Thursday, 28 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 13 (Butterworth - KL)

Mac 2022

PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town

Bahagian 13: Pulang
BUTTERWORTH - KL SENTRAL

Part 31: Perjalanan Ke Butterworth

Sebaik kami sampai kembali ke Royale Chulan Hotel, kami terus ke kaunter pendaftaran untuk meminta extension check-out sampai pukul 4 petang untuk kemudahan nak bersolat dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kalau minta extension lama sampai begini memanglah ada caj yang akan dikenakan.

Pemandangan di kawasan sekitar Hotel Royale Chulan
Bangunan-bangunan antik di sekitar hotel
Mini Public Library di tepi jalan
Farmasi
Bermula pukul 12 tengahari sehingga 4 petang, Myself cuma menghadiri event ofis yang diadakan di Royale Chulan Hotel. Sambil Myself bertugas, Husband mengambil kesempatan melawat Wonderfood Museum yang terletak berhampiran dengan hotel. Kata Husband, muzium makanan ini sangat bagus dan menarik untuk dilawat. Kalau nak tahu apa yang ada di dalam muzium ini, baca nanti kat blog Husband: Agar Aku Tidak Lupa.

Wonderfood Museum
Suasana di dalam Wonderfood Museum
Wonderfood Museum adalah sebuah muzium mengenai makanan
Segala-gala tentang makanan diceritakan di dalam Wonderfood Museum
Selepas event ofis selesai pada pukul 4 petang, Myself dan Husband bergerak menuju ke Stesen Keretapi Butterworth untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki Grab.

Pemandangan akhir dari bilik penginapan kami di Hotel Royale Chulan Penang
Butterworth menggamit di seberang Selat Pinang
Naik Grab ke Stesen KTMB Butterworth
Bergerak menuju ke Butterworth
Jumpa lagi, Pulau Pinang
Menuju ke Jambatan Pulau Pinang
Kami sepatutnya balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines. Tapi disebabkan MAS membuat pertukaran waktu penerbangan yang lebih awal dari waktu yang sepatutnya, kami tak dapat nak mengambil penerbangan tersebut. Disebabkan kami membeli tiket murah, kami tak boleh nak membatalkan tiket dan mendapat refund. Namun syukurlah kami masih diberi opsyen untuk open tiket tersebut bagi perjalanan sehingga hujung tahun. Nampak gayanya kenalah kami datang bercuti lagi ke Penang sekali lagi untuk menggunakan tiket tersebut! Dah tak dapat nak naik kapalterbang, Tren ETS menjadi pilihan untuk kami pulang ke KL hari ini.
 
Naik Jambatan Pulau Pinang
Suasana di atas jambatan
Goodbye, George Town
Kabel Jambatan Pulau Pinang
Pertengahan Jambatan Pulau Pinang
Kawasan Perindustrian Prai di Butterworth
Keluar dari jambatan
Pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth

Part 32: Stesen KTM Butterworth

Perjalanan dari George Town menuju ke Butterworth menggunakan Jambatan Pulau Pinang memakan masa kira-kira 40 minit. Kami tiba di Stesen KTM Butterworth pada pukul 5 petang, masih terlalu awal sebenarnya kerana tren kami dijadualkan berlepas pada pukul 6.45 petang.

Stesen KTM Butterworth
Kena naik lif di sana kerana kawasan penumpang terletak di tingkat atas
Laluan menuju ke kawasan penumpang
Pemandangan Penang Sentral dari Stesen KTM Butterworth
Pemandangan menghala ke bandaraya George Town
Landasan keretapi
Kaunter tiket
Jadual perlepasan tren
Perpustakaan Mini & Pusat Informasi
Penumpang hanya dibenarkan masuk ke Kawasan Menunggu hanya sejam sebelum waktu tren berlepas. Disebabkan kita tiba awal, tunggulah saja dulu di luar Kawasan Menunggu.

Penumpang hanya boleh masuk ke Kawasan Menunggu di dalam sana sejam sebelum waktu berlepas.
Kenalah menunggu kat luar sini dulu kalau tiba awal
Menunggu dengan sabar
Di Kawasan Menunggu ada ruang terbuka dan ruang yang berhawa dingin. Disebabkan kami nak minum-minum dulu sebelum naik tren, kami hanya duduk di ruang yang terbuka.

Ruang Menunggu Penumpang
Vending Machine
Minum-minum sambil menunggu panggilan masuk ke dalam tren
Suasana di dalam ruang menunggu yang berhawa dingin.

Part 33: ETS Business Class (Butterworth - KL Sentral)

Tren kami ETS 9179 berlepas dari Butterworth menuju ke KL Sentral pada pukul 6.45 petang. Bila tren tiba, barulah penumpang dibenarkan turun ke platform untuk mendapatkan tren.

Berjalan mendapatkan tren
Disebabkan dah seronok naik ETS Business Class masa balik ke KL dari Alor Setar dulu, kami sekali lagi memilih naik ETS Business Class dalam perjalanan pulang dari Butterworth ke Kuala Lumpur ini. Business Class dalam ETS adalah gerabak pertama dalam perkhidmatan Tren Platinum.

ETS Business Class
Mungkin disebabkan tiketnya yang mahal, ada 4 orang penumpang saja termasuk kami berdua yang duduk di Business Class malam itu. Walaupun tiketnya mahal, Myself rasa ia agak berbaloi kerana tempat duduk Business Class luas dan selesa. Ada berbagai kemudahan seperti meja makan, Personal Monitor dan tempat untuk mengecas handphone dan laptop. Harga tiketnya juga taklah semahal mana ~ setanding dengan harga tiket kalau naik Air Asia dari KL ke Penang. Harga tiket yang dibayar juga turut termasuk 2 sajian makanan yang dihidang terus kepada kita sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.

Dah banyak sikit stesen persinggahan ETS Platinum sekarang berbanding sewaktu kami naik tren ini ke Pulau Pinang pada tahun 2018.
Memulakan perjalanan pulang ke KL
Sajian Rel Pertama
Set Nasi Hujan Panas
Disebabkan kami bertolak lewat petang, pemandangan yang dapat dilihat sebelum malam menjelang adalah suasana matahari terbenam.

Perjalanan ini juga istimewa bagi kami kerana turut dapat melihat keindahan matahari terbenam sewaktu melalui Tasik Bukit Merah.

Sajian rel yang kedua dihidangkan kepada kami selepas meninggalkan Stesen Ipoh. Makanan yang dihidangkan adalah Spaghetti dan Pastri beserta Red Velvet Cake yang sedap. Disebabkan dah kenyang makan Spaghetti, kita bawa balik sajalah Pastri dan kek Red Velvet yang enak itu makan di rumah.

Hidangan Sajian Rel Kedua
Banyak makanan yang diberi dalam Sajian Rel Kedua ini
Spaghetti
Kek Red Velvet & Pastri
Menikmati perjalanan malam ke Kuala Lumpur
Selepas menempuh perjalanan 4 jam, kami akhirnya tiba di Stesen KL Sentral pada pukul 11.00 malam. Syukur Alhamdulillah kerana dah selamat tiba di destinasi.

Selamat tiba di KL Sentral
Mengintai ke dalam Kokpit ETS
Escalator
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan.



No comments: