Februari 2024
ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah
Bahagian 15: Madinah
ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI
Part 41: Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
Sewaktu di Madinah, ada dua program lawatan yang diatur oleh Azzuha untuk kami: Lawatan Sekitar Masjid Nabawi dan Lawatan Sekitar Madinah. Myself dan Husband hanya mengikut program Lawatan Sekitar Masjid Nabawi sahaja. Kami menarik diri dari mengikut program Lawatan Sekitar Madinah disebabkan tubuh yang kurang sihat kerana batuk teruk. Lagi pula Lawatan Sekitar Madinah seperti ke Bukit Uhud dan Ladang Kurma dah biasa kami ikuti sebelum ini.
|
Suasana awal pagi di kota Madinah berhampiran Masjid Nabawi |
|
Pemandangan menghala ke Hotel Concorde Dar Al Khair (kiri) dan Hotel Movenpick Anwar Al Madinah (kanan) |
SOKAIFAT BANI SAEDAH
Program Lawatan Sekitar Masjid Nabawi diadakan pada hari kedua kami berada di Madinah. Disebabkan hotel kami terletak berdekatan dengan Sokaifat Bani Saedah, lawatan kami bermula di sana.
|
Mendengar penerangan dari Uztaz Azli tentang Sokaifat Bani Saedah |
Sewaktu lawatan kami pada tahun 2017 dulu, Sokaifat Bani Saedah adalah merupakan sebuah kawasan taman kecil yang dipagar. Berhampiran dengannya adalah sebuah kawasan perniagaan terbuka yang dinamakan sebagai Pasar Nabi. Ia dinamakan Pasar Nabi kerana pasar ini dibuka oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengelakkan pergantungan Umat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah kepada pasar milik Yahudi untuk mereka berniaga. Dalam lawatan pada kali ini, kami dapati kedua-dua Sokaifat Bani Saidah dan Pasar Nabi telah tiada.
|
Tapak Sokaifat Bani Saedah yang telah ditutup kepada orang awam. Kawasan lapang di depan tapak Sokaifat Bani Saedah ini adalah bekas Pasar Nabi pada masa dahulu. |
Setelah melawat tapak Sokaifat Bani Saedah, Ustaz Azli membawa kami mengelilingi Masjid Nabawi. Ini adalah satu pengalaman baru bagi Myself dan Husband kerana kami tidak pernah melihat Masjid Nabawi dari sudut yang ditunjukkan oleh Ustaz Azli.
|
Pemandangan sewaktu mentari terbit di Masjid Nabawi |
|
Satu lagi pemandangan Masjid Nabawi dari sudut yang lain |
|
Kawasan lapang di luar Masjid Nabawi turut dibentang dengan permaidani untuk membolehkan Umat Islam juga bersolat jemaah di sini |
|
Berjalan menuju ke arah Masjid Al Salam |
|
Muzium Al Salam yang masih dalam pembinaan |
|
Pekerja-pekerja pembersihan Masjid Nabawi sedang mendengar briefing |
MASJID ALI & MASJID ABU BAKARKami berjalan menuju ke arah selatan bangunan Masjid Nabawi. Di kawasan penghujung selatan Masjid Nabawi ini kita dapat melihat dua buah masjid kecil yang dinamakan sebagai Masjid Ali dan Masjid Abu Bakar. Kedua-dua bangunan masjid ini adalah tapak rumah kediaman Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar pada masa dahulu.
|
Pemandangan Masjid Abu Bakar (kiri) dan Masjid Ali (kanan) dekat luar bangunan Masjid Nabawi |
|
Masjid Ali |
|
Masjid Abu Bakar |
|
Kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan |
|
Jalan raya utama di depan Masjid Nabawi |
PINTU NO.1 MASJID NABAWIKawasan di selatan bangunan Masjid Nabawi ini adalah juga sebenarnya pintu masuk rasmi ke Masjid Nabawi. Pintu ini dinamakan sebagai Pintu No.1.
|
Pintu No. 1 yang merupakan pintu masuk rasmi ke Masjid Nabawi |
Di luar Pintu No. 1 ini, ada gambar 3D suasana di dalam Raudah. Oleh kerana sukar nak bergambar di dalam Raudah yang sebenar, lukisan ini menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mengabadikan kenangan dengan Raudah. Ramai yang berebut-rebut nak bergambar di sini. Namun begitu, tak boleh kalau nak bersuka-ria dan bergaya berlebih-lebihan di sini kerana ia dikawal oleh polis. Kalau ada pengunjung yang berbuat begitu, mereka akan diusir dengan tegas oleh polis yang bertugas.
|
Gambar 3D suasana di dalam Raudah berhampiran Pintu No. 1 |
|
Gambar yang tertera di sini bukan saja nampak real tetapi juga seperti saiz yang sebenar. |
|
Bergambar dengan gambar ini memang memberi gambaran seolah-olah kita sedang bergambar di dalam Raudah yang sebenar |
|
Pemandangan Masjid Abu Bakar dari depan Pintu No. 1 |
Selepas semua dah puas bergambar, Ustaz Azli membawa kami masuk ke perkarangan Masjid Nabawi menerusi Pintu No. 1.
|
Berjalan menuju ke Pintu No. 1 |
|
Hadis yang tertera di Pintu No.1 ini bermaksud : Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” Diriwayat Oleh Muslim. |
|
Masuk ke perkarangan Masjid Nabawi menerusi Pintu No. 1
|
|
Pemandangan perkarangan Masjid Nabawi di sebalik Pintu No. 1 |
Berhampiran dengan Pintu No.1 juga, kami ditunjukkan Pejabat Pengurusan Masjid Nabawi.
|
Pejabat Pengurusan Masjid Nabawi |
|
Pintu masuk ke Pejabat Pengurusan Masjid Nabawi |
|
Pusat Konvensyen berhampiran Masjid Nabawi yang dinamakan The International Fair and Museum of the Prophet's Biography |
|
Pintu masuk ke Pusat Konvensyen |
|
Tak pasti sama ada muzium di Pusat Konvensyen ini adalah Muzium Rasullullah SAW yang sama yang kami lawati dulu |
PERKUBURAN BAQI'Jika berjalan di sebelah sini Masjid Nabawi juga kita akan dapat melihat Perkuburan Baqi'. Menurut sejarah, ada lebih 10,000 jasad para sahabat bersemadi di situ. Meski sudah lebih 1,400 tahun Baqi' menjadi tanah perkuburan, ia masih terus terbuka untuk menampung jenazah baru termasuk dari kalangan tetamu Allah yang meninggal dunia di Madinah. Baqi' terletak tidak jauh dari makam Rasullullah SAW yang asalnya merupakan rumah kediaman baginda sendiri. Oleh sebab itu, semasa hayatnya baginda sering menziarahi Baqi'.
Antara kelebihan seseorang yang meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya. Namun begitu, kelebihan-kelebihan ini tidak bermakna bahawa seseorang yang dikebumikan di Perkuburan Baqi’ tersebut dijamin masuk syurga. Ia bergantung juga kepada keimanannya kepada Allah SWT serta amal soleh yang dilakukannya. Ini terbukti apabila sejarah menunjukkan ada orang yang diketahui sebagai Orang Munafik turut dikebumikan di Makam Baqi'.
|
Perkuburan Baqi' |
|
Pintu masuk ke Perkuburan Baqi' |
Perkuburan Baqi' dibuka pada masa-masa tertentu dan ia boleh dilawati hanya oleh kaum lelaki. Wanita tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan Baqi'. Bagi wanita yang ingin melihat suasana di dalam perkuburan ini, kita boleh melihatnya dari tempat-tempat tertentu di sekeliling tembok pagar perkuburan.
|
Membaca kenyataan tentang adab berziarah ke Perkuburan Baqi' yang ditulis dalam pelbagai bahasa |
|
Peraturan ziarah yang ditulis dalam Bahasa Melayu |
KUBAH HIJAUProgram Ziarah kami berakhir di depan Kubah Hijau Masjid Nabawi. Kubah Hijau Masjid Nabawi ini amat penting bagi Umat Islam di seluruh dunia karena di bawah kubah inilah tempat disemadikan jenazah Nabi Muhammad SAW bersama dua sahabatnya Khalifah Abu Bakar As-Siddik RA dan Khalifah Ummar Bin Khattab RA.
Tempat yang kini dinaungi dengan kubah hijau itu merupakan rumah tempat tinggal Rasullullah SAW yang sangat sederhana bersama isteri baginda Siti Aisyah. Di sinilah baginda Rasullullah SAW wafat dan di tempat itu jugalah jenazah baginda dimakamkan. Kubah Hijau ini kini menandakan kedudukan Raudah yang merupakan salah sebuah tempat makbul doa.
|
Kubah Hijau di Masjid Nabawi |
|
Tempat untuk menyampaikan salam kepada Rasullullah SAW |
|
Menyampaikan salam kepada Rasullullah SAW |
|
Kubah Hijau |
Ada tempat yang ditandakan berhampiran kawasan Kubah Hijau ini untuk kita menyampaikan salam kepada Rasullullah SAW. Tapi kita tak boleh juga berlama-lama di sini kerana pasti akan dihalau oleh polis yang bertugas.
Lawatan kami berakhir di Kubah Hijau kerana kebanyakan ahli Group mendapat slot lawatan ke Raudah sekitar pukul 10.00 - 11.30 pagi. Proses lawatan ke Raudah kini dah berbeza dengan di masa kunjungan-kunjungan kami yang lalu. Perkara ini akan Myself ceritakan dengan lebih terperinci dalam entry yang akan datang.
Bersambung ke Bahagian 17...
CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):
No comments:
New comments are not allowed.