Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 14: Oman
NIZWA (Nizwa Fort)
HARI KEENAM (2)
Part 43: Nizwa Fort
Di belakang Nizwa Souq yang kami lawati tadi, berdiri megah binaan sebuah kota lama dengan menaranya yang berbentuk bulat. Ia adalah kota pertahanan yang dinamakan Nizwa Fort yang dibina sekitar tahun 1650-an oleh Imam Sultan Bin Saif Al Ya'rubi.
![]() |
Nizwa Fort |
![]() |
Tugu Khanjar di depan Nizwa Fort |
![]() |
Pintu masuk ke Nizwa Fort |
![]() |
Bergambar dengan meriam di depan pintu masuk ke Nizwa Fort |
![]() |
Pandangan meriam dari sisi |
![]() |
Pandangan menghala ke Nizwa Souq dari pintu masuk ke Nizwa Fort |
![]() |
Pengawal yang berpakaian tentera Oman tradisional di Nizwa Fort |
Ada tiket dikenakan untuk masuk melawat ke Nizwa Fort namun semuanya diuruskan oleh Tour Guide kami yang bernama Maher.
![]() |
Maher menguruskan pembelian tiket untuk kami |
Untuk memahami sejarah Nizwa Fort, kita perlu memahami secara ringkas tentang sejarah Oman. Negara Oman yang kita lihat di dalam peta sekarang pada asalnya terbahagi kepada 2 kawasan utama: Sultanate of Muscat & Oman di pinggiran laut yang diperintah oleh seorang Sultan dan Imamate of Oman di kawasan pedalaman yang diperintah oleh seorang Imam. Pemerintahan Sultanate of Muscat & Oman berpusat di Muscat manakala Imamate of Oman pula berpusat di Nizwa.
Imamate of Oman telah ditakluk oleh Sultanate of Muscat & Oman dengan bantuan British pada tahun 1959. Sultan yang menyatukan kedua-dua kawasan ini menjadi sebuah negara adalah Sultan Said bin Taimur yang merupakan ayah kepada Sultan Qaboos. Pada tahun 1970 sewaktu Sultan Qaboos mengambil alih kuasa dari ayahnya, nama Sultanate of Muscat & Oman (yang turut termasuk kawasan Imamate of Oman) telah ditukar menjadi Sultanate of Oman sahaja seperti yang digunakan sekarang. Nizwa Fort yang kita lawati ini adalah pusat pemerintahan Imamate of Oman pada masa dahulu.
![]() |
Nizwa Fort adalah monumen yang paling banyak dilawati di Oman |
![]() |
Meriam berdekatan pintu masuk |
Nizwa Fort dibina di atas sebuah sumber air bawah tanah. Oleh yang demikian, bekalan air minum tidak menjadi masalah kepada Imam dan pengikutnya yang tinggal di kubu ini. Terdapat 17 perigi digali di seluruh kota pertahanan ini yang kesemuanya masih berisi air sehingga sekarang.
![]() |
Salah sebuah perigi bekalan air minum di dalam Nizwa Fort |
![]() |
Perigi ini telah ditutup untuk tujuan keselamatan tetapi kita masih boleh melihat bekalan air di dalamnya |
Nizwa Fort sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian: Castle yang merupakan tempat kediaman Imam dan Fort yang merupakan kota pertahanan. Kita melawat dulu ke bahagian Castle.
![]() |
Bangunan bulat ini adalah Fort yang merupakan kota pertahanan yang didirikan 400 tahun selepas Castle dibangunkan. |
![]() |
Yang ini pulak adalah pemandangan Castle yang merupakan tempat kediaman Imam dan pengikutnya |
![]() |
Satu lagi pemandangan Castle |
![]() |
Pemandangan menghala ke Fort dari bahagian Castle |
![]() |
Lagi bahagian menghala ke Castle |
![]() |
Nizwa Fort Cafe |
![]() |
Pemandangan di dalam Nizwa Fort Cafe |
![]() |
Ruang minum di Nizwa Fort Cafe |
CASTLE
Kita kemudian masuk melawat ke ruang Castle. Bangunan Castle ini pada mulanya dibangunkan oleh Imam Mohammed bin Abdullah Al-Yahmadi pada lewat kurun ke-8 Masehi. Ia kemudiannya telah diperbesarkan oleh Imam A'ssalt bin Malik Al-Kharusi pada pertengahan kurun ke-9 dan seterusnya diubahsuai oleh Imam Nasser bin Murshis Al-Yarubi (1624-1649 M).
![]() |
Pintu masuk ke ruang Castle |
![]() |
Ukiran tradisional pada pintu yang cantik |
Pintu masuk ke ruang Castle adalah tangga-tangga sempit yang hanya boleh dilalui oleh seorang sahaja sebagai langkah keselamatan. Dalam keadaan biasa, anak-anak tangga ditutup dengan papan untuk kemudahan dan keselamatan orang yang menggunakannya. Di waktu darurat, papan-papan ini akan dialih meninggalkan anak tangga yang berlubang-lubang untuk menyukarkan penggunanya naik ke atas.
![]() |
Tangga sempit untuk naik ke ruang Castle |
![]() |
Dahlah sempit, tangganya juga perlu dipanjat dengan berhati-hati |
Di kawasan ini ada juga sebuah lagi dari 17 telaga yang terdapat di seluruh Fort Nizwa. Telaga-telaga ini boleh ditemui pada berbagai aras kota. Telaga yang dibina pada aras yang lebih tinggi dapat menjamin keselamatan bekalan air di dalamnya dari diracun musuh sewaktu peperangan.
![]() |
Sebuah telaga di ruang Castle |
![]() |
Pandangan telaga dengan lebih dekat |
![]() |
Bekas air yang diletakkan berdekatan dengan perigi |
Beberapa buah bilik di Nizwa Fort kini telah dijadikan tempat untuk mempamerkan kesenian Oman.
![]() |
Singgah dulu melawat ke bilik ini... |
![]() |
Mendongak ke atas untuk melihat Fort |
![]() |
Pemandangan di dalam bilik |
![]() |
Wanita Oman yang sedang memintal benang |
Shawi Room
Kita lawati bilik-bilik lain di dalam Castle. Di antaranya adalah Shawi Room yang merupakan Bilik Penggembala. Bilik ini digunakan sebagai kediaman penggembala-penggembala kambing milik Imam.
![]() |
Melawat ke Shawi Room |
![]() |
Pemandangan Shawi Room |
![]() |
Keterangan mengenai Shawi (Penggembala) |
![]() |
Kotak untuk menyimpan barangan peribadi Shawi |
![]() |
Patung Shawi di dalam Shawi Room |
Ablution Room
Bilik seterus yang dilawati adalah Ablution Room (Bilik Wuduk). Bilik ini digunakan oleh seluruh penghuni kota untuk berwuduk sebelum menunaikan Solat.
![]() |
Ablution Room |
![]() |
Sumber air untuk berwuduk adalah dari telaga di sebelah kanan (dalam tiang). |
![]() |
Keterangan tentang Bilik Wuduk |
![]() |
Siling di Bilik Wuduk |
![]() |
Pemandangan ke arah luar dari Bilik Wuduk |
![]() |
Bergambar di luar Ablution Room (kiri) dan Shawi Room (kanan) |
Date Store
Kami turut ditunjukkan Bilik Simpanan Kurma (Date Store). Di sini juga kita mempelajari kegunaan kurma sebagai sejata selain dari sebagai bahan makanan.
![]() |
Date Store |
Kurma di Nizwa Fort disimpan dalam guni-guni di bilik simpanan ini. Menurut keterangan yang diberi, tekanan dari guni-guni kurma yang disimpan bertindih-tindih ini akan menyebabkan buah kurma mengeluarkan jus kurma. Jus kurma ini dikumpul di dalam bekas yang diperbuat dari tanah liat. Selain digunakan sebagai ramuan dalam masakan pada masa aman, jus kurma ini turut dijadikan senjata dengan cara mendidihkannya di dalam bekas-bekas tembaga sebelum dicurah ke atas kepala musuh yang datang menceroboh menerusi lubang yang dinamakan sebagai Murder Hole. Kita akan melawat Murder Hole ini nanti.
![]() |
Gambaran guni-guni kurma yang disimpan di Date Store |
![]() |
Jus-jus kurma yang terhasil akan disalurkan ke lubang-lubang ini untuk dikumpulkan di dalam jar |
![]() |
Jar yang digunakan untuk mengumpul jus kurma |
![]() |
Telaga di Bilik Simpanan Kurma |
Students' Accomodation
Selain berfungsi sebagai kota pertahanan, Nizwa Fort juga berfungsi sebagai kediaman Imam. Imam Nizwa juga sangat cintakan ilmu pengetahuan dan sering menjemput guru serta pelajar datang berbahas dan menuntut ilmu di kota ini.
![]() |
Menuju ke Students' Accommodation |
![]() |
Lukisan-lukisan untuk jualan di lorong menuju ke Students' Accommodation |
![]() |
Pintu Students' Accommodation |
![]() |
Pemandangan Students' Accommodation |
![]() |
Banyak buku ilmiah disimpan di sini |
![]() |
Kerusi untuk kegunaan penuntut |
![]() |
Siling Students' Accommodation |
![]() |
Kotak-kotak kayu tempat pelajar menyimpan barang-barang peribadi |
Guests' Room
Selain bilik untuk pelajar, ada juga bilik disediakan untuk tetamu-tetamu Imam (Guests' Room).
![]() |
Tangga ke Guests' Room |
![]() |
Suasana di Guests' Room |
![]() |
Satu sudut menarik di Guests' Room |
FORT
Ciri utama kota pertahanan di Nizwa Fort adalah sebuah bangunan berbentuk selinder setinggi 30 meter dan berdiameter 36 meter.
![]() |
Beginilah ketinggian menara Nizwa Fort bila dilihat dari bawah |
Nizwa Fort yang memakan masa pembinaan selama 12 tahun adalah kota pertahanan seumpamanya yang terbesar di seluruh Semenanjung Arab. Ia direkabentuk dengan berbagai elemen pertahanan yang dianggap maju pada masa itu.
![]() |
Maher memberi penerangan tentang elemen-elemen pertahanan yang terdapat di Nizwa Fort |
![]() |
Keterangan mengenai elemen-elemen pertahanan yang dibina di Nizwa Fort. Antara elemen tersebut termasuklah trap door, murder hole dan seumpamanya. |
Salah satu elemen pertahanan menarik yang terdapat di Nizwa Fort adalah sebuah lubang yang dinamakan murder hole. Lubang ini dibina betul-betul di atas pintu masuk ke bangunan menara.
![]() |
Tangga naik ke bangunan menara |
![]() |
Pemandangan Murder Hole tepat di atas tangga naik ke bangunan menara |
Murder Hole ini digunakan untuk mencurah air ataupun minyak mendidih ke atas kepala musuh yang masuk menceroboh ke tangga ini. Jus kurma mendidih juga akan dicurahkan ke atas kepala musuh dari sini.
![]() |
Lubang Murder Hole yang digunakan untuk mencurahkan air / minyak / jus kurma yang mendidih ke atas kepala musuh |
Bangunan selinder di Nizwa Fort ini memberi pandangan 360' sekeliling kota. Ia dikawal oleh 120 orang tentera pada masa dahulu.
![]() |
Terdapat 24 bukaan pada struktur selinder ini untuk menyerang musuh |
Disebabkan lutut dah tak kuat dan tangga naik ke atas sangat mencabar, kami tidak naik ke puncak menara pertahanan ini. Cukuplah sekadar melihat pemandangan dari aras bumbung Castle sahaja.
![]() |
Pemandangan di aras bumbung Castle |
![]() |
Binaan corak crenellation ini turut berfungsi untuk memberi perlindungan kepada tentera yang ditugaskan untuk menyerang musuh dari aras ini. |
![]() |
Pemandangan ke arah courtyard dari bumbung Castle |
![]() |
Pergunungan di belakang kota Nizwa ini dinamakan sebagai Hajar Mountains |
![]() |
Lagi pemandangan menarik Nizwa dari bumbung Castle |
![]() |
Satu masa dahulu, pasti ada banyak meriam yang ditempatkan di sini |
Kita juga dapat melihat perkampungan, perkebunan kurma dan Pergunungan Hajar dari bumbung Castle ini.
![]() |
Pemandangan kebun kurma dari bumbung Castle |
![]() |
Pergunungan Hajar yang dilihat dari Nizwa Fort |
![]() |
Kawasan perkampungan di sekitar |
![]() |
Pergunungan Hajar yang terletak di utara Oman ini adalah antara banjaran gunung yang tertinggi di Semenanjung Arab |
![]() |
Pemandangan menarik dari Nizwa Fort |
![]() |
Menara pertahanan Nizwa Fort |
![]() |
Pandangan lebih dekat lubang untuk menyerang musuh |
![]() |
Telaga pada aras setinggi ini menjamin bekalan air minuman kubu. Ini adalah kerana aras setinggi ini adalah level terakhir dalam pertahanan. |
![]() |
Pintu masuk perpustakaan Imam Sultan bin Saif Al-Yaarabi |
![]() |
Pasangan pengantin asing yang nak bergambar di Nizwa Fort |
![]() |
Tangga di Nizwa Fort ini memang dibina sekadar muat-muat untuk dilalui oleh seorang sahaja sebagai satu ciri pertahanan |
![]() |
Pengunjung-pengunjung ke Nizwa Fort |
![]() |
Memang susah nak berselisih di lorong yang sempit begini |
Imam's Residence
Imam yang memerintah Nizwa mempunyai kediaman di kawasan ini. Tour Guide Maher turut membawa kami melawat ke sana.
![]() |
Bilik Solat |
![]() |
Ruang Solat yang digunakan oleh Imam dan pegawai-pegawai kanannya |
![]() |
Al Barza adalah Bilik Mesyuarat Utama yang digunakan oleh Imam untuk mengadakan perbincangan-perbincangan sulit khususnya berkait dengan pertahanan. |
![]() |
Pemandangan di dalam Al Barza |
![]() |
Ruang Al Barza ini digunakan oleh Imam untuk berbincang tentang hal-hal negara |
![]() |
Kusyen dan buku-buku yang disimpan di dalam Al Barza |
![]() |
Mengintai ke dalam Al Barza dari luar |
Satu bahagian kecil dari Menara dijadikan tempat kediaman sebenar Imam. Ruang ini dinamakan sebagai Al Ma'sara.
![]() |
Pintu masuk ke Tower |
![]() |
Pemandangan ke atas dari pintu masuk ke Tower |
![]() |
Pintu masuk ke Imam's Residence yang juga dikenali sebagai Al-Ma'sara |
![]() |
Ante-room ke Al-Ma'sara |
Ruang kediaman Imam ini dikenali sebagai Al-Ma'sara kerana ia menghala ke pemandangan sebuah loji pemprosesan tebu yang dinamakan Ma'sara. Ruang kediaman Imam ini terdiri dari sebuah ruang rehat, bilik tidur dan bilik mandi.
![]() |
Ruang rehat Imam |
Ada 2 lorong rahsia dibina dari Bilik Tidur Imam menuju ke luar Castle. Ia digunakan untuk membawa makanan dan senjata pada waktu kecemasan. Imam juga menggunakan laluan ini untuk meninjau kehidupan rakyat secara rahsia.
![]() |
Bilik Tidur Imam |
![]() |
Katil Imam |
![]() |
Dua lorong rahsia dekat katil Imam |
![]() |
Bilik Mandi Imam |
![]() |
Ruang tandas |
Kitchen
Untuk memastikan keselamatannya dari diracun musuh, makanan untuk Imam disediakan di sebuah dapur khas berhampiran ruang kediamannya.
![]() |
Ruang dapur Imam |
![]() |
Peralatan dapur |
![]() |
Tungku untuk memasak |
![]() |
Pandangan dari tingkap dapur |
Museum
Lawatan kami ke Nizwa Fort berakhir di sini. Sebelum meninggalkan Nizwa Fort, kami singgah sebentar di sebuah ruang muzium untuk melihat pameran di situ.
![]() |
Keluar dari Al-Ma'sara |
![]() |
Ruang muzium |
![]() |
Melihat pameran di ruang muzium |
![]() |
Pakaian tradisional Oman |
![]() |
Almarhum Sultan Qaboos yang banyak berjasa kepada pemodenan Oman |
![]() |
Abang dan Kakak Ipar bergambar di lorong muzium |
![]() |
Gerai menjual makanan tradisional Oman |
![]() |
Pintu keluar dari Nizwa Fort |
![]() |
Pengawal Nizwa Fort |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Ash Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)