ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah
Bahagian 14: Madinah
KOTA MADINAH AL MUNAWWARAH
Part 35: Stesen HHSR Madinah
Kami tiba di Stesen HHSR Madinah pada pukul 6 petang. Suasana ketika itu sudah hampir masuk waktu Maghrib.
|
Tiba di Stesen HHSR Madinah |
|
Bersiap-sedia untuk keluar dari tren |
|
Para penumpang sedang keluar dari tren |
|
Stesen Madinah |
|
Bergambar kenangan di Stesen Madinah |
|
Mencari arah keluar |
|
Penumpang-penumpang tren yang baru tiba dari Makkah |
|
Petugas-petugas HHSR |
|
Posing dulu dengan tren. Ini baru betul kepala tren kami. Kepala tren berwarna putih yang kita posing masa di Makkah tadi adalah sebenarnya ekor tren. |
|
Husband pun nak posing juga |
|
Pintu keluar dari stesen terletak di sana |
Sedang kami berjalan keluar dari platform, Husband mendapat sebuah voice message melalui Whatsapp. Alamak, tak fahamlah pulak sebab mesej yang diberi adalah dalam Bahasa Arab. Kami mengagak mungkin itu mesej dari driver GMC kami di Madinah yang memberitahu dia sedang menunggu kami. Maka kami terus dengan begitu macho berjalan keluar dari bangunan stesen.
|
Suasana di Stesen HHSR Madinah |
|
Jom kita jalan ke depan sana... |
|
Pemandangan pintu masuk ke stesen dari arah luar |
|
Pemandangan Stesen Madinah dari luar |
Sesampainya kami di depan stesen, tak nampak pun kelibat GMC yang menanti. Terus kami mesej kepada staff Azzuha bernama Hassan yang bertugas di Madinah. Kami juga forward mesej berbahasa Arab yang kami terima kepada beliau. Rupa-rupanya mesej Bahasa Arab yang kami terima memang betul dari pemandu GMC. Dia memberitahu yang dia sedang menunggu kami di basement parking.
|
Berjalan masuk balik ke dalam stesen untuk mencari basement parking |
|
Pintu ke basement parking |
|
Mencari GMC kami |
|
GMC yang menunggu di Stesen HHSR Madinah untuk membawa kami ke hotel |
Part 35: Madinah Al Munawwarah
Kami menaiki GMC dari Stesen HHSR Madinah menuju ke hotel penginapan kami yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi. Perjalanan menuju ke hotel tidak lama, hanya kira-kira setengah jam. Seperti di Makkah, kami juga berkongsi GMC dengan keluarga yang berasal dari Baling.
|
Menuju ke hotel dengan GMC |
|
Pemandu GMC |
Kita lihat pemandangan senja yang kami perhatikan dalam perjalanan menuju ke hotel di Madinah...
Driver GMC menunjukkan Bukit Uhud kepada kami dalam perjalanan menuju ke hotel. Di sinilah berlakunya Perang Uhud yang merupakan satu-satunya perang di mana Umat Islam tewas sewaktu di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Punca kekalahan adalah disebabkan sebilangan tentera pemanah Islam yang tamak melihat rakan-rakan mengumpulkan harta peninggalan perang, lalu meninggalkan bukit di mana mereka diarah untuk berkawal. Kesempatan ini telah diambil oleh tentera Musyrikin untuk menyerang kembali tentera Islam sehingga membawa kepada kekalahan mereka.
|
Bukit Uhud |
|
Di Bukit Uhud inilah berlakunya Perang Uhud di mana tentera Islam mengalami kekalahan kepada Tentera Musyrikin. |
|
Pinggir kota Madinah |
|
Hotel Polaris |
|
Hotel-hotel berhampiran Masjid Nabawi |
|
Sebuah hotel ekonomi di Madinah |
|
Jambatan berhampiran Masjid Nabawi |
Part 36: Hotel Concorde Dar Al Khair
Hotel penginapan kami di Madinah adalah Hotel Concorde Dar Al Khair yang terletak di bucu kanan bahagian utara Masjid Nabawi, berdekatan dengan kawasan Sokaifat Bani Saedah di mana perlantikan Saidina Abu Bakar As Siddik sebagai Khalifah Islam pertama dibuat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
|
Hotel Concorde Dar Al Khair, Madinah |
|
Berjalan menuju ke pintu masuk Hotel Concorde Dar Al Khair. Bangunan di sebelah kiri yang bertentangan dengan Hotel Concorde adalah Hotel Movenpick Al Anwar yang menjadi penginapan kami sewaktu menunaikan Ibadah Haji dahulu. |
|
Pintu masuk ke Hotel Concorde Dar Al Khair |
|
Suasana di lobi Hotel Concorde Dar Al Khair |
|
Kaunter reception di Hotel Concorde Dar Al Khair |
|
Petugas dari Azzuha, Hassan yang membantu menguruskan check-in ke hotel |
Kami tiba di Hotel ketika masuk waktu Maghrib. Jadi terpaksalah menunggu sebentar untuk check-in sementara staff di reception counter mengambil break untuk bersolat.
|
Geng dari Azzuha yang datang ke Madinah dengan Haramain High Speed Rail dari Makkah. |
Disebabkan kami tiba sehelai sepinggang dari Makkah, kami diberi kunci bilik dan dijemput makan dinner dahulu. Dinner disediakan di restoran hotel yang bernama Al Rehab Restaurant.
|
Restoran Al Rehab di Hotel Concorde Dar Al Khair |
|
Wing di Restoran Al Rehab yang dikhaskan untuk jemaah dari Malaysia |
Tidak seperti pakej penginapan standard di Makkah yang hanya menyediakan breakfast, pakej penginapan di Madinah turut termasuk lunch dan dinner. Ini adalah kerana tidak seperti di Makkah dulu, tiada Food Court terletak di sekitar kawasan hotel.
|
Suasana di Restoran Al Rehab |
|
Makanan yang dihidangkan secara buffet |
Walaupun penginap di Hotel Concorde Dar Al Khair datang dari seluruh dunia, Restoran Al Rehab ini macam ditempah khas oleh agensi-agensi umrah dari Malaysia dan Indonesia. Restoran ini juga terbahagi kepada dua wing: satu wing dikhaskan untuk jemaah dari Malaysia dan satu wing lagi dikhaskan untuk jemaah dari Indonesia walaupun Myself perhatikan makanan yang disediakan adalah sama sahaja.
|
Contoh makanan yang disediakan di Restoran Al Rehab |
|
Myself perhatikan suasana di wing untuk Jemaah Malaysia selalunya tidaklah sesesak wing untuk Jemaah Indonesia. |
|
Menjamu selera di Restoran Al Rehab |
Selepas makan barulah kami masuk ke bilik. Kami mendapat bilik penginapan yang terletak di Tingkat 10. Disebabkan beg masih belum tiba bersama bas dari Makkah, kita berehat sajalah dulu.
|
Bilik penginapan kami di Hotel Concorde Dar Al Khair |
|
Bilik ini adalah sebenarnya triple sharing |
|
Bilik mandi |
|
Ada kettle, peti sejuk dan kemudahan membancuh teh disediakan di dalam bilik |
Bas bersama bagasi dan ahli-ahli kumpulan yang tidak menaiki tren ke Madinah tiba di Hotel Concorde Dar Al Khair pada pukul 10 malam. Alhamdulillah, semua bagasi selamat tiba walaupun tak travel bersama kami.
|
Pemandangan bandar Madinah dari hotel penginapan kami |
|
Beberapa hotel lain yang turut terletak bersebelahan dengan hotel kami |
Part 37: Anwar Al Madinah Mall
Berdekatan hotel kami ada sebuah shopping mall yang bernama Anwar Al Madinah Mall. Selepas kembali dari bersolat di Masjid Nabawi, ada kalanya kami akan singgah dulu di Mall ini sebelum balik ke hotel. Bukan sebab apa, saja-saja nak mencuci mata sambil menunggu suasana di Restoran Al Rehab reda bila jemaah lain dah selesai makan.
|
Anwar Al Madinah Mall |
Anwar Al Madinah Mall ini sebenarnya bersambung dengan Hotel Movenpick Al Anwar Madinah. Kedai di dalamnya banyak yang high end.
|
Suasana di lobi Anwar Al Madinah Mall |
|
I Love Madina |
Penyakit batuk yang menyerang Myself dan Husband sewaktu di Makkah semakin menjadi-jadi sewaktu di Madinah. Walaupun kami ada membawa bekalan ubat dari Malaysia, ia seakan tidak mencukupi. Jadi terpaksalah kami mencari ubat tambahan sewaktu di Madinah. Seperti pengalaman kami yang lalu, ubat-ubat di Madinah memang sangat mahal. Ubat sakit tekak Strepsil misalnya yang berharga sekitar RM 10 di Malaysia dijual pada harga SAR 40 (RM 50) di sini.
|
Farmasi di dalam Anwar Al Madinah Mall |
|
Pemandangan farmasi dari luar |
|
Kedai Kurma |
|
Pemandangan di dalam kedai kurma |
Kita lihat lagi pemandangan di dalam Anwar Al Madinah Mall...
|
Restoran |
|
Pemandangan di restoran |
|
Anwar Al Madinah Mall |
|
Kedai menjual pakaian |
|
Lif kaca di Anwar Al Madinah Mall |
|
Kedai barang kemas |
|
Juga kedai barang kemas... |
|
Sebuah lagi kedai pakaian |
|
Suasana di Mall agak sunyi ketika ini |
|
Kedai karpet |
|
Pandangan dekat lif kaca di Anwar Al Madinah Mall |
|
Lantai kaca |
|
Husband berjalan di lantai kaca |
|
Posing di atas lantai kaca |
Ada supermarket Bin Dawood di dalam Al Anwar Madinah Mall ini. Bin Dawood adalah supermarket mampu milik yang popular di Makkah dan di Madinah, lebih kurang macam Mydin di Malaysia. Pelbagai barangan dijual di situ. Kami juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bin Dawood ini.
|
Supermarket Bin Dawood yang terletak di tingkat basement Anwar Al Madinah Mall |
|
Jom turun ke bawah... |
|
Pelbagai barangan yang dijual di Bin Dawood |
|
Mainan kanak-kanak |
|
Koleksi sejadah |
|
Bagasi |
Husband cukup seronok melihat koleksi jaket lelaki yang dijual di Bin Dawood. Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, kami berdepan dengan cuaca sejuk yang agak luar biasa sewaktu di Makkah. Cuaca ini menjadi lebih dingin di Madinah disebabkan kedudukannya yang lebih jauh ke utara berbanding Makkah. Sewaktu di Makkah, Husband berhajat hendak membeli jaket bagi menahan cuaca sejuk tetapi hasrat ini tidak kesampaian kerana tidak bertemu dengan jaket yang sesuai. Seronok sungguh dia bila melihat koleksi jaket yang dijual di Bin Dawood di Madinah ini. Memang kena dengan citarasa Husband.
|
Koleksi jaket lelaki untuk jualan di Bin Dawood |
|
Bertemu dengan jaket idaman |
|
Mencuba jaket idaman |
|
Kaunter check-out di Bin Dawood |
|
Membayar jaket yang dibeli... |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):
No comments:
New comments are not allowed.