercadang nak melihat haiwan di Padang Ragut dengan lebih dekat. Walaupun cuaca sangat panas dengan mentari tegak di atas kepala, kami terus berjalan di lorong menuju ke kawasan Padang Ragut.

Lorong menuju ke Padang Ragut
Sesuatu yang menarik di lorong menuju ke Padang Ragut ini ialah di sini ada pokok-pokok kekabu. Banyak kekabu yang jatuh dari buah kekabu yang dah ranum bertaburan di atas jalan. Bayangkanlah saja yang kekabu ini macam salji putih yang turun dari langit. Hahaha! Barulah feeling-feeling macam berjalan kat ladang di oversea.

Bayangkan kekabu yang bertaburan di atas jalan ini macam salji yang turun dari langit.
Pokok-pokok kekabu
Buah-buah kekabu
Bila tengok pokok kekabu ini teringat kenangan masa kecil-kecil dulu. Kadang-kadang bila balik ke kampung, kita selalu juga mengikut Emak dan Opah mengutip kekabu ini untuk dijadikan bantal. Pada zaman itu tak ada orang menjual bantal secara komersial macam zaman sekarang. Kalau nak bantal baru, jahitlah sendiri sarung bantal dan isikan dengan kekabu yang pokoknya banyak tumbuh meliar di kampung itu.

Buah kekabu yang belum masak
Kekabu dari buah yang pecah dan bertaburan di atas tanah
Pemandangan Padang Ragut
Pokok yang rendang di tengah Padang Ragut
Kincir Angin Belanda di tengah Padang Ragut
Posing di tengah jalan yang penuh dengan kekabu
Haiwan pertama yang kami temui di kawasan Padang Ragut ini ialah sekumpulan kerbau yang sedang berkubang dalam lumpur. Sewaktu melawat ke Buffalo Park di Langkawi dulu, kami pernah diberitahu yang berkubang dalam lumpur adalah cara untuk kerbau menjaga kecantikan diri. Beginilah cara mereka 'mandi lulur' untuk membunuh kutu dan haiwan parasit pada kulit. Kerbau sangat cerewet menjaga kecantikan dan mempunyai jadual waktu tersendiri tentang masa untuk berkubang. Kalau jadual ini tak dapat diikuti, mereka akan menjadi resah dan gelisah.

Kerbau di padang ragut
Berkubang di dalam lumpur
Berkubang di dalam lumpur adalah cara kerbau untuk menjaga kecantikan dengan membunuh kutu dan parasit pada kulit mereka.
Di kejauhan sana pula, jelas kelihatan kumpulan rusa yang sedang berteduh di bawah pohon rendang tadi.

Rusa yang berteduh di bawah pohon rendang
Close-up sikit
Pemandangan yang mengkagumkan tentang rusa-rusa ini ialah tanduk rusa jantan yang sangat besar dan jelas kelihatan dari jauh. Tanduk-tanduk rusa bukan sekadar perhiasan untuk rusa jantan memikat rusa betina. Malah ia juga adalah senjata merbahaya yang boleh menakutkan dan membunuh haiwan lain. Rusa yang berebut kawasan dan pasangan juga sering bergaduh menanduk satu sama lain sehingga membawa maut.

Padang ragut ini juga dihuni oleh sekumpulan lembu. Lembu-lembunya gemuk dan cantik seperti lembu yang kami lihat di New Zealand dulu. Ada di antara lembu di sini yang dipasang dengan loceng pada tengkuk mereka seperti lembu-lembu di Switzerland. Loceng-loceng ini mengeluarkan bunyi yang merdu bila lembu bergerak di tengah padang rumput. 

Lembu
Jarang agaknya pengunjung Taman Agrovet berjalan sampai ke sini macam kami. Makanya semua lembu memandang kami dengan curiga bila kita datang dekat-dekat. Mujurlah ada pagar yang memisahkan antara kita dengan lembu-lembu ini. Kalau tidak, mungkin kami akan dikejar dan ditanduk lembu-lembu ini. Dahlah Husband pakai baju berwarna merah menyala hari ini!

Lepas melihat lembu, kami berpatah balik menuju ke kawasan utama Taman Agrovet. Pemandangan buah-buah kekabu yang pecah dan masak ranum pada pokok lebih jelas kelihatan dalam perjalanan pulang ini.

Berpatah balik ke kawasan utama Taman Agrovet
Banyak buah kekabu masak pada pokok ini
Buah kekabu yang masak
Buah kekabu yang belum masak
Bila dilihat dekat-dekat barulah kami perasan yang batang pokok kekabu sebenarnya berduri. Teringat Pokok Nibong yang kami lihat di Taman Negara Bako di Sarawak hari itu. Kami diberitahu duri Pokok Nibong digunakan oleh masyarakat Iban tradisional untuk mencacah tatoo pada badan. Duri pada pokok kekabu ini ada tak kegunaan seperti itu?

Batang Pokok Kekabu yang berduri
Pemandangan lebih dekat duri pada Pokok Kekabu
Tiba kembali ke kawasan utama Taman Agrovet, kami terus melawat ke Kandang Kuda. Kuda-kuda ini memandang kami dengan penuh harapan nak meminta makanan. Malangnya kami dah tak ada makanan nak diberi kepada mereka. Kalau nak pergi beli Daun Napier lagi, jauh sangat kena berjalan sampai ke depan sana.

Kandang Kuda
Kuda-kuda yang cantik
Memandang penuh harapan nak mendapat makanan
Kuda-kuda di dalam kandang
Seriously, pemandangan di Taman Agrovet Perlis ini memang mengingatkan kami kepada Agrodome yang pernah kami lawat di Rotorua, New Zealand dulu. Kalau anda teringin nak melawat ke New Zealand tetapi belum berkemampuan, datanglah ke Taman Agrovet Perlis ini.

Pemandangan yang seperti di Agrodome yang pernah kami lawat di Rotorua, New Zealand.
Selepas itu kita melawat pula ke Kandang Itik dan rakan-rakan yang berhampiran.

Kandang Itik dan Rakan-rakan
Angsa
Itik dan Angsa
Keterangan tentang Itik
Berenang dalam kolam
Seronok berenang sampai tak ingat dunia
Ayam pun ada di sini
Ayam Belanda
Keterangan tentang Itik dan Ayam Belanda
Traktor untuk membawa pengunjung bersiar-siar di Taman Agrovet. Tapi tak beroperasi ketika itu.
Buaian untuk duduk berehat
Satu haiwan lain yang juga menjadi Star Attraction di Taman Agrovet Perlis di samping rusa adalah Burung Unta (Ostrich). Kandang Burung Unta terletak di sebelah sana taman. Jom kita pergi ke sana pulak...

Kandang Burung Unta terletak di sebelah sana...
Burung Merpati
Jinak-jinak Merpati
Rumah Burung Merpati
Selain Burung Unta ada juga kandang binatang-binatang lain di sini. Kawasan sebelah sini juga sangat popular dengan kanak-kanak.

Taman Agrovet Perlis bermula sebagai Ladang Ostrich Batu 20. Ketika itu hanya burung-burung Ostrich dipelihara di sini. Taman ini dikembangkan menjadi Taman Agrovet Perlis pada tahun 2020 dan haiwan-haiwan lain turut dipelihara sebagai pendidikan pertanian kepada orang awam. Bagi Myself konsep ini sangat berjaya kerana taman ini sangat menarik untuk dilawati oleh semua peringkat umur.

Burung Unta (Ostrich)
Sedang makan rumput
Berehat dalam kandang
Makan-makan dulu...
Memberi makan Ostrich
Bandingkan saiz Ostrich ini dengan orang dewasa di sebelahnya
Sebelah kandang Ostrich ada kandang kambing. Tapi kambing-kambing ini pemalu, cuma menyorok dalam rumah mereka.

Kandang Kambing di sebelah kandang Ostrich
Kambing-kambing yang pemalu menyorok dalam kandang
Cakkk !!!
Kawasan rehat di sebelah kandang Kambing
Dan di penghujung sekali di sebelah sana Taman Agrovet Perlis, ada sebuah lagi kandang Rusa.

Kandang Rusa
Sekeluarga Rusa lagi di sana
Secara keseluruhannya, Taman Agrovet Perlis memang seronok untuk dilawati terutama bagi keluarga dengan kanak-kanak. Haiwan-haiwan di sini juga mesra dan secara relatif mudah untuk didekati. Jangan lepaskan peluang untuk melawat ke sini jika anda berpeluang berkunjung ke negeri Perlis.

Ada banyak kereta kuda di sini.
Sebuah lagi kereta kuda
Ada sejarah Taman Agrovet Perlis pada kereta kuda ini
Sejarah penubuhan Taman Agrovet


   Bersambung ke Bahagian 8...


No comments: