Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 3: Jakarta
KOTA TUA JAKARTA
[ Taman Fatahillah & Cafe Batavia ]
HARI PERTAMA (3)
Part 7: Taman Fatahillah @ Kota Tua Jakarta
Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) adalah sebuah syarikat dagang Belanda yang ditubuhkan pada 20 Mac 1602 untuk memonopoli perdagangan di Asia. VOC bukan hanya sekadar syarikat dagang yang biasa, tetapi sebuah entiti yang diberi kuasa oleh Kerajaan Belanda untuk membina kubu, memiliki tentera, mencetak mata wang dan mengisytiharkan perang. VOC menakluk dan mengawal pelbagai wilayah di Asia termasuk Jawa, Maluku (Kepulauan Rempah), Melaka (1641), Formosa (Taiwan) dan Ceylon (Sri Lanka). Ibu pejabat utamanya terletak di Jakarta yang pada ketika itu dikenali sebagai Batavia di Jawa, Indonesia.
Kota Tua Jakarta yang juga dikenali sebagai Kota Batavia Lama atau Oud Batavia adalah pusat pemerintahan Belanda (melalui VOC) pada masa dahulu. Di sinilah letaknya bangunan-bangunan yang digunakan sebagai pusat pemerintahan Belanda. Mercu tanda utama di Kota Tua Jakarta ini adalah sebuah dataran yang dinamakan Taman Fatahillah.
Bangunan-bangunan utama pemerintah Belanda dahulu banyak berdiri di sekitar Taman Fatahillah. Selaras dengan sejarah yang dimiliki, kebanyakan bangunan tersebut kini telah ditukar fungsi menjadi muzium. Disebabkan kesuntukan masa, kami tidak masuk melawat ke dalam muzium dan cuma menikmati sejarah dan senibina dari bahagian luar bangunan sahaja.
![]() |
| Taman Fatahillah yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Belanda di Indonesia pada masa dahulu |
![]() |
| Peta kawasan Kota Tua Jakarta |
Taman Fatahillah juga adalah tempat favourite untuk penduduk Jakarta berkumpul dan mengadakan aktiviti bersama pada setiap hujung minggu. Disebabkan kami datang berkunjung pada hari bekerja ketika itu, ia kelihatan sedikit sepi.
![]() |
| Taman Fatahillah yang kelihatan sedikit sepi pada hari bekerja |
Bangunan utama di Taman Fatahillah adalah Museum Fatahillah yang pada asalnya merupakan bangunan pejabat Gabenor Belanda yang dinamakan Stadhuis. Ia dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1707-1710.
Muzium Fatahillah juga dikenali sebagai Muzium Sejarah Jakarta. Bangunan yang dibina menyerupai Istana Dam di Amsterdam ini terdiri dari bangunan utama dengan dua sayap di bahagian timur dan barat serta bangunan-bangunan sampingan yang digunakan sebagai pejabat, ruang pengadilan dan ruang-ruang penjara.
![]() |
| Perkataan Gouverneurskantoor yang bermaksud Pejabat Gabenor masih tertera pada bangunan Museum Fatahillah |
![]() |
| Gouverneurskantoor |
![]() |
| Bekas pancutan air di depan Museum Fatahillah |
Bangunan di sebelah kanan Museum Fathillah yang kini digunakan sebagai Museum Wayang adalah Gereja Lama Belanda yang pernah dinamakan sebagai De Oude Hollandsche Kerk.
![]() |
| Museum Wayang |
![]() |
| Bangunan Museum Wayang ini adalah bekas sebuah Gereja Belanda Lama yang dinamakan De Oude Hollandsche Kerk. |
![]() |
| Pandangan lebih dekat Museum Wayang |
![]() |
| Rombongan pengunjung di hadapan Museum Wayang |
Bangunan yang bertentangan dengan Museum Fatahillah adalah Bangunan Pos (Kantor Pos) yang masih digunakan sejak zaman Belanda sehingga sekarang.
![]() |
| Keterangan mengenai Kantor Pos |
![]() |
| Bangunan ini kini masih digunakan oleh Pos Indonesia |
![]() |
| Basikal untuk disewa di depan Bangunan Pos |
Sebuah meriam lama Belanda masih berdiri di depan Bangunan Pos ini. Meriam ini yang dinamakan Si Jagur dibuat di sebuah kilang senjata di Macau pada tahun 1625. Ia dinamakan sebagai Heilig Kanon di zaman Belanda dan digunakan untuk melindungi kota Batavia.
![]() |
| Meriam Si Jagur di depan Bangunan Pos di Taman Fatahillah |
![]() |
| Pemandangan Meriam Si Jagur dari sisi |
![]() |
| Hiasan di pangkal meriam dibuat berbentuk genggaman tangan (Mano In Fica) yang menggambarkan simbol menangkal kejahatan. |
Bangunan Gedoeng Jasindo (Gedung Jasindo) yang didirikan di sebelah Bangunan Pos ini juga sangat menarik perhatian. Ia dibina pada tahun 1912 sebagai Kantoor West Java (WEVA). Pada masa itu, ia berfungsi sebagai pejabat perwakilan perusahaan dagang Belanda yang mengelola kegiatan eksport hasil bumi seperti kopi, teh dan rempah-ratus dari wilayah Jawa Barat.
![]() |
| Gedoeng Jasindo (Gedung Jasindo) di sebelah Bangunan Pos. |
![]() |
| Kenangan di Kota Tua |
Part 8: Cafe Batavia @ Taman Fatahillah
Walaupun telah agak lewat ketika itu, Myself dan Husband tetap dibawa untuk menikmati makan tengahari di Cafe Batavia di Taman Fatahillah.
![]() |
| Cafe Batavia di Taman Fatahillah |
Cafe ini terletak di dalam sebuah bangunan kolonial Belanda lama yang bersebelahan dengan Bangunan Pos. Mengikut sejarahnya, bangunan ini dibina sebagai rumah kediaman pegawai tinggi Belanda pada masa dahulu.
![]() |
| Jom kita masuk ke dalam cafe... |
![]() |
| Bergambar dulu dengan penyambut tetamu sebelum masuk |
Bangunan kafe ini terdiri dari 2 tingkat. Rezha terus membawa kami ke meja yang telah ditempah khas untuk kami di tingkat atas.
![]() |
| Suasana di tingkat bawah kafe |
![]() |
| Batavia Deli |
![]() |
| Manisan di Batavia Deli |
![]() |
| Satu lagi suasana di tingkat bawah Batavia Cafe |
![]() |
| Tangga naik ke tingkat atas |
![]() |
| Gambar yang menghiasi dinding di tepi tangga |
![]() |
| Kaunter di pintu masuk ke ruang makan di tingkat atas |
![]() |
| Pintu masuk ke ruang makan di tingkat atas |
Meja yang ditempah untuk kami terletak di tepi tingkap. Kita dapat melihat keseluruhan kawasan Taman Fatahillah dari sini.
![]() |
| Suasana di ruang makan tingkat atas Batavia Cafe |
![]() |
| Satu lagi pemandangan suasana di Batavia Cafe |
![]() |
| Meja yang ditempah khas untuk kami |
![]() |
| Pemandangan dari meja kami |
![]() |
| Pelayan di Batavia Cafe yang memakai baju tradisional Jawa |
![]() |
| Tingkap kayu antik di Batavia Cafe |
![]() |
| Pemandangan Taman Fatahillah dari tempat duduk kami |
![]() |
| Menunggu makanan dihidangkan |
Kami diberi kebebasan untuk memilih sendiri makanan yang ingin dicuba. Myself memilih Nasi Goreng Istimewa Batavia manakala Husband pula memilih hidangan Soto Betawi. Suspen juga sewaktu hendak memilih makanan sebab kita tak familiar dengan pilihan makanan yang ditawarkan. Syukurlah semua makanan yang dipilih memang sedap.
![]() |
| Makanan sedang dihidangkan |
![]() |
| Soto Betawi yang turut dihidang bersama nasi |
![]() |
| Nasi Goreng Istimewa Batavia bersama Sate Ayam. Myself rasa hidangan Nasi Goreng ini (termasuk Satay) macam telah disesuaikan rasanya seperti masakan Malaysia. |
![]() |
| Minuman pilihan kami: Es Jeruk (Limau Ais) dan Air Kelapa Muda |
Selepas makan, kami turun kembali ke tingkat bawah untuk keluar. Mengikut sejarahnya, bahagian bawah Cafe Batavia ini pernah digunakan sebagai pejabat urusan kapal laut untuk membawa Jemaah Haji Indonesia ke Tanah Suci Makkah pada satu masa dahulu.
![]() |
| Turun kembali ke tingkat bawah |
![]() |
| Tingkat bawah Batavia Cafe ini pernah digunakan sebagai pejabat urusan perkhidmatan kapal laut untuk membawa Jemaah Haji ke Tanah Suci. |
![]() |
| Lobi menunggu di tingkat bawah Cafe Batavia |
![]() |
| Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Cafe Batavia |
Part 9: Jalan-Jalan Di Kota Tua
Selepas makan tengahari, Rezha membawa kami berjalan-jalan meninjau suasana di Kota Tua di sebalik Taman Fatahillah.
![]() |
| Lorong keluar dari Taman Fatahillah |
![]() |
| Outdoor cafe di Kota Tua |
![]() |
| Kota Toea adalah ejaan lama bagi Kota Tua yang digunakan pada zaman Belanda |
Sewaktu berjalan di sini juga, kami telah diperkenalkan dengan sejenis makanan tradisional Jawa yang bernama Kerak Telor. Disebabkan masih kenyang kerana kami baru sahaja selesai lunch di Cafe Batavia tadi, kami tidak mencuba makan Kerak Telor ini.
![]() |
| Gerai Kerak Telor |
![]() |
| Ada 2 jenis telur yang digunakan: Telur Itik (Hijau) dan Telur Ayam (Merah) |
![]() |
| Patung Ondel-Ondel yang menjadi hiasan di Gerai Kerak Telor |
![]() |
| Berjalan-jalan di Kota Tua |
![]() |
| Bangunan-bangunan Belanda di Kota Tua |
![]() |
| Pandangan lebih dekat bangunan Belanda lama |
![]() |
| Jubin hiasan di bangunan Belanda lama |
![]() |
| Satu lagi suasana di Kota Tua Jakarta |
Sewaktu berjalan di Kota Tua ini, Myself dan Husband mempelajari tentang sejarah bendera Indonesia yang dinamakan Merah Putih.
![]() |
| Bendera Indonesia yang dinamakan Merah Putih |
Nak tahu cerita bagaimana Indonesia mendapat benderanya yang berwarna Merah Putih itu? Bendera ini dicipta sewaktu Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda. Sebagai simbol kemerdekaan dari penjajahan, rakyat Indonesia telah merentap keluar jalur biru pada bendera Belanda dan meninggalkan cuma jalur yang berwarna Merah dan Putih sahaja untuk membentuk bendera negara Indonesia yang kita kenali kini.
![]() |
| Bendera Indonesia (kiri) dan bendera Belanda (kanan). Bendera Indonesia dibentuk dengan merentap keluar jalur biru pada bendera Belanda sewaktu pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. |
Di belakang Taman Fatahillah, ada sebuah lagi bangunan Belanda lama yang kini digunakan sebagai Museum Bank Indonesia. Di sinilah Bank Indonesia bermula sebagai De Javasche Bank yang ditubuhkan untuk mencetak matawang Netherlands Indies Guldens yang digunakan oleh pemerintah Belanda pada ketika itu.
![]() |
| Museum Bank Indonesia |
![]() |
| Bergambar di depan bangunan Museum Bank Indonesia |
![]() |
| Bas Transjakarta yang lalu di tepi muzium |
![]() |
| Pintu masuk ke Museum Bank Indonesia |
![]() |
| Rombongan pelajar sekolah sedang mendengar penerangan mengenai sejarah Museum Bank Indonesia |
![]() |
| Papan keterangan mengenai sejarah Museum Bank Indonesia |
![]() |
| Penunjuk arah ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Tua Jakarta |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
- Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
- Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
- Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
- Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
- Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
- Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
- Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
- Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
- Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
- Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
- Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
- Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Jalan Asia Afrika)
- Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
- Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Sindang Reret & Saung Angklung Udjo)
- Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Malam Terakhir Di Bandung)
- Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 18 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis)
- Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Suasana Malam Di Yogyakarta)
- Bhg. 20 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur)
- Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
- Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
- Bhg. 23 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)



































































