Mac 2022
PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town
Bahagian 2: Perlis 1
PASAR TERAPUNG
HARI PERTAMA (2)
Part 4: Lunch di US Pizza
Selepas berehat seketika dan menunaikan Solat Jamak Zohor & Asar, Myself dan Husband keluar dari hotel untuk mencari makan tengahari. Ketika itu petang Sabtu dan bandar Kangar sunyi sekali. Tidak seperti negeri Kedah yang mengambil weekend mereka pada hari Jumaat dan Sabtu, weekend di negeri Perlis adalah juga Sabtu dan Ahad seperti di Selangor dan Kuala Lumpur.
|
Bandar Kangar |
Disebabkan bandar Kangar sangat asing bagi kami, kami betul-betul clueless ke mana nak pergi untuk mencari makan tengahari. Akhirnya selepas menyemak kedudukan restoran-restoran yang berhampiran di Google Map, kami memilih untuk lunch di Restoran US Pizza yang terletak walking distance dari hotel.
Pizza dan Pasta yang kami order di US Pizza memang sedap. Kerisauan tentang siapa nak membawa kami berjalan di sekitar Perlis pun dah tak ada lagi selepas berjaya mendapat khidmat En Saadon. Memang berseleralah kami makan tengahari itu.
|
Sassaparilla & Ice Lemon Tea |
|
Hidangan lunch kami |
|
Very Americano pacak-pacak bendera US kat pizza begini |
|
Very Italiano makan spaghetti masa lunch |
Part 5: Jalan-Jalan Kangar
Seperti yang dijanjikan, En Saadon datang mengambil kami di Hotel Sri Garden pada pukul 5.15 petang. Mengikut perancangan, kami akan melawat Kuala Perlis pada petang ini tetapi sebelum sampai ke sana, kami akan membuat persinggahan di Pasar Terapung Kangar terlebih dahulu.
|
Encik Saadon |
Dalam perjalanan ke Pasar Terapung, kami melalui berbagai-bagai taman rekreasi. Memang tak sangka yang bandar sekecil Kangar ini ada bermacam-macam taman yang menarik di dalamnya.
Sebuah taman yang menarik perhatian adalah Denai Larian yang dibina di tebing Sungai Perlis. Selain dari mempunyai berbagai kemudahan rekreasi keluarga, ia juga mempunyai sebuah Jambatan Gantung.
|
Denai Larian |
|
Sungai Perlis |
|
Jambatan Gantung |
|
Pintu masuk ke Jambatan Gantung |
|
Pemandangan keseluruhan Jambatan Gantung yang dibina menyeberang Sungai Perlis |
Part 6: Pasar Terapung
Sedang kami ralit melihat Jambatan Gantung di Denai Larian, tiba-tiba En Saadon menghentikan teksi. Dah sampai Pasar Terapung katanya. Dari tempat teksi berhenti di tepi jalan memang tak kelihatan Pasar Terapung ini. Rupa-rupanya ia terletak di dalam pagar kompleks pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis.
|
Dari tempat teksi kami berhenti di sini memang tak nampak langsung rupa bayang Pasar Terapung. |
|
Pintu masuk ke Pasar Terapung yang sebenar adalah juga pintu masuk ke kompleks pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
|
Kunci Air dekat pintu masuk ke Kompleks JPS |
|
Ada hiasan baling-baling angin yang menarik pada kunci air ini |
|
Patung lelaki pada baling-baling pintu air ini sentiasa bergerak bagai sedang bekerja keras bila ditiup angin |
|
Pemandangan Pasar Terapung dari kunci air |
|
Laluan pejalan kaki di tepi pagar |
|
Posing dulu kat tepi pagar |
Pasar Terapung ini cuma diadakan pada hujung minggu ~ pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Hilang sikit kerinduan kita nak melawat ke Thailand bila berkunjung ke Pasar Terapung ini.
|
Pintu pagar Kompleks JPS Negeri Perlis |
|
Jom jalan ke Pasar Terapung |
Seperti pasar-pasar terapung yang original di Thailand sana, banyak penjual di Pasar Terapung Perlis berjual dari atas bot. Kebanyakan penjual ini menjual barang-barang makanan. Disebabkan kedudukan Perlis yang memang bersempadan dengan Thailand, makanan-makanan yang dijual memang hampir sama dengan makanan-makanan yang biasa ditemui di Thailand.
Suasana Pasar Terapung ini memang berbeza dengan Pasar Terapung di Damnoen Saduak yang pernah kami kunjungi di Bangkok. Tapi kami diberitahu konsep pasar ini sama dengan Pasar Terapung yang popular di Haadyai. Tak tahulah kebenarannya kerana kami belum berkesempatan lagi berkunjung ke Pasar Terapung di Haadyai sana.
Ada ramai pengunjung ke Pasar Terapung ini ketika itu yang sebahagian besarnya Myself rasa adalah rombongan pengunjung dari luar Perlis. Mungkin mereka singgah di Perlis dalam perjalanan nak menuju ke Langkawi. Selain Kuala Kedah, Kuala Perlis yang terletak kira-kira setengah jam dari Kangar adalah juga pintu masuk utama ke Langkawi dengan perkhidmatan bot. Malah perjalanan bot ke Langkawi melalui Kuala Perlis adalah lebih singkat berbanding perjalanan dari Kuala Kedah disebabkan kedudukannya yang lebih hampir dengan Langkawi. Disebabkan pintu sempadan dengan Thailand masih belum dibuka sekarang, ke Langkawi sajalah dulu buat masa ini. Bila sempadan dibuka bermula 1 April 2022 nanti, mesti ramai juga yang akan singgah di Perlis dalam perjalanan bas menuju ke Haadyai.
Selain membeli-belah dari penjaja berperahu, ada juga aktiviti bersampan dan bercanoe bersama keluarga dan rakan-rakan yang boleh dibuat di Pasar Terapung ini.
|
Canoe untuk disewa |
Di penghujung Pasar Terapung pula ada sebuah tempat makan seperti food court yang disediakan untuk mereka yang ingin dine-in. Di sekelilingnya ada gerai-gerai makanan dan minuman. Sekali imbas, suasana di sini kelihatan seperti suasana di khemah kenduri kahwin sebelum PKP. Sambil pengunjung menjamu selera, mereka juga dihidangkan dengan persembahan dari buskers.
|
Ruang makan di penghujung Pasar Terapung |
|
Gerai-gerai makanan juga disediakan di sini |
|
Antara gerai makanan yang disediakan |
|
Meninggalkan Pasar Terapung |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN PERLIS & PENANG (2022):
No comments:
New comments are not allowed.