Monday, 18 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 08 (Padang Besar)

Mac 2022 

PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town

Bahagian 8: Perlis 7
PADANG BESAR

HARI KEDUA (5)

Part 19: Padang Besar

Selepas melawat Taman Agrovet Perlis, kami meneruskan perjalanan menuju ke arah Padang Besar yang merupakan bandar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Perjalanan menuju ke Padang Besar
Terasa sangat yang kita dah sampai ke Thailand di sini...
Arah tujuan kami adalah Arked Niaga
Pekan Padang Besar yang juga kelihatan sunyi pada hujung minggu
Bulatan Padang Besar
Padang Besar
Kompleks Pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di sempadan Malaysia - Thailand.
Encik Saadon menurunkan kami di Arked Niaga Padang Besar. Walaupun sempadan Malaysia-Thailand masih belum dibuka ketika ini, kagum juga melihat suasana di Arked Niaga ini sangat sibuk dengan penjual dan pengunjung. Ramai pengunjungnya ketika itu adalah rakyat Malaysia sendiri yang mengambil kesempatan datang shopping mungkin dalam perjalanan untuk mengambil feri dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Laluan masuk ke Arked Niaga. Cuma mereka yang lengkap mendapat vaksin dibenarkan masuk ke dalam.
Mangga Harumanis dari Cambodia
Mangga Harumanis Cambodia ini dijual murah ~ RM3/kilo. Kalau Mangga Harumanis Perlis sendiri, harga kebiasaannya adalah RM30/kilo.
Memang nostalgia bila datang bershopping di Arked Niaga ini. Masa kecil-kecil dulu, Myself dan family akan datang ke Perlis setiap tahun kerana melawat Kakak yang bersekolah menengah di sini. Ada juga seorang Adik Ayah yang ketika itu bertugas sebagai anggota Polis Gerakan Am di Kodiang, Kedah berhampiran. Mungkin suasana di Padang Besar ketika itu tidak macam sekarang. Tapi suasana barang-barang jualan dari Thailand yang banyak terdapat ketika itu masih ada.

Suasana di pasar terbuka Arked Niaga
Macam-macam makanan Thailand ada...

Disebabkan ketika itu dah waktu makan tengahari, kami membuat keputusan untuk lunch di Restoran Istimewa No. 9 yang berhampiran.

Restoran Istimewa No. 9
Lunch kami mengambil masa untuk disediakan kerana ada ramai pelanggan di restoran ketika itu. Kami kurang bernasib baik kerana sebaik sebelum kami tiba ada sekumpulan bikers bermotorsikal besar masuk ke restoran. Kenalah tunggu semua mereka mendapat makanan sebelum makanan kami dihidangkan.

Pelanggan-pelanggan sedang menunggu makanan
Suasana di dalam restoran
Kacang Siam popular yang kami beli di Arked Niaga
Disebabkan cuaca yang panas dan kering di Perlis, kita sentiasa order 2 gelas minuman setiap kali makan. Cendol Pulut itu Husband yang beli.
Makanan tengahari
Selepas dah kenyang makan tengahari, kita tinjau-tinjau lagi barang-barang jualan pasar terbuka Arked Niaga. Tumpuan kita kali ini adalah barang-barang makanan. Bukan beli pun makanan yang dijual, cuma sekadar melihat-lihat sebab makanan-makanannya banyak yang mempunyai asal-usul dari Thailand dan kelihatan unik pada pandangan mata kita.

Buah-buahan
Mangga dan Set Daun Sirih
Minuman Susu
Makanan Segera dan Minuman
Lokcing Bakar
Lokcing Goreng
Minuman
Sha's Daging Bakaq Danok
Daging Bakar
Menu yang menarik
Dah puas melawat pasar terbuka di Arked Niaga, kita masuk pulak ke dalam Padang Waremart. Barang-barang yang dijual di sini pun lebih kurang sama dengan barang-barang yang dijual di pasar terbuka. Cuma suasana shopping di sini lebih selesa sebab tak panas macam di luar tadi. Di sini juga ada banyak kedai pakaian yang dibawa masuk dari Thailand.

Padang Waremart
Suasana di dalam Padang Waremart
Kedai pakaian
Lagi suasana di dalam Padang Waremart
Kusyen
Barang-barang Dapur
Baju Kelawar
Satu masa dulu Thailand terkenal dengan barang-barang tiruan. Barang-barang tiruan ini turut dibawa dan dijual di bandar-bandar sempadan di Malaysia seperti Padang Besar. Mungkin disebabkan penguatkuasaan yang ketat di kedua-dua negara Thailand dan Malaysia, kita dah tak jumpa lagi jualan barang-barang tiruan ini sekarang.

Lagi suasana di Padang Waremart
Permainan Kanak-Kanak
Model-model Kenderaan
Kedai Hello Kitti
Barang-barang Kosmetik
Kuali yang pelbagai saiz
Myself paling suka melihat bahan-bahan masakan Thai yang dijual. Ada di antaranya tak ada tulisan rumi langsung. Semua ditulis dalam tulisan Thai tapi memang tak risau tentang status Halal bahan tersebut. Ini adalah kerana sumber asal bahan masakan ini adalah dari Wilayah Satun yang majoriti penduduknya beragama Islam. Pekedai-pekedai di sini juga selalunya mempunyai saudara-mara dan kenalan yang juga peniaga di sebelah Satun sana. Insyaallah memang semua bahan makanan yang dijual adalah Halal walaupun ditulis cuma dalam tulisan Siam.

Bahan-bahan Masakan Siam

Walaupun kami tak suka shopping, tergoda juga melihat bahan-bahan masakan yang dijual sampai terpaksa beli beg tambahan nak mengisi barang-barang yang dibeli untuk dibawa balik ke rumah. Sambil itu bebel-bebel kat Husband mengapa dia tak bawa beg besar untuk trip kali ini macam selalu. Kalau dia bawa beg besar, tak adalah kita terpaksa beli beg extra kat Padang Besar ini. Hahaha!!

Meninggalkan Arked Niaga Padang Besar
Sesuatu yang kami nak nasihatkan juga kepada pengunjung ke Padang Besar ialah padamkan automatic roaming dalam handphone takut terpakai roaming dari Thailand sewaktu berada di sini. Itulah yang berlaku kepada kami. Selepas balik dari Perlis, terkejut tengok ada roaming charges dalam bil handphone!

Part 19: Menuju Ke Tasik Timah Tasoh

Selepas melawat Arked Niaga Padang Besar, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kami yang seterusnya ~ Tasik Timah Tasoh.

Pemeriksaan Polis sewaktu meninggalkan Padang Besar
Satu pemandangan menarik sewaktu menuju ke Tasik Timah Tasoh dari Padang Besar adalah Bukit Cabang. Dari jauh sememangnya bukit ini terlihat unik kerana posisi dua bukit yang berdekatan yang seakan-akan bukit yang bercabang. Mungkin kerana pemandangan itulah bukit ini mendapat nama.

Bukit Cabang
Satu lagi pemandangan Bukit Cabang
Tidak lama selepas melihat Bukit Cabang, terus kita dapat melihat Tasik Timah Tasoh. Myself memang tak sangka yang tasik ini sebenarnya sangat besar. Maklum sajalah, disebabkan Perlis adalah negeri yang terkecil di Malaysia, kita sangka segala-galanya bersaiz cute di Perlis.

Tasik Timah Tasoh
Cyborg yang berkawal di pintu masuk ke Dataran Tasik Timah Tasoh


 Bersambung ke Bahagian 9...


No comments: