Wednesday, 20 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 09 (Timah Tasoh)

Mac 2022

PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town

Bahagian 9: Perlis 8
DATARAN EMPANGAN TIMAH TASOH & BANDAR KANGAR

HARI KEDUA (6)

Part 20: Dataran Empangan Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh adalah sebuah tasik yang besar dan ada banyak spot persinggahan untuk menikmati keindahan tasik ini. Pemandu teksi kami, Encik Saadon membawa kami menikmati keindahan tasik ini di Dataran Empangan Timah Tasoh.

Patung-patung dinosaur di pintu masuk ke Dataran Empangan Tasik Timah Tasoh
Dataran Empangan Tasik Timah Tasoh ini juga mempunyai sebuah hotel yang bernama Tasoh Lake Resort & Retreat. Disebabkan ketika itu sempadan negara masih belum dibuka, ia kelihatan sunyi dan sepi. Dari maklumat yang Myself baca, sebelum PKP dulu, ramai pelancong tempatan dan asing akan singgah di resort ini terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand. Resort ini juga sangat popular dengan aktiviti Team Building.

Tasoh Lake Resort & Retreat
Chalet di Tasoh Lake Resort & Retreat
Khemah untuk saringan masuk ke Tasik Timah Tasoh
Pemandangan di sini cukup indah dengan berlatar belakangkan Banjaran Nakawan dan Bukit Cabang. Suasana di sini bolehlah dikatakan setanding dengan pemandangan di Guilin, China yang pernah kami lawati dulu.

Satu perkara lagi yang akan membuatkan pengunjung merasa excited ialah bila melihat bunga-bunga tulip palsu yang disusun cantik bagai bunga tulip yang sedang berkembangan di negara Turki atau Netherlands sana. Tak dapat nak ke Turki atau Netherlands, datang sajalah ke tepi Tasik Timah Tasoh ini untuk melihat bunga-bunga tulip.

Bunga-bunga Tulip di Tasik Timah Tasoh
Bagai bunga Tulip yang sedang berkembangan di negara Belanda sana
Tulip yang berwarna-warni
Close-up
Tulip yang berbagai warna
Keretapi Kanak-Kanak untuk bersiar-siar di tepi tasik
Berehat sambil menikmati keindahan bunga-bunga tulip
Tasik Timah Tasoh pada asalnya adalah pertemuan antara dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Dasarnya sebelum itu adalah sebuah perkampungan yang terpaksa ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan ini. Turut ditenggelamkan bersama kampung tersebut pada masa itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan.

Kampung berkenaan terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian. Ia juga menjadi keperluan untuk pengairan sawah bagi penanaman padi dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.


Di tepi tasik ini juga ada banyak gerai menjual makanan dan cenderamata. 

Tasik Timah Tasoh ini juga menjadi tumpuan pengunjung yang gemar bergambar. Banyak port bergambar yang cantik disediakan di sekitar tasik untuk mengabadikan memori indah. Daripada props yang besar sehinggalah props yang kecil, semuanya disediakan untuk para pengunjung.

Tengah seronok menikmati keindahan dan suasana kedamaian di Tasik Timah Tasoh, terasa pulak rintik-rintik hujan. Di sebalik bukit di seberang tasik sana, mungkin di kawasan Thailand, dah nampak hujan lebat turun. Kita pun panik sekejap sebab kalau hujan lebat turun, memang tak ada tempat nak berlindung di sini. 

Banjaran Nakawan
Bukit Cabang
Hujan lebat di sebelah negara Thailand
Bunga-bunga liar
Senam-senam Petang
Hujan rintik dah mula turun
Disebabkan bimbang terperangkap dalam hujan, kami membuat keputusan untuk meninggalkan Tasik Timah Tasoh. Sambil berjalan menuju ke tempat menunggu Encik Saadon untuk pick-up kami, kita tumpang gembira melihat pengunjung-pengunjung berbasikal di sekitar tasik. Dari gaya dan percakapan mereka, sebahagian besar mereka adalah orang Indonesia yang elite. Hairan juga bagaimana mereka ada di sini sebab sempadan negara masih belum dibuka. Teringat pulak, mungkin mereka adalah expatriate yang memang bekerja di Malaysia ataupun mereka adalah keluarga kepada penuntut Universiti Malaysia Perlis. Maklumlah kerana ketika itu pusat pengajian tinggi sedang menerima kembali penuntut-penuntut mereka selepas melaksanakan kelas online untuk sekian lama. Mungkin mereka mengambil kesempatan bercuti di sini sambil menghantar anak-anak mereka mendaftar kembali ke universiti.

Seronok berbasikal di Tasik Timah Tasoh
Berbasikal sekeluarga
Teksi yang membawa kami bersiar-siar di Perlis

Part 21: Kangar Street Art

Sekembali ke bandar Kangar, kami terus balik ke hotel untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.

Kembali ke bandar Kangar
Perlis Go Digital
Bandar Kangar
Selepas bersolat, kami keluar lagi ke bandar Kangar. Destinasi kami kali ini ialah Kangar Street Art yang terletak di lorong belakang Bank CIMB. Semua mural itu dihasilkan lebih 30 pelajar pendidikan seni visual sekolah menengah dari seluruh negara menerusi program 'Kangar Street Art'. Ia diadakan sempena Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan 2016.

Kangar Street Art
Pelbagai keunikan Perlis digambarkan menerusi lebih 80 mural yang menghiasi dinding bangunan usang di tengah bandar di belakang Bank CIMB ini. Hanya dengan menikmati lukisan pada mural-mural ini, pengunjung dapat lebih memahami keunikan dan keistimewaan negeri Perlis.

Menurut sejarahnya Kangar telah berusia lebih 360 tahun sekarang. Penempatan asal Kangar telah dibuka pada tahun 1653 oleh Tok Paduka yang merupakan Orang Besar pada zaman pemerintahan Kesultanan Kedah iaitu Sultan Muhyiddin Mansur Shah (1652 – 1661).  Pada ketika itu, terdapat pohon Kangar di Sungai Perlis yang sekaligus menamakan tempat itu sebagai Pelabuhan Pohon Kangar. Pelabuhan ini menjadi tempat berlabuhnya tongkang besar dan perahu kecil untuk tujuan perdagangan. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Pekan Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis. Kangar kini telah menjadi ibu negeri Perlis yang pesat membangun.

Nostalgia sungguh perasaan kita bila melihat lukisan Kassim Book Store di sini. Kedai buku milik India Muslim seperti ini bukan saja terdapat di Kangar pada masa dahulu, malah seluruh negara Malaysia. Majalah-majalah yang dilukis bergantungan di depan kedai juga adalah majalah-majalah yang biasa kita baca pada masa dahulu. Malangnya dengan kewujudan internet dan e-book sekarang, kedai buku seperti ini hanya tinggal menjadi memori.

Kedai buku yang merupakan pemandangan tipikal di bandar-bandar Malaysia pada satu masa dulu.
Seronok tengok lukisan majalah-majalah popular yang selalu kita baca zaman dulu-dulu.
Antara tugasan wajib kita masa kecil-kecil dulu adalah menunggu pekerja kedai buku menghantar suratkhabar ke rumah pada setiap pagi dengan basikal seperti ini.
Ada kerja renovation tengah dibuat di kedai sebelah lukisan Gua Kelam ini sehingga menyebabkan guni-guni bahan binaan ini nampak macam guni berisi guano pulak.
Lukisan-lukisan di sini 3D dan memang kelihatan hidup. Tabik spring kita kepada pelukis-pelukis yang telah menjayakan mural ini.

Di sebelah lorong Kangar Street Art ini, ada sebuah bangunan yang mempunyai mural yang masih belum disiapkan. Kita lawat ke situ pulak untuk ambil feeling bagaimana mural-mural yang hebat ini dibuat...

Macam betul-betul ada Kolam Ikan Koi kat tepi jalan ini.
Mural yang masih dalam proses penyiapan.

Part 22: Dinner Di KFC

Lepas dah puas melawat Kangar Street Art, kami singgah dinner di Restoran KFC berhampiran. Walau berada jauh di penghujung utara tanah air, jangan ingat Kangar jauh ketinggalan dari segala-galanya... Nak makan KFC kat sini, kena order pakai mesin juga tau!

Kentucky Fried Chicken
Mesin untuk order makanan di KFC Kangar. KFC dekat rumah kami di KL pun tak ada mesin macam ini.
Lepas dah order kat mesin, tunggu nombor giliran kita dipanggil untuk pick-up makanan.
Dinner
KFC Kangar malam itu agak bingit dengan kehadiran sekumpulan remaja wanita yang dari percakapan mereka, kami menjangka berasal dari Indonesia. Mungkin mereka adalah pelajar di UMP yang baru mendaftar masuk ke kampus di Kangar. Apa yang menarik perhatian kami ialah mereka dah pandai menggunakan perkataan "jom" bila mengajak rakan mereka ke mana-mana.

Suasana di dalam Restoran KFC
Berjalan pulang ke hotel


 Bersambung ke Bahagian 10...



No comments: